sdr Ramli Abdul Karim telah menulis sebagaimana berikut: - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaitu berdasarkan sebutan PEPPER.
Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek (piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). -Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi).Arab(filfil aswad)
Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia. -
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, buah lada hitam boleh mengubati cirit-birit, pening kepala,melawaskan kencing yakni rasa membakar di dalam pundi dan saluran kencing, sukar untuk kencing, ataupun bila pundi kencing rasa penuh dan membengkak. Pesakit mungkin timbul rasa hendak kencing tetapi kerapkali kencing tidak keluar.Mengikut Dr. W. Boericke, simptom sakit kepala Piper nigrum ialah sakit kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.Manakala daunnya pula merawat demam. - Menurutnya, buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.
“Jumlah buah muda yang digunakan bergantung kepada paras air dengan perbandingan satu atau dua sudu bagi setiap satu cawan air.”
“Selepas masak, air rebusan perlu diminum perlahan-lahan dan amalan ini tidak perlu diteruskan jika sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala telah sembuh,” ujarnya.
Tajuddin menambah, bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dan kemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. - Sementara itu, kata beliau, untuk menyegarkan dan memanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk dengan ikan bilis dimakan bersama-sama nasi yang masih panas.]
kegunaan lain gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagi sesetengah kes dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada.