HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 CERPEN HISBAH: KASIH BELUM TERMILIK (UNEDITED)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Hijau Yang Damai
Viewer
Viewer


Number of posts : 33
Points : 0
Registration date : 2007-12-11

PostSubject: CERPEN HISBAH: KASIH BELUM TERMILIK (UNEDITED)   Thu Mar 05, 2009 11:05 am

[You must be registered and logged in to see this image.]


Bukan salah bunga lembayung
Salah di pandan menjelita
Bukan salah bonda mengandung
Salah di badan buruk dipinta


Rebusan air di dapur membingitkan telinga yang sesekali bening di kala waktu subuh. Begitu juga bunyi kain di sisir angin di hamparan kejiranan begitu mengasyikkan, waktu belajar selepas subuh ibarat kebun buah yang rendang untuk dipetik.

Setiap tajuk lancar di halusi tanpa ada kerutan terukir di anjung dahi. Buku Pharmacology dilihat dengan berselera sekali, mata tidak terkebil ibarat menatap goreng pisang rangup buatan opah di kampung. Arinah menyimpul senyuman yang tidak lepas setiap kali menukar muka surat bukunya.

Arinah, suatu nama yang sudah menggambarkan ketekunan dan kecergasan, maka buktinya sudah nyata, pemilik nama ini memang cergas di lapangan pengajiannya. Rakan-rakan kuliah senegara mengenalinya dengan satu sifat yang mengagumkan iaitu DISIPLIN dan CERGAS. Berada pada tahun 3 kuliah perubatan di universiti Mansurah bukan cabaran kecil yang boleh dipandang ranting. Ujian pertengahan tahun lalu telah membuktikan, Arinah adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Mumtaz itu satu perkataan yang seakan-akan sudah menjadi miliknya sejak dari kecil lagi.

Maha suci Allah yang memberikan anugerah cemerlang pada dirinya, tersemat juga akhlak mulia, budi pekerti, dan sopan santun. Adab pergaulan sesama teman sangat di jaga, sesama wanita sangat tertib, dengan lelaki sangat beradab. Pendek kata, leluhur Arinah ini sangat sempurna, rupanya indah hidup pun untung.

Harum dan cantiknya bunga tentu sahaja di buru kumbang. Begitu ramai yang meminati gadis kecil molek dari pulau mutiara ini. Ada yang sudah terlalu berani hingga sampai melamar ke pelamin, dan ada juga diam dalam minat.

“Assalamualaikum, saya mahu jawapan yang jujur dari kamu, sudi kah kamu berkahwin dengan saya?” Getus ayat dari pesanan ringkas Farizol. Rakan sekuliah Arinah ini sudah tidak tertahan menanggung pengharapan, maka dicurahkan isi hatinya.

“Maafkan Arinah, kerana tak dapat menerima lamaran Izol ini” Balas Arinah

“Kenapa? Arinah tak sedia atau tidak mahu? Jika tidak sedia, saya sanggup menunggu?” Balas Farizol, hatinya tidak kenal putus asa dalam meletakkan sebuah pengharapan.

“Saya tidak bermasalah dengan masa, Cuma hati saya bukan untuk awak, maaf sekali lagi” terhenti pada noktah itu, Farizol sudah boleh membaca apa keputusan persoalannya.

Ternyata, baris ayat “hati ini bukan untuk awak” tersembunyi seribu satu rahsia di hati seorang wanita pujaan ramai ini. Usah dirisau pokok getah, kalau matang usianya, kalau ditoreh batangnya, getah tetap ada. Begitu juga Arinah, mungkin ramai melihatnya seperti wali, tetapi jangan ada yang terlupa, wali tetap manusia, manusia tetap ada rasa untuk disayangi, tetap menyimpan rasa untuk menyayangi. Walau sekebal mana rupa di luar, di dalamnya tetap tersimpan hati yang empuk dan lunak buat kasih sayang.

Persoalannya, siapakah dekat di hati Arinah?

Mungkin ada yang mengandaikan sesuatu yang bukan pada adat, iaitu ber‘couple’. Satu istilah moden tentang adat muda mudi kini, jatuh cinta tanpa ikatan, bercinta tanpa tanggungjawab, bahkan cinta retorik ini begitu laris di pasaran kini. Mungkin kerana ia bersifat mudah, mudah kerana tanpa tanggungjawab, dan manis sahaja yang ingin dihirup. Tetapi itu tidak bermakna bagi Arinah, dia tidak mahu membiarkan dirinya terbeli dan terjual kerana cinta mee segera itu. Dia tahu, harga dirinya untuk suaminya, hanya ikatan yang kukuh mampu membuat ia berpaut.

Fathurahman, satu nama yang jarang disebut-sebut oleh kalangan kenalan di Universiti Mansurah, orangnya pendiam pada wanita, tetapi ramah pada rakan kuliah lelaki. Orangnya tenang, tenang dipandang tenang di hati. Seperti kata sayidina Ali r.a “ Apabila orang melihatnya, menyebabkan orang ingat pada Allah”. Itulah Fathurahman, dan dalam diam, jejaka ini adalah pujaan hati Arinah. Dalam doa, nama lelaki ini sering disebut, dalam doa selepas solat juga sering dihadapkan pengharapan untuk menjadi isteri bagi lelaki ini. Begitulah besarnya pengharapan Arinah pada Fathurahman, tetapi sang pria tidak sedar dan tidak pernah tahu bahawa Arinah punyai hati untuknya. Bahkan Arinah sering keliru untuk mencari penyelesaian tentang soal hatinya ini. Mahu digunakan unit Baitul Muslim terasa segan, tidak di luah merana badan, disimpan sepi memakan diri. Akhirnya, Arinah punyai satu tekad, selepas peperiksaan akhir tahun ini, beliau akan meminta sepupunya menjadi orang tengah, untuk menyampai hasrat hatinya itu.

Tepat 6 Februari 2009.

Arinah digegarkan dengan suatu berita yang menggoncangkan imannya, seluruh hari terasa gelap walau terangnya siang mampu menyilaukan, dada yang lapang terasa sesak, air mata menjadi teman sehari. Puas ahli rumahnya memujuk, tetapi semua itu tidak berdaya menyekat gelora membadai di hati Arinah. Telefon bimbitnya di biar bernyala dalam kegelapan bilik, tepapar pada skrinnya, “Ana akan kahwin minggu depan,bakal suami yang ana rahsiakan selama ini ialah Fathurahman, jangan lupa datang majlis di ARMA!” Sender: Najwa Rauhah. Najwa, adalah junior Arisah dan pada masa yang sama, Arisah adalah naqibah buat Najwa dalam Smart Circle mingguan yang dianjurkan persatuan Perubatan.

Mereka berdua sudah saling melepasi peringkat tafahum apatah lagi taaruf. Segala selok belok dan perilaku seperti diikat oleh satu rasa yang bernama iman dan kasih sayang. Rahsia Najwa ingin ke jinjang pelamin itu tidak menghairankan, kerana itu bukan rahsia lagi bagi Arisah, tetapi nama Fathurahman membuatkan dia hilang akal, rasa kecundang mengatasi segala-galanya. Kenapa dirinya terlambat!

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhan mu , mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah berserta mu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia? (Surah Al-Ankabuut -Ayat 10)

Kecewanya Arisah pada saat itu bagaikan tsunami yang merombak segala binaan-binaan cantik yang terbina sebelum ini. Daripada seorang naqibah yang aktif, kini ia sudah kendur dari medan dakwah itu, dari seorang yang berkeyakinan dalam setiap gerak kerja, kini sudah hilang semangat mujahidnya, majlis ilmu yang selama ini menjadi kebun nan indah persinggahannya kini di biar sepi. Arisah membawa hatinya yang terluka, bukan sahaja jauh dari manusia, tetapi jauh juga pada jalan Allah. Luka yang lalu bukan sahaja merobek dinding pengharapan manusiawi bahkan turut merobek tawakal dan redhanya hamba pada penciptaNya.

Ke mana pergi buah-buah amalnya yang lalu?

Apabila syaitan berjaya menyuburkan rasa putus asa pada rahmat Allah, lalu di taburkan pula benih-benih fasad dan hasad dalam diri. Kebahagiaan Najwa dan Fathurahman mengundang rasa iri hati yang membarah. Terasa benci dan dengki dengan kebaikan yang diperoleh insan lain. Terasa mual apabila mahu membincangkan perkara-perkara mahmudah. Kini Arisah sudah menjadi pesakit yang parah hatinya. Dari seorang yang pendiam kepada sang pencela, dari seorang pemuji kepada seorang penceca dan pengumpat. Segala amal baik manusia lain mesti tidak lepas dari kupasan dan kritikannya. Sungguh benar, hatinya sudah di bolak balik.

BERSAMBUNG PAGE 2... (NEXT)
Back to top Go down
View user profile
Hijau Yang Damai
Viewer
Viewer


Number of posts : 33
Points : 0
Registration date : 2007-12-11

PostSubject: Re: CERPEN HISBAH: KASIH BELUM TERMILIK (UNEDITED)   Thu Mar 05, 2009 11:05 am

Muncul cahaya

Silau cahaya matahari di balik langsir begitu nipis. Jalur cahayanya tampak cantik pabila terbias ke dinding bilik Arisah. Tiba-tiba, paparan skrin pada laptop nya yang terbuka itu dipukul satu bunyi. Rupanya bunyi panggilan dari satu pesanan Yahoo Messenger. Arisah berkerut, memikirkan dari siapa message ini. Tertera perkataan Rafiqin Mansurah: Assalamualaikum.

Rafiqin, pelajar tahun 2 perubatan di universiti yang sama. Mungkin Arisah tidak mengenalinya, tetapi Rafiqin sudah lama mengintainya. Anak muda ini hanya berstatus junior tetapi penampilannya yang kacak dan ranggi membuatkan ia mudah dikenali ramai. Tetapi untuk apa si budak ini mengusik Arisah? Satu soalan yang cukup berani keluar dari message Rafiqin kepada Arisah. Rafiqin Mansurah: Saya suka pada awak, sudikah awak menjadi teman hidup saya?

Arisah dapat membaca jelas bias-bias makna ayat dari Rafiqin ini. Bukannya diminta untuk menjadi isteri ataupun tunangan tetapi hanya seorang teman wanita, teman tapi mesra. Satu status yang sangat digilai ramai muda-mudi masa kini. Pada saat itu Arisah teringat kata-kata teman yang tidak bersetuju dengan arena pernikahan. “Kenapa mahu cepat kahwin? Kahwin membebankan! Kahwin menyusahkan! Mengandung nanti susah! Duit habis!” lalu apa alternatif? “Berkawan lah dahulu! Kenali hati budi dahulu! Janganlah kamu bazirkan usia muda kamu dengan komitmen perkahwinan! Sedangkan masih banyak waktu enjoy dan bertukar kenalan terbentang di luar, maka Kalau hati sudah mahu,apa salahnya bercouple! Jadikanlah couple itu pemangkin kecemerlangan! Habis cerita!”

Arisah mengenang kembali juga jawapan balasnya pada teman itu. “Agama dan amal soleh yang menyusahkan dan membebankan bagi mereka yang tidak yakin dan percaya pada Allah”

Satu baris perkataan yang padat, yang penuh keyakinan. Memberi suatu kekuatan walau berdepan ratusan hujah dan baris hentaman. Tetapi bagaimana pada kondisi Arisah kini. Di hadapannya kini hanya sebaris yang ayat yang mengharapkan ia berada pada golongan yang pernah dibela temannya lalu itu. Adakah ia mampu tegar?

Jika dahulu setiap keputusan di istikharah kan dahulu, kini jawapan Arisah tidak perlukan itu lagi. Rafiqin diterima sebagai teman lelakinya kini. Walau muda setahun, Rafiqin tetap menarik hati Arisah. Dari Yahoo Massenger yang berjela-jela, kini mereka sudah melangkah lebih maju iaitu saling berbual-bual di telefon. Bergayut dari tengah malam hingga ke subuh. Entah apa yang di bualkan, macam-macam kisah dan luahan kasih sayang. Panggilan sayang dan manja menjadi zikir mereka kini. Setelah peringkat taaruf mereka lepasi, kini beralih kepada peringkat saling ketemu. Sungai Nil yang mengalir di hadapan Syari’ Mudir menjadi lokasi. Usai dari kuliah, mereka berdua bagai belangkas terus melangkah ke tebing sungai Nil itu.

Luas dan lebarnya sungai Nil memisahkan dua tebing itu tidak menjadi ibrah kepada mereka. Saling berdua-duaan, hampirnya bahu antara satu sama lain sudah tidak diendahkan, tangan Rafiqin sudah lancar untuk di lapik pada bahu Arisah apatah lagi tangan yang mengegam. Labuhnya tudung dahulu sudah berganti dengan tudung yang lebih sesuai dengan upacara dosa mereka. Mungkin terasa malu dengan tudung sahaja.

Masa hanya berbaki sebulan sahaja lagi sebelum melangkah ke gerbang peperiksaan akhir tahun. Jika dahulu dating mereka bertemakan kasih sayang dan santai, kini kasih sayang di kepilkan bersama pelajaran, sambil dating sambil membaca. Rafiqin jadi murid, Arisah jadi guru. Sungguh harmoni!

Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang rugi. (Surah Al-A’raaf- Ayat 99)

Suatu pagi, semasa dalam perjalanan ke kuliah, Arisah melalui sebuah jalan pintas. Namun begitu, semasa dalam perjalanan, Arisah merasakan dirinya di ekori dari belakang. Apabila berpaling ke belakang, tiada sebarang kelibat yang mencurigakan. Lalu diayunkan kembali langkah, tiba-tiba dadanya terasa sesak, nafasnya terasa terik, matanya mulai berpinar-pinar dan kakinya terasa berat. Kemudian, seluruh alam ini gelap.

“Arisah dah sedar?” ujar Ziana apabila melihat mata Arisah yang mulai terbuka kecil.

Arisah masih dalam keadaan kabur dengan sekeliling dan apa yang telah terjadi. Dilihat dirinya terbaring di atas katil, kanan dan kirinya dilihat teman-teman sedang berdiri, tetapi kenapa semua memakai topeng? “Apa yang dah terjadi? Kenapa kamu semua pakai topeng?” tanya Arisah dengan nada yang lemah.

Masing-masing yang ada dalam bilik itu diam, saling memandang antara satu sama lain. Lalu Ziana yang memberanikan diri untuk bercakap. “Sebenarnya, kamu ditemui pengsan di tepi jalan, mujur ada arab yang menghantar kamu ke hospital, tetapi suatu lagi perkara yang aku rasa kamu patut bersabar lagi ialah,menurut doktor yang merawat, kamu dipercayai menghidap penyakit TB atau mungkin Bronchitis, tetapi semua itu kena tunggu keputusan test, insyallah kamu akan sihat”

Arisah bingung, kenapa tiba-tiba begini, apa yang akan terjadi jika ia benar-benar menghidap penyakit TB,sejak 2-3 minggu yang lalu, Arisah sedar, dia sering batuk-batuk, berat badannya kian berkurang, bahkan selera makannya pun turut berkurang dan sering keletihan, dari tanda-tanda itu, mungkin ada benarnya ia adalah penghidap penyakit TB(Tuberkulosis, penyakit batuk kering).

Sudah masuk 3 hari Arisah berada di wad, tetapi keputusan rawatan masih belum dikhabarkan lagi. Tidak ramai teman yang sudi datang melawat, mungkin ada yang takut dengan penyakitnya. Apatah lagi, besar kemungkinan TB yang dihidapi oleh Arisah adalah TB Aktif (Active TB), iaitu kategori TB yang dapat merebak dan berupaya untuk berjangkit.

Di mana Rafiqin? Arisah tercari-cari kelibat Rafiqin, di mana teman lelakinya itu. Sudah masuk 3 hari, batang hidung sang pendamping ini masih tidak muncul-muncul. Arisah cuba menghubungi Rafiqin tetapi malang, buah hatinya sering beralasan sibuk dengan persediaan peperiksaan yang kian menjelma. Ibu bapa Arisah juga turut terbatas untuk datang ketemu Arisah dalam masa terdekat itu. Jarak Mesir dan Malaysia bukanlah satu jarak yang dekat, ditambah pula keadaan kacau di Pejabat SUK kerajaan negeri Perak selepas mempunyai 2 Menteri Besar tidak memungkinkan bapanya yang bekerja sebagai kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Perak untuk meninggalkan kerja. Begitu juga ibunya yang sedang sibuk dengan mesyuarat pemilihan dan pengundian calon wanita UMNO yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kini dia sendiri, sendiri tanpa siapa di sisi. Di mana manusia lain? Tiada siapakah yang sudi menjadi pemberi semangat kepada dirinya. Masuk hari ke-5, keputusan rawatan masih belum hadir. Tetapi hari ke-5 ini cukup memberi satu kejutan, suatu kelibat wajah yang tidak terduga muncul apabila daun pintu terbuka. Fathurahman datang! Sejenak kemudian muncul Najwa Rauhah di balik tubuh Fathurahman. Masing-masing memakai topeng, mata tajam dan kening yang lebat fathurahman cukup menghiris hati Arisah. Terasa malu, kecewa dan sedih. Di saat itu juga, Arisah menitiskan air mata, Najwa merangkul tubuh Arisah untuk menenangkannya.

“Sabarlah Arisah, kamu harus bersemangat, selagi masih ada ruang untuk kita berusaha, maka wajib kita berusaha, Insyallah, Allah bersama-sama orang yang sabar. Jika kamu merasa diri Arisah sendiri, ingatlah, Allah tidak pernah tinggalkan diri kita. Dia sentiasa menunggu dan menanti kita untuk pulang dan merintih padanya”. Kata fathurahman

“Demi Allah, saya sudah khianat pada Allah, saya jadi manusia yang kufur dengan nikmat Allah, saya jadi manusia yang teramat zalim pada diri sendiri, sedangkan saya pernah mengetahui dan mendengar peringatan Allah. Adakah masih ada ruang untuk saya di sisi Allah?” Tagisan Arisah memecah kesunyian bilik rawatan itu.

Najwa meletakkan tangannya di ubun-ubun Arisah, lalu berkata, “Akak masih ingat lagikan saat kita sama-sama berusrah dulu? Akak pernah bacakan pada saya satu surah, dan sehingga kini saya masih ingat nada bacaan akak itu. Lalu najwa membaca surah Az-zumar ayat ke 39.
“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Dada Arisah bagaikan sudah ranap bila mendengar ayat itu. Matanya dibasahi dengan tangisan, mulutnya tidak henti-henti menyebut Allah,Allah,Allah. “Saya mahu solat, sudah 5 hari saya tidak dapat bersolat” pinta Arisah, Fathurahman keluar mencari air dan bekas untuk dijadikan air wuduk bagi Arisah. Najwa memimpin Arisah untuk bangun.

“Kita solat berjemaah? Kami berdua pun masih belum solat Isyak lagi?” kata Najwa. Arisah mengangguk sahaja tanda setuju. Fathurahman menjadi imam dan dua makmum menuruti dari belakang.

Fathurahman membacakan surah Al-Ahzab ayat ke 10-11, Arisah kenal dan faham ayat itu, kerana ayat ini pernah dibaca olehnya dahulu. Firman Allah dari ayat itu ertinya;

“Iaitu ketika mereka datang kepada mu dari atas dan bawah mu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan mu dan hati mu naik menyesak sampai ke kerongkong dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam sangkaan. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat”.

Sekali lagi, matanya dibasahi titisan air mata yang hangat.

Usai perjumpaan dengan pasangan yang mulia ini. Arisah kembali sendirian di wad sakit. Kembali sendiri merenung diri yang sudah rosak amalnya. Di renung kembali apakah perkara yang menyebabkan dirinya rosak sedangkan terasa diri sudah banyak amal dan kukuh pada jalan Allah.
Hari esoknya, doktor datang memberitahu keputusan ujian, maha suci Allah, Arisah tidak menghidap penyakit TB, tetapi sekadar bronkitis atau radang paru-paru yang tidak kronik.

Khabar gembira itu disampaikan kepada teman-teman. Najwa dan Fathurahman adalah orang pertama yang dikhabarkan. Fathurahman menghantarkan satu pesanan pada sehelai kertas nota yang dikirimkan melalui Najwa. Dalam kertas kecil itu, tertulis;

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan mu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepada mu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab Ku amat lah pedih” (Surah Ibrahim ayat-7)

----THE END----

Hijau Yang Damai
di hijaudamai.blogspot.com
Back to top Go down
View user profile
orang ke
Guest



PostSubject: lawak ar citer ni   Tue Mar 10, 2009 8:35 pm

cite ni sgt lucu skali...nanti buat ar banyak2 lagi cite2 lawak camni
boleh antar kat mastika,ujang ,apo...etc
hahahahahahaah lol! lol! lol! elephant
Back to top Go down
emannuMY
Guest



PostSubject: Re: CERPEN HISBAH: KASIH BELUM TERMILIK (UNEDITED)   Thu Apr 02, 2009 3:15 am

surah Az-zumar ayat ke 39.
“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Iaitu ketika mereka datang kepada mu dari atas dan bawah mu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan mu dan hati mu naik menyesak sampai ke kerongkong dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam sangkaan. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat”.

Nice Story....
pengajaran buat diri ....thnx..
Sad Sad Sad Sad Sad Sad
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: CERPEN HISBAH: KASIH BELUM TERMILIK (UNEDITED)   Today at 7:16 pm

Back to top Go down
 
CERPEN HISBAH: KASIH BELUM TERMILIK (UNEDITED)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: