HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 Permasalahan musyrif

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
Mujahid
Guest



PostSubject: Permasalahan musyrif   Sat Dec 06, 2008 12:28 pm

PERMASALAHAN MUSYRIF
oleh : Ust Salman bin Maskuri
Penasihat Unit Pembangunan Insan


Isu mushrif adalah satu isu yang sering menimbulkan persoalan kepada para pelajar terutama pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke bumi mesir. Pihak persatuan PERUBATAN sendiri telah menetapkan kepada ahli-ahli akhawat supaya tidak keluar pada waktu malam tanpa ditemani seorang mushrif. Namun, pada siang hari akhawat bebas untuk keluar ke mana sahaja yang dihajati.
Jika ditinjau dari sudut agama maka tiada halangan yang menghalang seorang perempuan daripada keluar dari tempat tinggalnya untuk memenuhi keperluan. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah membenarkan kamu hai wanita untuk keluar bagi memenuhi keperluan”(Hr Ahmad)
Walaupun begitu Islam menegaskan bahawa tempat bagi seorang perempuan adalah di rumah jika tiada sebarang keperluan yang memelukannya untuk keluar. Allah SWT berfirman, “Dan hendaklah kamu hai wanita duduk menetap dirumah kamu” ayat 33 surah Al-Ahzab.
Namun demikian, terdapat juga keadaan yang mana Islam tidak menggalakkan perempuan dari keluar dari tempat tinggalnya iaitu apabila boleh membahayakan keselamatannya atau membawa kepada maksiat. Ini jelas dari hadis Nabi SAW : “Sesungguhnya diri perempuan itu adalah aurat (boleh membawa kepada fitnah). Apabila perempuan itu keluar, maka syaitan akan mengawasi dan menghiasi dirinya (sehingga lelaki tertawan dan membuat maksiat)” hadis riwayat Tarmizi.
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang perempuan itu berupaya menarik perhatian lelaki dan menggodanya. Ini boleh mendedahkan perempuan tadi kepada bahaya gangguan seksual dan pelbagai lagi fitnah. Fitnah ini banyak terjadi kepada pelajar-pelajar perempuan yang belajar diluar Negara. Perkara ini disebabkan persepsi masyarakat tempatan yang menganggap pelajar-pelajar asing mudah dikacau dan diganggu kerana tiada yang dapat melindungi mereka.
Suasana di Mesir tidak menyokong keselamatan yang baik kepada pelajar-pelajar perempuan. Telah diketahui umum bahawa perbelanjaan kahwin di Mesir memerlukan belanja yang bukan sedikit sehingga menyebabkan ramai lelaki mesir menangguhkan perkahwinan kerana terpaksa mencari wang yang mencukupi terlebih dahulu. Kesukaran untuk berkahwin menyebabkan segelintir mereka melempiaskan nafsu bukan melalui saluran yang halal seperti mencabul kehormatan,rogol dan lain-lain. Tabloid hawadis sendiri mendedahkan banyak kes jenayah seperti gangguan seksual, rompakan dan pembunuhan berlaku di Mesir dan kebanyakannya berlaku pada waktu malam.
Dalam AL-Quran ada dijelaskan tentang adanya kejahatan-kejahatan yang banyak pada waktu malam. Allah SWT berfirman, ”Dan Aku berlindng dari kejahatan malam apabila ia berlabuh” surah Al-Falaq. Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda, ”Kalaulah manusia tahu tentang keburukan berjalan seorang diri, nescaya aku tidak akan dapat mengetahui adanya orang yang sanggup berjalan seorang diri pada waktu malam” hadis riwayat Bukhari.
Ini menunjukkan bahawa waktu malam adalah sangat berbahaya terutama kepada perempuan yang dijadikan Allah SWT kurang dari segi kekuatan fizikal berbanding lelaki. Kurangnya kekuatan fizikal memerlukan bantuan lelaki untuk melindungi dan membantu mereka. Dalam Surah Al-Qasas ayat 23 dan 24 ada disebut kisah dua orang anak perempuan Nabi Syuib yang berusaha untuk mengambil air namun tidak Berjaya kerana ramainya orang. Lalu datanglah Nabi Musa AS membantu mereka. Dalil ini menunjukkan bahawa bilangan perempuan yang ramai juga memerlukan bantuan lelaki dalam keadaan-keadaan tertentu.
Sememangnya menjadi kewajipan bagi akhawat untuk tidak mendedahkan dirinya kepada bahaya. Firman Allah SWT, ”Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan” Surah Al-Baqarah ayat 195. Nabi SAW juga bersabda, ”Janganlah melakukan perkara yang memudharatkan diri kamu dan orang lain” riwayat Ibnu Majah.
Kes-kes pelajar perempuan Malaysia yang menerima gangguan seksual dari orang Arab di Mesir ini bukanlah satu perkara yang dapat dirahsiakan lagi. Sebab itulah diwujudkan system mushrif di bumi Mesir ini iaitu untuk membantu dan melindungi keselamatan akhawat dari diganggu. Sesungguhnya akhawat yang keluar malam tanpa pantauan mushrif adalah mendedahkan diri kepada bahaya dan boleh membawa kepada kemudharatan.
Dalam Islam ada disebut satu istilah iaitu “sadduz zzara’ie” yang mana ia menyekat dan menghalang semua perkara yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang dilarang. Seperti mana haramnya bercium bukan mahram kerana membawa kepada zina. Jadi perempuan yang keluar malam berseorangan tanpa mushrif juga boleh membawa kepada perkara-perkara yang dilarang iaitu mendedahkan diri kepada bahaya. Disebabkan faktor keselamatan inilah maka pihak PERUBATAN tidak membenarkan akhawat keluar pada waktu malam tanpa ditemani mushrif.
Kedatanagn kita kebumi Mansurah untuk menuntut ilmu perubatan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin sebelum pulang ke tanah air bergelar seorang doktor. Justeru adalah sangat penting untuk kita menjaga keselamatan diri supaya cita-cita dan harapan tinggi mak ayah tidak berkecai begitu sahaja disebabkan kelalaian dan kecuaian kita dalam menjaga keselamatan diri. Tiada salahnya kita berwaspada dan berhati-hati. Mencegah lebih baik dari merawat.

*NB:
1)Ust Salman-sedang melanjutkan pengajian peringkat Master dalam bidang pengkhususan Tafsir universiti al- Ahzar.layari blog beliau

2)Musyrif=penyelia/pengawal(dr segi bahasa)

*musyrif yg dimaksudkan dsini adalah ikhwah yg bertanggungjawab menemani akhwat keluar pd waktu malam
atas urusan yg berkepentingan, logik dan munasabah.

*perlu difahami disini sistem musyrif bukanlah ingin menyusahkan mana2 pihak sama ada lelaki atau prmpuan
tetapi sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko berlakunya perkara2 yang tidak diingini
berlaku(at least laa)

*jadi tidak timbullah masalah hendak ke kedai@farmasi bawah rumah pun perlukan musyrif.anda boleh
pertimbangkan sendiri.seeloknya selesaikan segala masalah anda seperti membeli barang2 keperluan
pada waktu siang lagi..


*ikhwah yg ditugaskan menjadi musyrif pula hendaklah memberi kerjasama dengan sebaiknya serta
memainkan peranan yang sepatutnya dilakukan.insyaAllah niatkan untuk menolong sesama kita.

*InsyaAllah unit kebajikan akan mengeluarkan jadual musyrif untuk kemudahan semua..perlu diingat,pihak
akhwat boleh meminta pertolongan drpd mana2 musyrif atas persetujuan individu tersebut,bukan hanya
terikat kepada jadual semata-mata...we plan you decide.

*"peraturan tidak mendatangkan masalah/beban bagi siapa yang tidak menimbulkan masalah tetapi
peraturan itu menjadi masalah bagi siapa yang suka menimbulkan masalah@benci peraturan"

*sebarang permasalahan sila rujuk kepada ketua/timbalan unit kebajikan 08/09:Mujahid Sabri b Mohd(0112679031) dan Siti Nuur Ain Sahleha bt Zaharuddin(0113593505)
Back to top Go down
akhawat
Guest



PostSubject: sy syg akhwt2 kt mnsurh ni   Sun Dec 07, 2008 2:09 pm

assalamualaikm...
sy xprnh lg hntr komen kt blog ni, tp ble melibtkn isu MUSHRIF ni, sy rse tpnggil utk bg komen dn pendpt sy..

sape yg x syg diri die? klu tnye soklan cmni, psti xde yg ckp, sy x syg diri sy, smua syg pd diri msing2 kn? jd dcni timbul sdikit kehairanan ble akhwt di cni cube dedahkn diri mereka kpd bahaya sdgkn mereka diberi pluang dn ksmptn utk cbe jaga diri mrk dan elakkn diri dr trkna musibah yg x tduga

mmg lh klu sblum ni , byk alasan yg diguna klu nk suh guna mushrif ni..antaranya
1) 'aku malaslah nk guna mushrif ni, menyusahkn je... byk bazir msa nk tggu mushrif dtg, pdhal aku nk g dkat je tmptnye’..

2) ‘' buat ape mushrif2 ni, klu dh Allah ttpkn sesuatu tu tjadi, tjadi jgk..klu aku amik musyrif, ttiba ada musibah blaku, tu smua takdir Allah..klu bnde nk blaku, blaku jgk.ade mushrif ke xde ke, same je"

3) ksian lh kt mushrif, dorg pn nk study jgk, xnk susahkn dorg...biarlh dorg study..segan nk mntak..

ada jgk sbb yg sy rse klakar plak ble difikir2 balik " time tu tgh bermushrifkn seseorg, ttiba kluarlah ayat " klu ayah aku tau aku kuar dgn laki, tntu aku kna marah ni"

mmg akhwt ni slalu berfikiran jauh smpai x tjngkau dek fikiran, tu sy sndiri xleh nafikan, sbb sy ni pn pompuan jgk..

mnjwb alasan di atas,

1) mushrif ni gunanya ble ade hal yg pnting2 je..klu stkt nk g kdai nk beli brg, kbtulan kdai dkt umh,better setelkn siang2 hari..kite sbg akhwt kna lah fkir klu bnda2 yg x pnting cmtu, xyah kuar xpe..xpun, setelkan esok hari...klu urusan mcm nk ke hospital ke, tuisyen ke, mathor ke, teknikal nya lh kne btul..bab bazir mse tunggu mushrif..tu x timbul..tu smua time management kite sndiri ..smbil2 tggu tu bkaklah buku ke, baca quran ke..

2) mmg smua yg berlaku atas ketentuan Allah..klu Allah nk sesuatu tu tjadi, pasti berlaku..tp dgn izinNya..dan xkn Allah bg ssuatu tu berlaku mcm tu je, mesti jgk sbb ats USAHA kite..sbg cnth..knp kite nk susah2 g amik TUISYEN? pdhl dh ade kuliah kt gamaah...klu ikut tkdir ALLAH, klu ALLAH nk bg MUMTAZ k, GAGAL k,buat ape2 pn, dh ALLAH nk bg cmtu,sbb tu tkdir ALLAH..tp tidak mcm tu kn? kite ni xleh nk usaha ke? ALLAH suh kite usaha, dn iALLAH dgn izin ALLAH, kita akn dpt apa yg kita nk. Sama jgk cm bab mushrif ni, kite klu blh USAHA utk elak bnde2 yg x elok blaku kt diri kite, knalah kite BERUSAHA..sistm mushrif ni sbg satu wadah usaha kita.. skurg2nya kita dh USAHA utk jge keselmtn kite , klu ada ssuatu x diingini blaku jgk, smua tu dh trsurat, tp jgn plak kite x USAHA lnsung utk elak bnda2 cmni..yg pnting..ade USAHA dn DOA

3) dtg mesir ni mmg nk study..sape dtg nk main2 kn? Tp adekah kite dtg cni sbb nk STUDY MEDIC semata-mata? @ jgk STUDY ILMU DUNIA AKHIRAT? Fkir2kanlh.. hidup ni bkan stkt nk STUDY MEDIC je, tp byk bnde len lg yg kte blh STUDY.. jd klu rse segan nk mntk musyrif sbb tkut gnggu dorg study, sbnrnye kte pn menSTUDYkan dorg cmne nk mnjaga keselamtn akhwt dn ajar dorg utk mnjd muslim yg tau melindungi muslimah yg lemah…xkn 24 jam asyik STUDY MEDIC je..skurg2nya ikhwh ni STUDY jgk cara mnjalani khidupn harian yg mne nnt ble kite blik msia, lg byk mslh bkn bab psl MEDIC je, tp mslh AKIDAH DAN ISLAM.. itu yg utamanya..

4) bab kate’ ayah aku mesti mrh aku jln dgn laki ni’..mmg klakar ble fkir blik..klaulah ayah dan kluarga kite tau kondisi kt mnsrh ni cmne, dgn keadaan daruratnye lg dtmbh dgn keselamtn yg mmg x slmt ni, sy rse ayah kite tntu lg marah klau kite jln tanpa musyrif..skurg2nya ade jgk lh org yg blh tlg klu ade ape2..klu ayah kite tau kite jln mlm2 ni, mmg bkn stakat marah je, myb kna kahwinkn trus kot nnt..hehe (supaya ade musryrif tetap trus) Laughing sunny …(gurau je)

Duk Negara org ni, bkn mcm duk Negara sndiri..klu kt Negara sndiri pn, mne ada kluarga yg bnarkn anak gadis kesygn kluar mlm2 x kiralah sorg ke atau dgn kwn2…mlm mesti duk umh.. jd knp ble dtg cni, kite mcm lupa sbnrnye ramai org syg kt kite dn xnk ssuatu yg buruk berlaku kt kita..tp kite x prnh sedar smua tu…

Jd sy hrp sgt akhwt2 mnsrh ni sedar bhw system mushrif ni bknlh stu perkara yg mmbebankan, tp utk melindungi kita jgk…BERINGAT SEBELUM KENA….

Dan klu ade jgk kes ble MUSHRIF sndiri xnk jd mushrif, itu sbnrnye ikhwh tu msih lg kurg ksdrn ttg kpntngn dia sndiri utk bntu akhwt ni bkn ats sbb saje2, tp nk lindungi wanita islam ni dr bnde2 x elok..ramai lg ikhwh len yg snggup jd musyrif….smua IKHWH DAN AKHAWT KNE SEDAR PERANAN masing2....bkn SEBELAH PIHAK JE..bertepuk sebelah tgn xkn berbunyi..

Smoga kesemptn yg ALLAH bg utk kite berada d Mansurh ini dpt dmanfaatkn sbaiknya, bkn mngundng mudarat pd diri sndiri akibat sikap kita sndiri..XKN BERUBAH NASIB SESUATU KAUM MLAINKAN KAUM ITU SNDIRI YG MNGUBAHNYA..wallahua’lam..

Akhir kalam…SY SYG KAMU SMUA kerana ALLAH..mcm mna sy xnk bnde2 x elok berlaku kt diri sy, mcm tu jgk sy xnk ianya berlaku pd diri kamu smua..
bom flower
Back to top Go down
Student
Guest



PostSubject: Mushrif Lembik   Mon Dec 08, 2008 5:28 pm

Assalamualaikum..

Bagus sebnarnya mushrif2 ni...concern atau nama lain peka dan prihatin...Mereka menjaga akhwat yang keluar malam sampai 5 -6 org..

Tapi yang masalahnya, mushrif seorang je...yang saya nampak pun semua 'tulang' kering atau nama lain kurus nak 'mampos'...kalau mereka jaga akwat sapa jaga mereka?/

Hehehe...pilihlah mushrif yang cukup vitamin dan makan...ini, lembik, kurus dan kupang...org arab jentik sikit...bederai isi ...

Haighhhhhhhhh.......
Back to top Go down
1988
Guest



PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Mon Dec 08, 2008 6:59 pm

dak pompuan kena sedar ...KENAPALAH MUSYRIF NI NAK G SUSAH2KAN DIRI DORG SENDIRI UTK JAGA KALIAN..

SEBABNYA...


MUSHRIF NI SAYANG SANGAT2 KAT KORG NI...


ULANGAN...


MUSHRIF NI SAYANG SGT2 KT KORG NI....

ULANGAN....


MUSHRIF NI SAYANG GIDDAN2 KT KORG NI...

klu x syg korg, dh lame biar je dak pompuan ni... tp..


SEBAB MUSHRIF NI SAYANG KORG LAH...rela dikorbankn segalanya demi org TERSAYANG....kuang kuang... I love you I love you bounce bounce
Back to top Go down
affanishere
Viewer
Viewer


Number of posts : 25
Location : mansoura
Points : -6
Registration date : 2007-12-23

PostSubject: nk nyebok gak....   Tue Dec 09, 2008 1:51 am

salam alaik... terpanggil tuk bg komen x rasmi kat sini....

isu mushrif "kurus" ni dah lama wujud... dah muak dah se dgr.. kn mudah kalau "student" ngaku je yg "student" tokse pakai mushrif... (harapnye ni buke alase sebenar la..) tongue (gurau deh... taw doh "student" slalu pakai mushrif.. syukran ana ucapkan sbb sudi menjaga keselamatan diri... =) )

harus diingat.. tujuan mushrif ni adalah sebagai pengiring. sebagai rujukan. sebagai "guard" bile perlu... bukan tuk gado2 fizikal ngan arab... xde pulak tertulis dalam qoror mushrif "mushrif kne bertumbuk ngn arab" (sape pulak yg rajin nk gado2 ngn arab ye x?)

penggunaan mushrif juge tertakluk kepada peraturan mushrif... bile dalam kecemasan, dalam urusan rasmi, bile dirasekan perlu (yang kalau x buat boleyh memudaratkan)... kalau takat nk kuar buang sampah tu... (contohnyer la) x yah la mushrif pn.. plus... xde siang ke sampai WAJIB nk kne buang sampah malam2 pulak? nape kne malam jugak?

kat sini timbul pulak isu "nape buat sistem mushrif pulak kalau kami akhawat nk kuar malam pn banyak syarat??? "

menjawab soklan ni.. aku akan gune bahasa mudah yg harapnye korg yg dah besar dan dah matang akan paham la bahasa mudah ni... (at least bahasa ni mudah la jugak buat aku)

salah satu alasannye adalah.. supaya "maruah" dan "keMAHALan" diri korg terjaga... nk ke korg andai korg ternoda sebelum "waktunye"...? (paham x ni??) yg suke sgt kuar malam tu wat gapo? nk kate korg ramai? hahaha~ jgn buat lawak la.. ramai korg pn.. kalau kne kepung ngn arab ape korg nk buat? nk bukak pencak silat? larat ke nk make a punch?? Laughing Laughing at least bile ade sorg ikhwah, arab agak step back la jugak... sbb diorg taw papehal ade yg akan back up akhawat malizi nih... kat sini mungkin korg akan nampak lebih jelas peranan mushrif ni... (well.. aku x berkata kalau bukan berdasarkan pengalaman... dan aku juge x berkata mushrif perlu bertumbuk ngn arab)

tu baru satu je alasan... kang tulis banyak2 kang takut serabut pulak nnti~ hee...

mungkin "student" x penah kne kacau ape2 lagi... thats why mungkin berkata sedemikian... but ala kulli hal... mencegah lebey baik dari merawat kn??? kalau dah tercemar tu ingt boley sng2 sucikan balik gune vanish power o2 ke? hanye rendam selama sejam... duh~!

*kat sini xde ruang tuk share pengalaman kn? hahaha.. len kali la aku stori2 hal mushrif ni....


so.. kesimpulannye.. nk petik balik kalam mugait (bukan nama sebenar) selaku ketua unit kebajikan PCM sesi 08/09 .....["peraturan tidak mendatangkan masalah/beban bagi siapa yang tidak menimbulkan masalah tetapi
peraturan itu menjadi masalah bagi siapa yang suka menimbulkan masalah@benci peraturan"]
.. dan kate aku pulak.. "peraturan tidak membebankan melainkan bagi mereka yang beban"

*maalish andai terkasar bahasa terlanjur bicara....segala kelemahan ini amatlah dikesali...


*pesanan penaja : jadual mushrif dah siap... sile rujuk jadual mushrif untuk mengetahui siapa mushrif kalian (tuk akhawat) dan rumah mana yang anda perlu mushrifkan bile perlu (tuk ikhwah)...
*sebarang kemusykilan tentang jadual mushrif boleyhlah dirujuk kepada Unit Kebajikan PCM 08/09..
*dgn ini ana hanya membenarkan perhubungan ikhwah akhawat tidak lain dan hanyalah untuk tujuan mushrif sahaja.. sebarang karutan dan gangguan yg ngarut2 tidak dibenarkan oleh syara' dan kami unit kebajikan x akan bertanggung jawab atas salah guna data yang terdapat dalam jadual mushrif... pandai carik bala pandai tanggung la...





sekian terima kasih. =)
Back to top Go down
View user profile http://affanishere.blogspot.com/
butterfl
Guest



PostSubject: ...   Tue Dec 09, 2008 10:40 am

tahniah affanishere untuk komen yg mantap diatas... cheers
Back to top Go down
bukan ka
Guest



PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Wed Dec 10, 2008 7:24 pm

menjaga seorg anak gadis lbih susah dan payah dr jaga kambing 10 ekor...

awat lh akhwt ni mcm xlh fkir bhy yg bkl mnnti..klu kna, dorg jgk yg susah.
mushfahimah giddan btul la... bounce
Back to top Go down
Naira
Viewer
Viewer


Number of posts : 7
Points : 0
Registration date : 2008-12-27

PostSubject: pendapat saya   Sat Dec 27, 2008 1:24 am

Salam.

Sekian lama mencari medium nak meluahkan perasaan pasal isu musyrif, akhirnya jumpa juga. Saya mmg bersetuju psl peraturan musyrif tapi dimata sy nampak sedikit perkara yang saya rasa perlu diberitahu supaya yang berkuasa dpt fikir cara untuk atasi dan yang tersilap dpt betulkan kesilapan.

Memandangkan saya ambil tuisyen malam, jadi sy kerapkali terlibat dlm penggunaan musyrif. Tuisyen saya 3 mlm seminggu. Tuisyen pada hari Ahad & Selasa [microb] mula pukul 6.30 mlm. Tuisyen Microb ni mmg dimulakan dgn test berdasarkan apa yg dah belajar pada kelas sebelumnya. Untuk itu, saya merasakan perlunya untuk pergi tuisyen awal. Apatah lagi saya jalan lambat [as in tak rushing]. Tuisyen Microb ni pulak ada 3 shj ikhwah yg ikut serta. Akhawat pulak semua rumah. Tambah tolak kira2 dlm 7-8 rumah yang kedudukannya jauh2 la juga. Kalau nak buat sistem pleiotropism in which satu musyrif kena ambil 2-3 rumah, hasilnya, kami sampai tuisyen ketika ujian dah pun mula. Itu apa yang saya lihat berlaku pada kawan2 yg mengamalkan pleiotropism ni. Nak telefon musyrif rumah nanti diorang cakap “tumpang je lah rumah lain punye musyrif. Kan Mr.X ade” Malas nak fikir panjang, saya pergi sendiri shj.

Kalau tuisyen pharma, tak ada masalah sbb musyrif rumah saya pun join tuisyen tu. So kami pergi sama2. Wah3... tapi masalah jugak sbb laki ni selalunya jalan laju, jadi mereka ni tak kesah kalau gerak pukul 7.20 utk tuisyen pukul 7.30. tapi utk saya yang jalan tak laju ni, saya selesa kalau pergi pukul 7.10. Bila sampai, ada masa utk rehat sebelum kelas mula. Taklah termengah2 sampai, terus kena buka buku.

Seterusnya, masalah yang menyakitkan mata lah jugak bila musyrif jaga buah hati sendiri je. affraid Sesama kita, saya tahu anda dan anda bercinta. Dia dan dia juga. Tapi kalau tujuan musyrif tu utk jaga semua yang bersama dgn dia, kenapa hanya jaga yang dia rasa nak jaga shj? Takkan nak jadi mcm schistosomes kot? Bila berjalan, kena berkepit? Male kena jaga Femalenya dlm gynaecophoric canal? Hahaha Sweet sangatlah tu.

Bila buah hati singgah kedai Mobinil, pakwe mesti tunggu lalu membiarkan shj gadis2 cantik yg lain balik sendiri. Tapi kalau gadis cantik lain singgah kedai Etisalat, musyrif baik hati pasti tidak perasan. Mungkin kerana terlalu ramai gadis dibawah jagaan lol! Bila buah hati singgah kedai, pakwe mesti tunggu. Siap boleh tolong pilihkan nak susu faraulah ke shokolatah? Tapi Burtu’al sedap juge. Gadis cantik lain hanya boleh memandang sambil membeli juga atau yang tak mahu membeli terpaksa menunggu shj. Tapi tiba giliran gadis cantik nak singgah kedai, musyrif baik hati mesti tak perasan. Mungkin terlalu ramai gadis di bawah jagaan. Kalau perasan, musyrif baik hati kata “beli esok jelah" lol!

Lagi satu, pernah bila call musyrif, dia kata “ok” tapi bila jumpa, musyrif muka geram. Mungkin kami salah timing, terminta tolong disaat dia sedang tidur. Maaf. Kemudian bila berjalan, si musyrif 5 meter dihadapan. Kalau gadis terserempak dgn arab lalu diraba sekelip mata, musyrif tak dpt buat apa2 pun. Arab pun tak tahu musyrif dan kami sebenarnya dlm satu rombongan perjalanan yang sama. Ha ha ha bak kata affanishere, “at least bile ade sorg ikhwah, arab agak step back”. Bila dah jalan jauh2, arab tak nampak pun ikhwah yang seorang itu. Jadi tak ke sama sahaja?

Itu sahaja dari saya. Maaf terkasar bahasa. Maaf pada yang terkena.flower
Back to top Go down
View user profile
nellyQueen



Number of posts : 1
Age : 28
Points : 0
Registration date : 2008-12-27

PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Sat Dec 27, 2008 1:58 am

ASSALAMUALAIKUM WBT.......

isu permasalahan musyrif ni boleh dikatakan sudah lapuk.sejak saya mula2 menjejakkan kaki di mesir ni lagi.pada mulanya saya juga tak faham ape sebenarnya fungsi musyrif.tiba2 nak kene ade org temankan pergi mane2 malam2.sedangkan di malaysia takde pulak nak cari orang sakan utk temankan.sedangkan ketika itu,teman2 saya di Indonesia,UK atau US tak pernah pula saya dengar isu ini.ini mungkin kerana di mesir ini kite berada bersama2 pelajar dari kuliah pengajian islam.saya mahu bertanya,adakah hanya di mesir ni sahaja yang bahaya?adakah di malaysia kita tak terdedah dengan bahaya ni?di uk,us?selamatkah kita?

apa yang saya perhatikan keadaan di sini,memang wajar kita memerlukan musyrif.seperti kata2 saudara AffanIsHere,musyrif tu perlu.tapi cuba kita melihat ironi di samping penggunaan musyrif itu sendiri.berdasarkan pengalaman saya dan rakan2 saya,mereka telah menelefon musyrif rumah mereka untuk ke kelas tuisyen tapi malangnya panggilan tak diangkat.dan pernah juga musyrif terbabit sendiri yang cakap "kamu pergilah sendiri.kelas tu dekat je kan"

dan wanita2 tersebut pula mengandaikan telah mendapat lampu hijau utk pergi ke kelas tanpa musyrif.kerana musyrif tu sendiri menyuruh mereka pergi tanpa di temani.so apakah peranan musyrif di sini?

musyrif juga bagi saya perlu menitikberatkan soal masa.musyrif yang saya lihat selalu melengah2kan masa,datang lambat utk ambil kami ke pusat tuisyen.sedangkan tuisyen kami mengambil masa setengah jam perjalanan.seperti komen saudari naira di atas,saya amat bersetuju tentang isu kelewatan musyrif.


saya menyokong hal berkaitan musyrif yang hanya mahu memusyrifkan kekasih hati ni.mereka sanggup menemani kekasih hati utk singgah membeli di kedai2 pada waktu malam.sedangkan bila hadirnya wanita2 lain di samping,tidak pula si musyrif ini mahu tunggu atau menemani wanita2 tersebut.malahan hanya memandang sebelah mata akan wanita2 yang balik tanpa ditemani musyrif.sedangkan mereka adalah dari tujuan yang sama.dari tuisyen mahu ke rumah.apa pula fungsi musyrif?

musyrif pula perlulah berjalan berhampiran wanita2.bukanlah berjalan berpuluh2 kilometer di hadapan.jika berlaku kejadian yang tak di ingini[nauzubillah],sempatkah musyrif melakukan apa2?musyrif hanya berjalan menonong ke depan tanpa melihat sedikit pun wanita di belakang yang juga di bawah jagaannya.hal ini tak boleh dipandang remeh oleh musyrif.

senyum itu sedekah.oleh itu,musyrif2 sekalian janganlah anda bermasam muka semasa menjalani tanggungjawab.walaupun masa tidur anda diganggu.juga masa belajar anda terganggu,bukankah jika kita memudahkan urusan orang lain,Allah akan mudahkan urusan kita?dan jika betul musyrif malas,tolonglah si wanita untuk mencari musyrif lain.bukanlah menyuruh si wanita itu mencari sendiri.sekian.maafkan atas baik buruk perkataan saya.
Back to top Go down
View user profile
wunan
Guest



PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Sat Dec 27, 2008 7:53 pm

salam..
sebenarnya pasal musyrif ni takder problem
bukannye musyrif ni tak suke or ape..
cuma kadang2 kalo sblm tu drg kata nak musyrif kul 7.45 la contohnya..
orang yg nak musyrif ni plak turun kul 8
saper tak baran...org yang jadi musyrif plak kene tgu
sepatutnya yang nak musyrif la kene ready awl2
satu lagi bile org laki jd musyrif..
yang nak musyrif tu plak malu2 jalan sebatu ke depan..
bile musyrif makin dekat..
yang nak musyrif tu makin laju berjalan
kalo yang nak musyrif ramai dari musyrif lagi la..
sorang kat depan..sorang kat belakang..sorang kat tepi
camaner kitorang yang gagah ni nak tolong
bukan takleh malu..tapi kene la paham..
kita nak tolong orang yang tak berapa mesra neh mesti kite tak berapa suke kan??
ni senyum pon tak..dah la turun lambat
bukannya kene tangkap polis pn kalo senyum kat musyrif neh
n satu lagi psl tuisyen..
kalo setakat musyrif ni nak antar sampai tmpat tsyn tu takder hal la
cume kalo nak balik tu..dah tau musyrif jauh..
suroh la maner2 dak laki yg join tuisyen tu tlg hantarkan
takkan nak suruh laki dari umah jauh datang galak semata2 nak ambik korang balik umah
pikirla ckit..korang sumer dak medic
karang biler ktrg tak datang ckp kitorang taknak jadi musyrif korang
pastu konon2 nak rebel taknak pkai musyrif dah
bile kene pape baru r nyesal..
pastu yang disalahkan juge selain orang yang kene pape tu adalah musyrif kepada mereka juga
so fikir2kan la..
jgn rase anda yang memerlukan musyrif ini kuat..n yang jadi musyrif juga jgn berasa kuat
sesungguhnya tiada yang berkuasa selain ALLAH..


lol! lol! lol!
Back to top Go down
affanishere
Viewer
Viewer


Number of posts : 25
Location : mansoura
Points : -6
Registration date : 2007-12-23

PostSubject: ngeh3~   Sat Dec 27, 2008 8:35 pm

salam alaik....

fuuuh~
[amik nafas panjang dulu... dan berdoa moga2 ape yang akan ditulis kat ruang ni x bertentangan dari yang haq...dan tidak pule bercampur dgn yang batil... ]





fuh.... (dah dekat setengah jam amik nafas ni... patut start merangka sket2 dah...)


awwal dan pertama kalinye... syukran kepada saudari naira dan saudari nellyqueen yang telah memberi komen , pendapat dan teguran yg saye rse dah tersemat kat lubuk hati masing2 bertahun2, malah mungkin berdekat atau berkurun sudah... hehe...Rolling Eyes

kedua kalinye, saye minta maaf sgt2 sbb tergelak sebelum dan semasa bace reply dari naira dan nellyqueen... (nellyqueen bukan queen nelly kn?).. hahaha... adess.. tergelak lagi skali pulak... *sorry nellyqueen... dan sorry juge kepada saudara nelly yg kat mesia leni... x pepasal nelly terbabit... haha.. persoalan skang... siapakah nelly?? =P

ketiga kalinye...berkaitan reply dari saudari naira... rsenye cam penah bace main point tu kat belog seseorang... siapa agaknye yerp? haha... syukran2~ belog adalah hal peribadi.. i got that. make it public kat forum... medium yg sgt2 molep dan terbaik saye kire tuk meluahkan sesuatu dan semoga ada tindakan lanjut demi pembaikan yang diambil... lebih molep dari "lowenstein-jensen medium" tuk tubercle bacilli cultivation saye kire... =)

keempat kalinye.. berkaitan masalah2 yang timbul (dan paling banyak repot yg saye terime) tahun ni... such as [ mushrif lambat ], [ mushrif masam (camane maksud masam tu eyh? camane boleyh rase?? 6th sense??) ], [ mushrif selalu sibuk ], [ mushrif jelas2 kate x ikhlas ], [ mushrif janji nk dtg tp x dtg ], [ mushrif jalan jauh sgt ], [ mushrif peduli pasal awek je (haish~! skip that!! kapel is trabel, single is better bak kate en.w) ], [ mushrif buat2 bodo mse akhawat tipon ], [ mushrif banyak perangai (such as merokok, pakai x senonoh etc2) ], [ mushrif yang suh akhawat jalan sendiri ], [ no tipon mushrif x valid langsung / ade yg bg no tipon arab mane tah ], blablablabla....

hurm... kalau kaji situasi tahun ni berbanding tahun lps, boley dibuat rumusan mudah "mushrif tahun ni yg banyak masalah".. berbanding rumusan mudah tahun lps, "akhawat x nk pakai msuhrif"......tapi, saye x nafikan masih ade jugak kes2 yang mana akhawat mmg x nk pakai mushrif...juge x nafikan mmg ade certain mushrif yang mmg perlu sedikit sentuhan motivasi... hurm.. silent

balik semula pasal reply dari saudari naira dan nellyqueen... mende2 gini mmg x dinafikan berlaku... lagi pulak bile mansourah ni tetibe dibanjiri warga2 malaysia yg bilangan totalnye hampir mencecah 700 org semuanye...ke lebih ramai dari tu??? (giler ramai tuk "senior2 yg dah macam junior" nk kawal... dan biase la... kate org tua2 dulu... "banyak udang banyak garam; banyak orang banyak ragam"... betulkan? hebat orang2 dulu buat pepatah... [ kagum2 ]...

berbalik situasi mansourah, keramaian makhluk2 malaysia menjanjikan kepelbagaian perangai.. ade yg ok, ade yg boley la, ade yg sgt2 sporting.. dan ade juge yg kurang sket (seboleh2 x nk gune perkataan "parok/teruk/punoh" dan yg seangkatan dengannye)... background masing2 berbeza... mengapa? sbb pendedahan kat msia...pendedahan awal dah berbeza.. camane nk same semua ye dop? manusia bukan robot yg kite boley setkan "ko jadi baik", " ko jadi jahat"...

ade spesis yg kate "kapel ni standard la.. nerd gile kalau x kapel".. ade jugak yg kate "ish2.. kapel ni haram~! neraka~!"... juge ade jugak yg berkata "ahhh.. aku dah penat kne kongkong mase sekolah menengah.. ape salahnye aku nk sosial sket sementara aku masih mude? dah tua nnti aku baik balik la.. bukan susah pn nk jadi baik..aku dulu baik ape~!!" [ nauzubillah... ].... dan dari 3 golongan major ni, kite boleyh predict action, anggapan, pandangan (etc2) diorg towards this matter... hok biase kapel akan jage pasangan masing2.. (jage dari api neraka ke brader??) , ade jugak golongan yg akan jage akhawat demi dan daripada maslahah yg banyak berlaku kat mesir ni.... dan ade juge yg akan menjaga akhawat ni atas beberape sebab TERTENTU... (aduh.. ade udang disebalik *viagra rupenye...) *viagra adelah name dish sandwich ok~!! pi la order banyak2 kat mane2 kedai makan... =)... duh~ affan~! serius2~!! jgn ngarut2 kat sini~!!... ok.. my point being is... masing2 ade latar belakang tersendiri.. so, min ajli mengubah "fahaman" dan "persepsi" masing2 adalah sgt2 susah ok~! salah bicara nnti ade pihak yg akan banned terus kite... (banyak gak kes camni actually) aiyayaya~

pernah jugak soalan ni ditujukan kat saye ... " xde ke pemilihan mushrif?? sebab kami rase ade beberape ikhwah yang x layak, contohnye mushrif yg ditetapkan tuk rumah kami"... erk.. x layak means?? hahaha.. tolak jauh2 soklan ni... sampai bile nk biarkan yang dikatekan x layak tu terus x layak? x boley2~! semua kne layak jugak~ (ade mende yg kite kne ubah untuk jadi.... ade mende yang kite kne jadikan sesuatu untuk dia berubah...) betul x? (seorang orang besar penah kne ayat ni jugak~ heeee )

so... tu part mushrif... cam x adil pulak tembak mushrif je... pasal akhawat pulak... [ to be spesifik saudari naira yg sendiri mangakui jalan lambat ] ... sye bukan nk tembak saudari naira... but rsenye saudari naira jugak kne consider untuk jalan laju sedikit dari rate jalan kaki saudari sekarang... =) .. saudari xde masalh semput etc2 kn? (heh~ kalau ade oyak molep la~) sebab dari ape yang sye perati pn... mushrif warok dah, baik dah, senyum dah, nk bawak gurau pn boleyh kot... cume akhawat ni memule je jalan skali in group... pastu ade yg sendiri tetibe speed up.. sampai mushrif pn ditinggalkan seplo batu ke belakang... pastu akhawat kat depan tu pulak kate "mushrif lambat".. so how? mushrif kne kejar yg depan.. and in the same tyme kne slow down sket tuk yg belakang...

hurm...mende ni actually kne ade persefahaman... akhawat jangan la anti sangat ngn mushrif.. mushrif pn jangan la pilih akhawat yg nak dimushrif... arab makin lama makin liar... makin berani... bayangkan kalau isteri korg kne kacau.. kalau ibu korg kne kacau, kalau kakak korang kne kacau, kalau adik2 pompuan korg kne kacau... nk biarkn ke? susah ke nk anggap kite ni adik beradik tuk saling bekerjasama? (upsssss... adik beradik dalam hal mushrif memushrif je la... bukan hal sampai tahap pegang tangan atas alasan "mushrif".. tu nk kne ketok la tuh~!!).... susah ke? ....

same la jugak cam masalah berenti kejap kat kedai tu pn... pttnye kne ade tolak ansur dan persefahaman... dan dalam hal ni.. saye cadangkan seboleh2nye settlekan la ape bende yang nk beli tu sebelum malam... nk kate xde mase? hurm... balik kuliah x boley drop by kat kedai ke? aiya~ upsss.. lupe pulak.. korg kn dah banyak bawak barang.. ade henbeg, ade buku, ade enpon, ade etc2 dalam tangan... mane boley nk tambah kad kredit topup sekeping.. sekeping tu berape eyh berat dia?? kalau x silap same berat ngn seguni beras.. betul ke? [ sile terase ok~ ]

atau pilihan lain.. sebelum gerak tu oyak la memolep kat mushrif.."saye nk drop by kat kedai this and this kat there and there, nk beli that and that".. rsenye x susahkan kalau nk bgtaw?? ke ade mutiara dalam mulut entum cam tiram ke? sampai x boley nk bagtaw kat mushrif.. rahsiye rumahtangga kononnye sampai org lain x boley taw.. [ padehal nk beli kredit je pn ] haish~!! sbb ape yg sye sendiri perati jugak, akhawat ni x cakap ape2.. taw2 sampai kedai dia terus membelok je... so, sape yg salah??? mushrif jugak ke? atau kalian wahai saudari2 ku? dan satu lagi tuk pembaikan yg sye nk tegur kat sini... bese bile keluar dari bangunan tusen tu... pernah ke akhawat2 ni tunggu tuk mushrif pandang satu2 yg akan dimushrif?? mintak maaf cakap.. tpi sye x nmpk hal tu berlaku.. ape yang berlaku adelah, akhawat2 ni semua terus memecut untuk balik ke rumah... sebab sejuk sgt kot kat luar tu... akhawat semua kurus2.. mushrif gemuk2.. banyak pad of lemak... sbb tu tahan sejuk.. akhawat mane tahan... gyabooo~! sape salah?? bazir sangat ke mase study kalau 2-3 minit nk tunggu kawan2 lain turun dan balik skali?

dah.... belah laki dah tembak...

belah pompuan dah tembak...

buku sekola x tembak2 lagi... adess... trase cam telah menembak diri sendiri pulak....





tuk permasalahan ni, sye mohon semua ikhwah akhawat untuk beri kerjasama sebaiknye... jangan hanya menyalahkan satu pihak tertentu... bersifat adillah dalam setiap perkara.. dan hadapilah semua perkara dengan senyuman... tapi kalau duk sorg2 perlu ke senyum? hurm..... perlu ke x eyh??? [ pikir dalam2 ]

dan sebarang komen dan cadangan, boleyhlah diadu terus kepada unit kebajikan...kalau nk post banyak2 kat sini pn boleyh gak.. baru nmpk hidup sket ruangan forum kite.. ni medium kite kn? hehehe =)...

*maalish andai diri ini terkasar bahasa tersilap bicara sepanjang reply earliest post....
*i come in peace... ngeh3~!

semoga dipermudahkan dalam segala urusan dan kerja~ gdluck exam~! bitawfeeq wannajah~!!
(exam exam juge... keselamatan diri jgn diabai... =P )


- kalam penggubal soklan exam... -
eyh2~ salah..

-kalam barisan lajnah keselamatan unit kebajikan 08/09-







sekian terima kasih....
Back to top Go down
View user profile http://affanishere.blogspot.com/
Naira
Viewer
Viewer


Number of posts : 7
Points : 0
Registration date : 2008-12-27

PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Sun Dec 28, 2008 12:10 am

salam.
haha hebat sekali tembakan2 yg dilepaskan oleh Mr. Affanishere. sangat adil dan saksama Smile

kita semua mmg pelajar medic dan mmg tahu berfikir memandangkan kita dianugerahi akal fikiran yg waras dan cerdas oleh Allah swt. Alhamdulillah. Tidak pernah terlintas difikiran saya nak suruh atau minta tolong musyrif dtg jauh2 ke gala' utk jemput kitorg balik tuisyen. saya pun tahu timbang rasa juga. faham2 la balik tu tumpang musyrif rumah lain iaitu lelaki2 yg join tuisyen tu. sbb jalan balik tuisyen, tak ada nak gesa2. tak kisah kalau kena round hantar akhawat rumah A lepas tu B lepas tu baru sampai rumah sendiri. yg sy cakap sebelum ni adalah utk PERGI TUISYEN. betul ke musyrif "takder hal la" bak kate Saudara/i Wunan tu? hmm...

psl jalan laju/lambat tu pulak, saya jenis jalan lambat bukanlah bermaksud jln macam siput tu. tidak juga melambat2 kan perjalanan. kalau ada musyrif yg betul2 jadi musyrif saya, saya kejar la dia. masalah yg sy cuba nak kata psl jalan lmbt tu adalah, saya TAK SUKA bila kena jalan laju2. panjang kaki kita tak sama, lelaki langkahnya luas dan pantas. jarak yg sama, kadar perjalanan perempuan 20min, lelaki cuma 10min shj. sbb tu kalau saya jln pergi uni, ditengah jln tu tak ada laki melayu pun kat belakang. tiba2 ade laki muncul out of nowhere, lintas dan lepas tu hilang dari pandangan. bukan sebab kami jln lmbt [kami pun terlewat kuliyyah], tapi sbb laki mmg langkahnya luas dan pantas.

oh dan lagi satu, psl singgah kedai esoknya utk beli brg lepas balik kelas... kadang2 kelas habis pukul 4. nak kena balik masak, revise utk tuisyen malam nanti dan juga kena siap2 utk pergi tuisyen pukul 6 kalau tuisyen tu mula 6.30. kitorg kan jln lambat~~~ kadang2 nak kejar waktu solat dan lain2. kadang2 juga kita terlupa kredit kita dah nak habis. waktu call musyrif nak pergi tuisyen tu tiba2 terperasan kredit dah surut etc2 la kan. kadang2 sebelum pergi tuisyen, housemate yang tak tuisyen minta tolong belikan itu ini. takpon rumah memang kehabisan beberapa benda yang perlu. benda2 yang tak diramal ni bukan sengaja dibuat2. tak adanya saja2 nak beli 2 bungkus richbake padahal kat rumah dah ade 2 bungkus. ok?

apalah nasib...
ok~ itu sahaja flower
Back to top Go down
View user profile
Naira
Viewer
Viewer


Number of posts : 7
Points : 0
Registration date : 2008-12-27

PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Sun Dec 28, 2008 12:38 am

oh tertinggal satu perkara afro keluar bangunan tuisyen, saya dan rakan2 serumah mmg menonong jalan nak balik rumah. tak tunggu2. tapi sebelum tu, saya mesti bagi signal dkt musyrif saya. dlm soal ini, kami tidak ada masalah Smile nasihat kpd akhawat yang lain, dengar lah nasihat Mr.Affanishere tu. jgn menonong je jalan n buat tak tahu dkt musyrif anda yang sgt baik hati tu ok!
Back to top Go down
View user profile
meja kay
Guest



PostSubject: naira oh naira...   Sun Dec 28, 2008 12:58 am

hehehe.. nk menyebok kat sini.... naira jenis x nk kalah kn? sabar la affanishere n wunan.... korg buat kerje korang baik2.. dan yang lain serahla pada ALLAH.... he knows best... Very Happy kepada akhawat yg perihatin.. anda juge mampu menilai... gunakan kemampuan anda sebaik mungkin... hehehe.. cyclops
Back to top Go down
Naira
Viewer
Viewer


Number of posts : 7
Points : 0
Registration date : 2008-12-27

PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Sun Dec 28, 2008 12:19 pm

ade ke orang nak kalah? hak3
Back to top Go down
View user profile
musang m
Guest



PostSubject: udohle tu   Mon Dec 29, 2008 2:15 am

kwang3.terhibur pulak ak bace.ape la kwn2 ak ni.korg sume 3rd yr kn?hahaha.yg akhawatnye,ego tinggi.yg ikhwahnye plak,ego tanak kalah.padahal aku tgk 2-2 pn ade salah.yg ak nmpk kt cni kte bleh tahu ape yg msg2 x puas hati.yg ptg kte tahu mane salah kte and then cube ubahla.orait!

peace no war cheers
Back to top Go down
cube tek
Guest



PostSubject: hihi, nAk betolkan cket   Mon Dec 29, 2008 10:24 pm

salam, kpd saudara affanishere..
erm, musyrif ni da la sampai lambat, Evil or Very Mad pastu smpi pan pintu mah tu,
terus menonong, pakai earfon, jalan berbatu2 jauh..
atoi, mmg la, bnyk kali da ktowg kene kacau ngan org arab,
siap kn kejar lagi tu, musyrif wat x taw jer..
kene rabe etc, mane adenye musyrif nak tolong?
nak tolong mendenye kalau da jlan berbatu2 kat depan, nak
jerit minx tolong pown , bukannye nak dengar klu telinga tu da sumbat ngan earfon bagai..
kami dalam ketakutan~ Crying or Very sad
Back to top Go down
meteorex
Administrator
Administrator


Number of posts : 72
Age : 29
Location : @PC
Points : 0
Registration date : 2007-12-10

PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Mon Dec 29, 2008 11:10 pm

Huh..isu makin panas nih..
Mudahnya macam ni..Jangan nak salahkan sistem yang sedia ada, walaupun ianya ijtihad dari manusia biasa, tapi selagi mana korang rasa benda ni kebaikan lagi banyak dari keburukan, apa salahnya kalau kita ikut..Biarlah susah dahulu, agar tak menyesal kemudian..Kalau korang dah rasa keburukannya lagi banyak, tak payah la nak ikut..

Kalau rasa macam ada masalah kat pak mushrif, bagitahu la terus terang kat diorang, jangan kerana mereka-mereka yang jadi musyrif ni buat salah sikit, korang terus pukul sama rata yang sistem musyrif ni tak boleh dipakai..Kalau tak boleh nak berterus terang, cari musyrif lain..Abes cerita..Orang yang nak sistem musyrif ni selalunya akan mencari penyelesaian, tapi yang tak suka, mula la mencari alasan..
Back to top Go down
View user profile
huh?~
Guest



PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Tue Dec 30, 2008 12:05 am

erm..
x dinafikan..
ad jek musyrif y baik lg bertanggungjawab..
y prihatin n sgt berdedikasi time jd musyrif..
hehe..
tahniah diucapkan..
syabas!


ha..
xnak komen psl tue..

ad y lg best..
hehehe..

erm..
kalo kitorg xdpt nak mnx musyrif sndr..
kitorg penah je mnx tlg from musyrif lain..
tp...
if depa tny kat kitorg..
nape xpgl musyrif sndr..
tue..
maksudny ap tue?
nak bg hint kat kitorg ke jgn pgl depa lg pasni??
huh?
hurm..... Shocked

kdg2..
musyrif sndr x available,
xde kat umah..
meeting...etc..
den??
xke kitorg kene mnx tlg musyrif laen?
but..
x dinafikan gak..
ari2 laen..
ad je musyrif laen y tlg kitorg..
trima kasih diucapkan..
just..
1day tue..
bile kitorg ditny ngan solan camtue oleh si polan2..
tetbe terbit kat dlm ati..
xbole mnx tlg depa dah ke after dis??
n..
kitorg mmg xkan mnx tlg depa if kitorg xterpaksa..
btol x?
kitorg pun bole pk sndr..
n tlh dinasihatkan berkali2..
dahulu kan musyrif umah dlu..
kalo xdpt..
den..
baru mnx tlg org len kan??

am i right?
Question Question Question Question
Back to top Go down
meja kay
Guest



PostSubject: reply   Tue Dec 30, 2008 7:44 am

hehe...

nk nyebok lagi~!

erm.. dari mata kaca saye... pirat sistem ni xde masalah langsung... sistem ini sgt2 bagus... cume yang sedikit bermasalah adelah ikhwah yg diminta bantuan... ramai yang menolak.. mungkin sebab x pedulik pasal akhawat2 yang comel lotey ni kot... hurm...

sempena tahun baru ni... saye nk ucapkan kullu am wa entum bikhoir untuk semua.. dan saya juge nk cadangkan kat unit kebajikan untuk turun padang bagi nasihat dan kesedaran kat mushrif2 yang "bermasalah"... cam en.affanishere cakap sebelum ni, mungkin diorg ni memerlukan sedikit sentuhan motivasi... sian kat akhawat2 yg prihatin ni... (yg x nk mushrif tu x yah cerita la.. dah diorg yg x nk jaga diri.. nk buat camane? mende ni bukan boley paksa2 pn)

mereka (dan kami) adalah golongan yg lemah.... sape la yang nk support mereka kalau bukan ikhwah2 yg hensem, gagah dan berketerampilan lagi kacak bergaya serta budiman... Cool mungkin hal ni payah sket nk dilaksanakan, but when there's a will, there will be a way kan?? .. multiple way maybe... =)

ok unit kebajikan, all the best for all of you sesi 08/09 ni....
Back to top Go down
huh?~
Guest



PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Tue Dec 30, 2008 8:59 pm

bounce bounce bounce
yeah..btol tue meja kay..
hehehehehe...
erm..
kalo sume same2 bersatu...
kan senang je keje..
hulurkan tgn..rgnkan beban..
xgitu? Question Question Question

xde mslh kalo same2 tlg menolong...
akhawat ikut time..
xmemilih..
y ikhwah plak..
tlg akhawat2 y lemah nie dgn hati y ikhlas..
x ke molek gitu..?
xya gado2..
wat penat bdn jek..
membazir tenaga..
kan?

tok akhawat lak..
y xnk musyrif tue..
anda igt lla..
bhy sentiasa ad di mana2..
if da skali terkene..
baru terasa padahny..
semat la dlm ati..
"lebih baek mencegah dr merubat.."


kalo da terhantuk baru nak tergadah..
da jd ap2 baru nak menggelabah..
nak wat ap kan??
Question Question Question

igt la..
kalo kite permudahkan keje org..
i'Allah Allah akan permudahkan keje kite..
if sume org ad rase tanggungjwb..
i'Allah..
senang keje..
xde sape nak merungut..
xde sape nak mara..
hurm..
flower flower flower
Back to top Go down
makhluk
Guest



PostSubject: nk ksik pndpt gak..   Tue Dec 30, 2008 9:30 pm

salam..
sye stuju ngan komen saudara/saudari di atas..

mmang xdnafikan sistem musyrif nih mmang bgus..
klo xde musyrif..
camne la naseb akhowat2 nih..
kne kaco or kne ekor kot..
mngkin sbab xdek prsfahaman antara ikhwah dan akhowat..
hurm...

tp trgrak di bnak ati mmberi komen ckit..
bajet la plak..
huh..

juz nak nsihatkan musyrif2 skalian..
tolooonggg la..
tpti janji dan mse..
[sy brckap bdasarkan pngalaman]
bkan ape..
ble da kol..
kol pon xnak jwab..
siap da janji lg..
ap traf janji 2 sbnarnye..

hurm..
bkan nk mleter psal tuh..

sy thu..mmang xley dnafikan..
kat cni ad ikhwah yg caring..
brtanye keadaan ktowang..
bkan ape..
ktowang bkan xnak pkai musyrif nih..
tp sring dkecewakan dgan sistem nih..
bajet albino

and da last..
juz nk nsihatkn kt ikhwah yg mnjalnkan tugas..
brtugas la dngan ikhlas..
hargai mse dan janji orang len..
p/s[trtrkluk kpade yg trase jep~]

dan kpada akhowat..
try crik jalan tngah ngan musyrif2 kowunk..

syukran kpada yg sudi mmbace..
wsalam..
lol!
Back to top Go down
Nour El
Administrator
Administrator


Number of posts : 106
Age : 27
Location : Ad-Daqhiliyyah, Mansoura, Egypt
Points : 13
Registration date : 2007-12-14

PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Tue Dec 30, 2008 10:33 pm

salam...
nk ucapkan jugak jutaan terima kasih kepada musyrif2 yang sgt2 caring, baik hati, dan byk berjasa..
ana pun sama jugak..
selalunya of course akan guna khidmat musyrif rumah yg tlh ditetapkn...
tapi, kdg2 terpaksa juga guna musyrif yg lain...
and..alhamdulillah...xde mslh...
cuma kadang2 bila mmg xde langsung musyrif yg boleh digunakan khidmatnya..baru lah kitorg kluar tanpa musyrif...hehe...itupun waktu2 yg terpaksa...

dan berkaitan dgn menyelesaikan perkara2 atau urusan sebelum malam menjelma..
itu of course...seboleh2nya dan sememangnya kami akan berbuat demikian..
cuma jika dilihat jadual kelas yg mana boleh dikatakan setiap hari hbes lewat...
pukul 4 atau pukul 6...
pada waktu ni, seperti kata saudari naira td, msg2 bergegas utk pulang ke rumah, nk masak, nk solat...dan urusan2 lain sebagainya..
ana rasa dlm hal ini, mohon excuse la...
kitorg klu nk beli brg2 keperluan pun dekat sahaja..
turrun kedai bawah sja..bukannya nk pergi sampai ke galaa..
itupun jika waktu yg betul2 memerlukan
dan tidak boleh ditangguhkan esok hari...
harap musyrif2 dapat faham situasi ini...

tetapi apa pun, perkhidmatan menggunakan musyrif ni selalu kami utamakan...
terima kasih daun keladi,
jangan jemu bermusyrifkan kami..

yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu juga datang daripadaNya tetapi disandarkan ke atas diri ana sendri..asif ni ala kulli hal Smile
Back to top Go down
View user profile http://ningurlz.blogspot.com
kot kot
Guest



PostSubject: pkir2 kn la   Tue Dec 30, 2008 10:37 pm

salam....

sistem musyrif ini mmg bagus....tp dak2 kt mesir nie semua nye bikin byk problem dh la hipokrit...dah tau arab ske raba2 xyah r kuar mlm...kecoh r!!!...ak pnh nmpk geng dak pompuan 3rd year n musyrif2 mereka kuar jln2 kt kedai2 time malam...adakah ini urusan penting???munasabah x???

so pkir2 kn la...

n to dak2 3rd year laki yg hipokrit sket tu...insaf la...ak tau ade dikalangan korg ske mengata keburukan org kt blakang....knal dlu baru tau....jgn bersangka buruk....xyah nk blagak alim baek...ingat Allah Maha Besar...

ps:ak bru je tau ade dak 3rd year berkata buruk blakang ak.... Sad tp xpela moga2 korg yg bersifat sebegitu insaf...Amin
Back to top Go down
Nour El
Administrator
Administrator


Number of posts : 106
Age : 27
Location : Ad-Daqhiliyyah, Mansoura, Egypt
Points : 13
Registration date : 2007-12-14

PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Tue Dec 30, 2008 10:38 pm

dan harapnya semua akhawat junior mahupun senior dapat menggunakan khidmat musyrif ni dengan sepenuhnya...
jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga..
semua peraturan ini ciptaan manusia sendiri, ada kelebihan dan kekurangannya sendiri, hanya peraturan Allah yang sempurna dan tiada cacat celanya...
jadi, bersama-samalah kita berusaha membaiki setiap kekurangan yg ada supaya dapat merubah kepada yg lebih baik dan hasilnya dapat dinikmati bersama..
apa yang penting?bekerjasama!! Very Happy
Back to top Go down
View user profile http://ningurlz.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Permasalahan musyrif   Today at 4:36 pm

Back to top Go down
 
Permasalahan musyrif
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: PCM 2009/2010 :: Kebajikan-
Jump to: