assalamualaikum WBT..do i need to reveal myself? saya tidak pernah mengatakan diri saya tidak bersalah.saya tidak pernah menolak teguran2 yang di beri.saya tidak pernah menegakkan bahawa saya ini semata2 benar.perlukah saya memuaskan hati semua orang berkenaan perkara ini?
jika anda berkata saya salah kerana mempermainkan IZIN dan MARUAH saudara Hakim,ya saya memang salah.adakah terdapat kenyataan saya menafikan semua itu dan menegakkan diri ini benar?
saya beranggapan jika saya hanya berdiam diri,perkara ini akan selesai tapi sememangnya saya silap. saya semakin galak di adili. di mana pula MARUAH saya di sini jika isu MARUAH itu dipersoalkan?
saya tidak suka untuk cepat melatah atau melenting. saya cuba untuk fikir secara rasional. saya cuba untuk menerima teguran yang betul itu dengan baik. saya cuba mengambil iktibar dari setiap apa yang berlaku.apa yang baik dan benar,tiada sebab untuk saya menolak mentah2..
sememangnya saya pernah katakan,'apa ada pada sekeping gambar?' tapi ternyata saya silap. Kerana sekeping gambar ini lah saya tahu sesuatu yang saya tidak ambil berat sebelum ini.dan ianya DOSA..astagfirullahalazim~ saya juga insan yang lemah lagi jahil. ilmu Allah yang luas itu, masih saya jelajahi. tidak semua benda saya tahu. dari kesilapan lah kita belajar sesuatu yang baru.
ayat yang berbunga2 dikatakan beremosi. ayat yang selamba dikatakan kurang sopan atau kasar. jadi apakah yang terbaik?
cukuplah saya katakan di sini,berhentilah mengadili saya. terima kasih di atas nasihat dan pedoman. terima kasih di atas teguran. apa yang benar dan baik,insyaAllah saya akan ambil.
saya memohon agar Allah ampuni DOSA saya yang jahil ini..dan kepada Hakim,saya tidak takut untuk mengaku siapa saya pada anda. tentang siapa diri saya, saya hanya akan beritahu pada orang yang berhak tahu sahaja. tapi bukan untuk semua orang.
kepada yang lain,sama2lah ambil iktibar. bukan hanya tahu menghukum dan mengadili. jangan hanya cakap2 kosong dan membuang masa. jika bercakap itu membawa keburukan,lebih baik berdiam diri. jika berdiam diri membawa keburukan,lebih baik bercakap. pesanan untuk diri sendiri juga.
saya harap,perkara ini selesai di sini. jika ada lagi isu2 yang berbangkit, PM saya. bercakaplah dengan saya di atas siapa diri anda yang sebenar. bukan atas nama2 samaran.
maaf saya pohon jika terkasar bahasa atau kata2 yang terlampau 'berbunga2'. kepada yang menasihati, jazakalluhukhairan kathira..Allah sahaja yang dapat membalasnya.
untuk akhirnya, SALAM AIDILADHA dari saya..marilah kita bersama menghayati erti PENGORBANAN yang sebenar. mampukah kita mencontohi pengorbanan dan kesabaran Nabi Ibrahim a.s dan anakanda baginda Nabi Ismail a.s..sama2 kita renungkan..
sekian,assalamualaikum..
_________________
.:goLLacaSe:.