HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 sebuah cerpen di kala tgn gatal2 menaip n idea mencurah2 ke ldg gandum...comment anyone??? (part 2)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
..::peac
Guest



PostSubject: sebuah cerpen di kala tgn gatal2 menaip n idea mencurah2 ke ldg gandum...comment anyone??? (part 2)   Fri Feb 20, 2009 11:06 pm

Petang itu, usai kelas praktikal jam tiga,ahli rumahku masing-masing membawa diri. Kak Farah selaku orang kuat persatuan,jadualnya padat dengan mesyuarat itu ini. Kak Nisa dan Julia terkocoh-kocoh menahan teksi, mencari restoran untuk mengisi perut, manakala Nazira dan Syazrin entah ke mana,pulang ke rumah barangkali. Dan aku sendiri merancang lepak di library. Tidak sampai setengah jam, handphone sony ericsson hitamku berlagu irama Heartless, Kanye West. Nombor Julia tertera disitu.Pantas punat hijau ku tekan.

“ Hello,ain. K.Nisa ni. Tolong boleh? Datang PeaceLake Cafe sat? Bawak duit sekali eh. Akak tertinggal purse, duit Julia pulak tak cukup. Waiter ni dah bising-bising dah suruh bayar cepat. Datang sekarang tau? Nanti dah maghrib susah pulak…” Lebar explanationnya, tanpa sempat aku sendiri mencelah.

“Ok.. ok..Ain datang sekarang kak. Makan tempat mahal-mahal, sekali tak bawak duit. Dahla tak ajak orang. Ni la kawan…” Balasku.

“Sorry dear! Next time tak buat dah. Sekarang tau? “ Suara cemasnya diakhiri gelak kecil. Dan selepas memberi salam, ku mengatur langkah ke sana. Fikiranku sebenarnya lebih kepada plan untuk berjalan-jalan di sepanjang sungai Nil pada malam ini,mencari sehelai dua sweater atau baju baru, memandangkan esoknya adalah birthdayku. Naluri melonjak-lonjak ingin menghabiskan malam istimewaku itu sendiri,hanya aku, dan otakku ligat mereka alasan untuk berdalih, terutama kepada Kak Farah. Dan saat tanganku menolak pintu hijau PeaceLake Cafe itu, irama ‘happy birthday’ berkumandang, dan seorang dua waiter yang menyambutku di pintu tersengih sambil mengucapkan sanah helwa ke padaku.

“Surprise!!! Happy 20th birthday Ain!!! We love you!!!” empat ahli rumahku itu menerpa, bersama sebiji kek yang dihias cantik,tertera atasnya,~Ainul Yaqeen, si tua 20~. Sungguh, aku tergamam! Tidak menyangka mereka masih merancang sambutan untukku, walaupun peperiksaan mid term kami hanya berbaki lagi dua minggu. Dan aku dibawa ke meja yang telah ditempah khas, sudah terhidang berbagai jenis spegetti serta firah mashwi entah apa nama masakannya di atas meja. Ketika sedang menikmati makanan, Heartless berkumandang lagi.

“ Salam Ain. Happy birthday dear! Sorry tak leh join korang malam ni,akak ada hal, maybe balik lewat sikit. Enjoy your party, nanti bawak balikla remnants untuk akak sikit. Kang malam ni takleh stady, perut asyik secrete secretin je… Sorry tau?” Lancar butir bicara Kak Farah menerjah gegendang telingaku.
“It’s okay kak. Tak ambik ati pun. Ain tau je akak busy kalahkan rois sendiri. Next year akak naik jadi pengerusi terus la…” Gurauku, bersama sengihan lebar. Kenapa? Plan aku bakal terlaksana! Kak Farah balik lewat, aku helah sikit housemate yang lain, bolehla aku layan perasaan sorang-sorang malam ni… Idea gilaku bakal menjadi realiti! Yeay!!!

Usai makan, ku suruh mereka beransur dulu. Kepada mereka,ku katakan sahabat lamaku ingin meraikan birthdayku di situ, selepas maghrib. Walaupun sedikit curiga, namun tanpa Kak Farah, mereka akur tanpa bantahan. Setelah solat maghrib di surau berdekatan, aku mengatur langkah menyusur tepian Sungai Nil. Angin malam sangat menyenangkan, dan memang panorama malam di situ cukup indah. Ditemani samar-samar lampu neon, tidak hairan ku lihat pasangan Arab yang agak diragui status hubungan mereka bermadu asmara di bangku-bangku yang disediakan, malah pernah juga ku dengar Unit Hisbah membuat serbuan di situ, dan menangkap pasangan-pasangan pelajar Malaysia yang baru-baru belajar apa itu couple dan cinta. Entah, biarlah mereka. Aku ingin malam ini tenang tanpa gangguan.

Ketika aku berkira-kira untuk membeli apa pada malam itu, serasa seperti seseorang sedang mengikutku dari belakang. Ketika ku berpaling, tiga orang pemuda Arab tersenyum kepadaku. Dua daripadanya sedang enak menghembus kepul-kepul asap rokok, dan seorang lagi membelek-belek buku di tangan.

“Students…” Getusku. Segera ku tepis perasaan tidak enak yang singgah di hati, mempercepatkan langkah ke kedai berdekatan. Lima minit kemudian, aku keluar. Lega apabila kelibat mereka tidak ku lihat lagi. Namun tidak sampai sepuluh langkah aku berjalan, mereka muncul di depanku.

“Hello! What you name? You come from where?” ayat-ayat klise, beserta grammar yang berterabur. Aku buat tidak layan, sungguhpun hati sudah cemas,akal sudah bersimpang siur untuk membuat keputusan waras.

“Ya gamilah! Ya malayzee!” panggil mereka lagi. Aku semakin mempercepatkan langkah, namun tiba di suatu lorong, mereka menarikku kasar, menutup mulutku kejap. Aku meronta-ronta, cuba melawan, namun tamparan yang ku terima. Saat itu, beg sandangku direngggut kasar pemuda berambut kerinting, begitu juga sweaterku. Aku melawan lagi,cuba melepaskan penumbuk sulungku, namun tersasar. Sekali lagi, pipiku merah dengan tamparan kedua.

Saat itu, air mataku sudah mencurah-curah turun. Nasihat sahabat-sahabatku terngiang-ngiang di telinga, bersama gambaran-gambaran buruk tentang nasibku,tentang maruahku, harga diri yang ku pelihara selama ini. Ayat qursi berterabur,ilmu-ilmu pertahanan diriku seolah terpadam terus dari memori, kedegilanku selama ini runtuh, dan saat ini doaku cuma satu, agar Allah datangkan sesiapa sahaja untuk menolongku. Sesiapa sahaja. Jeritanku makin kuat apabila dua pemuda itu membuka sweater mereka, dan pemuda yang memegangku dari tadi berusaha menutup mulutku,sambil ketawa berdekah-dekah, serakus si syaitan yang berjaya menguasai nafsu mereka untuk cuba menodaiku!

Nafasku hampir putus, kudrat hawaku lemah untuk melawan mereka, mulutku terkumat kamit menyebut kalimah Allah,tekakku sudah kering untuk menjerit lagi ,ditambah kejapnya mereka memegangku. Fikiranku terbayang wajah keluarga di kampung,harapan,amanah serta pesanan mereka supaya aku sentiasa menjaga diri dan nama baik keluarga di sini. Dan semuanya bakal punah, bakal ranap di tangan tiga makhluk bertopengkan syaitan ini! Aku hanya mampu menyebut di dalam hati, betapa sejuta kemaafan aku pohon kerana kesombonganku selama ini, dan andai aku mati pada malam ini, semoga matiku dalam keredhaan mereka,walau aku tahu betapa kecewa mereka nanti. Dan ketika pandanganku berbalam-balam, antara separuh sedar, sayup-sayup ku dengar…

“Allahuakbar!!!” Dan selepas takbir itu,aku sudah tidak ingat apa-apa lagi. Saat ku buka mata, kesemua ahli rumahku di sisi,dan mata masing-masing bengkak,kesan tangisan. Lafaz syukur terluah di bibir mereka, dan Kak Farah memelukku.

“Alhamdulillah, Ain dah sedar. Dah dua hari Ain terlantar…” Bermimpi? Aku sendiri tidak pasti. Bau ubat-ubatan serta cucukan jarum di tangan menyedarkan ke alam nyata. Hospital? Kenapa? Sakit,tak berdaya… Menangis? Kenapa mereka sedih? Sebab aku??? Sebab… sebab… malam itu! Ya, malam jahanam itu! Dan aku mula sedar,memoriku berfungsi, lantas aku meraung,menjerit,meronta, sehinggakan aku diberi sedatif dan mataku tertutup lagi, bersama linangan airmata, bersama leburnya keberanianku selama ini, sepudar cahaya diriku,cahaya mata keyakinan…

Hampir tiga bulan aku begitu, hidupku seperti tiada makna,dan mereka berlima itulah yang menguatkan semangatku kembali. Cuba menceriakan aku,berusaha mengembalikan seorang Ainul Yaqeen yang dulu, memulihkan diriku yang menghadapi tekanan dan trauma maha dasyat. Kala malam menjelma,aku meratap hiba, berat badanku susut sehingga 10 kilogram,belum lagi pelajaranku yang terjejas teruk. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku, masih memberi peluang untuk aku berubah, dan mengubah orang lain juga. Daripada cerita-cerita mereka, harga diriku malam itu diselamatkan Imran Al-Hadid, yang kebetulan sedang melakukan rondaan rutin di kawasan itu, selaku pengarah Unit Hisbah. Sungguh,kuasaNya Maha Besar! Mungkin doanya untukku dimakbulkan,aku benar-benar mendapat hidayahNya, benar-benar insaf dengan tarbiyyahNya dan satu perkara yang paling terkesan, iaitu betapa sahabat-sahabatku prihatin kerana sayang,kerana kasih sebagai saudara seislam!

Siapa yang sanggup mengorbankan masa untuk menemankan perempuan yang langsung tidak mempunyai pertalian darah ? Siapa yang sanggup membataskan masa belajarnya semata-mata menegakkan amar maaruf nahi mungkar , menegur pasangan yang masih belajar bahawa haramnya berdua-duaan itu, manisnya halal perkahwinan itu? Siapa yang sanggup menebalkan muka menasihat golongan yang tidak segan silu melepak bersama awek masing-masing, masyuk dengan syisha dan rokok haram nan sebatang itu? Siapa lagi kalau bukan mereka yang berasa bebannya melihat rakan-rakan yang masih hanyut, sesaknya nafas menanggung amanah menegur itu, peritnya andai Allah tanyakan apa yang telah dibuat untuk menyedarkan mereka yang tidak tahu itu di akhirat kelak. Biarlah tebal muka, biarlah terasa hati, biarlah dimaki hamun, biarlah dicaci dinista, biarlah dituduh tidak berhikmah, asal hukum Allah yang haq tertegak! Alhamdulillah,diam-diam aku kagum dengan golongan ini, dan seinfiniti terima kasih ku bisikkan di dalam hati… Syukran ya akh!

Hadis Nabi SAW : “Sesungguhnya diri perempuan itu adalah aurat (boleh membawa kepada fitnah). Apabila perempuan itu keluar, maka syaitan akan mengawasi dan menghiasi dirinya (sehingga lelaki tertawan dan membuat maksiat)” Hadis riwayat Tarmizi


~peaceofocean~
0330
260109

[b]
Back to top Go down
sya
Guest



PostSubject: Re: sebuah cerpen di kala tgn gatal2 menaip n idea mencurah2 ke ldg gandum...comment anyone??? (part 2)   Mon Feb 23, 2009 6:15 pm

mantap..smga mnjdi iktibar dn mndpt hidayah kpd org yg blom dpt hidayah tu.jazakallah
Back to top Go down
upp_pcm
Superb Member
Superb Member


Number of posts : 48
Points : 20
Registration date : 2008-11-21

PostSubject: Re: sebuah cerpen di kala tgn gatal2 menaip n idea mencurah2 ke ldg gandum...comment anyone??? (part 2)   Sun Mar 08, 2009 6:24 pm

cerpen menarik...tapi knapa masuk ruangan 'akademik'? anyway, nice job. sila hantar lagi... Cool
Back to top Go down
View user profile http://mansurah.perubatan.org/
izzati.abdullah
Superb Member
Superb Member


Number of posts : 45
Age : 29
Location : mansoura,egypt
Points : 1
Registration date : 2007-12-15

PostSubject: Re: sebuah cerpen di kala tgn gatal2 menaip n idea mencurah2 ke ldg gandum...comment anyone??? (part 2)   Fri Mar 13, 2009 5:29 pm

wow i like the story.congrates to the author.

peringatan buat yg masih lupe..dan yg belum terkena. Very Happy
Back to top Go down
View user profile http://drzaty.blogspot.com
mr someb
Guest



PostSubject: Re: sebuah cerpen di kala tgn gatal2 menaip n idea mencurah2 ke ldg gandum...comment anyone??? (part 2)   Wed Apr 01, 2009 11:14 pm

so..Ainul ni memang kena rogol ke?
klu si Imran tu tolong selamatkan..apa yang dia sempat selamatkan..?

tapi..apa2 pun memang kena ar
kepada akhowat2 yang agak 'segan' untuk menggunakan khidmat mushrif tu
kurangkanlah 'keseganan' anda ek

to hijau yang damai
cayalah!!!
keep on goin!!!

adios

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: sebuah cerpen di kala tgn gatal2 menaip n idea mencurah2 ke ldg gandum...comment anyone??? (part 2)   Today at 7:22 pm

Back to top Go down
 
sebuah cerpen di kala tgn gatal2 menaip n idea mencurah2 ke ldg gandum...comment anyone??? (part 2)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» The reason as to why I believe a stock market crash is imminent (Part I)
» loss pita loss hariyata amal pererage mal pita mal wage...
» China hands over 385 road building vehicles as part of US$ 115 m loan
» Pussalla to invest Rs 300 m
» Mayan calendar says the world is going to end this year

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: PCM 2009/2010 :: Akademik :: Pertanyaan/Komen/Cadangan/Perkongsian Maklumat-
Jump to: