HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 INI BUKAN MASANYA...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
iqbalhakim
Viewer
Viewer


Number of posts : 26
Points : 1
Registration date : 2007-12-06

PostSubject: INI BUKAN MASANYA...   Sun Apr 20, 2008 6:48 pm

Ini bukan masanya

Saya mulakan warkah ini dengan puji dan puja kepada Allah SWT juga selawat dan salam buat Rasul junjungan saw. Harapnya warkah saya kali ini dibaca dengan minda terbuka dan hati yang lapang. Kiranya apa yang anda tatap di waktu dan ketika ini sedikit sebanyak menganggu kerencaman study masing-masing, saya dahulukan dengan jutaaan kemaafan.

Alhamdulillah, sesi pengajian kali ini kami di Unit Bait Muslim (UBM) Perubatan banyak menerima feed back yang positif daripada ahli Perubatan. Bezanya cukup ketara jika dibandingkan dengan tahun lepas seawal penubuhan unit di bawah Presiden Perubatan ini (ketika itu Pengerusi Perubatan). Ramai yang memandang sinis kepada kewujudan unit sebegini dalam komuniti besar pelajar perubatan. Setahun berlalu segalanya berubah, pandangan, minda dan corak fikir mahasiswa di sini seputar perkahwinan. Pada kami ianya satu anjakan sihat buat remaja alam kampus.

Peperiksaan final hampir tiba, tidak salah juga kalau saya katakan ianya juga sudah bermula. Namun waktu getir sebenar mungkin hanya akan ditempuhi sebulan dari sekarang. Justeru penumpuan kepada ulangkaji yang intensif satu kemestian saat ini.

Oleh itu kami di UBM sangat mengharapkan kepada semua ahli Perubatan berjaya meletakkan prioriti yang sewajarnya pada kedudukan yang sebenar. Hakikatnya kami banyak menerima pertanyaan berkenaan dengan perkahwinan waktu belajar. Syabas kerana ramai yang telah membuka minda, namun pada kami sekarang bukan masanya.

Bukan masanya untuk berfikir tentang indahnya sebuah perkahwian juga manisnya cinta lewat pernikahan.

Bukan niat saya untuk membantutkan idealime sahabat-sahabat sekalian. Cuma sekadar nasihat atas pengalaman kebiasaanya bulan April-Jun merupakan waktu endemiknya syndrome mahu mencintai dan dicintai. Juga penyakit rasa nak kawin.


Waktu inilah banyaknya sms, chatting dan panggilan liar mencari mangsa. Tak kurang juga yang berkira-kira mencari dan mentaqdim bakal pasangan hidup. Rationya sama sahaja antara dua jantina.

Mungkin bagi yang sudah berpunya mula mengimpikan sebuah rumahtangga bahagia. Alangkah indahnya bila study ditemani suami di sisi. Seronoknya bila tekanan belajar diredakan oleh isteri tercinta. Angan-angan dan khayalan sebegini sering hadir menggangu masyarakat mahasiswa di perlembangan Nil. Semuanya ketika serabut menatap buku kuliah yang bertimbun.

Inilah antara clinical picture kepada 2 penyakit yang saya utarakan di atas.

Aetiology-nya setakat pemerhatian saya ialah tekanan belajar. Predisposing factor-nya pula ialah suasana hidup di Mesir. Kebanyakkan penyakit ini akan beransur sembuh apabila peperikasaan tamat, bahkan ada yang mengatakan tidak terfikir langsung bila bersama keluarga di Malaysia.

Tuntasnya, saranan kami di UBM kepada semua agar tidak terpengaruh dengan gangguan emosi yang lahir daripada tekanan belajar. Carilah penawar berupa taqarrub kepada Allah, banyakkan zikir dan doa moga dikuatkan jiwa sepanjang panjang musim imtihan berlangsung. Gapailah motivasi daripada ayah bonda tercinta dan rakan sejantina agar senantiasa fokus tidak lari.

Kepada yang tengah menghitung hari untuk ijab dan qabul, tahniah kami dahulukan. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan, urusan pembelajaran dan urusan hari indah anda.

Akhirnya buat semua yang mengidamkan sebuah keluarga idaman. Berfikirlah dengan matang, jangan biarkan minda anda ‘berfikir dengan emosi’ terutama waktu kritikal sebegini. Nilailah sesuatu perkara dengan pandangan mata hati.

Fikirlah kembali perihal teman hidup, nikah kahwin seusai tamat imtihan. Anda akan lebih matang dalam menilai.

Perkahwinan mungkin penyelesaian masalah, tapi bukan kepada semua masalah.

Salam imtihan buat semua.

abuFateh.
Unit Perancang dan Maklumat.
Unit Bait Mulsim (UBM) Perubatan.
Kaherah.
Back to top Go down
View user profile
Tibb



Number of posts : 4
Age : 59
Location : Komputer
Points : 8
Registration date : 2010-04-06

PostSubject: Re: INI BUKAN MASANYA...   Sun Apr 11, 2010 10:07 pm

best2 Very Happy
Back to top Go down
View user profile
 
INI BUKAN MASANYA...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: