HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 Rakyat Malaysia Mati Lemas Dalam Petrol, TERKINI!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Hijau Yang Damai
Viewer
Viewer


Number of posts : 33
Points : 0
Registration date : 2007-12-11

PostSubject: Rakyat Malaysia Mati Lemas Dalam Petrol, TERKINI!!   Sat Jun 07, 2008 7:15 pm

Campak Saja Di Hujung Dunia

[You must be registered and logged in to see this image.]
Fasa perubahan atau pasca perubahan sentiasa berputar seperti jarum jam yang sentiasa bergerak. Hampir disetiap ceruk pikuk laman-laman blog individu,pertubuhan,media massa sibuk menghebahkan kepada umum tentang masalah harga minyak yang melanda negara.

Isu minyak yang dikatakan isu global ini menjadi buah mulut. Baik di bandar, mahupun di kampung-kampung di hujung hutan atau di pinggir pergunungan. Hampir semua sedar, harga minyak negara cukup membuat ramai ternganga, tergamang, dan tak lepas juga, ada yang sampai kusut masai memikirkan harga minyak.

Pada barisan pemerintah, tidak lepas-lepas dari mulut mereka untuk sentiasa meredakan 'naik minyak' rakyat hasil kerja tangan harga minyak yang melambung ini.

Indonesia dan rakyatnya mendahului kita Malaysia.

Hampir 2 minggu lepas saya sempat menonton rancangan tv indonesia ANTV secara live. Dalam sidang berita yang disiarkan oleh stesen TV swasta tersebut. Rakyat Indonesia terutama mahasiswa sedang hebat membuat mogok dan demonstrasi sebagai tanda protes terhadap kenaikan harga BBM mereka (bahan bakar- indonesia mengistilahkan petrol sebagai BBM).

Bapak presidennya, telah siap mengumumkan kenaikan 30% harga BBM negara. Dan rakyat juga sudah bersiap melaksanakan mogok besar-besaran. Namun apa yang menarik perhatian saya. Stesen TV di indonesia juga turut sama membuka ruang yang luas dalam membincangkan isu ini.

Antara segmen sempat ditonton oleh saya ialah, satu segmen yang membincang isu harga petrol negara mereka. Seorang pakar ekonomi dijemput untuk diwawancara. Yang lebih menarik, pakar ekonomi tersebut dengan jelas menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap kenaikan itu. "Rakyat sudah cukup terbeban dengan masalah-masalah sebelum ini, apa yang akan berlaku jika ini diterima lagi (merujuk harga BBM)".

Selain menyatakan pendirian, pakar ekonomi turut memberi cadangan dan pandangan yang terbaik dalam mengatasi masalah kenaikan harga pasaran minyak dunia yang dikatakan mempengaruhi harga minyak negara. Antara yang sempat di 'save' oleh ingatan saya ialah, ia menyatakan bahawa, pengagihan atau penyerapan nilaian subsidi-subsidi yang tidak begitu penting kedalam subsidi minyak.

Kata pakar ekonomi tersebut, negara indonesia mempunyai banyak dana yang disalurkan kepada banyak subsidi, tetapi tidak semua subsidi itu mempunyai tahap kepentingan menyeluruh. Maka lebih baik jika dana-dana ini diserap kedalam subsidi BBM negara, kerana ternyata bahawa subsidi petrol negara adalah bersifat menyeluruh kepada semua masyarakat dan rakyat.

Pulang Ke Malaysia

Saya sempat membaca petikan akhbar berita harian 2 hari yang lalu, dimana ia menyebut bahawa Malaysia mendapat keuntungan melalui sumber kayu sebanyak 22 Billion pada tahun ini. Ini dikuatkan lagi dengan penyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir tentang dana dan kekayaan negara(boleh rujuk website Tun di [You must be registered and logged in to see this link.] Malaysia bukanlah sebuah negara yang bergantung kepada keuntungan petrol semata. Baik dari sumber hutan, minyak sawit negara, industri elektronik, dan tidak lepas juga industri pelancongan. Hasil sumber negara menelan berbilion-bilion-bilon ringgit. Tetapi kenapa kita masih menangung kenaikan harga minyak dalam tempoh 5 tahun sebanyak 2 kali. Apakah mandat yang diberi kepada Pak Lah sebagai PM negara adalah sebagai pemimpin yang menaikan harga barang (barang naik (BN)).

Baru-baru ini juga saya sempat membaca sebuah blog yang mengaitkan kisah kemarau di zaman Nabi Yusuf A.S dengan kisah harga minyak negara kini. Mungkin disini ada persamaan dari segi permasalah dan situasi atau kondisi yang bersikap mengancam penghidupan rakyat. Tetapi kita mempunyai perbezaan yang ketara dari segi kepimpinan. Kisah Yusuf A.S dan kemarau berbeza jika ingin disamakan dengan situasi negara.
[You must be registered and logged in to see this image.]
Bezanya, perdana menteri dalam kisah Yusuf itu ialah Nabi Yusuf itu sendiri, manakala PM kita sekarang ialah Pak Lah. Walau persamaan Pak Lah dan Yusuf itu dilihat sebagai tongak negara yang mempunyai jantina yang sama. Namun corak pemikiran dan pelaksanaan Yusuf itu sendiri memberikan kata kunci bahawa Pak Lah tidak layak untuk diletakkan dalam satu bekas yang sama dengan kisah kemarau di zaman nabi Allah Yusuf A.S.

Konsep Musyawarah dan Perbincangan Terbuka.

Kisah kemarau yusuf bermula dari mimpi Malik (Raja) mesir pada masa itu. Dari kisah mimpi yang diceritakan raja itu di 'interperation' oleh Yusuf bahawa negara mesir bakal berhadapan kemarau yang panjang dan tempoh kekayaan berganda.
Mungkin ramai yang mengangap kisah ini terlalu kuno untuk dikaitkan dengan gaya bahasa seusia sekarang. Namun jika kita diteliti secara halus, tindakan Yusuf menafsirkan mimpi raja boleh diistilahkan sebagai pakar politik dan penasihat ekonomi negara pada masa sekarang. Baginda Nabi Yusuf bukan sahaja mampu membaca mimpi bahkan ia mampu merangka plan masa hadapan hasil dari kemampuan baginda dalam mengetahui pasaran ekonomi mendatang dunia.

Bagaimana yusuf memberikan cadangan bahawa, kerajaan mesir pada masa itu supaya menyerapkan semua dana-dana keuntungan negara semasa tempoh ekonomi negara Mesir berada pada tahap terbaik bagi digunakan untuk menampung dan digunakan semasa negara mengalami krisis ekonomi nanti.

Dari kisah ini juga melihatkan bagaimana keterbukaan pemerintahan mesir pada masa itu dalam bermusyawarah dan berbicang dalam merangka pelaksaan hala tuju negara. Sebaliknya berlaku dalam negara kita kini. Jika dilihat dari dada akhbar pada minggu lalu. Pak Menteri menyatakan bahawa perubahan harga atau penyelarasan harga minyak negara akan dibuat pada ogos nanti. Tetapi sebaliknya berlaku sekarang. Tidak sempat secawan teh untuk dihabiskan, secara mengejut kita dikejutkan dengan pengumuman Pak Lah bahawa harga petrol akan dinaikan dan berkuat kuasa pada esok harinya.

Tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang perbicangan, rakyat dihadiahkan dengan keputusan yang mengejutkan ini dengan seribu kerisauan dan tanda tanya. Apakah Pak Lah mengangap ini sebagai kejutan hari jadi kanak-kanak.

Apakah Maksud Sebenar Kamu Wahai Pak Lah?

Saya serius memikirkan kenapa Pak Lah berani mengambil tindakan seperti ini. Di waktu beliau sedang nazak dihimpit tekanan dari pelbagai arah, beliau mampu membuat keputusan yang cukup mampu membunuh senario politik beliau. Sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya. Adakah keputusan kenaikan harga minyak ini datang dari rencana beliau atau didesak oleh tangan-tangan hantu. Dari segi bacaan politik, Pak Lah mengeruhkan keadaan yang sedia ada keruh. Bahkan ini membuka ruang besar bagi seteru-seterunya membedil hebat kearahnya. Tidak cukup hilang 5 negeri, adakah ia akan cukup apabila hilang semua negeri ketangan pembangkang?

Sempat saya meniliti komen dari seorang pelajar muda ditempat saya, apa katanya, "inilah akibat tak undi BN, Pak Lah dan marah, itu sebab dia naikkan harga minyak, lain kali kalau tak puas hati bukan dengan membangkang, guna otak, tengok bagaimana tengku abdulrahman memenangi kemerdekaan negara?, dia gunakan otak. Inilah akibatnya kalau lupa tujuan hidup di dunia ni".

Pada permulaan saya membaca komen ini, terasa ingin menuangkan mulut seseorang dengan petrol. Tetapi bila dilihat siapa yang memberi ucapan seperti ini, saya tidak tergamak untuk mem'bakar' keras. Dia hanya seorang remaja muda belasan tahun, perempuan, dan dibesarkan dinegeri Johor yang terkenal sebagai madrasah UMNO terkuat pada abad ini. Maka tidak hairan ini pendapat beliau. Mungkin bagi dia, satu-satunya tokoh kemerdekaan negara ialah Tunku Abdulrahman dan hampir 12.5 juta penyokong pembangkang ialah manusia dungu yang tidak sebijak beliau. Tanpa sebarang masalah dari komen ini, kita bina keterbukaan menerima pendapat walau dari kanak-kanak atau warga emas. Keterbukaan dalam menerima komen adalah salah satu syarat untuk berinteraksi dengan manusia dengan baik dan berkesan. Dan saya tidak mahu terikut gaya pemimpin negara yang ada pada masa kini yang tidak suka dikritik. Maka dari sini kita perlu belajar dan praktikannya.

Setakat ini sahaja dari saya, dan saya tinggalkan penulisan saya pada kali ini dengan ucapan selamat mengPROTES kepada rakyat yang benar-benar sedar dan ikhlas dalam menyatakan hak.

wslm
HYD
hijaudamai.blogspot.com


Last edited by Hijau Yang Damai on Wed Jun 25, 2008 5:13 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
orangmin
Guest



PostSubject: ...   Sun Jun 08, 2008 4:15 am

salam..
1stly..article yg menarik..
persoalannya article ni hasil tngn sndiri o ciplak org punyer..
tp yg pnting mesej yg disampaikan mmg jelas dan sgt jelas..
lol!
Back to top Go down
 
Rakyat Malaysia Mati Lemas Dalam Petrol, TERKINI!!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» CIMB Bank Malaysia to setup an Investment Bank in Sri Lanka
» Why Government is not reducing the price of Petrol and Diesel??
» Litre of petrol up by Rs.10 from today
» Is there a Fuel Scam in Laugfs Petrol Sheds? People complain to Consumer Affairs
» 1 litre of petrol 15/- sri lank Rupees in ksa

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: