| Who is Online ? | In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests None Most users ever online was 31 on Tue Nov 10, 2009 4:05 pm |
| Top posters | | Nour El | | | Allotropic | | | meteorex | | | budak baik | | | n.i.a.z | | | upp_pcm | | | goLLacaSe | | | kokkunkap | | | panglima islam | | | Goku | |
|
| November 2009 | | Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | | 29 | 30 | | | | | | Calendar |
|
| | |
| Author | Message |
|---|
hasanbana Viewer


Number of posts: 25 Location: moonlight Registration date: 2008-01-04
 | Subject: Re: Mr Safarah Mon May 25, 2009 5:59 am | |
| minta maaf..GMN tiada kaitan langsung dalam kes ini. Hubungan kami dengan GMN baik dan tidak ada apa - apa masalah. Yang bersalah adalah Mahmud sahaja dalam hal ini kerana sikapnya yang acuh tidak acuh mencari rumah dan hanya mementingkan duit. Sumber cerita ini sahih. Kalau tanya Mahmud mesti dia tidak mengaku. Berita ini bukan nak menimbulkan isu dan bukan untuk memecahbelahkan. Hanya sebagai nak bagi tekanan pada Mahmud. Terima kasih pada Sito sebab sudah mengutarakan masalah ini kepada Dr Mat Husin. Inilah langkah yang perlu diambil bukan hanya memenuhkan komen yang tak berguna di forum ini. |
|  | | to sito Guest
 | Subject: xtipu ek..? Mon May 25, 2009 6:22 am | |
| assalamualaika warahmatullahi wabarakatuh to bro sito nampak bro ni cam contacct rapat dengan GMN siap boleh gitau si prof mad terus ek so nak mitak tolong boleh? sebab bro kata klu ada yang GMN menipu, sila kemukakan fakta kan? skang ni saya kata GMN menipu salah satu yang saya ada FAKTAnya kursus bahasa arab xde pom bukan kat UKM tapi lanjutan kat sini ada tertulis dalam bayaran tapi ...? habuk pun xde mengikut sumber yang saya boleh percayai student2 GMN (regular) pernah bertanya kepada pihak GMN, bila nak buat kursus? diorang kata pas budak manchester sampai (flight student manchester lagi lewat berbanding regular) tapi dah nak habis sem dah,budak2 regular pun dah berapa paper dah tapi mana kursus arabnya? klu xbuat kira menipu la kan? ke kira xmenipu juga? klu bro sito boleh terangkan benda ni amat bermakna la sebab boleh membaikkan nama 'baik' GMN walaupun sedikit thank u bro sito Assalamualaika warahmatullahi wabarakatuh |
|  | | jackster
Number of posts: 2 Registration date: 2009-03-29
 | Subject: Re: Mr Safarah Mon May 25, 2009 6:36 am | |
| bismillah, salam alayk.. 1. adab berforum, kite ikut topik asal, kalau nk bincang pasal laen blh bukak topik baru, moderator mintak amek peranan, syukran =) (sekadar cadangan, ana sebagai tetamu cuma dapat harap jasa baik tuan umah hehe) 2. merujuk komen owenheskey sblm ni, mmg stuju sgt2 dh tu, x gune komen byk2 kat sini, tgu respon Dr mat husain n hasil perbincangan Pengerusi PCM, then baru penuhkan komen kat sini, rasenye yg lebih diperlukan skrg adalah cadangan2 untuk membantu sahabat2 kita yg teraniaya. 3. so cadangan, sebagai ahli biasa sudah tentu tak mampu nak pergi bincang direct dengan mana2 pihak, yg tu kite serah kepada ajk2 mansurah, tapi rasenye semua ahli mampu buat satu memorandum bantahan, serahkan kat wakil GMN, buktikan yang semua ahli series dalam hal ni, n tnjukkan ni bkn isu satu @ dua imarah tapi isu semua ahli perubatan mansurah. then buat la majlis solat hajat sekali mntak terbuka skt hati mahamud tu, keras2 ati arab ni kdg2 ade jugak lembutnya =) *maaf menyampuk isu yg bkn di tempat sndiri, sekadar perihatin dengan sahabat2, mohon x disalah erti =) *memorandum bantahan yg ana cadang tu bkn utk burukkan hubungan dengan GMN, sekadar mintak jasa baik GMN berhati2 pilih wakil arab, n pantau btul2 stiap apa yang arab tu buat. takut pulak org salah paham ckp ana suh main api dgn GMN hehe nauzubillah wallahua'lam |
|  | | sito Guest
 | Subject: Re: Mr Safarah Mon May 25, 2009 6:42 am | |
| wsalam wbt xda la sy rapat sgt dgn GMN cuma ape yg sy tahu sy sampaikan kepada mana2 pihak jgnla marah sgt bro pasal kursus bhs arab tu sebenarnye kita dah lari topik ni bro... nak cite pasal perumahan tp dah meleret2 da xpe2 kalu nak tau lebih lanjut dtgla umah kite bincang2la or sy gi umah awk ke ok x? xnakla gado melayu2.. small prob can be bigger if we make it bigger.. (sori la English x betul sgt)  exam dlu bro |
|  | | budak gm Guest
 | Subject: ???? Mon May 25, 2009 7:17 am | |
| Salam to all erm kepada 'to bro sito' saya budak gmn,,regular saya check kat paper bayaran pastu yang sal kursus bahasa arab tu untuk COST saya tengok tertulis kat situ PAID by Global Medic Network Sdn. Bhd. tapi fikir balik.. camner GMN ni baik hati plak gi bayar sebab klu kat UKM tu, bayaran dia asing2 xtermasuk yang ni so, saya just nak tau je la betul ke GMN bayar ni? duit GMN pun, mostly duit yang student2 ni bayar juga xtau ar kot2 ada income dpd lain 1.klu betul, GMN bayar tapi xde kelas dikira menipu la 2.klu GMN bayar guna duit kitorang tapi xde kelas lagi la ber+ menipu 3.klu GMN xbayar, mesti la xde kelas kan? tapi dah tertulis atas kertas tu..apa cer? menipu la juga so,camner? kepada sesiapa yang boleh jelaskan..tolong la ek saya confuse  |
|  | | hehehe Guest
 | Subject: isu apa sebenarnya nih? Mon May 25, 2009 7:23 am | |
| Salam woit..ni isu apa ni oi..? isu umah ke GMN ni? nak bincang isu GMN tu lain kira ar beb bukan kat sini sini isu si Mahmud aku tau la Mahmud ni orang GMN tapi klu nak ekcoh sal GMN tu lain tempat ar beb ni umah ni camner kira? kita semua yang merana klu ada orang cam si Mahmud buat kerja camtuh dah la si Baim tu senior yang aku respek (cute plop tuh) xkena ar beb, si Mahmud ni so, sape2 yang ada contact selalu dengan pihak atasan GMN tuh mitak la diorang tengok apa yang si Mahmud ni buat dajal kat budak melayu klu xde apa2 tindakan yang buruk nama GMN juga cukup setakat arab ni se'orang' dah ar jangan ar nak sabitkan nama company plop anyway, restoran GMN maintain ramai orang huhuhu adios salam |
|  | | pidah Guest
 | Subject: cool bro2 sekalian Mon May 25, 2009 11:22 am | |
| salam.. aku cuma nak nasihatkan semua bro2 atau sis2 yang hendak mengomen.. jangan ikut perasaan bila hendak mengomen..karang timbul isu baru..xpasal2 tengah nak exam ni..jangan nak menyemak dan menghuru-harakan mansurah kerana anda..cukuplah isu selama tiga tahun berturut2..aku xnak isu baru muncul.. so,komen berdasar topik ini..pasal rumah dan mahmud arab.. jangan mengomen pasal GMN atau pape..juz fokus MAHMUD ok? elakkan sebarang gado2..aku dah cukup bosan selama tiga tahun berturut2 isu yang xabes2.. so,hati mau baik dan hidup mau ceria okke? promote blog ckit.. senang2 ziarah neh..manelah tahu boleh berkongsi idea@pandangan..  |
|  | | macross_zero3000
Number of posts: 1 Registration date: 2009-04-26
 | Subject: (^-^) Mon May 25, 2009 12:17 pm | |
| biar berputar utara selatan.... ku tak putus harapan... sedia setia  relaku mengejarmu 1000 batu jauh lagi.. tp benarkah kakiku kn tahan sepanjang jln ini, biar membisu burung bersiulan, terlelah gelombang lautan, ku masih setia... (sori x kne mengena ngan topic) adeh  |
|  | | ibrahimzul
Number of posts: 7 Registration date: 2009-02-17
 | Subject: Re: Mr Safarah Mon May 25, 2009 2:36 pm | |
| Kenyataan tidak rasmi Unit Perumahan Perubatan Cawangan Mansurah 2008/2009 Assalamualakum wbt. Sebelum saya memberi sebarang komen tentang isu ini, saya ingin mengingatkan sahabat-sahabat yang membaca forum ini agar menjauhkan sifat menunding seterusnya mencari dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh individu-individu tertentu. Masalah yang dihadapi adalah untuk diselesaikan, bukan untuk dirumitkan dengan komen-komen, dan kutukan-kutukan yang tidak membawa kepada kata sepakat dan penyelesaian. Pertamanya, saya ingin memohon maaf kerana lambat memberi respon berhubung perkara ini. Untuk pengetahuan sahabat sekalian, saya sudah sedia maklum sejak 3 hari yang lepas tentang masalah rumah yang kami duduki ini, dan tentang blok Oren, malam tadi baru saya dimaklumkan dengan masalah mereka, yang hampir sama dengan masalah di bangunan kami. Cuma, pada pendapat saya ianya tidak perlu untuk dihebahkan kepada umum sebelum mendapat kepastian tentang masalah ini. Meskipun begitu, saya secara peribadi tidak mengetahui secara pasti siapakah individu yang ditugaskan oleh pihak agen untuk menjadi wakil mereka untuk mencari rumah dari kalangan orang Mesir sendiri. Maka pada pendapat saya, untuk menuduh Mr. Mahmud yang melakukan perkara ini adalah tidak adil sama sekali walaupun sedia maklum yang beliau merupakan wakil pihak agen di sini. Mengikut maklumat awal yang saya terima, wakil agen itu menggunakan nama safarah Malaysia dalam setiap urusannya. Perkara ini juga perlukan kepastian dari pihak safarah sendiri sama ada mereka ada atau pernah mewakilkan orang Mesir untuk urusan perumahan sebelum kita mengambil apa-apa tindakan terhadap penipuan yang dilakukan. Setelah dimaklumkan dengan isu ini, saya telah menghubungi wakil agensi di sini iaitu seorang ustaz Indonesia untuk memastikan hal ini dan merancang untuk melakukan perjumpaan tidak rasmi dengan beliau untuk membincangkan hal ini. Namun, sehingga kini beliau masih lagi belum menetapkan masa memandangkan beliau juga kini berada dalam fatrah imtihan sehingga awal bulan 6. Tetapi beliau tidak menafikan yang pihak agen sedang mencari rumah untuk menempatkan pelajar yang kemungkinan bertambah untuk sesi akan datang. Suka untuk saya ingatkan bahawa Persatuan Perubatan Cawangan Mansurah adalah sebuah persatuan yang tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga kebajikan pelajar medik di sini. Kami tidak mempunyai sebarang autoriti untuk memaksa para pelajar mengikut sebarang peraturan mahupun pekeliling yang dikeluarkan. Tetapi, kami mengambil inisiatif memberi nasihat kepada pelajar-pelajar yang ingin mencari rumah agar masalah yang kami risaukan dari tahun ke tahun tentang lonjakan harga rumah dapat diminimakan. Kami tiada hak untuk menghalang pelajar menggunakan wang mereka untuk membayar sewa yang mahal meskipun mereka mampu. Tetapi anda haruslah mempertimbangkan kesusahan yang akan dihadapi oleh pelajar-pelajar lain yang kurang berkemampuan. Kami di Unit Perumahan masih lagi mencari mekanisma terbaik untuk menghadapi masalah kenaikan harga rumah. Meskipun ianya bukan di bawah bidang kuasa kami untuk menentukan harga rumah, tetapi kami berharap agar masalah ini tidak menjadi beban kepada pelajar-pelajar. Sebarang cadangan dan aduan boleh disalurkan terus kepada saya atau ajk-ajk unit perumahan yang telah dilantik ataupun boleh juga ditimbulkan dalam forum ini selagi mana kita sepakat mencari penyelesaian, bukan mencari titik perbezaaan. Kerjasama anda amatlah dihargai untuk menjamin keselesaan pelajar-pelajar yang lain di masa ini dan akan datang. Yang menjalankan tanggungjawab Unit Perumahan Perubatan Cawangan Masnurah 2008/2009 |
|  | | sito Guest
 | Subject: cadangan Mon May 25, 2009 2:52 pm | |
| salam sorila ye kalu ada salah silap sini ada cadanganla.. mahmud ni x boleh di attack dgn kasar n ramai2 la rasanye knp? 1)sebab die org orb 2)mama baba kite org arab... 3)surounding kite arab sebagai contoh kalau la kite kene sound dgn org luar yg mastautin kt negara kite,ape kite buat? + org arab ni semangat assabiah die tinggi.... takut2la kalu mahmud ni terasa dgn kite n ada sikit perangai keji die..maybe die hasut lagi semua mama n baba kat mansoura ni...dan die juga ada pengaruh kuat kat university... so kite sound cara berhemah la kt die...utk kepentingan kite pada masa hadapan jugak..biarla pegawai gmn,pokjak,n beberapa org berkenaan amik tindakan..n kite tunggu je la... exam la dlu...hope semua lulus dgn cemerlang nak cite pasal mahmud ni panjang sgt... tambahan* **mahmud thn lps jaga kebajikan dan urusan U..skrg ni die hanye jga urusan U sahaja pasal dr mat pon x caya kt die pon..yg jaga kebajikan adalah ustz halim n lain2..ustaz halim skrg imtihan kalu x silap..so maybe la mahmud ni amik peluang... kalu x silap sy la... if ada info lagi sy update kan ye... minx maaf byk2 la kalu yg terasa dgn sy... salam... |
|  | | wunan Guest
 | Subject: Re: Mr Safarah Mon May 25, 2009 3:47 pm | |
| sekejap je ek thread ni berjalan mmg hangat ek kisah mahmud ni smpai gmn pnye cte pon msk skli neh aduhai..kite ni seagama kawan2' dikire saudara seislam da neh so kat sini tajuk dier bsr2 tulis psl mahmud.. so cite psl mahmud je laa psl gmn nnt kiter bkk thread lain ek.. ana pon dtg dgn gmn jgk.. ana tau sume perkara yg drg tipu darpd batch bro sito neh smpai la ke batch taun neh sume dlm tgn ana.. tp skang ni msm imtihan kan... kita ni nak jadi dr..jadi berusahalah dahulu utk mnjadi dr.. study dulu..citer kursus bahasa arab ke.. ape ke kite citer lain hari.. lagi pon da kuar kenyataan x rasmi da tuh lgpn dgr2 gmn da ader council sndri.. jadi mdh-mdhn council tu bkn skdr nama tapi bleh mmbntu jgk pcm dlm menjaga kebajikan pelajar di sini yg kebanyakannya dr golongan gmn neh mesyi?? *respek sama bro sito..setiakawan yg tgi..vom backup..gmn backup.. ini la yg dikatakan persaudaraan..mudah-mudahan dipermudahkan sama2 muhasabah insyaAllah..salam ukhuwah salam keramat |
|  | | iqbalhakim Viewer


Number of posts: 26 Registration date: 2007-12-06
 | Subject: sedikit pemberitahuan Mon May 25, 2009 4:36 pm | |
| assalamualaikum... alhamdulillah. diringankan tgn jg untuk menulis. maaf kerana lambat yg bkn disengajakan. 1st..sedih krn xde pon pengkomen melahirkan rase simpati kpd adik2 di blok oren tu..dan memberi cdgn utk settlekan masalah mrk memandangkan mereka kena kuar akhir bulan 6 ni..imarah baem xpe dulu coz diorang kena kuar lepas exam.. 2nd..sy diberitahu oleh ummi medic mesir pasal masalah ini kira2 2 mggu lepas. masa tu ummi kata dia akan report benda ni kat dr jamil(pengarah JPMK)..dan jpmk pon sanggup utk selesaikan masalah ini..slps itu kami dan ummi adakan perjumpaan utk membincangkan sdkt masalah..antara masalahnya ialah pasal rumah ni lah..setelah itu sy amek keputusan utk jumpa directly dgn mr mahmud. tp seperti yg owen heskey katakan, mr mahmud tak mengaku. jadi bile tak mengaku takkan kita nak paksa dia utk mengaku kan. tp dlm perbincangan itu ada 2-3 perkara yg saya rasa macam mahmud terperangkap dgn jawapannya sendiri.membuatkan sedikit ragu2 dgnnya. apa2 pon mahmud telah bersumpah dgn nama ALLAH yg die tak tawarkan harga yg tinggi kpd tuan umah oren tu dan dia berjanji takkan amek umah oren tu utk sesi depan. maka sy pon senyapkan diri dari masalah ini. 3rd..2 hr lepas dpt berita yg imarah abg baim pula yg akan menjadi mangsa..sedikit terkejut..sy baru call dr jamil memaklumkan benda ini..dan die kata safrah xpernah pon hantar wakil utk cari umah disini..sekali lg beliau akan berjanji akan settlekan benda ini..dan beliau juga ade mencadangkan supaya sy report benda ini kpd amnu daulah sepertimana yg sy telah buat dulu..utk kes ini sy masih lg memikirkan untuk report atau pun tidak kpd amnu daulah. 4th..skarang kita bncng pasal masalah mahmud n masalah kebajikan ahli yg menjadi mangsa. jd masalah rumahtangga GMN mahupun agen len xyah kt bincangkan dlm topic ni..nak bincang jg buka topic len ye..so skarang kt ade 2 masalah..satu masalah harga rumah..sy xnak guna nama mahmud coz kita pon tak pasti samada btol2 die atau pun tak..sy gantikan dgn mr safarah..ok masalah harga rumah ni..dah lama dah timbul..hanya mr safarah je yg menghangatkan lg..mmg btol org kata suka hati die la nak sewa brape pon..tu duit die..die nak selesa lebih sket die bayar la..PCM ape kalut2 sgt..nak kontrol harga rumah? sy fikir satu jawapan yg sedikit mementingkan diri..mmg btol anda mampu..tp tak pernahkah anda terpikir camne org len..org yg xde duit..bkn ramai yg kaya..tp ramai disini yg kurang mampu..mungkin anda xpernah jumpa dgn org yg xmampu beli lihaf..hanya guna selimut nipis pada musim sejuk..mungkin anda xpernah jumpa org yg hanya fotostat buku krn xde duit nak beli yg ori..jd sy merayulah kepada anda mahupun pihak2 yg berkenaan..jgn kerana nak jg kepentingan diri..org len jd mangsa..mungkin anda bongkak sekarang krn diberi sedikit kenikmatan..tp pernahkah anda terpikir jika sedikit kenikmatan itu ditarik..sekadar renungan bersama.. yg kedua adalah masalah adik2 blok oren..sy lebih suka klu kita bincangkn action utk selamatkan adik2 ni disamping tu kita jg fikir camne nak stop masalah ini..walaupun ummi memberi jaminan bahawa die akan jg adik2 kt tu..bkn tak percaya dekat ummi tp sekurang2 kt tolong la adik2 tu..mungkin disini shbt2(akhawat aje) rase rumah die kekosongan utk diberi tumpang kpd adik2 sile kontek tim pengerusi(saudari irham) sementara kt dpt cari umah utk diorang..dan juga dr PCM sendiri..iA squad khas perumahan(spt yg tahun2 lepas) akan ditubuhkan secepat mungkin utk membantu adik2 tu..jutaan terima kasih sekiranya anda menjadi salah satu sukarelawan utk squad perumahan itu..kami akan laksanakan tanggungjawab kami..anda bagaimana pula..jgnlah hanya hebat anda dimulut atau dlm komen shj..tp pada tindakan kosong! 5th..sedikit kehairanan bilamana wakil safarah itu hanyalah menumpukan kpd rumah pelajar melayu sahaja..knp yer??apsal umah arab tak diambilnya..pada pandangan sy mudah shj..krn kita tak lawan..bila org amek hak kita, kita buat dek je..sy rase faktor inilah membuatkan mrk bertambah berani..tp jika kita tunjukkan sedikit kekuatan kita..iA diorang pon akan takut..sbb kt berada dlm kebenaran..cume perlu bersatu untk menunjukkan kt ini lebih kuat..jika mr safarah ni buat macam ni dekat arab len..alamak akan dihambat dgn parangla gamaknya...kt??nak kejar mr safarah tu dgn parang gak ke? tak perlu..just satukan hati kita dan tggu arahan dari PCM utk tindakan selanjutnya..act bermacam2 tindakan yg sedikit radikal utk mengajar mr safarah ni..tggu dan lihat keadaan dulu la..klu sesuai kt guna..klu tak jd kenagan jer la.. lastly..maaf krn panjang sgt..maaf jg krn xguna tatabahasa yg btol..maaf juga krn lambat reply..maaf juga kalau komen ini nmpk sdkt kasar..apa2 pon yg kita harapkan suasana harmoni dpt dikekalkan di mansurah ini..iA PCM akan hapuskn segala mcam benda2 yg membuatkan pelajar2 disini tak dpt belajar dgn tenang..marilah sama2 utk kita bersatu..anda bkn tolong sy sahaja..anda juga tolng org len juga..(ayat politik la plok).. teringat kata2 last dr hamid..focus dlm stadi..iA unsur2 perpecahan takkan timbul..doa2 la spy kita smue sama2 najah tuk exam kali ini dan smg hati2 kita bersatu krnNYA.. siiru 'ala barakatillah...wallahu'alam.. yg benar, Muhammad Izzat B Md Kamal Pengerusi Perubatan Cawangan Mansurah sesi 2008/2009. |
|  | | po'wear
Number of posts: 5 Registration date: 2007-12-18
 | Subject: Re: Mr Safarah Mon May 25, 2009 5:11 pm | |
| Assalamualaikum. stuju owh...sama2 kta sumbang idea untuk menyelesaikan masalah nih, ajk2 Pcm tu pon menantikan cdgn bernas dari ahli2. sape2 yg rapat dgn Mr. Mahmud tuh, blehlah cuba korek2 skit info dari dia. satu agi...jgn asyik duk mengeluh pcm nih ske sgt control 'mengontrol' harga rumah, semua bnda x bleh buat, meh nk ckp, ajk pcm tu ramai jer yg kaya, klu diorg sdiri nk sewa rumah mahal2 boleh aje, tp diorg buat mcm tu utk kepentingan b'sama..so paham2 r. klu kita ske sgt mengeluh psl ni...masih ramai lg org yg xde duit mengeluh sbb kenaikan hrga rumah dgn mndadak, dhlah mak bapak kat kampung tu xde duit. n mgkin ada yg b'kata "apala sgt effect hrga rumah lain kalo aku amik rumah mahal, aku x nampak pon" .....mmg la org mcm ni x nmpak, duit berlambak, perut asyik kenyang...mcm mana nk nampak kesusahan org lain?? kesimpulan: jgn amik rumah yg harga mahal gila-gila. boleh nk amik, tp kamu tanggung gak kenaikan hrga rumah2 kt sekeliling kamu. duit byk kan?? sekian.
Last edited by po'wear on Mon May 25, 2009 8:33 pm; edited 1 time in total |
|  | | Goku Team Member


Number of posts: 36 Age: 29 Location: katil Registration date: 2007-12-06
 | Subject: Re: Mr Safarah Mon May 25, 2009 6:49 pm | |
| salam to jackster. syukran sbb bg nasihat n tips2 bro..nnt kalau ade komen2 atau cadangan boleh la trus bagi..sbb kami sndri pon xtahu sgt pasal bab berforum ni. to all users jadi kepada users2 yg hendak komen,sila komen mengenai topik yg berkaitan..jgn lari tajuk.. kalau nk bukak topik baru sila klik new topic..ok. jika ade sbrg cdngn atau komen...leh la trus post kat sini http://pcmansurah.forumotion.com/cadangan-dan-komen-f6/ |
|  | | po'wear
Number of posts: 5 Registration date: 2007-12-18
 | Subject: Re: Mr Safarah Mon May 25, 2009 8:37 pm | |
| kejap2...sblum tuduh menuduh ni berlaku lebih teruk...kita fikir dulu btol ker ni angkara mahmud?? kalo dh ada bukti jelas nyata xpe...klu xde jgn pandai2 tuduh. kang kita b'dosa x pasal. |
|  | | |
| Page 2 of 3 | Goto page : 1, 2, 3  |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |