HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 Erti &#8216;malu&#8217; dalam diri orang Melayu.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
suamimu
Guest



PostSubject: Erti &#8216;malu&#8217; dalam diri orang Melayu.   Mon Jan 21, 2008 12:32 pm

Sudah sering kisah remaja Melayu yang berzina, beranak luar nikah atau menggugurkan kandungan dan merusuh (menyerang hendap) dilaporkan.

Seharusnya timbul perasaan malu yang tidak terkira pada diri para perlaku, ibu bapa dan kaum kerabat yang terbabit. Namun belum ada kajian mengenai hal ini.

Menurut kalangan rakan wartawan yang mewawancara remaja sedemikian, perasaan malu tidak ketara pada anak-anak muda yang terlibat. Mereka macam selamba saja. Bahkan ibu bapa mereka seperti bingung untuk bertindak.

“Apa nak jadi dengan remaja kita?”

kata seorang rakan sejawat. Perih.

Malu dikatakan perasaan negatif yang mencengkam seseorang setelah menyedari perilakunya yang tidak senonoh. Ia juga perasaan positif pada seseorang sebelum melakukan sesuatu yang kurang atau tidak elok.

Biasanya malu berlaku pada orang yang normal.

Malu dikaitkan dengan maruah sehinggalah kedaulatan sesebuah negara.

Saya masih teringat pesanan guru besar Sekolah Melayu Tanglin besar, 40 tahun lalu, ketika saya ditangkap bertumbuk dengan seorang murid yang lebih tua dan lebih besar daripada saya.

“Jika nak jadi orang Melayu, mesti ada rasa malu,”

katanya tegas.

Ketika itu, saya belum mengerti ‘malu’. Bagi saya, perlunya bertumbuk walaupun dengan budak yang lebih besar kerana tidak mahu terus dibuli dan dihina.

Menurut orang tua-tua kita, orang Melayu punya rasa tiga tahap ‘malu’ iaitu:

Sebagai perasaan,
Harga diri atau maruah
Pembatas masyarakat

MALU SEBAGAI PERASAAN

Ini termasuklah segan, janggal, kekok, hina, rendah diri, takut-takut, silu, hormat, keji, aib, bera, dan tebal muka. Orang yang menunjukkan perasaan malu akan diperikan sebagai “malu-malu” dan “takut-takut”.

Orang Melayu dikatakan perlu ‘malu-malu bahasa’ sebagai menunjukkan rasa hormat kepada atasan atau orang yang berilmu tinggi.

Namun ’segan’ juga membawa erti ‘kekurangan’ dek kebodohan, kejahilan, tidak layak atau tidak setaraf. Orang segan dan tidak kena gaya kerana dikatakan mempunyai rasa rendah diri yang keterlaluan.

Aib (daripada kekata Arab) merupakan rasa malu tebal dek perbuatan yang hina. Ia timbul apabila seseorang menginsafi perbuatan salah satu dosanya. Orang yang berasa aib mungkin akan melakukan tindakan yang ekstrem seperti membunuh diri.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu, malu bak menconteng arang di muka semua anggotanya. Ertinya, maruah, harga diri dan air muka tercemar dek perbuatan keji seperti zina, mencuri, rasuah dan merosakkan harta benda awam.

MALU SEBAGAI TANDA HARGA DIRI

Ertinya, malu menggerakkan seseorang untuk menjaga maruah dan harga diri.

Tidak syak, malu boleh dijadikan pembatas atau kawalan masyarakat. Pembuang sampah sembarangan dikenakan perintah membersihkan sekitaran - satu langkah untuk memalukannya agar dia insaf.

MALU SEBAGAI PEMBATAS MASYARAKAT

Sejak zaman bahari, masyarakat Melayu menggunakan aspek malu untuk mengatur kehidupan.

Dalam Islam, malu dikaitkan dengan tiga perkara - iman, ilmu dan adab. Seseorang malu pada Tuhan dan malaikat sehingga tidak sanggup melakukan yang hina walaupun tidak diketahui orang lain.

Seseorang berasa malu kerana berasa bodoh dek kurang berilmu. Jadi, dia rajin bertanya, membaca dan berguru untuk menimba ilmu yang berguna.

Tetapi berapa banyak orang kita yang suka mencari ilmu berbanding dengan lebih mengutamakan hiburan?

Seseorang malu kerana adabnya masih kurang seperti canggung untuk menghormati orang tua, guru atau pembesar.

Dek malu, maka masyarakat Melayu mewujudkan nilai kurungan. Contohnya, kehadiran baju kurung yang sering popular ketika menyambut Syawal. Baju kurung bermaksud seseorang itu berpakaian mengurungkan aurat dan gerak lakunya agar elok dipandang orang.

Kini dalam Syawal, ada yang berkunjung jauh malam tanpa mengambil kira izin atau kesukaran yang dihadapi oleh tuan rumah.

Bagi masyarakat Melayu, seseorang itu bukan sahaja akan menanggung malu daripada perbuatannya sendiri malah turut mengheret nama keluarga, kerabat dan kampungnya juga.

Ada beberapa peribahasa mengenai malu dan kesannya seperti: seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Atau dek nila setitik, rosak susu sebelanga.

Itulah sebabnya orang Melayu sekampung sanggup menegur anak jiran demi memastikan perilaku itu tidak mencemarkan nama baik kampung. Kini kita berasa kekok untuk menegur anak jiran satu blok yang bermain sepak takraw atau gitar sehingga jauh malam.

Kita wajar bimbang kerana ‘malu’ sebagai pengawal masyarakat kita kian terabai. Tanpa malu pada diri anak muda kita, bermakna nilai jati diri generasi hari muka kian terkikis.

Kini saja video perlakuan sumbang anak Melayu sudah tersaji di Internet. Mungkin kita boleh menghujahkan semua hal ini juga terjadi pada anak-anak kaum atau bangsa lain - bahkan lebih buruk lagi.

Namun selagi Melayu dikaitkan dengan rasa malu kerana memelihara iman, ilmu dan adab, masih ada kesempatan untuk menyerlahkan jati diri masyarakat. Hal ini sudah diungkapkan dengan indah oleh Dr Tenas Effendy, budayawan besar Riau, dalam konteks malu dalam kepimpinan masyarakat:

Apa tanda Melayu jati?
Malu bersikap dengki-mendengki
Malu bersifat iri-mengiri
Malu bersifat khianat-mengkhianati
Malu bersifat caci-mencaci
Malu menyombong berbesar hati
Malu mungkir menyalahi janji
Malu makan kenyang sendiri
Malu menolong meminta budi
Malu bercakap dan tinggi hati
Malu meminta, rajin memberi
Malu melagak membesar diri


Oleh: Mohd Raman Daud
Back to top Go down
 
Erti &#8216;malu&#8217; dalam diri orang Melayu.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Listing on Diri Savi Board
» Means By Default Board & Diri Sarvi Board?
» CSE's 'Diri Savi' Board listing rules changed

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: