HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 Surat Dari Dr Mohd Nor

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
perdana



Number of posts : 1
Points : 0
Registration date : 2009-01-29

PostSubject: Surat Dari Dr Mohd Nor   Thu Jan 29, 2009 1:03 pm

Oleh Mohd Nor bin Gohar Rahman, MB BCh, FRCSEd, FRCSGlas


Soalan: Apakah pandangan doktor apabila kerajaan menghantar terlalu banyak student ke Mesir?
Badan manakah yang mengiktiraf sesuatu medical school – JPA atau MMC?


Jawapan:

MMC (Malaysian Medical Council) dipengerusikan oleh Director-General of Health (sekarang ini Ismail Merican) dan dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Seseorang pengamal perubatan (medical practitioner – doktorlah tu) perlu terlebih dahulu mendaftar dengan MMC sebelum dibolehkan memulakan practicenya.

Kebenaran akan diberikan sekiranya kelulusan seorang pengamal itu ada di dalam senarai medical school yang diiktiraf oleh kerajaan.

Sekarang ini pengiktirafan sesuatu medical program (including undergraduate) dipertanggungjawabkan kepada LAN (Lembaga Akreditasi Negara) yang dahulunya dipengerusikan oleh Dato’ Dr Sharifah Habsah (present VC of UKM). Sekarang tak tahu sapa.

Pada zaman saya dulu, kami dihantar oleh JPA dan MARA. Kemudian baru JPA datang melawat universiti yang ada Malaysian student untuk membuat pengiktirafan.

Pada zaman saya sekitar tahun 70-an, DEB (Dasar Ekonomi Baru) baru saja dilaksanakan yang antara matlamatnya memperbanyak profesional Melayu. Semasa itu medical school (di Malaysia) hanya ada di Universiti Malaya. Di UKM pengambilan pertama mungkin pada tahun 1972. Oleh demikian, kerajaan menghantar ramai pelajar keluar negeri. Medical seats di UK, Australia, NZ, Ireland terhad. Oleh demikian kerajaan mula menghantar ke Egypt, Baghdad, Bangladesh dan India.

Sebelum itu, the ‘cream of the Malay student’ telah dikumpulkan di sekolah berasrama penuh: MCKK, STAR, SDAR, RMC, Alam Shah, STF dan TKC. Jadi, penuntut dari situlah di hantar keluar negeri. Tahun saya dari 5 kelas sains hanya tinggal setengah sahaja di form six. Lain semua dihantar overseas.

Setelah 10 batches dihantar ke Middle East didapati pengajaran klinikal di sini tidak memuaskan dan banyak masalah pada masa housemanship dan juga masalah-masalah lain maka penghantaran ke sini dihentikan. Dan medical school di UNIMAS telah dibuka.

Pengambilan penuntut perubatan di local medical school mengikut kuota 50% Melayu dan permulaan Master Program pada sekitar tahun 80-an menampakkan pertambahan doktor Melayu yang ketara.n(termasuk Malay specialist)

KEMUDIAN BERLAKULAH ‘SET-BACKS’


Pertama: Kebenaran membuka private medical schools yang bermula dengan IMC (International Medical College) sekarang ini IMU (International Medical University) di Bukit Jalil menggunakan Hospital Seremban, Batu Pahat dan Muar. Lesen diberikan pada orang Melayu - tapi seperti biasalah masih menurut Pak Pandir/Pak Kadok; Melayu saham – dijual kepada bukan Melayu. Sejak dimulakan pun IMU hanya MENGUNTUNGKAN ORANG BUKAN MELAYU terutama CINA.

Penuntut Melayu dulu dan sekarang hanya sekitar 5-10% tajaan JPA/MARA dan mereka menderitai prejudis para pensyarah.

a) Kemudian, timbul pula kolej-kolej perubatan swasta yang lain: Melaka-Manipal, Perak Medical College, Allianze Medical College, AIMST di Sg Petani, Monash di JB, Cyberjaya di Selangor dan Sedaya College di Kuala Terengganu. Pelanggan IMU dan Monash adalah orang kaya di Malaysia (rata-ratanya Cina) yang mahukan anak-anak mereka mendapat certificate/kelulusan luar negeri. Jadi, IMU dan Monash provide a halfway house dengan system twinning untuk mengurangkan perbelanjaan pre-clinical (di Bukit Jalil). Kemudian, clinical di medical schools serata dunia: Edinburgh, Glasgow, Cardiff, Newcastle, Cambridge, Oxford, Southern Australia (7-8 schools), New Zealand, Japan etc. Certificate diberi oleh universiti luar itu. Fasal tu fee-nya mahal: RM 30,000-40,000 satu semester bagi 3 tahun di Bukit Jalil.

Pengambilan pelajar di IMU adalah 2 kali setahun (sekitar 180 satu intake) semuanya PELAJAR CEMERLANG. Jadi tiap-tiap tahun IMU mengeluarkan sekitar 350 doktor yang mana Melayunya hanya 10-35 orang sahaja.

b) AIMST; Malaysian Indian Congress (MIC) punya. Kalau ke situ kita nampak india belaka: Pekerja pembangunan, kakitangan pejabat, sekuriti, drivers, tenaga pengajar tetap semuanya dari India semuanya dan sambilan dari Hospital Sg Petani dan Alor Star! Intake 2 kali setahun- sekitar 70-100. Tahun 2007 sudah ada 500 student. Batch pertama belum graduate lagi masih di tahun 4 atau 5. Semua students pun india. sedikit sangat Cina dan Melayu.

Batch pertama 2 orang Melayu. Batch kedua – tiada. Batch ketiga 2-3 orang sahaja. Grade kemasukan tidak baik. Fee lebih kurang RM 250,000. Hospital pengajar : Sg Petani, Alor Star, Kepala Batas, Kangar dan Seberang Jaya. Kurang maklum maklumat-maklumat.

c) Melaka-Manipal; intake 2 kali setahun. Total 350 setahun. Melayu 15-20%. Fees nearly RM 300,000. Pre-clinical di India. Klinikal di Hospital Melaka. Majority students – Indian.

d) Monash; baru dibuka. Gunakan Hospital Johor. Sama macam IMU. Pastinya Melayu kurang dari 5%. Fee-nya lebih daripada IMU.

e) PMC (Penang Medical School); twinning dengan Royal College of Surgeons of Ireland. Pre-clinical di Ireland, clinical di Hospital Pulau Pinang. Intake: good students. Melayu? 15-20%. Fee – mahal. Tak tahu berapa.

f) Cyberjaya; Dibuka oleh puak-puak JIM. Deputy Dean Prof Hatta Shahrom (ex-psychiatrist HUKM) bekas penuntut MCKK dan Kasr el-Aini. Intake credents, nisbah Melayu, fees – tiada maklumat. Mungkin RM 250k – RM300k. Memperkenalkan konsep pengajian yang baru. Bila saya Tanya Prof Hatta & Prof Abdul Rashid – ‘secrets’!

g) Sedaya Medical College; Cina punya. Prof Roslani former Dean USM jadi front man-nya. Menggunakan Hospital Kuala Terengganu. Baru tengah mencari student. Tiada maklumat lanjut. TENTU MELAYU KURANG DARI 5%.

f) Perak Medical College; mulanya twinning dengan Sheffield kemudian UMMC take over. Sekarang ini diambil oleh UniKL (bawah MARA). Baru-baru ini ada rombongan datang jumpa Dekan Mansoura University. Nak buat twinning. Tiada maklumat lanjut. Harapnya, bawah MARA student semua Melayu.

Ramai penuntut bukan Melayu belajar di India, China, Taiwan, dan Indonesia – kebanyakannya orang India (terutamanya di Indonesia).

Kesimpulannya, nisbah peratusan doktor-doktor Melayu nanti akan berkurangan dari 40% (kuota universiti kerajaan) kepada 20% apabila dicampur dengan universiti-universiti swasta. Dan apabila dicampur dengan graduan yang balik dari luar negara mungkin nisbahnya MENURUN KE 15% ATAU 10%. BERMAKNA TIAP-TIAP 10 DOKTOR BARU, 1 ATAU 2 SAHAJA DOKTOR MELAYU.

Malapetaka ini telah kami hebohkan sejak 5 tahun lalu (saya dan sahabat saya ketua jabatan surgeri di Seberang Jaya Pulau Pinang). Dah jumpa Timbalan Menteri Kesihatan Dr Latiff (setahun kemudian dengar kerajaan negeri Johor hantar student buat Tibb di Egypt). Saya pernah bercakap dengan Datuk Dr Awang Adek dan akhir sekali dengan Tok Pa dan Dato’ Hasan Said (previous DG of Ministry of Higher Education). Sahabat saya jumpa, pernah bersembang dengan Tok Pa, Dolah Badawi tentang ini. Perlahan-lahan kami dapati ada peningkatan pelajar Tibb ke Mesir. Tok Pa datang dan dapatkan ratusan medical seat bagi pelajar-pelajar Malaysia setahun dua yang lepas.

Kertas kerja berkenaan malapetaka ini telah kami hantar pada Tok Pa lima tahun yang lepas. Tapi hanya awal tahun lepas baru dapat jumpa dia...

Tahun lepas saya dimaklumkan oleh pegawai MARA bahawa walaupun banyak medical seats di Egypt, ramai ibu bapa tak berminat hantar anak mereka ke sini.

Tidak lama lagi akan jadi kebanjiran doktor-doktor baru di Malaysia. Akan tetapi, malangnya peratusan doktor Melayu masih (tetap) kecil sekitar 10-20% seperti yang saya terangkan di atas. Ini kerana:
i) Orang Melayu tak mahu keluarkan duit yang banyak biayai anak ke kolej swasta di Malaysia dan Indonesia – sekitar RM280k-RM400k kerana mentality Melayu mengharapkan ihsan kerajaan – hanya akhir-akhir ini nampak perlahan-lahan berubah.
ii) Perbelanjaan kolej swasta mahal.
ii) Walaupun lesen kebanyakan diberi kepada Melayu tapi duit punya fasal, semangat Melayu (tiba-tiba) hilang oleh individu (Melayu sendiri juga) mengaut keuntungan peribadi. Asal dapat duit tak kira Melayu lagi (dah). Kami dapati kerajaan melalui Kementerian kesihatan menolong pembiakkan kolej swasta ini dengan membenarkan mereka menggunakan hospital-hospital kerajaan sebagai teaching hospital mereka. Hanya Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu sahaja masih belum ‘diswastakan.’

Oleh demikian, (fasal itulah) lima tahun lepas kami buat kertas kerja untuk selamatkan HRPZ II supaya tidak digunakan oleh kolej swasta. Tetapi kertas kerja itu telah di’hijack’ oleh puak-puak yang ingin mengaut untung ke kocek sendiri.

Cadangan kami 5 tahun lepas bagi membaiki peratusan doktor orang Melayu:
i) Tubuhkan kolej swata tapi tidak beri lesen kepada individu tetapi pada badan berjiwa Melayu dan Islami yang tidak mementingkan keuntungan seperti KUSZA di KT dan KIAS di KB dan Kolej Islam di Selangor.
ii) Adakan mekanisma yang secara tak langsung (halus) sekat bukan Muslim memasuki kolej swasta ini dengan mensyaratkan hafazan sebahagian Quran dan pelajaran agama Islam sebagai syarat kemasukan tambahan.
iii) Kos yang murah sekitar RM100k-RM150k.

Bagi memperkuat, kami telah berusaha mendapatkan lesen untuk KIAS (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra) mengadakan pengajian perubatan secara twinning dengan Indon, Dhaka atau Mesir dengan menggunakan HRPZ II. Tetapi, tak dapat lesen... Faham sahajalah Melayu ni, politik lebih penting daripada bangsa dan akidah. Dengarnya puak UMNO nak dapatkan KIST (di Bachok) buat kolej perubatan. Harap tak menguntungkan bukan Melayu sudahlah.

KUSZA juga tak berjaya dalam usahanya dan Hospital KT diberikan kepada kolej Cina – Sedaya.

Berbalik kepada soalan tadi mengenai kerajaan menghantar terlalu ramai student di Mesir, itulah... saya terangkan kisah latar belakang dulu dengan panjang lebar supaya anda semua faham (dan kaitannya dengan Mesir).

Dari suatu sudut, memang bagus kerajaan kita hantar ramai medical student ke Mesir. Thanks to Tok Pa dan Duta kita Datuk Zainal. TETAPI, KENALAH KITA KEKALKAN SYARAT YANG HANYA ORANG ISLAM SAHAJA BOLEH KE SINI. YANG INI SAYA RASA PAYAH SIKIT KERANA TAK LAMA LAGI PAK LIM KIT SIANG DAN PAK SAMY KITA AKAN BUAT BISING KENAPA AH CHONG DAN RAMALINGAM TAK BOLEH DATANG EGYPT???

Sapa nak jawab? Macam mana nak jawab? Di Mesir ni guru-gurunya pandai-pandai belaka dengan pengalaman yang luas; pesakit-pesakit ramai dengan classic signs dan symptoms. Penuntut-penuntut (Arab) yang datang sini pun bukan calang-calang orang – masya-Allah bijak belaka.

Tetapi intake terlalu tinggi – beribu. Tiada medical school with good reputation ambil begitu banyak student! Pre-clinical tak affected sangat. Tapi clinical yang suffer kerana ia memerlukan student come into close contact dengan patient and learn from patient; history taking, examination and how to make correct diagnosis. In the past Egyptian Malaysian Graduate were poor in their clinical skills.

Siapa yang rajin boleh catch up later. Tapi terpaksa suffer dululah terutama masa internship.

Sebab tu kami sarankan KIAS/KUSZA bila twinning nanti bawa student balik ke KB & KT untuk buat clinical teaching di situ (tahun 4 dan 5).

Disebabkan pendedahan kami itu, ramai pelajar Maahad yang ambil sains cenderung pada Tibb, ramai pelajar dapat keputusan SPM baik tapi tak dapat medical seat di universiti tempatan, dan relatively murah ongkos di Egypt maka sekarang ramai yang mahu ke sini. NAMPAKNYA ADALAH KUTU YANG NAK MAKE A QUICK BUCKS JADI EJEN.

ISU YANG PERLU DITELITI IALAH ADAKAH PENUNTUT YANG INGIN KE MESIR MEMBUTUHI PERKHIDMATAN EJEN-EJEN (KUTU-KUTU INI)? PENUNTUT-PENUNTUT DULU TAKDA MASALAH PUN! KENAPA SEKARANG INI PERLUKAN EJEN???

SELAMA 3 BULAN SAYA DI MANSOURA SAYA TELAH NAMPAK BEBERAPA MASALAH YANG TIMBUL DISEBABKAN EJEN-EJEN INI. KAMU SEMUA LEBIH MAKLUM TENTANG ISU-ISU INI TERUTAMA DENGAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA DAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MESIR.

YANG DIKHUATIRI IALAH DISEBABKAN GHAIRAH MENGAUT UNTUNG, ISU MELAYU DAN ISLAM DIKETEPIKAN. MASALAH DENGAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MESIR AKAN MELETUP DAN AKHIRNYA DIKHUATIRI MEDICAL SEAT UNTUK MALAYSIA DIKURANGKAN ATAU DITUTUP SAMA SEKALI. SIAPA YANG RUGI? MELAYU JUGAK DISEBABKAN MELAYU JUGAK! ITULAH DIA NASIB ORANG MELAYU INI MACAM NASIB PAK PANDIR/PAK KADOK.
Back to top Go down
View user profile
ay13_91



Number of posts : 2
Points : 4
Registration date : 2009-05-05

PostSubject: Re: Surat Dari Dr Mohd Nor   Tue May 05, 2009 4:09 pm

sAya ingin bertanya....
antara agensi2 yg terdapat di malaysia....yg manakah yg terbaik perkhidmatan nyer dalam segala pengurusan pelajar perubatan ke mesir ???....

~salam....

Wink
Back to top Go down
View user profile
firdaus
Guest



PostSubject: Re: Surat Dari Dr Mohd Nor   Fri May 08, 2009 4:47 pm

saya dulu pun dapt medic kat mansurah gak..tapi tak pg..dekat 10 orang kawan saya kat sana n ramai lagi kat u lain kat mesir..n saya medic kat uia..ok je amik medic kt gov punya u...kat hospital kuantan pun ok je pre clinical..
Back to top Go down
ay13_13
Guest



PostSubject: agen mana yang terbaik???   Fri May 08, 2009 8:30 pm

dalam penghantaran dan pengurusan pelajar persendirian ke mesir??

~salam
Wink
***
Back to top Go down
satudua
Sponsor & Source Member
Sponsor & Source Member


Number of posts : 58
Age : 36
Location : katil
Points : 71
Registration date : 2007-12-07

PostSubject: Re: Surat Dari Dr Mohd Nor   Sat May 09, 2009 4:39 pm

InsyaAllah..PERUBATAN kebiasaanya akan menyambut ketibaan PELAJAR2 perubatan di mesir..segala masalah..boleh dirujuk di laman web rasmi PERUBATAN


http://perubatan.org/
Back to top Go down
View user profile http://www.pcmansurah.blogspot.com
HafizAdam



Number of posts : 3
Location : Cairo
Points : 3
Registration date : 2009-03-31

PostSubject: Re: Surat Dari Dr Mohd Nor   Mon May 25, 2009 2:47 am

ay13_91 wrote:
sAya ingin bertanya....
antara agensi2 yg terdapat di malaysia....yg manakah yg terbaik perkhidmatan nyer dalam segala pengurusan pelajar perubatan ke mesir ???....

~salam....

Wink
yang terbaik mestilah Jabatan Perkhidmatan Awam!
dengan hubungan JPA_PERUBATAN yang bagaikan isi dan kuku, aur dan tebing, kepala dan tengkuk, carpal-metacarpal, semestinya JPA menjanjikan mutu perkhidmatan terbaik, selaras dengan moto mereka...

Marilah Bersama JPA! Marilah Bersama Kerajaan! Marilah Bersama PERUBATAN!
Back to top Go down
View user profile http://akudarahanakmalaysia.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubject: Re: Surat Dari Dr Mohd Nor   Today at 1:18 am

Back to top Go down
 
Surat Dari Dr Mohd Nor
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sheikh Jamal al-Dari, the Foreign Minister of Germany: We want you to have an active role in resolvi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Adakah anda Bersedia :: Perubatan-
Jump to: