HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Hijau Yang Damai
Viewer
Viewer


Number of posts : 33
Points : 0
Registration date : 2007-12-11

PostSubject: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Tue Dec 25, 2007 11:40 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

Ku mencintaimu
lebih dari apa pun
meskipun tiada satu
orang pun yang tahu
Ku mencintaimu
sedalam-dalam hatiku meskipun engkau hanya
kekasih gelapku
yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
yang ku cari selama ini dalam hidupku
dan hanya pada mu ku berikan sisa cintaku
yang panjang dalam
hidupku



Sham menghentak keras meja di hadapannya. Sesalan disaat ini cukup menenggelamkan akalnya yang waras. “ Kenapa begini?!!”, sambil mengengam erat seutas rantai ditangannya. Disaat itu juga, air mata membasahi pipi yang lebam.

Izat seorang senior yang penyayang menghampirinya, menggosok belakang Sham bagi menenangkannya. Pada saat itu, air mata Sham tidak dapat dibendung lagi, matanya terus menatap untaian rantai di genggamannya. Mindanya kembali menerjah memori indah bersama Min.

“Abang, kenapa orang benci pada kita?,” wajah manis Min sentiasa tidak berubah walau dalam kekeliruan.“Entahlah, abang rasa mereka dengki dengan kita, sebenarnya mereka teringin juga sebenarnya,” ujar Sham dengan penuh yakin sambil merangkul bahu Min dengan lembut. Min dengan manja terus merebahkan kepalanya di dada Sham.


Sham dan Min merupakan pelajar perubatan tahun 2 di Universiti Aswan,Mesir. Mereka saling berkenalan dan jatuh cinta semenjak di kolej persediaan lagi. Kasih sayang mereka terus utuh walau cuaca dan suasana di sekitar mereka terus berubah. Namun cabaran cinta mereka semenjak kebelakangan ini semakin mencabar. Ramai dikalangan sahabat sekuliah dan pelajar-pelajar dari kuliah pengajian Islam menegah cinta mereka. Cinta dan hubungan mereka dilabel sebagai ‘Cinta Terlarang’. Namun begitu, Min dan Sham tetap teguh dengan janji setia.


“Bersentuhan antara bukan muhrim adalah satu dosa”, pesan seorang sahabatnya yang kini setiap pagi menghadiri kuliah agama Ustaz Saleem. “Arghhh.. lantaklah, aku bukan pegang adik kau pun!!,” tegas Sham sambil menggetap bibir tanda marah. Hampir setiap minggu, Sham memperoleh surat layan berunsur nasihat dan tegahan terhadap perlakuan mereka berdua. Antara ayat yang sering berulang di dada surat itu ialah

“Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (ayat 32 surah Al-Israa’)

“Barangsiapa berpaling dari pada Al qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat”. (ayat 100 surah Thaaha)


“Aku sudah bosan dengan benda ni. Perkara yang sama, dosa, neraka, azab, taubat,”. ujar Sham di hatinya. Kehidupan sebagai pelajar di Mesir cukup berbeza daripada Malaysia. Pelajar perempuan dilarang keluar dari kediaman diwaktu malam tanpa sebarang sebab dan tanpa musrif’(teman bertauliah yang ditugaskan mengiringi wanita berpergian diwaktu malam) atas alasan keselamatan. Bagi Sham dan Min, undang-undang ini mengarut, Min juga pernah memberitahu bahawa ada dikalangan pelajar perempuan seniornya meng‘halal’kan tindakan melanggar undang-undang itu. Bahkan bagi Min, senior itu bagaikan seorang ustazah yang alim tentang agama tetapi ‘open minded’ dalam hal ini. Hujahnya, zaman nabi dahulu tidak wujud undang-undang seperti ini, jadi mengapa kita mengada-adakan benda yang tidak ada?.

Min juga pernah mendengar sebuah hadis yang disampaikan oleh ustaz Saleem dalam satu ceramah di
blok kediamannya baru-baru ini.

“Kalaulah manusia tahu tentang keburukan berjalan seorang diri, nescaya aku tidak akan dapat mengetahui adanya orang yang sanggup berjalan seorang diri pada waktu malam”.(hadis riwayat Bukhari)

Tapi bagi Min,Sham adalah sebaik-baik teman yang sentiasa dekat di hatinya bahkan Min yakin Sham adalah sebaik-baik pelindung bagi dirinya. Hanya Sham sahaja layak menjadi teman seiring dengannya. Banyak masa dihabiskan bersama, tidak kira siang atau malam, dua merpati sejoli ini terus bahagia dalam dunia yang nyata. Hampir setiap minggu mereka akan keluar ‘dating’ di restorant mewah dipinggir sungai Nil yang indah.




[You must be registered and logged in to see this image.]



8 Jun 2008 adalah tarikh keramat bagi Min, kerana pada malam ini, Sham akan menjemputnya dan akan
meraikan hari jadinya di restoran Pizza Pity. Tepat pukul 6.11 minit malam, setepat azan Isya’ di masjid, Sham sudah terpacak di hadapan pintu rumahnya dengan sekuntum mawar yang merah mekar.


Min pada malam itu, mengenakan pakaian serba pink manakala Sham tetap dengan gayanya yang ‘slumber’ cuma pada malam ini, gaya rambutnya telah diubah dengan lebih rapi ala-ala ‘Irwansyah’. Mereka bersama-sama bergerak menuju ke restoran idaman. Di restoran itu, Sham sudah merancang satu sambutan yang hangat dengan mengumpul kawan-kawan seperjuangan berserta pasangan masing-masing. Setibanya disana, sambutan begitu meriah apabila Min dan Sham melangkah masuk ke restoran tersebut. Wajah-wajah riang, hilai ketawa menghiasi suasana malam itu. Min cukup terhibur dengan layanan yang diberikan oleh Sham.


Setelah selesai sambutan di restoran tersebut, masing-masing berangkat pulang ke kediaman. Tetapi
Syam dan Min tidak pulang ke kediaman walaupun jam telah menunjukan pukul 11.00 malam. Mereka berdua tidak mahu membiarkan masa yang ada pada malam itu dibiar kosong tanpa kejutan dan keistimewaan. Sham membawa Min berjalan-jalan di sekitar laluan di tepi sungai Nil. Suasana pada malam itu cukup damai, damai dari hiruk pikuk orang ramai, dan damai dari Unit Hisbah yang sentiasa meng‘kantoi’kan aktiviti mereka selama ini.


Sham cuba menggunakan saat dan peluang yang terbaik pada malam ini dengan sebaik mungkin.
Apabila sampai di satu tempat di hujung laluan pejalan kaki, tersedia tempat duduk awam yang sangat besar, namun ruang yang digunakan oleh mereka berdua amat sedikit. Kesejukan malam itu dihangatkan oleh sentuhan kasih sayang antara mereka berdua.


“Min, boleh tak pejam mata sekejap?” kata Sham pada Min. Tanpa ragu-ragu Min terus memejamkan
matanya. Sham terus merangkul tangan Min yang lembut dan memakaikan seutas gelang tangan kristal yang sangat cantik. Gelang tangan ini dibeli oleh Sham ketika berkunjung di Asfour, Kaherah pada minggu lalu. Apabila Min membuka mata, dia tergamam melihat hadiah yang sebegitu rupa. Dengan pantas Min mencium pipi Sham yang kebekuan itu. Tiba-tiba, mereka dikejutkan oleh suatu suara
manusia dari arah belakang mereka. 3 orang lelaki berbadan tegap menghampiri mereka berdua. Min dan Sham sedar bahawa lelaki-lelaki ini bukan pelajar Malaysia tetapi orang Arab!


“Aiz eh?” kata Sham pada mereka dalam bahasa arab ameiyah yang bermaksud “ anda nak apa?”.
Pemuda-pemuda arab itu menyambut teguran Sham itu dengan hilai ketawa. Sham yang berang dengan mereka ini terus menarik tangan Min untuk beredar dari tempat itu. Sebaik sahaja Min berdiri, tangannya telah disentap oleh salah seorang pemuda arab tersebut. Melihatkan kebiadapan lelaki tersebut, Sham
dengan pantas cuba menghalang dan cuba menumbuk lelaki tersebut, belum sempat Sham mengangkat tangan untuk menumbuk. Satu tendangan padu telah hinggap di mukanya, menyebabkan Sham terpelanting ke atas jalan tar.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Min yang cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri dari gengaman pemuda itu telah ditampar oleh pemuda tersebut. Tudung yang dipakai oleh Min telah direntap kasar oleh mereka. Min menjerit meminta tolong pada Sham. Sham yang kepeningan cuba bangkit untuk membantu Min. Tidak sampai 3 langkah Sham menghampiri Min, satu tumbukan padu hingga di perutnya, bunyi tumbukan cukup kuat sehinggakan Sham tersungkur jatuh ke tepi jalan raya yang membelakangi tempat mereka duduk itu.
Seorang dari lelaki arab itu mengangkat Sham yang terduduk dan menolak Sham ke tengah jalan raya, manakala Min terus dipeluk oleh mereka. Min menjerit dengan harapan supaya semua perkara itu dihentikan, tetapi malangnya jeritannya itu tidak diendahkan.


Akhirnya Min bertindak nekad dengan menggigit lengan lelaki tersebut. Lelaki arab tersebut kesakitan lalu terpaksa melepaskan Min. Dengan peluang yang ada itu Min terus berlari mendapatkan Sham yang terlantar di tengah jalan raya tersebut. Sebaik sahaja Min melintas jalan tersebut, sebuah kereta yang dipandu laju melanggar Min. Sham yang masih sedar pada masa itu tergamam apabila melihat Min
terpelanting jatuh dihadapannya. Darah yang pekat mengalir membasahi muka Min. Sham yang terkejut itu cuba menghampiri jasad Min yang tidak jauh darinya itu. Tetapi mata Sham mulai kabur dan Sham tidak sedarkan diri .



Dalam keadaan tidak sedarkan diri itu, Sham telah bertemu dengan Min dalam keadaan yang luar biasa. Sham keliru, adakah ia berada di alam mimpi atau nyata. Namun dalam pertemuan itu, keadaan Min sangat menyedihkan, tubuhnya berlumuran dengan darah yang pekat merah. Sham cuba
mendapatkan Min, tetapi Min menegah. “Cukuplah Sham, Min tidak tahu bagaimana nasib Min apabila bertemu dengan Allah nanti”. Sham tersentak dengan kata-kata Min itu. “Kenapa Min cakap macam tu?,” ujar Sham. “Min yang bodoh kerana tidak pernah mendengar dan berfikir tentang nasihat-nasihat yang telah Min dengar selama ini, dan sekarang Min dah sedar, Sham tolonglah Min?!”. Sebaik sahaja
kalam Min terhenti, Sham tersedar dari pengsannya, dan dia mendapati dirinya sekarang terlantar di atas katil putih, di lengannya kelihatan wayar yang berisi air disambung padanya. Sham melihat sekelilingnya mendapati beberapa orang rakan-rakannya yang kelihatan sugul menatapinya.



“Macam mana dengan Min? Mana Min?,” Sham kelihatan begitu resah sekali. Izat menghampirinya dan menyerahkan seutas rantai kristal pada Sham. “Bersabarlah Sham, semua ini adalah suratan takdir,” ujar Izat. Sham tidak peduli dengan kata Izat, ia cuba menggagahkan dirinya untuk bangkit tetapi tidak berdaya. “Arghh.. mana Min? Aku Nak jumpa Min?,” kata Sham. “Sudahlah Sham kau masih tak sihat, sebelum itu abang harap Sham dapat bersabar dengan semua ini, Min sudah meninggal dan Sham
telah tidak sedarkan diri selama sehari”.


Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (ayat 18 surah An-Nisaa’)


Izat seorang senior kepada Sham dan Min sempat mendengar perbualan antara seorang doktor dengan pegawai kedutaan, bahawa Min telah meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan
hentakan yang kuat di bahagian occipitalis (iaitu bahagian belakang tengkorak). Manakala Sham hanya cedera ringan dan mengalami sedikit trauma sehingga tidak sedarkan diri.


Sham terus menangis, meratapi akan nasib Min. Siapakah yang akan menemani Min. Bagaimanakah Min menjawab setiap persoalan Munkar dan Nakir nanti. Dan Sham amat menyesali atas kesilapan
dan kedegilannya. Andainya jarum waktu itu dapat diputar ke belakang, Sham tidak mahu mengulanginya lagi. Sham sanggup untuk tidak bercinta dengan Min asalkan Min yang dicintai selamat dari cinta terlarangnya itu.


Ku tahu ku takkan selalu ada untuk mu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa
Memberikan mu waktu yang panjang dalam hidupku
Yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidup ku
Dan hanya pada mu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidup ku…




Bertaubatlah selagi ada masa..

Hijau Yang Damai alien
Back to top Go down
View user profile
budak baik
Administrator
Administrator


Number of posts : 75
Age : 28
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Tue Dec 25, 2007 11:55 pm

best..mmg best..
Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven

lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
iqbalhakim
Viewer
Viewer


Number of posts : 26
Points : 1
Registration date : 2007-12-06

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Wed Dec 26, 2007 12:04 am

'bertaubatla selagi ade mase'
selagi ade peluang..
selagi roh tak dicabut d jasad..
selagi akal dapat menilai baik dan buruk..
Selagi ade peluang...

bertaubatla...
bertaubatla...
bertaubatla...

Ya ALLAH terima la taubat kami yaALLAH
kami takut roh kami disentap ketika kami sedang bermaksiat kpd MU
kami takut roh kami dicabut ketika kami mengingkari larangan MU

hanya kepadaMU kami memohon taubat
hanya engkaula boleh mengampuni kami..
kami yg lemah n hina ni..

sesungguhnya kami tak layak untuk syurgaMU..
tp kami tak mampu untuk tinggal di nerakaMU walaupun sesaat..

ya ALLAH matikan kami dalam keadaan HUSNUL KHOTIMAH..ameen
Back to top Go down
View user profile
ten0ok
Guest



PostSubject: uiikks!   Wed Dec 26, 2007 12:12 am

satu nasehat pada sebuah cerita..bravo 'alaik

thumb-up 4 ijau yg damai..

[bnyk nyer masa nk buat cerpen..mantapp hehehe] cheers
Back to top Go down
Nitendo
Guest



PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Wed Dec 26, 2007 7:30 am

Full of nasehat.. Cantik pengolahan fakta agama.. hadis n ayat quran itu berjaya di terjemah pada suasana..
Saya suka corak penulisan camni..
Back to top Go down
Irish_Bl
Guest



PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Wed Dec 26, 2007 7:34 am

Wah...
Cerita ni leh beri gambaran pada kami yang bukan ahli tentang suasana Mesir
Cam seronok jer mesir..Biah solehah yang ku ingin temui selama ini cheers
Saya ni budak Ireland..
Back to top Go down
Lori
Guest



PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Wed Dec 26, 2007 7:37 am

Hijau ni suka taip cerita yang kontrovesi jer hehehe.. tapi apa pun best.. Saya nak beli hijau boleh.. sunny
Back to top Go down
pensel biru
Viewer
Viewer


Number of posts : 24
Points : 0
Registration date : 2007-12-17

PostSubject: fuyyoo...!!   Wed Dec 26, 2007 5:33 pm

waaaahhh, mantap2!! cte yg ade motif nye sndr.. cheers
Back to top Go down
View user profile
insanbiasa
Viewer
Viewer


Number of posts : 18
Points : 0
Registration date : 2007-12-15

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Wed Dec 26, 2007 7:23 pm

satu cerite yg penuh dgn iktibar & pengajaran yg boleh diambil especially utk kite2 yg ade di bumi mansurah ni.
kpda 'Hijau Yang Damai',tahniah buat anda krn telah berjaya mnghasilkan 1 karya yg agak mantap utk tatapan semua..nti boleh buat lg
bounce
Back to top Go down
View user profile
Real Bet
Guest



PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Thu Dec 27, 2007 12:59 am

Waduh.. mantap.. terserlah tahap jiwang ijau hehehe.. isi citer ni best.. pesanan pada akhwat yang suka kuar malam tanpa musrif gak tu..
Ustz Saleem tu dasyat gak.. kah3..(cam ustz Salman je) hehehe lol!
Back to top Go down
panglima islam
Team Member
Team Member


Number of posts : 36
Age : 29
Location : AlamSementara
Points : 0
Registration date : 2007-12-06

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Thu Dec 27, 2007 2:27 am

huhu...hijau...ko bakal jadi rebutan...sbb ko mmg hijau....siapa yg 'hijau'?? Question
sapa lagi kalau bukan.............hijaunya..... Razz
Back to top Go down
View user profile http://panglimaislam.blogspot.com
panglima islam
Team Member
Team Member


Number of posts : 36
Age : 29
Location : AlamSementara
Points : 0
Registration date : 2007-12-06

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Thu Dec 27, 2007 2:38 am

assalamualaikum..baru lepas baca...saja nyakat hijau dulu sebelm baca...
apa2pun teruskan perjuangan untk hijau yang damai...moga dirimu terus damai melaksanakan amar makruf nahi munkar..
ambillah pengajaran...jangan hanya membaca tanpa menghayati...sesungguhnya mati itu pasti dan AlQuran itu benar...BerIMANlah...selagi ada masa....

Jom Taubat!!!

cheers Very Happy Rolling Eyes

No MAKSIAT No COUPLE
Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad
Back to top Go down
View user profile http://panglimaislam.blogspot.com
Insyirah
Guest



PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Thu Dec 27, 2007 11:41 am

setuju dengan panglima Islam... cheers
Apa pun TQ utk ijau atas cerpen ni.. Susah nak jumpa budak tibb pandai berkarya...
Siapakah diri mu yang sebenar lol! hihihi gurau..
Lepas ni buatlah cerpen lain.. sekarang cam dah jadi fan Hijau yang damai lak kuik..kuik.. queen king
Back to top Go down
Nad
Guest



PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Fri Dec 28, 2007 12:53 am

Karya yang menyentuh hati sob..sob..
Abng ijau memang touching orangnya kot..
Siapakah diri mu yang sebenar.. cheers gurau jer.. Thanz 4 this.. queen
Back to top Go down
Hijau Yang Damai
Viewer
Viewer


Number of posts : 33
Points : 0
Registration date : 2007-12-11

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Fri Dec 28, 2007 2:19 am

Alhamdulilah.. Segala Pujian SelayakNya Hanya Pada Allah..
Karya ni utk perkongsian bersama.. segala yang baik kita ikut.. segala yang buruk kita tinggal..
Siapa hijau tak penting..
Jangan Lihat Pada Siapa yang berkata.. Lihat Apa yang dia kata..
Back to top Go down
View user profile
panglima islam
Team Member
Team Member


Number of posts : 36
Age : 29
Location : AlamSementara
Points : 0
Registration date : 2007-12-06

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Fri Dec 28, 2007 3:07 am

Alhamdulillah...bila2 kita jumpa boleh tak hijau yang damai..ada sesuatu nak dibincangkan...hehe Very Happy
Back to top Go down
View user profile http://panglimaislam.blogspot.com
periuk
Guest



PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Sun Dec 30, 2007 2:26 pm

hijau!hijau!...bertahan...pasni nk bace tjuk len plak...buat lgi...BOO!!!!... Sleep

Evil or Very Mad Twisted Evil Evil or Very Mad Twisted Evil Evil or Very Mad Twisted Evil
Back to top Go down
Nour El
Administrator
Administrator


Number of posts : 106
Age : 27
Location : Ad-Daqhiliyyah, Mansoura, Egypt
Points : 13
Registration date : 2007-12-14

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Sun Dec 30, 2007 8:28 pm

hopefully selepas ni....kita semua ambillah iktibar from the story..hok perempuan nih.seelok2nya klu kuar mlm mesti ada musyrif....dan peringatan juga untuk sume..bukan kepada perempuan je...lelaki pun sama...jagalah batas2 pergaulan kita...ingatlah Allah selalu...hnya Allah yang mampu menjaga kita....bukannya manusia...kita hnya mampu berikhtiar dan berusaha...tp segalanya terletak di tangan Allah...
Back to top Go down
View user profile http://ningurlz.blogspot.com
panglima islam
Team Member
Team Member


Number of posts : 36
Age : 29
Location : AlamSementara
Points : 0
Registration date : 2007-12-06

PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Tue Jan 01, 2008 12:29 pm

hm...
kita perlu berikhtiar dan berusaha...tp kalau kita sendiri tak amik peduli diri kita...jangan nak harap Allah nak tolong kita...Kita nak tawakkal mesti kena ada usaha... Walaubagaimanapun...Allah Maha Adil..Allah SWT amat2lah Baik...tiada manusia yang dizalimiNYA...kalau terjadi seperti dalam cerita..itu juga tanda kasih sayang Allah..itu bukan zalim....Apabila manusia itu sendiri memilih jalannya..janganlah disalahkan Tuhan yang Mengadilinya kelak jika dimasukkan bersama golongan yang rugi...kerana dia sendiri tak mahu mengambil peringatan dan pengajaran drp org yang mengingatkan...dia sendiri yang tak sedar diri...

Yakinkanlah diri kita bahawa Allah Maha Adil!!!
Back to top Go down
View user profile http://panglimaislam.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU   Today at 3:08 pm

Back to top Go down
 
YAKINLAH BAHAWA ENGKAU ADALAH CINTAKU
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Wammies and Moolahs

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: