Kita sebenarnya...... ......lebih
gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih
tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih
membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih
khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih
suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !
......lebih
tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka
menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
.......lebih suka
memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
......lebih suka
membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka
memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka
mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka
kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih
bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
......lebih
cintakan dunia daripada urusan akhirat !
TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka ! Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??? WALLAHHUALLAM ……