Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
Allotropic
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
budak baik
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
meteorex
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
satudua
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
upp_pcm
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
izzati.abdullah
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
hasanbana
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
goLLacaSe
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
kokkunkap
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_lcapHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Voting_barHijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
CalendarCalendar

 

 Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran

Go down 
AuthorMessage
budak baik
Administrator
Administrator
budak baik


Number of posts : 75
Age : 35
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran Empty
PostSubject: Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran   Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran EmptyWed Jan 09, 2008 9:16 pm

Di dalam kegembiraan menyambut tahun baru hijrah, umat Islam masih lagi disajikan dengan paparan peristiwa hijrah yang masih tidak dapat lari dari keraguan kesahihan cerita dan unsur-unsur tokok tambahnya. Amat malang sekali, cerita-cerita yang sebegini tidak pernah dinilai semula secara meluas atau mendapat perhatian pihak yang berwajib. Kisah yang telah disahihkan cuma disebarkan di peringkat ceramah-ceramah, seminar-seminar atau di perbincangan akademik semata-mata. Malah, teks-teks buku agama sekolah-sekolah masih menyaji cerita-cerita lama ini.

Mari kita imbas kembali cerita hijrah yang dipaparkan. Bermula dengan kisah pihak Quraish telah bermesyuarat di Daar al-Nadwah, yang diketuai oleh sepuluh orang pembesar Quraish termasuklah Abu Jahal, al-Hakam bin Abi 'Aas, 'Uuqbah, Abu Lahab, Ubai bin Khalaf dan lain-lain. Didalam mesyuarat tersebut, Abu Jahal mengesyorkan agar Nabi di bunuh dan cadangan ini disokong oleh seorang tua Najdi yang dikata penyamaran Syaitan.

Nabi :saw memulakan penghijrahan dari rumah baginda pada waktu malam. Saidina Ali ra. telah ditugaskan untuk tidur dikatil Nabi :saw agar dia kelihatan sebagai Muhammad. Orang-orang Quraish pada waktu itu sudah mengepung rumah Nabi :saw. Nabi :saw pun keluar dari rumahnya lalu menabur pasir kearah muka orang-orang Quraish seraya membaca ayat :-

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). " [Yasin : 9]

Akibat dari itu, orang-orang Quraish tidak mampu melihat Nabi :saw keluar dari rumah. Hanya pada keesokkan harinya mereka sedar bahawa orang yang sedang tidur di katil Nabi :saw adalah Ali ra. Baginda bersama Abu Bakar ra telah pergi ke Bukit Thawr dan bersembunyi didalam guanya. Pada hari yang seterusnya, pihak Quraish didalam operasi pencariannya telah pergi ke gua Thawr dan mendapati tempat tersebut dipenuhi dengan sarang labah-labah dan terdapatnya dua ekor merpati. Lalu seorang dari mereka berkata : Tidak mungkin seorang pun telah memasuki kawasan ini.

Kisah diatas ini popular dikalangan kita, akan tetapi kesahihan ceritanya masih di ragukan, Di antaranya adalah :-

a. Kisah syaitan yang menyamar sebagai seorang tua (menghadiri mesyuarat pembesar Quraish) tidak terdapat pada hadith Bukhari.

b. Didalam hadith Bukhari, Nabi :saw telah memulakan hijrah bersama Abu Bakar ra. pada waktu siang, dan bukan malam. Kisah ini terdapat didalam hadith Bukari (#3905) dibawah bab Hijrah Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya ke Madinah.

c. Kisah Ali ra. di perintahkan oleh Nabi :saw menggantikan Nabi :saw dibilik tidurnya didapati sanadnya dhaif. Malah didalam hadith Bukhari menceritakan peranan keluarga Abu Bakr ra didalam penghijrahan Nabi :saw, dan bukan Ali ra.

d. Tidak wujud langsung pengepungan Quraish di rumah Nabi pada waktu malam dan juga kaifiat melontar pasir berserta membaca surah Yasin ayat 9 bagi mengkaburkan mata tentera Quraish.

e. Hadith yang menceritakan mengenai peranan labah-labah dan dua ekor merpati adalah dhaef, sebagaimana kata al-Albani didalam al-Silsilah al-Dhaefah (3/339) dan Ahmad Shakir didalam Tahqiq al-Musnad, merujuk kepada sanad hadith tersebut dhaef (lemah).

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa pengarang-pengarang sirah tidak berapa teliti didalam menilai kesahihan sesuatu riwayat, malah hadith-hadith ini banyak menerima kritikan dari ahli-ahli hadith. Kebanyakkan sumbernya di ambil dari Tarikh Tabari dan Ibn Sa'ad.

al-Qaradhawi menjelaskan bahawa hijrah Nabi :saw mendapat pertolongan dari tentera-tentera ghaib sebagaimana firman Allah swt :-

"Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya." [Surah al-Taubah : 40]

Labah-labah dan merpati adalah makluk Tuhan yang nampak, jelas menunjukkan ia bertentangan dengan ayat diatas yang merujuk kepada pertolongan tentera-tentera ghaib kata al-Qaradhawi.

Sudah sampai masanya untuk masyarakat kita dipaparkan dengan kisah hijrah yang diambil dari hadith-hadith sahih, yang dapat membebaskan manusia dari kisah-kisah yang palsu dan keterlaluan. Tidaklah menghairankan ada juga teori-teori yang menjelaskan akan terdapatnya jarum-jarum Syiah didalam penyebaran kisah sirah yang seumpamanya, contohnya pergorbanan pemuda yang bernama Ali ra. mempertarungkan diri menggantikan Nabi :saw.

Semua pihak harus mengembeling tenaga kearah memperbetulkan kesahihan hijrah Nabi :saw. Buku teks sekolah, buku kanak-kanak, penceramah-penceramah harus memainkan peranan membersihkan kisah hijrah Nabi :saw agar ia kembali didalam bentuk asalnya. Barangkali pada permulaannya mungkin tidak menyeronokkan tanpa cerita labah-labah dan merpati, akan tetapi lama kelamaan mereka akan menerimanya. Ayoh, kita hijrahkan kisah-kisah ini.
Back to top Go down
 
Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Salam Maal Hijrah 1429
» Tiada Beza Antara Kita

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: