HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 Embun-embun cinta Aiman (part1)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
pengemis
Guest



PostSubject: Embun-embun cinta Aiman (part1)   Thu Mar 06, 2008 10:19 pm

[color=blue][size=12]embun-embun cinta


Pagi itu tidak seperti pagi-pagi yang pernah dilalui oleh Iwan.Langkahan kaki Iwan berat seumpama gunung diatas nya.Perlahan,sedikit demi sedikit Iwan gagahkan juga untuk menerima segala yg telah berlaku.Ada suatu tempat yang ingin ditujunya pagi ini.Nafas iwan terus membenarkannya.Senafas demi senafas menangisi semua ketentuan.Kaki mengakui,ia akan berjalan seorang diri selepas ini.Tangan juga turut serta,tiada lagi gengaman padanya,tiada lagi pimpinan padanya.Ia akan berjuang sendiri bersama cebisan kenangan dahulu .Iwan meneruskan langkahan suram itu.Sedar tak sedar ,iwan telah berada dihadapan sebuah rumah yang ditujunya.Jika dulu pasti senyuman yang dibawa bersama ,kini tiada lagi.Hanya titisan air mata yg mampu dihadiahkan pada ziarahnya hari ini.Pintu pagar usang itu masih teguh berdiri..

Lantas satu memori..

‘iwan,apa lagi tercengat kat situ.Marilah masuk.Kami semua dah tak sabar lagi ni’pekik Aiman.

Iwan teringat peristiwa di hari lahir Aiman.Hari itu,Aiman mengajak semua rakan2nya meraikannya bersama di rumahnya.Semenjak kecil Aiman tinggal bersama neneknya.Neneknya ibu dan juga bapa kepadanya.Ibu Aiman meninggal dunia tatkala mempetaruhkan nyawa untuk memberikannya wajah untuknya didunia ini.Manakala ayahnya ,seorang askar Tentera Udara Diraja meninggal dunia ketika usianya baru mencecah 2tahun.Ayahnya terlibat dalam kemalangan ketika misi menyelamatkan mangsa banjir di semenanjung Malaysia suatu masa dahulu.Semenjak itu hanya pada neneknya tempat aiman mengadu.Hanya pada neneknya aiman mencurahkan kasih sayang.Sehingga Aiman digelar ‘anak nenek’ oleh rakan2nya.Tapi,aiman tidak memperdulikanya .Baginya neneknya adalah segala-galanya.

‘Ok,satu dua tiga’.Hilmi memecah suasana.‘Selamat hari jadi,selamat hari jadi..selamat hari jadi Aiman,selamat hari jadi...’

Memori itu masih segar di ingatan Iwan.Iwan mengesat air mata yang seakan tidak mahu berhenti itu.Iwan tidak mahu kesedihan itu terus membelenggu dirinya.Pagar usang itu dibukanya menggunakan anak kunci yang diberikan pakcik Hanif kepadanya semalam.Perlahan-lahan ia meneruskan langkahan ke pintu rumah Aiman.Pintu biru itu sama seperti dulu,tapi kali ini bukan lagi wajah Aiman yang menghiasi disebalik pintu biru itu.Sebaliknya iwan sendiri yang akan membukanya pagi ini.Walaupun begitu ,anak kunci juga seakan bersedih bersamanya.Ia juga tidak membenarkan iwan untuk memasuki rumah itu.Atau mungkin ia ingin mengingatkan iwan pada sebuah kenangan?

‘alamak iwan,ana terlupa bawak kunci la.Ana taknak kacau nenek ana,mesti nenek ana tgh tidur sekarang ni.Tapi takpe,ana ada idea .’

Aiman memang terkenal dengan kepintaranya.Tidak kira sama ada didalam pelajaran ataupun perkara2 lain.Aiman sentiasa ingin menjadi yang terbaik.Itulah Aiman,seorang yang tidak pernah menunjukkan duka atau sedihnya pada mereka disekelilingnya.

Ia akan tetap cuba untuk menggembirakan sesiapa sahaja walau apa keadaannya.

‘Anta amik kayu panjang tu,ana pergi belakang kejap’ujar Aiman ringkas ketika itu.

‘ok,bagi ana kayu panjang tu.Anta tunggu sini sekajap jer.Ana ada misi yang perlu diselesaikan,hehehe.’

Sedikit senyuman terukir diwajah iwan mengenangkan senyuman dari sahabat baiknya itu.Namun,tak mungkin senyuman itu akan menghiasi lagi hari2nya akan datang .

‘Taraaaaaa,Iwan !iwan!sinilah..!.Dah boleh masuk dah.Cepatlah !Ana dah tak sabar nak balas dendam game kita ni.’

Teringat juga Iwan pada kehebatan aiman didalam bolasepak.Semua kenangan itu terus menghentam jiwa Iwan.Aiman sangat meminati bolasepak.Sekirannya dia tidak berpeluang untuk bermain dipadang bersama rakan rakanya yang lain,Iwan akan menjadi temannya untuk bermain video game bolasepak bersama.

Kenangan itu masih segar,segar bersama segarnya embun dipagi yang mendung itu.Iwan kembali mencuba sekali lagi untuk membuka pintu rumah Aiman.Kali ini usahanya Berjaya.Kesukaran itu mungkin kerana pintu ini sudah lama tidak dibuka semenjak setahun yang lalu.Semenjak perginya Aiman bersama impiannya,tiada siapa sanggup menahan air mata tinggal bersama2 kenangan2 dirumah ini.Hari ini genaplah setahun Aiman meninggalkan rumah ini,meninggalkan sekolahnya,meninggalkan kasut bolanya,meninggalkan segalanya…Hari ini juga genaplah setahun Aiman meninggalkan sahabat karibnya Iwan.

Selangkah demi selangkah Iwan berjalan didalam rumah itu,suasana kesedihan masih dirasai.Setiap sudut dirumah itu mempunyai kenangannya dan ceritanya sendiri.Bukan Iwan tidak mahu mengingatinya,tetapi sebak dihatinya tidak mungkin dapat ditahan jika dia terus mengungkap kembali memori2 silam bersama Aiman.Iwan terus melangkah ke bahagian atas rumah sambil cuba memadamkan setiap kenangan itu.

Namun,Rindu Iwan pada Aiman tidak mampu dibendung lagi.Air matanya kembali bercucuran tatkala melangkah masuk ke bilik Aiman.Barang2 kepunyaan aiman masih tersusun rapi disitu,seakan baru semalam aiman meninggalkan bilik itu.Kelibat Aiman disetiap seudut bilik itu juga amat dirasai Iwan.Iwan mencapai frame gambar diatas meja bilik Aiman.Saat kenangan didalam gambar itu dirakam masih jelas diingatan Iwan.

‘wan!,cpt2..nanti burung tu lari,melepas la peluang ana nak bergambar dengan dia’.

Aiman sgt sayangkan binatang2 terutamanya kucing dan burung.Mungkin kerana Aiman anak tunggal didalam keluarganya,apatah lagi Aiman kehilangan kedua2 orang yang disayanginya.Tapi,itulah aiman tidak pernah menunjukkan kesedihannya,,walaupun pada Iwan.Sahabat karibnya semenjak mereka kecil lagi.Kenangan itu segera iwan padam.Frame gambar tadi diletakkanya semula ditempatnya.Lantas,Iwan melihat sebuah kotak kecil di tepi katil Aiman.Ia hanya sebuah kotak.Kecil,tertutup rapid an tiada sebarang yang luar biasa pada rupa parasnya .Tiada apa yang istimewa padanya.Cuma,untuk iwan,Aiman pernah berpesan padanya..

‘Iwan,nanti kalau ana pergi dulu ,anta bukaklah kotak ni.Ana ada hadiah untuk anta’

‘Ish anta ni aiman merepek jer.Dah2,nak cari alasan kalah game bola tadi ker?Dah2,Jom kita sambung’

Ketika itu,Iwan merasakan aiman sekadar bergurau.Tetapi,kini tidak lagi.Kotak kecil tadi benar2 berada disitu.Ia masih kemas dan tertutup rapi.Walaupun sudah berkali2 pakcik Hanif menyuruh iwan membukanya ,tetapi iwan tetap berdegil.Baginya saat terbaik untuk itu belum tiba.Kerana Iwan tidak mampu melihat apakah isi kandungannya.

Namun,hari ini,Iwan bertekad untuk membuka kotak itu setelah setahun berlalu semenjak senyuman terakhir diukir Aiman untuknya.Dua tiga kali Iwan beristigfar agar terus dikuatkan hati untuk menerima apa sahaja isi kandungan kotak kecil tersebut.

‘bismillahirrahmaniraahim’

..Sedikit demi sedikit penutup kotak itu dibuka Iwan.Sebuah kain putih menutupi isi kandungan kotak tersebut.Iwan mencapai kain tersebut dan meletakkannya diatas katil.Kelihatan sebuah buku diari kecil berwarna biru dan beberapa helaian kertas terselit padanya.Iwan kembali bertanya pada dirinya.Tidak pernah pula iwan melihat aiman menulis diari ketika bersama2 dgnnya dahulu.Bagaimana boleh ia berada disini.Kemudian,iwan mengambil diari tersebut bersama helaian2 kertas itu.Pelbagai soalan pantas bermain2 di fikiran Iwan ,inikah yang ingin dihadiahkan aiman padanya?Inikah yang aiman ingin berikan pdnya?

Iwan kembali merenung kepada diari kecil itu.Helaian surat tadi diletakkan di atas meja terlebih dahulu.Iwan membuka sehelai demi sehelai diari kecil itu.Rupa-rupanya,Aiman telah menulis diari ini semenjak ia tingkatan satu berdasarkan masa untuk tulisan pertamanya.Namun diari ini berbeza.Sangat berbeza.

Selepas beberapa ketika,sepasang mata yang tadinya telah berhenti menghujani pipi.Kini kembali mendung.Kelopak air mula dirasai iwan.Setitis demi setitis air itu berderai.Tidaklah dapat lagi Iwan menahannya tatkala menyoroti isi2 kandungan diari tersebut.Semakin iwan menyelak helaian muka surat tersebut,semakin laju deraian air matanya.Iwan memang seorang yang sukar untuk menangis.Baginya menangis bukanlah tabiat sesoarang lelaki.Tetapi kali ini,iwan membiarkan air itu terus menerus membasahi pipinya.Sehingga tempiasnya juga dirasai awan.

Awan juga seakan bersamanya.Tiba-tiba pagi yang tadinya mendung,kini sedikit demi sedikit menangis bersama iwan.Awan juga ingin menangisi Isi kandungan diari kecil itu kerana ia cukup untuk menceritakan kepada iwan segala galanya.Inilah Aiman,seorang insan mulia yg dikandungi dunia suatu masa dahulu.

‘Aiman,kenapa aiman?kenapa kau membiarkan dirimu menanggung semua ini?tidakkah itu terlalu berat bagimu?kau hanyalah seorang manusia biasa.Hambanya.Pesuruhnya.Kau juga seperti aku,seperti rakan2 rakanmu.Kau juga berhak untuk menerima kasih sayang.Kau juga berhak untuk memberikan kasih sayang.Mengapa tidak kau lepaskan lelahmu sedikit padaku?...’

Iwan tertunduk kaku.Seluruh pancainderanya seakan tertumpu pada diari kecil itu.Tiada ruang untuk pengerakan anggotanya walau seinci.Hati yang sebak itu sudah cukup untuk memberhentikan segalanya bahkan juga kerdipan matanya buat sementara waktu.Semuanya tertumpu kpd abjad2 dan nombor2 di helaian diari itu..Ia sangat menyentuh hati kecil Iwan seperrtimana kecilnya juga diari itu.Aiman yang disangka amat dikenalinya,rupanya bukanlah serpertimana Aiman yang sentiasa tersenyum sepanjang bersamanya.Terlalu banyak coretan2 derita dan duka yang dirakam Aiman di diari kecil itu.Sedangkan terlalu sedikit sudut kegembiraan di setiap ruangan diari tersebut.Hanya air mata yang mengiringi helaian2 derita yang dibaca oleh iwan.Disitulah kerinduan pada kedua ibu bapanya diluahkan,disitulah kesesakannya pada kehidupan dunia di coretkan,disitulah segala galanya yg tersirat pdnya dirakamkan.

Hanya apabila disitu,hati Iwan terpaku kpd sesuatu…

-------------------------------------------

Khamis,11/11/1995'I

Ira,Hari ini aku sangat gembira.Malam tadi mimpiku dihiasi olehmu.Aku tahu satu hari nanti pasti kita akan bertemu juga.Aku tahu selagi cintaku adalah untukmu,selagi cintaku ini adalah untukmu .Pasti!pasti kita akan bersama jua nanti..sabarlah cintaku..

Aku tak'….

----------------------------------------

Iwan tidak meneruskan pembacaanya.Ira?Iwan terkejut.Siapakah ira yang Aiman maksudkan?Semenjak bersahabat dengan Aiman,Aiman merupakan seorang yang sangat menjaga perhubungannya dengan akhawat .Bagi mereka yang tidak mengenali Aiman,pasti mereka mengatakan aiman seorang lelaki yang tidak berperasaan.Sedangkan bercakap atau behubung dengan akhawat pun Aiman sangat menjaga batas batasannya,inikan pula Aiman bercinta.Iwan terus membiarkan ia menjadi persoalan dihatinyaIwan kembali kepada helaian2 awal didiari kecil itu.Ada sesuatu yang perlu Iwan yg masih tersembunyi.

------------------------

Jumaat,3/2/1995

`Hari ini hari yang sangat penat bagi diriku.Aku baru pulanG dari menamatkan kursus yang di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Muslim Malaysia (PPMM).Aku bersamA Iwan menjadi wakil untuk university kami.Alhamdulillah,banyak perkara baru yang aku belajar.Cuma,hari ini,aku rasa sesuatu yang pelik.Aku pun tak tahu kenapa.Bila aku pulang ke rumah aku rase ade sesuatu yg kehilangan..hmm..biarlah mungkin kerana program itu best kot.Rase rugi kalau tinggalkan?tul tak?oklah aku tido dulu.Besok aku cerite lagi .ok?nanti nenek maraa..hehe'

------------------------------------------

Sedikit senyuman terukir diwajah Iwan.Aiman memang seorang yang sangat riang dihadapan rakan-rakannya.Aiman sentiasa tersenyum dan cuba memberikan senyuman kepada rakan-rakannya juga.Melihat kepada helaian itu,Iwan teringat akan program tersebut.Dia dan aiman diminta oleh university untuk menjadi wakil mereka didalam program itu.Ia berupa seminar atau kursus yang disertai oleh wakil2 terpilih dari kalangan pelajar muslim di seluruh university diMalaysia.Program tersebut berobjektifkan halatuju mahasiswa dan mahasiswi di university di seluruh Malaysia.Di program itu juga Aiman telah dilantik menjadi ketua bagi wakil dari pihak lelaki .Iwan meninggalkan kenangan itu sebentar.Iwan kembali menyambung pembacaannya..--

------------------

Sabtu,4/2/1995

`Hari ni aku cuti,dptlah aku berehat skit.ok,hari ni aku nak cite ape ye? ..haa.,pasal program tu nak?ok.Dalam program tu,aku diamanahkan untuk menjadi ketua bagi wakil2 dari setiap university untuk pihak lelaki.Dan ketua untuk wakil pihak perempuan pun ade jugak.Tapi aku dah lupe name die.heheh.. aku panggil dia adik jer,sbb dia muda 2 tahun dari aku.macam mane pun usianya tidak membuktikan langsung kematangannya.Dia memang banyak menolong aku dan aku rase senang sangat berkerja dgn dia.Banyak idea2 kami hampir serupa.

'Alhamdulillah.Iwan pun ade sekali bantu aku.Cume,selepas ini aku akan banyak berkerja sama dgn dia dlm beberapa program follow up yang perlu kami lakukan.Aku memang tak biasa dgn perempuan,tp terpaksalah buat2 mcm biase..hehehe.Semoga kami terus dipelihara dalam mencari redhaNYA.

`Ya Allah,kuatkanlah hati hambamu ini dan permudahkanlah didalam setiap urusan ..’

-------------

Rabu,4/4/1995`

'Slm diari,hari ni hari yg ceria untuk aku.Mesyuarat wakil wakil PPMM berjalan dengan lancar.Alhamdulillah aku dapat memperngurusikan majlis dgn baik.Nasib baik Syahiera bantu aku.Aaaa,die ni la yg aku cakap dulu tu.Name die Syahiera,dia ketua bagi wakil2 PPMM perempuan.Berkerja dgn dia senang sangat.Tapi,kau jgnla risau.Aku tetap jaga batasan2 antara aku dengan dia.Tp tu la,kalaulah die takde sekali tadi.Susah jugak aku dibuatnya.Terima kasih ira.Sini je la aku bitau die.hehe.’

'Hari ini juga…’

------------------------

Tersedar Iwan kehadiran Syahiera.Syahiera merupakan ketua bagi wakil2 untuk perempuan ketika di seminar yang dianjurkan PPMM dulu.Mungkin ini Ira yang dimaksudkan oleh aiman?.Sekali lagi persoalan terus bermain di fikiran Iwan.

Iwan terus menyelak helaian2 seterusnya untuk mencari jawapanya.Anak matanya ligat meneliti setiap isi kandungan diari itu.Ada sesuatu yang dirahsiakan aiman daripadanya.Sesuatu yang mungkin menjadi bebanan untuknya sebelum ini.Mungkin juga sesuatu yang menjadi kebahagiaanya sebelum ini.Iwan menumpukan pada tulisan2 dan coretan2 yang berkaitan dgn Syahiera.Mungkin ada jawapan padanya...

bersambung..
Back to top Go down
Embun
Guest



PostSubject: Embun-embun cinta aiman.   Mon Mar 10, 2008 4:44 pm

salam best juga cerpen ni. bile boleh sambung? hehe....
Back to top Go down
Nour El
Administrator
Administrator


Number of posts : 106
Age : 27
Location : Ad-Daqhiliyyah, Mansoura, Egypt
Points : 13
Registration date : 2007-12-14

PostSubject: Re: Embun-embun cinta Aiman (part1)   Mon Mar 10, 2008 10:39 pm

nk sambung baca leh jer sambung kat sini

[You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
View user profile http://ningurlz.blogspot.com
budak baik
Administrator
Administrator


Number of posts : 75
Age : 28
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

PostSubject: Re: Embun-embun cinta Aiman (part1)   Tue Mar 11, 2008 9:01 pm

Syukran..... lol!
Back to top Go down
View user profile
pengemis
Guest



PostSubject: Re: Embun-embun cinta Aiman (part1)   Wed Mar 12, 2008 11:25 am

alamak,tk smpt nk smbung part 2..dah ade link..huhu,.,
Back to top Go down
Nour El
Administrator
Administrator


Number of posts : 106
Age : 27
Location : Ad-Daqhiliyyah, Mansoura, Egypt
Points : 13
Registration date : 2007-12-14

PostSubject: Re: Embun-embun cinta Aiman (part1)   Thu Mar 13, 2008 1:52 am

erk? maalish...
Back to top Go down
View user profile http://ningurlz.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Embun-embun cinta Aiman (part1)   Today at 3:09 pm

Back to top Go down
 
Embun-embun cinta Aiman (part1)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 'Huge' potential for Facebook mobile apps in SL

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: