HomeHome  ­GalleryGallery  ­CalendarCalendar  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­UsergroupsUsergroups  ­Log inLog in  
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Who is Online ?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 31 on Tue Nov 10, 2009 4:05 pm
Latest topics
» Things you dont want to hear during surgery.. =D
Mon Nov 16, 2009 2:19 pm by Undercover

» Cadangan ; membuat program Bakti Siswa (BAKSIS)
Wed Nov 11, 2009 10:14 pm by amalin rahman

» Produk Jualan Unit Ekonomi 2008 2009 (Update : Iklan Tshirt)
Sun Nov 08, 2009 1:35 pm by Unit Ekonomi

» Terkini (Iklan Tshirt Ikhwah)
Sat Nov 07, 2009 2:34 am by Unit Ekonomi

» Pengumuman (Evoiz : STOP)
Wed Nov 04, 2009 12:05 am by Unit Ekonomi

» AJK/ Wakil Jualan Ekonomi
Tue Nov 03, 2009 11:07 pm by Unit Ekonomi

» Buying Runescape Gold (GP) or Runescape Items
Thu Oct 15, 2009 7:58 am by mollyholly

» Software chat new version
Sat Sep 26, 2009 9:05 am by Romie

» Tahun 3 pulok!
Tue Sep 01, 2009 8:02 pm by starry_heart

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
meteorex
 
budak baik
 
n.i.a.z
 
upp_pcm
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
panglima islam
 
Goku
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
November 2009
SunMonTueWedThuFriSat
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Kenapa rawatan di klinik gigi swasta mahal?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
budak baik
Sponsor & Source Member
Sponsor & Source Member


Number of posts: 64
Age: 21
Location: dunia fana
Registration date: 2007-12-16

PostSubject: Kenapa rawatan di klinik gigi swasta mahal?   Fri Dec 28, 2007 5:09 pm

Tentu anda semua selalu tertanya-tanya kenapa caj rawatan di klinik-klinik gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik-klinik ini mempunyai caj rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi.

Kebiasaannya dalam menentukan hal caj rawatan, doktor gigi perlu mengambil kira
1. Kos utk bahan yang digunakan
- kos ini termasuklah pada kos bahan rawatan, kos bahan disposable ( bahan yang diguna sekali sahaja seperti gloves, mask, penyedut air liur, cawan, bib yang diletak di dada pesakit, jarum suntikan dan sebagainya), kos bahan yang digunakan untuk memastikan semua barang bebas dari kuman ( autoclave untuk memasak barang-barang yang digunakan semasa merawat) dan juga cecair membunuh kuman.
- kita tidak mahu menggunakan bahan yang sama sepanjang hari. Bayangkanlah jika gloves yang ditangan doktor tu telah diletakkan di dalam mulut orang lain..sudah tentulah kita geli. Barang-barang besi yang digunakan biasanya di masak di dalam autoclave untuk membunuh kuman.

2. Kos sewa klinik
- harga sewa klinik memang agak mahal. Sebab itulah harga rawatan di klinik gigi di kampung-kampung agak murah berbanding di bandar. Harga rawatan di Bangsar, Damansara, KL agak mahal berbanding di cheras, kajang, bangi, muar dan sebagainya.

3. Kos untuk memastikan alatan yang digunakan sentiasa di servis dan berkeadaan baik
- kerusi rawatan, handpiece yang digunakan semasa proses menampal gigi, mesin cucian gigi semuanya hendaklah diservis dan kadangkala di ganti jika ada bahagian yang rosak. Peralatan-peralatan ini sangatlah mahal harganya.

4. Kemahiran seseorang doktor
- Doktor yang banyak pengalaman dan mempunyai banyak kemahiran biasanya meletakkan caj yang agak tinggi, setimpal dengan rawatan yang diberi. Biasanya pesakit akan berpuas hati dengan rawatan yang diberi dan tidak merungut jika mahal.

5. Jenis rawatan
- rawatan yang memerlukan kepakaran doktor gigi biasanya di caj lebih berbanding dengan rawatan biasa seperti membuat sarung gigi ( crown), pemakaian braces, membuat rawatan saraf ( RCT ), pencabutan yang memerlukan pembedahan can sebagainya.
- jenis rawatan yang memakan masa yang lama seperti pencucian karang gigi yang banyak, RCT, crown, bridge juga agak mahal kerana masa yang digunakan kadangkala mencecah sejam atau lebih dan ini menyebabkan 2 atau tiga pesakit tidak dapat berjumpa doktor gigi.

Kerajaan memang banyak menghulurkan bantuan di klinik-klinik gigi kerajaan kerana caj rawatan terlalu dan teramat murah. Kadangkala saya berasa harganya tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan tetapi bekerja di kerajaan memanglah untuk berbakti kepada masyarakat. Bayangkanlah harga cucian gigi hanyalah RM 2 di klinik kerajaan..tetapi masa yang di ambil untuk mencuci gigi yang banyak karang gigi memakan masa sejam lebih. Kadangkala sebab itulah doktor-doktor di klinik kerajaan menyuruh mereka membuat temujanji atau pergi buat rawatan di klinik swasta kerana masa yang di ambil agak lama dan terlalu ramai pesakit yang menunggu masa utk dirawat.

Di negara-negara lain, kos rawatan pergigian memang lagi mahal sehinggakan ada di antara penduduk negara tersebut yang tidak mampu membuat sebarang rawatan. Tiada bantuan kerajaan yang ada di negara-negara tersebut seperti negara kita. Jadi memanglah penduduk malaysia amat bertuah dibandingkan negara-negara lain.

Sayangilah gigi anda dan jagalah ia dengan baik. Kerana kos untuk merawat lagi mahal dari kos untuk mencegah..Smile

What a Face What a Face What a Face
Back to top Go down
View user profile
 

Kenapa rawatan di klinik gigi swasta mahal?

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Adakah anda Bersedia :: Pergigian-
Post new topic   Reply to topic