Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah
kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan atau sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia tentang minuman ringan
Coke Coca Cola.Di kebanyakan negeri US, kereta
peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gelen air
Coke untuk menghilangkan kesan darah di
jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam
pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous
Team.
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang
diisi air Coke, ia akan hancur atau hilang sama
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!
2. Bagi mencuci tandas - Masukkan setin air Coke
dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian flush. Kesan kotoran atau hampas akan
hilang dari tindakan citric asid yang terdapat dalam
air Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau
sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper
kereta jenis chrome - Lap bumper dengan
aluminium foil yang dicelup dengan air Coke.
Kesannya, karat akan hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan corrosion atau
hakisan pada skru dan nat bateri kereta - Tuang
saja setin air Coke pasti kesan hakisan akan
hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan
ketat - Sekali lagi tuang setin air Coke, skru
tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak atau
melekit dari pakaian - Tambahkan setin air Coke
dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan
basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti
hilang. Kemudian, bolehlah minum air basuhan
tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu, kotor dan melekit?
Celup tuala dengan air Coke dan kemudian lap.
Pasti bersih. Tidak perlu guna tin sembur untuk
mencuci cermin kerana ia amat mahal.
Bahan aktif Coke ialah phosphoric asid. Ia
mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang
paku dalam masa 4 hari.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
belakang dan tulang lain dalam badan yang
merupakan punca utama ke arah penyakit
osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air Coke dalam lori
tangki (bukan lori yang bawa air Coke siap dalam
botol atau tin), pasti dilengkapi dengan tanda
amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan
Penghakis Bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi
bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis. Tolong jangan letak atau parking kereta
anda berhampiran dengan lori tangki yang ada
tanda amaran itu.
Para pengedar minuman Coke telah
menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori dan trak mereka sejak 20 tahun. Wah, mesti
buat overhaul ni!
Kandungan gulanya ialah 18 sudu cawan teh bagi
setin Coke. Cuba bancuh kopi atau teh dengan
kandungan 18 sudu gula kat rumah dan minum.
Mesti termuntah tetapi jika tambahkan citric asid,
mesti muka anda akan tersenyum. Tambah pula
dengan ais. Wah! rasa macam minum air Coke
yang berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak
bahawa air yang diminum tidak berapa manis.
Lidah dan otak pun kena tipu. Semua minuman
ringan menggunakan asid yang sama.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal
minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan
rasa letih dan mengkhayalkan bagi para pekerja
buruh. Seperti candu yang dibawa masuk ke China
dahulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak
dari daun coca (cocaine) dan kacang Cola.
Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ke tapi
kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh
juga) dalam satu mangkuk air Coke, pasti gigi itu
akan hilang atau lebur dalam masa 24-49 jam.
Yang mana sakit gigi, cubalah cara ini. Mungkin
gigi anda itu boleh hilang.
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat
minum Coke, sama saja. Anda minum Caffein, tetap
bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, ada antara peladangnya yang
menggunakan air Coke sebagai semburan untuk
membunuh serangga perosak dalam ladang kapas
dan cili mereka.
Wallahua'lam...
Ni ana ambil dr friendaster, kalau nak tau betul ke tak, cubalah..
apapun Coke memang diharamkan oleh fatwa Arab Saudi sebab menyumbang kepada Israel..
Info ni just tambahan untuk mereka yang susah sangat rasanya nak boikot air ni..