HomeHome  ­GalleryGallery  ­CalendarCalendar  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­UsergroupsUsergroups  ­Log inLog in  
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Who is Online ?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 31 on Tue Nov 10, 2009 4:05 pm
Latest topics
» Things you dont want to hear during surgery.. =D
Mon Nov 16, 2009 2:19 pm by Undercover

» Cadangan ; membuat program Bakti Siswa (BAKSIS)
Wed Nov 11, 2009 10:14 pm by amalin rahman

» Produk Jualan Unit Ekonomi 2008 2009 (Update : Iklan Tshirt)
Sun Nov 08, 2009 1:35 pm by Unit Ekonomi

» Terkini (Iklan Tshirt Ikhwah)
Sat Nov 07, 2009 2:34 am by Unit Ekonomi

» Pengumuman (Evoiz : STOP)
Wed Nov 04, 2009 12:05 am by Unit Ekonomi

» AJK/ Wakil Jualan Ekonomi
Tue Nov 03, 2009 11:07 pm by Unit Ekonomi

» Buying Runescape Gold (GP) or Runescape Items
Thu Oct 15, 2009 7:58 am by mollyholly

» Software chat new version
Sat Sep 26, 2009 9:05 am by Romie

» Tahun 3 pulok!
Tue Sep 01, 2009 8:02 pm by starry_heart

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
meteorex
 
budak baik
 
n.i.a.z
 
upp_pcm
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
panglima islam
 
Goku
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
November 2009
SunMonTueWedThuFriSat
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Mencegah pereputan gigi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
budak baik
Sponsor & Source Member
Sponsor & Source Member


Number of posts: 64
Age: 21
Location: dunia fana
Registration date: 2007-12-16

PostSubject: Mencegah pereputan gigi   Mon Mar 10, 2008 7:51 am


Dental Caries

PERKEMBANGAN pengetahuan mengenai kesihatan gigi telah menunjukkan bahawa gigi bukan sahaja penting untuk menggigit dan mengunyah malahan juga berkait rapat dengan kesihatan sistem badan yang lain.

Selain mampu memberi kesan kepada darah dan jantung, kesihatan gigi dan gusi juga penting dari segi penampilan.

Seseorang itu akan kelihatan lebih sihat dengan penampilan gigi dan gusi yang sihat selain mulut yang tidak berbau.

Penjagaan gigi untuk kekal sihat dan kuat melibatkan memberus dan memflos bagi membersihkan mulut selepas makan dan mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut.

Namun, alasan utama mengapa kita memberus gigi dan memflos adalah untuk menanggalkan plak, yang juga dikenali sebagai biofilm, iaitu lapisan nipis tidak berwarna pada permukaan gigi yang dihasilkan oleh longgokan bakteria di dalam mulut.

Plak ialah satu daripada punca utama pereputan gigi. Jika tidak dibuang, lapisan nipis ini akan menjadi semakin tebal dan bakteria di dalamnya akan mula mengeluarkan asid hasil metabolisme tanpa oksigen.

Memandangkan air liur yang bersifat alkali tidak dapat menembusi lapisan plak ini, asid yang dihasilkan itu tidak dapat dineutralkan dan akan merosakkan permukaan gigi yang dilitupi plak berkenaan.

Doktor gigi menggunakan perkataan ‘karies’ untuk menjelaskan keadaan gigi yang mereput.

Bila membincangkan masalah pereputan gigi, terdapat beberapa soalan yang sering timbul di kalangan orang ramai.

Bagaimana plak menyebabkan pereputan gigi?

Bakteria dalam plak bertindak balas dengan gula di dalam makanan untuk menghasilkan asid yang menyerang dan melemahkan enamel gigi (lapisan pelindung keras di permukaan atas gigi) seterusnya membuka laluan untuk kaviti terbentuk.

Apakah itu kaviti?

Kaviti ialah lubang di dalam gigi yang terbentuk akibat pereputan permukaan gigi atau karies. Terdapat tiga tempat berbeza di mana gigi boleh mengalami pereputan.

Pereputan pada permukaan yang digunakan untuk menggigit berlaku apabila plak terperangkap pada lekukan gigi.

Ini sering berlaku pada kanak-kanak kerana mereka sering terabai kawasan ini ketika memberus gigi.

Pereputan terjadi di antara gigi apabila plak dibiarkan terbentuk pada kawasan yang sukar dicapai ini.

Kawasan ini tidak boleh dicapai dengan berus gigi semata-mata dan plak akan terbentuk sekiranya tidak memflos atau tidak dibersihkan selalu.

Pereputan pada permukaan akar gigi berlaku sekiranya anda mengalami kemelesetan gusi atau penyusutan tulang, sering dikaitkan dengan penyakit gusi atau periodontitis.

Ia juga lebih ketara sewaktu peningkatan usia kerana gusi mulai menyusut.

Sekiranya plak dibiarkan terbentuk pada akar gigi yang terdedah dan tidak dilindungi enamel, kaviti akan cepat terbentuk.

Bagaimana saya boleh menghalang kaviti daripada terbentuk?

Anda boleh menghalang pembentukan kaviti sekiranya anda mengamalkan penjagaan gigi sempurna. Berikut adalah senarai semak perkara yang perlu dilakukan:

* Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut – sebaik-baiknya di waktu pagi dan sebelum tidur.

* Gunakan ubat gigi berflourida – flourida terbukti membantu menghalang kaviti.

* Bersihkan celah di antara gigi setiap hari untuk membuang plak di kawasan yang sukar dicapai berus gigi.

* Amalkan diet yang sihat dan elakkan daripada makan terlalu banyak makanan atau minuman manis.

* Kunjungi doktor gigi anda selalu – sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan untuk pembersihan gigi dan pemeriksaan.

* Doktor gigi menyarankan agar anda menukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan atau lebih awal sekiranya berus gigi kelihatan haus. Ini kerana kajian menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan lebih banyak plak daripada berus berusia tiga bulan*

Berapa kerap perlu saya kunjungi doktor gigi?

Anda perlu merancang untuk mengunjungi doktor gigi dua kali setahun untuk pemeriksaan. Memandangkan setiap pemeriksaan adalah berbeza dan doktor gigi anda perlu memeriksa gigi serta gusi anda untuk sebarang masalah.

Doktor gigi juga mungkin mengambil gambar sinar-X untuk memastikan tiada masalah tersembunyi.

Doktor gigi anda juga boleh membersihkan gigi anda secara profesional (juga dipanggil prophylaxis) untuk membuang plak yang keras (tartar) dari bahagian atas dan bawah garisan gusi.

Ini juga akan mengilatkan gigi anda dengan membuang plak dan kotoran yang melekat pada permukaan gigi.

Jangan lupa, doktor gigi anda juga boleh memberikan nasihat pakar mengenai cara memberus dan memflos. study study study
Back to top Go down
View user profile
 

Mencegah pereputan gigi

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Adakah anda Bersedia :: Pergigian-
Post new topic   Reply to topic