Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa
wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih
mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di
syurga,namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh
lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak
meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang
yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana
mereka
dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan
mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak
nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka,
walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah
kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandung-kan lelaki- lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "
wan-wan" lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa
hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa
ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan
mereka pula membengkokkan.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka
tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan
saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan
ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk
patah,rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi
binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya
akan
jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.