Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
..Hidup Seorang Aku.. EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
..Hidup Seorang Aku.. EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
..Hidup Seorang Aku.. EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
..Hidup Seorang Aku.. EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
..Hidup Seorang Aku.. EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
..Hidup Seorang Aku.. EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
..Hidup Seorang Aku.. EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
..Hidup Seorang Aku.. EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
..Hidup Seorang Aku.. EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
..Hidup Seorang Aku.. EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
Allotropic
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
budak baik
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
meteorex
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
satudua
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
upp_pcm
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
izzati.abdullah
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
hasanbana
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
goLLacaSe
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
kokkunkap
..Hidup Seorang Aku.. Vote_lcap..Hidup Seorang Aku.. Voting_bar..Hidup Seorang Aku.. Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
CalendarCalendar

 

 ..Hidup Seorang Aku..

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Aku
Guest




..Hidup Seorang Aku.. Empty
PostSubject: ..Hidup Seorang Aku..   ..Hidup Seorang Aku.. EmptyFri Feb 01, 2008 10:32 pm

Assalamualaikum wbt

Terima kasih sebab sudi membaca dan aku harap korang akan teruskan membaca dan aku harap korang semua akan memberi pendapat atau comment di hujung coretan ni

Aku seorang hamba Allah, beragama Islam dan aku dilahirkan sebagai seorang wanita. Oh! cukup murni perkataan 'wanita' itu untuk seorang insan seperti aku. Aku di lahirkan dalam sebuah keluarga yang..entah! aku pun tak tahu keluarga bahagia atau tidak.Tetapi aku bersyukur aku di kurniakan kedua ibu bapa yang penyayang dan ambil berat tentang anak2.

Hidup aku penuh dengan konflik.Sehinggakan umur aku yang mencecah 20 tahun, aku masih mencari-cari identiti sebenar diri aku.Kadang-kadang rasa macam nak putus asa.Tapi aku rasa aku perlu terus mencari sebab aku tak pernah rasa puas dengan diri aku sendiri. Terasa macam banyak lagi kekurangan.

Dulu aku bersekolah di sekolah kampung. Aku jadi murid paling pandai. Jadi perhatian cikgu-cikgu. Lebih-lebih lagi aku punya rupa. Aku bersyukur aku di kurniakan pakej yang lengkap. Kehidupan keluarga aku agak sederhana tapi sejak kecil aku di limpahkan kemewahan. Segala apa yang aku mahu, ayah dan ibu aku akan tunaikan. Lebih-lebih lagi bila aku selalu cemerlang dalam exam.Ada je hadiah yang ayah aku bagi. Jam ratusan ringgit, handphone ribuan ringgit, melancong ke luar negara, laptop puluhan ribu ringgit..dan macam2 lagi.

Dulu aku sekolah menengah kat sekolah beragama. Kat sekolah, aku sangat aktif kurikulum dan ko-kurikulum. Pernah mewakili negeri dan kebangsaan dalam beberapa aktiviti. Menjadi high comitee members dalam beberapa kelab dan persatuan. Dan dalam masa yang sama, kekal dalam ranking top 5 dalam batch.

Ramai yang suka berkawan dengan aku. Ramai jugak yang memusuhi aku tanpa sebab. Dan mungkin aku tahu sebabnya. Aku punye pakej yang agak lengkap. Aku punya rupa, kepandaian, aktif, berkepimpinan dan lain2. Tapi aku sedar aku kekurangan sesuatu di sebalik pakej yang lengkap pada pandangan diorang. Aku kekurangan pengetahuan agama!

Bukan ayah atau ibu aku tidak mendidik aku dengan baik. Tetapi aku yang keras hati. Bersekolah di sekolah agama tidak langsung menjadikan aku seorang yang mengetahui. Di sekolah aku nampak baik, sopan dan segala-gala yang baiklah! Tetapi apabila aku melangkah je pagar sekolah. Aku jadi orang lain. Dan boleh aku katakan, aku menjadi diri aku yang sebenar.

Mungkin latar belakang keluargaku yang agak sederhana dalam bab-bab agama ni. Keluarga sebelah ayah, okay je. Educated dan biasa sahaja dalam bab-bab agama. Tetapi solat memang terjaga. Keluarga sebelah ibu, hanya segelintir sahaja cousin aku yang bertudung termasuk diri aku. Dan segelintir sahaja yang berpelajaran tinggi. Dan adik-beradik aku sememangnya the most outstanding dalam pelajaran.

Kawan2 aku pulak, biasa2 je.. Sekepala dengan aku. Dan mungkin aku yang paling baik kot..Bila aku keluar, aku lebih selesa dengan jeans dan shirt. Tudung aku selempangkan ke bahu. Simple! Baju kurung? Tersimpan elok dalam wardrobe. Kalau ade kenduri atau apa2 majlis yang perlu berbaju kurung sahaja aku akan sarungkan.

Tapi aku bukan perempuan yang liar. Keluar bercampur lelaki perempuan setiap minggu tanpa arah. Aku jenis memilih kawan. Dan aku lebih selesa duduk di rumah, baca buku atau tengok tv. Dan aku lebih selesa keluar bersama ayah dan ibu berbanding kawan2.

Aku harapan parents aku. Juga harapan family besar aku. Maybe sebab aku paling pandai antara semua cousin2 aku setakat ini. Aku tak banyak bercakap. Aku lebih suka diam dan mendengar. Aku suka bercakap denga orang2 yang terpelajar sahaja sebab aku boleh tambah pengetahuan aku berbanding bercakap dengan orang2 biasa yang aku rasa aku membuang masa.

Keputusan SPM yang agak excellent melayakkan aku untuk study kat overseas. Aku pilih Western country tapi tibe2 tercampak kat Middle East. Aku pegi je laa cos i noe i dun have choices. Sampai je kat negara orang, i got culture shock! Aku tengok kat sini semua cam berbeza dengan persekitaran aku masa kat Malaysia. Sangat berbeza!

Dan sekarang baru aku tahu betapa pendek akalnya aku dulu. Jahil. Pemikiran terbantut. Katak bawah tempurung. Dan ape2 lagi yang sewaktu dengannya..Dulu hidup aku hanya buku,study dan diri sendiri. Tak pernah fikir dunia luar. Tak pernah fikir benda lain.

Sekarang aku sedar, study is not everything. Aku rasa kekurangan dan aku rasa nak berubah. Aku tahu medium dah ade. Cuma aku masih keras untuk bergerak. Aku tengok kawan2 sekeliling aku semua bertudung labuh, berkopiah. Bile bercakap tentang agama, sangat hebat! Dan itu buatkan aku dengki! Aku rasa gagal bile orang bertanya aku tentang pelajaran , aku boleh menjawab tetapi bile orang minta pendapat tentang agama, aku jadi kelu. Tak tahu!

Aku dah cuba untuk berubah tapi nyata aku tak boleh istiqamah. Sangat susah rupanya untuk berubah. Aku ubah cara aku berpakaian. Tak mudah untuk aku kekal berbaju kurung atau berjubah. Untuk bertudung labuh, memang aku tak mampu lagi. Tapi aku cuba labuhkan sedikit berbanding dulu. Untuk ke kelas2 agama aku masih liat. Azam kuat tetapi aku kalah dengan nafsu dan pujuk rayu syaitan.

Aku takut hari akhirat. Aku takut azab Allah..Aku tahu dosa tapi aku tetap buat! Aku nak jugak jadi macam yang lain.Pelajaran mantap,pengetahuan agama pun mantap..Tapi bolehkah aku? Aku takut nak balik Malaysia. Aku takut aku tak boleh istiqamah dengan apa yang aku ada sekarang.

Aku keliru dengan diri aku sendiri. Aku nak suami yang soleh, tapi kalau aku sendiri macam ni,boleh dapat ke? Aku nak jadi isteri yang solehah, tapi kalau aku sendiri macam ni,boleh jadi ke? Aku nakkan zuriat yang soleh solehah, tapi kalau aku masih macam ni, boleh dapat ke?

Aku rase cam useless sangat2..Sometimes geram dengan diri sendiri.Semoga Allah bagi aku kekuatan untuk berubah,untuk istiqamah di jalanNya. Kenapa aku postkan benda ni? Sebab mungkin antara korang yang baca ni pernah alami benda yang sama. And maybe boleh share and guide aku. Aku tahu kat Egypt mesti ramai yang cemerlang agama instead of study. Kat tempat aku belajar ni, pun sama. Bi'ah yang solehah..Aku tahu ade hikmahnye aku tercampak kat sini. Mungkin hikmahnye aku belum nampak. Aku harap aku boleh jumpa diri aku yang sebenar..
Back to top Go down
goLLacaSe
Team Member
Team Member
goLLacaSe


Number of posts : 40
Age : 35
Location : egypt
Points : 1
Registration date : 2007-12-10

..Hidup Seorang Aku.. Empty
PostSubject: Re: ..Hidup Seorang Aku..   ..Hidup Seorang Aku.. EmptySat Feb 02, 2008 12:33 am

Salam..
Dear Aku,
ur life journey simply just like mine

Quote :
Sangat susah rupanya untuk berubah

that was absolutely right!
and the greatest fear is to ISTIQAMAH
as for me, it think its better if..
everyday we go up one step on the changing and do istiqamah
than... to change drastically but doesnt istiqamah
it sounds simple but it really arent
me aint perfect and so you are
and even everybody
the best guider is Allah
He knows what best!
it was just 'DONT GIVE UP!'
bom
Back to top Go down
Nour El
Administrator
Administrator
Nour El


Number of posts : 106
Age : 34
Location : Ad-Daqhiliyyah, Mansoura, Egypt
Points : 13
Registration date : 2007-12-14

..Hidup Seorang Aku.. Empty
PostSubject: Re: ..Hidup Seorang Aku..   ..Hidup Seorang Aku.. EmptyTue Feb 05, 2008 3:39 am

chaiyok...
insyaAllah, semoga niat yang baik itu dipermudahkan olehNya...
ameen..
Back to top Go down
http://ningurlz.blogspot.com
Sponsored content





..Hidup Seorang Aku.. Empty
PostSubject: Re: ..Hidup Seorang Aku..   ..Hidup Seorang Aku.. Empty

Back to top Go down
 
..Hidup Seorang Aku..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» --> MENARIK!! Kisah Seorang PADERI dan Seorang MUSLIM
» Kejayaan Seorang Perokok....
» Mimpi Seorang Gadis
» Diari Seorang Pesakit (1)
» PERUBATAN Cawangan Mansurah Yang Bermuka-muka?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: