Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
GAza: Peluang masih ada!! EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
GAza: Peluang masih ada!! EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
GAza: Peluang masih ada!! EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
GAza: Peluang masih ada!! EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
GAza: Peluang masih ada!! EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
GAza: Peluang masih ada!! EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
GAza: Peluang masih ada!! EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
GAza: Peluang masih ada!! EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
GAza: Peluang masih ada!! EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
GAza: Peluang masih ada!! EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
Allotropic
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
budak baik
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
meteorex
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
satudua
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
upp_pcm
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
izzati.abdullah
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
hasanbana
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
goLLacaSe
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
kokkunkap
GAza: Peluang masih ada!! Vote_lcapGAza: Peluang masih ada!! Voting_barGAza: Peluang masih ada!! Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
SunMonTueWedThuFriSat
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      
CalendarCalendar

 

 GAza: Peluang masih ada!!

Go down 
AuthorMessage
Allotropic
Developer
Developer
Allotropic


Number of posts : 78
Age : 35
Location : tanah ibunda.
Points : 7
Registration date : 2007-12-05

GAza: Peluang masih ada!! Empty
PostSubject: GAza: Peluang masih ada!!   GAza: Peluang masih ada!! EmptyMon Jan 28, 2008 1:08 pm

Ketika lebih 2000 orang para aktivis politik dan juga ahli parlimen sayap kiri dari Israel bertumpu ke Gaza membawa bekalan perubatan, makanan dan juga barang-barang keperluan untuk rakyat Gaza, Husni Mubarak telah mengerahkan tenteranya untuk menangkap para demonstran di Kaherah. Para demonstran yang terdiri dari kalangan para aktivis politik tersebut telah keluar untuk membantah tindakan Israel menutup penyaluran minyak, bahan makanan dan juga bekalan ubatan ke Gaza. Kepungan yang disifatkan oleh pengarah UNRWA sebagai bakal menyaksikan krisis kemanusiaan yang akan membawa kepada malapetaka. Kepungan tersebut dikenakan di sempadan timur dan selatan Gaza yang bersempadan dengan Israel dan juga jalan laut ke Gaza. Sempadan Gaza-Mesir pula, rejim Zionis hanya menyerahkannya kepada Husni Mubarak untuk berkhidmat bagi pihak mereka.

Keadaan sempadan Gaza-Mesir (Rafah) telah menyebabkan Mubarak bertambah bingung. Selepas ianya diletupkan seraya membuka laluan kepada ratusan ribu rakyat Gaza untuk mendapatkan secebis kehidupan mereka. Mubarak terpaksa membiarkan lebih 350,000 penduduk Gaza memasuki Rafah sebelah Mesir untuk mendapatkan barang keperluan harian mereka seperti yang telah ditayangkan di semua kaca televisyen di serata dunia.

Tindakan Mubarak tersebut dilihat sebagai sesuatu di luar kerelaannya agar tidak disalahkan dunia jika beliau mengambil sikap yang keras. Malang sekali, keesokan hari pula, beliau telah mengarahkan agar tentera-tenteranya mengasari rakyat Palestin dan menutup segera sempadan tersebut. Peluru hidup telah dilepaskan dan mencederakan puluhan rakyat Gaza. Apabila gambar tentera Mesir mencederakan dan mengganasi rakyat Palestin tersebar ke seluruh dunia, beliau mengizinkan kembali sempadan itu dibuka.

[You must be registered and logged in to see this link.]

Malangnya, sehingga kini, tiada lagi inisiatif yang seirus selain dari kutukan semata-mata dari rejim-rejim tersebut. Malah presiden PA yang didokongi rejim Zionis Israel, Mahmud Abbas pun sekadar mengutuk sahaja tindakan Israel tersebut.


Seperti kebanyakan diktator rejim-rejim lain di timur tengah, beliau tersepit di antara dua tekanan. Tekanan dari rakyat yang telah mula memprotes sikap rejim-rejim tersebut yang membisu dan menyepi, dan juga tekanan dari AS yang bersenjatakan ugutan untuk memutuskan bantuan kewangan kepada rejim-rejim berkenaan. Bak kata Dr Azzam Tamimi lewat wawancara beliau di rancangan Hard Talk di stesen televisyen BBC, bantuan 2 bilion tersebut bukanlah sampai kepada rakyat Mesir, tetapi diagih-agihkan dahulu oleh sang diktator dan konco-konco beliau.

Maka, jika bantuan tersebut dihentikan, merekalah yang paling merana, rakyat tidak akan terjejas. Pada hari Jumaat (25 Januari 2008) yang lalu, kesemua ibu kota negara-negara di timur tengah telah menyaksikan protes rakyat yang mendesak AS agar menghentikan sekatan ekonomi tersebut. Mereka juga mendesak agar para diktator mereka juga melakukan sesuatu. Stesen televisyen al-Jazeera (Arab) tidak cukup tangan untuk melaporkan kesemua demonstrasi tersebut.

[You must be registered and logged in to see this link.]

Malangnya, sehingga kini, tiada lagi inisiatif yang seirus selain dari kutukan semata-mata dari rejim-rejim tersebut. Malah presiden PA yang didokongi rejim Zionis Israel, Mahmud Abbas pun sekadar mengutuk sahaja tindakan Israel tersebut. Lebih menarik, beliau dijadualkan untuk bertemu rakan karibnya, PM rejim Zionis, Ehud Olmert untuk membincangkan strategi untuk menghancurkan kerajaan pilihan rakyat Palestin di Gaza. Mungkin tahap kesedaran yang ada pada aktivis pertubuhan pro-kedamaian Yahudi (Gush Shalom), iaitu Uri Avnery lebih tinggi berbanding para diktator yang wujud itu. Persoalan lain yang timbul juga ialah kelesuan OIC. Para menteri luar negara-negara Islam hanya akan bertemu pada 3 Februari 2008, lebih tiga minggu selepas keadaan kemanusiaan di Gaza semakin meruncing. Pelawaan Iran yang bersikap pro-aktif tidak mendapat layanan. Persidangan itu hanya akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi. Setakat ini hanya kutukan dan gesaan sahaja yang kedengaran.


Jikalaulah para aktivis isu Palestin dari kalangan warga Israel boleh bangkit menghulurkan bantuan makanan ke sempadan Gaza, umat Islam boleh melakukan lebih daripada itu.


Tidak banyak yang dapat diharapkan melalui pertemuan menteri-menteri luar tersebut. Seperti kebiasaannya, peluang bertemu itu hanya akan menjadi peluang untuk mereka makan angin dan kemudiannya bertikam lidah. Hanya retorik tanpa tindakan. Resolusi-resolusi yang lepas pun hanya menjadi catatan tanpa apa-apa tindakan yang konkrit. Maka, apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat? Tidakkah mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih agresif dan melampaui sikap retorik semata-mata?

Sehingga kini, OIC masih lagi tidak mengiktiraf kerajaan pilihan rakyat di Gaza. Mereka juga tidak mengadakan apa-apa hubungan diplomatik dan hubungan dagang dengan Gaza. Apakah dengan kutukan-kutukan mereka, rejim Zionis akan segera tunduk?

[You must be registered and logged in to see this link.]

Jikalaulah para aktivis isu Palestin dari kalangan warga Israel boleh bangkit menghulurkan bantuan makanan ke sempadan Gaza, umat Islam boleh melakukan lebih daripada itu. Sementara sempadan Rafah (Gaza-Mesir) masih terbuka, eloklah tindakan segera untuk menghantarkan bantuan diusahakan. Selain dari bantuan minyak, bahan keperluan asasi dan ubat-ubatan yang boleh dihulurkan, negara-negara OIC juga boleh menghantar pemerhati mereka untuk memastikan agar tentera-tentera Mesir tidak mengasari rakyat Gaza yang melalui sempadan Rafah. Mereka juga boleh menghantar para pemerhati keselamatan untuk berada di Gaza agar pihak rejim Zionis tidak sewenang-wenang memasuki Gaza untuk membunuh rakyat seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Sudah sampai masanya juga untuk negara-negara OIC yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Zionis untuk memutuskannya. Bagi para doktor dan badan-badan sukarelawan, inilah masanya untuk mereka mengambil peluang ke sana dan menghulurkan bantuan.
Back to top Go down
http://www.tersengih.blogspot.com
 
GAza: Peluang masih ada!!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» PERUBATAN Cawangan Mansurah Yang Bermuka-muka?
» Introduction to Smart Circle 08
» Untukmu PALESTIN..
» PERINGATAN HARI KIAMAT DARI AL-MASIH

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: