1) Di negara-negara Timur Tengah, sudah menjadi kebiasaan kepada seseorang, termasuk bukan Islam, mengucapkan Assalamu 'alaikum. Ia menjadi ucap selamat yang umum tetapi di Malaysia, ucapan tersebut dikhususkan hanya untuk orang Islam. Kenapa?
Keadaan ini disebabkan oleh budaya yang telah diasaskan oleh sesetengah orang dahulu. Ia berpunca masalah kefahaman dan penafsiran sehingga difahami tidak boleh menjawab salam orang bukan Islam. Sebenarnya ini berlaku kerana kekeliruan hadis Nabi SAW yang menyuruh dijawab “wa ‘alaika” (ke atas kamu) terhadap salam golongan ahli kitab.
Ia disebabkan ada ahli kitab pada zaman Nabi apabila memberi salam menyebut “as-samu ‘alaikum” yang bermaksud: “maut atau kemusnahan ke atas kamu”. Mereka cuba mengelirukan pendengaran orang Islam.
Selepas itu Nabi menyuruh ucapan itu dijawab dengan ungkapan “wa 'alaikum” sahaja -- hadis ini merujuk suatu kejadian atau keadaan orang Yahudi memberikan ucapan salam secara main-main dan berniat persendaan dengan mengubah lafaznya yang kedengarannya hampir sama, tetapi maksudnya amat berbeza.
Keadaan masa kini:Tapi hadis ini bukan untuk semua keadaan. Keadaan sekarang berbeza apabila terdapat orang bukan Muslim memberikan salam dengan cara yang betul dan penuh serta tujuannya betul pula iaitu untuk mengucapkan kesejahteraan kepada kita, maka hadis di atas tiada kaitan lagi.
Agama Islam menyatakan apabila diucapkan penghormatan hendaklah dijawab dengan baik. Kenapa menjawab separuh? Amalan ini tidak betul dan yang menimbulkan salah faham terhadap Islam.
Islam mesti menunjukkan satu keharmonian imej dan Nabi SAW diutuskan untuk memberi kesejahteraan pada sekian alam. Apabila wujud salah faham, agama jadi mangsa. Masanya telah tiba untuk berubah. Ini satu percubaan. Kita kena bayar harga percubaan itu, kita harus berani mengambil risiko.
Agama Islam tidak ada masalah. Ini kerana berlaku salah penafsiran dan ia perlu dibaii.
sumber:
Minda Mufti(m.star online)
dr maza