Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
Allotropic
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
budak baik
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
meteorex
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
satudua
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
upp_pcm
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
izzati.abdullah
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
hasanbana
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
goLLacaSe
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
kokkunkap
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_lcapPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Voting_barPenyakit Hati Di Musim Peperiksaan Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
SunMonTueWedThuFriSat
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      
CalendarCalendar

 

 Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan

Go down 
5 posters
AuthorMessage
FA
Guest




Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty
PostSubject: Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan   Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyMon Dec 24, 2007 5:42 pm

Berhati-hati..
Penyakit ini kerap menyerang hati manusia terutama di musim peperiksaan:

1. Hasad Dengki
2. Su' Dzon(Buruk Sangka)

Simptom-Simptom
1. Hasad Dengki
-Senang hati melihat orang lain susah
-Susah hati melihat orang lain senang

E.g. Ahmad senang hati apabila melihat Salim tidur tak study. Manakala, apabila dia ternampak Salim study, dia rasa tak senang hati.

2. Buruk Sangka
-Sentiasa mengesyaki segala tindakan orang
E.g. Ahmad menyangka Salim seronok apabila Salim ternampak dia tertidur.

Kesan
2 penyakit ini amat bahaya dan boleh memutuskan ukhwah.

Langkah mengatasi:
1. Berlapang dada
2. Husnul Dzon(Baik Sangka)
3. Mengubati Hati


Ubat Hati:
1. Baca Qur’an dan maknanya
2. Dirikanlah solat malam
3. Berkumpullah dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5. Perbanyakkan zikir malam
Back to top Go down
izzati.abdullah
Superb Member
Superb Member
izzati.abdullah


Number of posts : 45
Age : 36
Location : mansoura,egypt
Points : 1
Registration date : 2007-12-15

Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty
PostSubject: Re: Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan   Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyMon Dec 24, 2007 6:22 pm

btol tu..marilah kita same2 ubat hati ni sblm xm..aplbl hati bersih ilmu kan cepat masuk..
Back to top Go down
http://drzaty.blogspot.com
manusiabiasa
Viewer
Viewer
manusiabiasa


Number of posts : 16
Age : 36
Location : bumiAllah
Points : 0
Registration date : 2007-12-17

Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty
PostSubject: Re: Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan   Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyTue Dec 25, 2007 4:55 pm

Hm...
penyakit yang nampak sangat di kalangan pelajar perubatan kat mesir ni...tempat lain tak tahu la..s bb saya belaja di mesir....

bersihkanlah hati....berubahlah sahabat2...janganlah bakar membakar..tali bila dibakar akan putus...begitu juga tali persahabatan...
Sad Sad Wink
Back to top Go down
nur iman
Viewer
Viewer
nur iman


Number of posts : 34
Points : 0
Registration date : 2007-12-10

Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty
PostSubject: Re: Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan   Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyTue Dec 25, 2007 11:28 pm

Jom kite kenali hati dgn lbh dekat lagi..
smoga hati2 kite tergolong dlm golongn hati2 yg sejahtera..terutama saat bertemu dgn Maha Pencipta..



Baginda Rasulullah yang diutus oleh Allah ke dunia ini, bukan sahaja menitikberatkan persoalan yang besar seperti masalah kenegaraan kerana baginda seorang pemimpin negara, malah dalam persoalan mendidik jiwa juga adalah tanggungjawab baginda bagi memastikan manusia yang bernama Islam khususnya memiliki hati yang sejahtera dan hidup dengan ajaran Islam yang mudah untuk dipimpin kepada kebenaran agama.
Kerana hati manusia itu ada kaitannya dengan hidup atau mati peranan dan fungsinya, maka baginda mengingati umatnya agar sentiasa memeliharanya dengan baik agar ia terus subur dan hidup hanya untuk Allah.

Justeru, Islam ada memperkenalkan “Ad-Doruriyat al-Khamsa”¯ iaitu lima perkara yang wajib dan mesti umat Islam pelihara iaitu:
1) Agama.
2) Akal.
3) Harta.
4) Jiwa atau hati.
5) Keturunan dan kehormatan diri.

Hati manusia itu merupakan salah satu perkara yang dititikberatkan oleh Islam, jika salah ditarbiah maka ia akan menyusahkan tuannya nanti di akhirat, sehubungan itu Allah SWT ada menegaskan menerusi ayat 36 surah al-Israa yang bermaksud:

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati (manusia), semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan”.¯

Bagi memastikan agar hati itu terus subur dan hidup dengan Islam, maka baginda Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya agar jangan sekali-kali mematikan hati pada malam kedua-dua malam Aidilfitri dan Aidiladha. Hati mati dengan tidak bertakbir, bertahlil, bertahmid, bertasbih, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.


Kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:
Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.

Dan Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera, ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu’araa yang bermaksud:

“Iaitu di hari di mana harta dan anak-anak lelaki tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera).”
Iaitu sejahtera, bersih dan selamat dari penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6) Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak

1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3) Mersa seronok bergelumang dalam dosa.
4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8)Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.
10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.


Penyakit hati

1) Nifaq dan riya’ (menunjuk-nunjuk).
2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.
3) Hasad dan dendam kesumat.
4) Sombong, bangga diri dan ego.
5) Bohong dan berputus asa.
6) Cinta mendalam kepada selain Allah.
7) Ikut hawa nafsu.
Cool Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).
9) Takut kepada selain Allah.
10) Belot dan khianat.
11) Suka memaki hamun orang lain.
12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.
13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.

Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.



Petikan dari: harakahdaily.net

~sama2lah kita pelihara hati..hati cermin peribadi.jika baik hati,maka baiklah seluruh anggota,jika buruk hati, maka buruklah segala anggota..~
Wallahu'alam.. Smile Wink
Back to top Go down
izzati.abdullah
Superb Member
Superb Member
izzati.abdullah


Number of posts : 45
Age : 36
Location : mansoura,egypt
Points : 1
Registration date : 2007-12-15

Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty
PostSubject: Re: Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan   Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyFri Apr 04, 2008 8:01 am

article yg menarik utk dibaca di musim2 exam ni..n bersama2 la kita belajar tasawwuf..jom ke kls ust salman..setiap selasa hingga khamis utk belajar ilmu tasawwuf..soal hati ramai manusia lupe..kerana mereka xsedar hati nilah yg memberi impak terbesar..nk2 dalam bab menuntut ilmu..
Back to top Go down
http://drzaty.blogspot.com
budak baik
Administrator
Administrator
budak baik


Number of posts : 75
Age : 35
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty
PostSubject: Re: Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan   Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptyFri Apr 11, 2008 8:33 pm

smpt jgk promote yer.... lol!
Back to top Go down
Nour El
Administrator
Administrator
Nour El


Number of posts : 106
Age : 34
Location : Ad-Daqhiliyyah, Mansoura, Egypt
Points : 13
Registration date : 2007-12-14

Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty
PostSubject: Re: Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan   Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan EmptySat Apr 12, 2008 1:18 pm

betul2...hati ni sangat ssah nak jaga...
kalau elok hati itu, elok lah keseluruhannya, kalau bururk hati itu, mka buruklah keseluruhannya..
kadang2 kita sendri xsedar kita sdg mengalami maslaah hati..
tambahan saaat fatrah imtihan nih, mcm2 ag mslh hati yg datang...
sama2lah kita menjaga hati kita yer...
selalulah mohon padaNYa agar memelihara hati kita dari perkara2 yg tidak spttnya..
k... I love you
Back to top Go down
http://ningurlz.blogspot.com
Sponsored content





Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty
PostSubject: Re: Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan   Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan Empty

Back to top Go down
 
Penyakit Hati Di Musim Peperiksaan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ~..Koleksi dari De Hearty..~
» ~BILA HATI SENDIRI...JASAD TERASA SEPI

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Adakah anda Bersedia :: Agama-
Jump to: