HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2014
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   
CalendarCalendar
Share | 
 

 Maklumat Tajaan/Biasiswa/Zakat Tahun 2009/2010

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
unit aka
Guest



PostSubject: Maklumat Tajaan/Biasiswa/Zakat Tahun 2009/2010   Wed Apr 22, 2009 9:58 pm

salam...makluman ringkas tentang maklumat berkaitan tajaan dan zakat... salinan pdf boleh download di


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tanggal 12 Mac sekali lagi Malaysia melihat kecemerlangan demi kecemerlangan dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008. Tahniah diucapkan kepada semua.

Baru-baru ini pihak persatuan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) melalui Pengurusan PERUBATANonline turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan di Mesir.

Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul.


Adalah diperingatkan supaya, semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
1) Muat turun borang permohonan:
2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:

Secara umumnya, permohonan boleh dibuat melalui dua bentuk.
1) Permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau Majlis Amanah Rakyat atau mana-mana tajaan atau pinjaman.
2) Permohonan persendirian terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda hanya perlu ke laman kemudian MENELITI dan MELALUI prosedur yang telah ditetapkan oleh kedua-dua badan tersebut. Prosedur permohonan kepada KPT akan diselesaikan melalui badan-badan ini setelah permohonan biasiswa diterima.

Semakan maklumat terkini JPA di dan pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

Semakan maklumat terkini MARA di dan pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it .

Adik-adik diminta untuk mengambil perhatian serius tentang syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, tarikh temuduga dan tarikh Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor (bagi pemohon biasiswa JPA sahaja) dan sebagainya.

(Sumber:

Bagi tajaan-tajaan lain, adik-adik digalakkan untuk mendapatkan maklumat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Kerajaan Negeri masing-masing. Dan ketiga-ketiga borang KPT di atas juga turut penting untuk dipastikan diisi dan melalui prosedur-prosedur pengesahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Bagi pemohon persedirian, anda PERLU melalui KPT dengan,
1) Muat turun borang permohonan:
2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:

Berikut adalah lampiran prosedur permohonan yang turut disertakan di dalam Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan di Mesir kemaskini Mac 2009. Prosedur ini PERLU DITELITI sebaiknya.

JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN
UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2009/2010

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dengan sekurang-kurangnya gred 3B dalam semua mata pelajaran.

2. Setiap permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti Mesir perlu mengemukakan dokumen seperti
berikut:

i. Dua (2) salinan Borang KPT/PERUBATAN/MESIR/2006
(Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti Di Mesir)
ii. Satu (1) Borang KPT/SSLN/2009
(Borang Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara)
iii. Cabutan Sijil Lahir asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan
iv. Sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan
v. Terjemahan cabutan Sijil Lahir (Bahasa Arab) dan 4 salinan yang telah disahkan
vi. Terjemahan Cabutan Sijil Lahir dan sijil SPM dalam Bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut :

Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4149-7210

vii. Terjemahan Sijil SPM dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia di alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel:03-8887-4159
Faks: 03-8889-2923

viii. Tujuh (7) keping gambar warna berukuran pasport;
ix. Empat (4) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan dan
(Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar)
x. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 50.00 bagi permohonan perubatan ke universiti di Mesir melalui bank draf dan hendaklah dicatatkan atas nama

Director, Malaysian Students
Department Cairo

xi. Kenyataan pengesahan borang yang bersetem 3. Borang kemasukan dan dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah
dikemukakan ke alamat di bawah pada atau sebelum 31 Mei 2009:

Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah

5. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah ditujukan kepada Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8883 5873.

Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

Untuk mengetahui lanjut tentang PERUBATAN, adik-adik boleh layari Adik-adik juga boleh mendapatkan kemaskini semasa, berita dan artikel di dan mengunjungi blog-blog pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir di Jika berkesempatan untuk membaca panjang, ruang perbincangan di iLuvIslam ini juga mungkin membantu adik-adik.

Sebarang persoalan berkenaan boleh diajukan di presiden@perubatan.org This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it atau di penerbitan_penerangan@perubatan.org This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

Semoga berjaya semua.

Sekian, terima kasih.

Menggungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Back to top Go down
 

Maklumat Tajaan/Biasiswa/Zakat Tahun 2009/2010

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Mxp 2009 V3 Full Dvd Turkce 18
» ??????? ???????? 100/100 ?? ??? 2009
» All-4-One_-_Discography_-1994-2009
» Nscp 6th Edition 2010.pdf Tpb
» DP Technology ESPRIT 2010 CAM Software

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 ::  ::  :: -