SENDIRI AKUTak pernah terasa begini
Perit
Sakit
Carik
Berat dada dirasa
Serasa bahu tergalas gunung tinggi
Makin melangkah kaki ke depan
Makin tenggelam jiwa terhenyek ke bawah
Ke mana arah yang dituju?
Ke mana destinasi noktah diburu?
Diri
Diri ini masih tercari-cari
Meraba-raba dalam terang hari
Menyuluh dalam terik mentari
Andai titis airmata adil dijadikan ukuran
Termahkota aku sebagai pemenang
Namun bukan yang zahir itu
Bukan yang terlihat itu
Ukuran penyesalan
Bukti keinsafan
Wahai Tuhan pemberi segala
Bukan aku mengeluh di setiap kala
Tidak aku meminta bala
Aku mencari diri
Atma sendiri ingin kuselami
Agar diriMu bisa kudekati
[/color]
***
Sarah, hurry and come down or all of us will be late!nyaring teriak mama memanggil adikku yang masih belum turun. Aku yang sudah lama berada dalam kereta menekan punat radio, menghilangkan kebosanaan menanti Sarah bersiap. Aku memilih CD Opick untuk didengar. Dalam leka menghayati bibit aluan penuh makna lagu spiritual penyanyi dari negara jiran itu, fikiranku melayang. Jauh dan makin menjauh
Jasmine, kenapa mata awak merah ni? Awak ok tak? Ada apa-apa yang buat awak sedih ke? Nuha mengusap lembut bahu aku sambil menarik kerusi di sebelah, bersedia untuk mendengar sebarang luahan kata dari hati aku yang sedang sakit. Merah mata aku ini tak mampu mengukur pedih apa yang di dalam. Aku tak membalas pertanyaan Nuha. Aku senyap, dia pun senyap . Bahu aku terus diusap lembut, tanda Nuha ingin menenangkan aku walau tanpa kata yang terzahir. Buku tutorial matematik yang ada di depan mata terbiar begitu saja, tergendala sebentar tugasan. Setelah sisa air mata kuusap, aku kalih badan menghadap Nuha. Nuha, awak masih ingat perkara yang saya ceritakan pada awak hari tu? Kulihat Nuha kerut dahi. Aku menyambung dengan satu perkataan, Haikal Nuha terus mengangguk perlahan.
Aku hadir di Kolej Matrikulasi Perak ini sebagai seorang pelajar dari MRSM Langkawi yang memasang target untuk study hard, achieve result with flying colours and masuk universiti pilihan. Mudah dan jelas. Namun Allah ada perancangan yang sangat sempurna buatku, dihadirkan rasa ingin menuntut ilmu dalam diri. Ilmu milik-Nya yang memang wajib dipelajari. Lantas program-program surau selalu kusertai,berkenalan dengan rakan-rakan yang kufikir sangat bertuah mereka kerana diberi peluang belajar di sekolah agama, mendapat pelbagai ilmu yang aku dambakan tetapi sangat lambat aku baru kukecapi. Di sanalah juga aku berkenalan dengan Nuha. Ruang-ruang kosong dalam hati aku dirasa terisi. Alhamdulillah, betapa rasa syukur aku tak terungkap. Namun jalan mencari yang benar takkan sentiasa smooth. Aku sedar itu namun ujian bukanlah sesuatu yang mudah, bukan mudah melepasi ujian terutama bagi aku yang baru belajar untuk menjadi lebih dekat dengan-Nya. Aku kadang kala tersasar menjadi sedih dan down bila kawan-kawan yang pernah satu sekolah denganku bertanya dengan sinis bila aku selalu ke surau blok untuk bersolat jemaah, bila mereka memandang sinis pada tudung yang semakin aku labuhkan. Rasa sedih itu datang, tak terelak oleh aku yang masih hijau dalam membina hati yang kuat. Nuha dan rakan-rakan yang lain sentiasa ada di sisi, beri semangat untuk aku terus thabat dalam jalan yang baru bagiku ini. Dan di saat inilah dia muncul. HAIKAL.