Assalamualaikum..
Mungkin perkara ini boleh dibincangkan dengan pihak DPMM kerana:
1. Pertambahan bilangan pelajar yang semakin ramai berbanding tempat berkumpul yang kecil.
2. Banyak kelas yang diadakan di rumah-rumah kawasan Tir'ah ini sedangkan tempat-tempat ini tidak diiktiraf oleh pihak keamanan dan dikhuatiri perkara ini akan dihidu oleh pihak kemanan dan bakal mendatangkan kesan2 mudarat kepada para pelajar pada masa hadapan. Kita boleh ambil iktibar kepada kes yang berlaku di Zaqaziq.
3. Perkumpulan pelajar antara lelaki dan perempuan di tempat yang diiktiraf akan menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat tempatan. Perkara ini mungkin akan menimbulkan masalah pula dengan rakyat tempatan seperti tuan rumah, jiran tetangga dan sebagainya.
4. Kewujudan tempat perumpulan rasmi akan memudahkan segala aktiviti berjalan lancar tanpa dirundung rasa takut. Para pelajar juga akan lebih ramai turun program apabila mengetahui adanya tempat perkumpulan rasmi yang dikenali.
5. Kewujudan tempat perkumpulan rasmi akan mengelakkan daripada mereka yang tidak berkenaan mencipta alasan untuk berkumpul mengadakan aktiviti yang tidak sihat.
Kerjasama dengan pihak DPMM amatlah diperluan dalam hal ini. Mudah-mudahan perkara ini dapat dipandang serius oleh pihak berwajib. Segala kerjasama amatlah dihargai demi kemaslahatan bersama.
Terima kasih