Assalamualaikum.w.b.t..salam hijrah untuk semua sahabat-sahabat perjuangan sekalian.mari kita sama-sama berazam untuk menjadikan diri kita lebih baik dari tahun sebelumnya(harap dapat bersbar sbb panjang text ni)..pertama-tamanya terima kasih kepada semua start dari akhwat,affanishere,naira,......,dan yang terakhir makhluk kerana sudi berkongsi masalah dan pandangan bersama kami.saya harap perbincangan kita dalam forum ini memberi satu natijah yang terbaik untuk kita semua.saya tidak merasakan semua komen-komen yang dihantar adalah untuk mencari masalah sesama kita,tetapi mencari satu penyelesaian dan kesamaan.InsyaAllah kita betulkan semua niat kita.(ni bukan ceramah pulak!!)
kembali kepada tajuk asal,disini suka saya ingin memberitahu satu fakta
1):jumlah pengundi dalam undian sistem musyrif=63orang
2)jumlah pengunjung forum unit kebajikan=153orang(lebih kurang)
(bukan untuk mencari publisiti dan glamour unit)jumlah semua pelajar perubatan di mansurah sekarang adalah seramai 691 orang secara kasarnya.apa motifnya dengan semua data ini?untuk undian,mungkin ramai yang menjadi pemerhati sahaja.itu yang pertama
Kedua.saya rasa dah cukup banyak cadangan yang dikemukakan oleh sahabat-sahabat kita semua.kita ambillah yang mana baik
Ketiga,ingin mejawab sedikit masalah musyrif.kenapa mesir sahaja ada sistem ni?ok,untuk makluman semua kalau tak silap saya,jordan turut melaksanakan sistem ini.kenapa 2 negara ini sahaja?pendapat saya lah,kita disini lebih dekat dengan suasana Islamik dan lebih memahami isu ini(pelajar-pelajar jurusan agama).sistem ini telah diasaskan oleh mereka dan kita yang baru datang ke mesir ini hanya mengikuti sahaja.adakah mereka ini saja-saja nak buat sistem ini tanpa ada sebab munasabah?mungkin mereka dah melalui bermacam-macam masalah.ingatlah kita datang belajar disini hanya menumpang nama Universiti Ulung-Al Azhar syarif.ini tidak bermakna ditempat-tempat lain(malaysia,uk,indon,us,jepun..dan semua overc yang setarafnya)tidak memahami Islam,bahkan mereka lebih memahaminya,InsyaAllah.the main point is kita disini kita ada kemampuan dan kesedaran untuk laksanakan.saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih isu agama ini kerana saya bukan arif bidang ini(kalau ada silap tolong beritahu).Di malaysia contohnya,tanpa kita sedari kita telah menggunakan musyrif.apa maksud musyrif?musyrif ni penyelia@pengawas dan tidak semestinya kita kena call orang lain untuk jadi musyrif.cukup dengan ayah kita,abang kita,ayah saudara kita sebagai
musyrif@peneman.jadi apa salahnya kita yang belajar di bumi mesir ini balik malaysia nanti mengaplikasikan sistem ini dengan mewujudkan suasana baru di malaysia(kitakan ramai)

mana tau kot2 masalah sosial,maksiat,rogol,samun dan sebagainya dapat dikurangkan,who know?
keempat.kalau tahun sebelum ni,sistem musyrif ni kita selalu nampak masalahnya kat akhwat ni yang suka sangat keluar malam tanpa sebab.tapi tahun ni berubah,kira ada counterbalance.akhwat dah berani bersuara(bagusla tu,itu yang kita nak!).musyrif ni lewatla,garangla,lipas kudungla,busukla,pilih bulula,penipula dan mcm-mcm lagi la.kira sekarang ni sama-sama.jadi saya tiadak mahu berpihak kepada mana-mana pihak.nak salahkan ikhwah ni takleh jgk sbb diorang ni pun baru lagi.baru je kenal musyrif ni.akhawt pun mcm tu.cadangan saya satu sahaja:
1)BINA SATU HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA MUSYRIF DAN ANAK BUAH(dalam konteks yg dibenarkan syarak)
>berbincangla dengan baik dengan musyrif anda.misalnya musyrif ni datang lewat.bgtua la elok2.stakat ni xde lg musyrif tampar anak buah.paling penting masa.kadang2 akhwat ni pilih time salah contohnye tengah waktu solat.banyak komen yg sy terima adalah pasal masa ni.untuk makluman akhwat,iqamah dimesir puratanye 15minit selepas azan.kira-kira setengah jam gak la klu nk g solat kt masjid campur jalan2.jadi klau boleh alert masa ni.baru ikhwah ni x rasa bersalah.satu lg klau boleh akhwat ni tolong inform awal sedikit kalau nak guna musyrif ni,baru well prepared sket,mashi?baru x kene marah ke musyrif ni
>untuk musyrif yg masam mencuka pulak,akhwat ni jangan memilih sgt.ni masalah teknikal je.dah mmg jenis musyrif ni muka serius nak buat mcm mane.jgn jadikan alasan untuk tidak menggunakan musyrif kerana sebab ni.Jgn tengok org tu tapi apa yang kita dapat dari dia(keselamatan).luar je tu dlm hati ni baik.
>kadang2 tu akhawat ni bagi la sedikit saguhati kpd musyrif2 ni(ni bukan wajib plk,just cdgan).dari psychologynya akan menaikkan semangat musyrif ni.baru musyrif ni rasa dihargai,ni time susah je igt kat musyrif..kita bina satu pembaharuan.byk lagi la caranye yang sahabat2 boleh fikirkan.
>berkaitan data yg sy bgtau awal2 td.pentingnya kita berbincang dan tegur menegur secara directly kerana bukan semua perkara yang anda luahkan dalam forum ini diketahui umum@dibaca umum.hanya sedikit sahaja yang sedar(tak larat kot nak buat kursus musyrif ni semata-mata untuk melahirkan musyrif yang berkaliber ni-senyum sokmo,tepati masa etc).jadi kalau boleh,lepasni jgn hanya garang dalam forum sahaja tapi berani untuk tampil kehadapan dalam sama -sama memberi kesedaran ttg musyrif ni,lebih-lebih lagi dalam amar makruf nahi mungkar
KELIMA.teringat saya kepada pesanan dr seorang doktor pakar yg sekarang sedang berada di mansurah "Doktor sgt memerlukan attitude yg baik,xde gunanya doktor itu tanpa attitude walaupun dia dah ada kepakaran".mcm mana kita nak latih attitude ni?ade ke dlm mane2 silibus yg mengajar bab ni.diharap secara tidak langsung sistem ni dapat melahirkan bakal doktor yg berketrampilan dlm semua aspek
KEEnam dan yang terakhir,selepas ni kalau ada masalah berkaitan@cadangan@komen terus lapor kpd Affanishera@saya sendiri secara terus(directly).InsyaAllah sama-sama kita bina suasana yang lebih baik dan biah solehah dibumi mansurah ini.pesanan untuk diri saya sendiri dan juga sahabat2"Wahai orang2 yang beriman,mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat?Amat besar kebencian disisi Allah kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat"-ash-shaff:ayat 2 dan3.jutaan kemaafan andai terkasar bahasa.....unitkebajikanpcm08/09