Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 26 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 26 Guests

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
Allotropic
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
budak baik
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
meteorex
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
satudua
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
upp_pcm
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
izzati.abdullah
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
hasanbana
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
goLLacaSe
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
kokkunkap
Suami Mithali Idaman Isteri.. Vote_lcapSuami Mithali Idaman Isteri.. Voting_barSuami Mithali Idaman Isteri.. Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
SunMonTueWedThuFriSat
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      
CalendarCalendar

 

 Suami Mithali Idaman Isteri..

Go down 
AuthorMessage
suamimu.
Guest




Suami Mithali Idaman Isteri.. Empty
PostSubject: Suami Mithali Idaman Isteri..   Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptySat Dec 15, 2007 10:01 pm

Suami Mithali Idaman Isteri..
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Back to top Go down
goLLacaSe
Team Member
Team Member
goLLacaSe


Number of posts : 40
Age : 35
Location : egypt
Points : 1
Registration date : 2007-12-10

Suami Mithali Idaman Isteri.. Empty
PostSubject: Re: Suami Mithali Idaman Isteri..   Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptySun Dec 16, 2007 1:42 pm

jadilah suami mithali.jika mahu isteri solehah,maka jadilah suami yg soleh.insyaAllah~ Very Happy I love you lol!
Back to top Go down
insanbia
Guest




Suami Mithali Idaman Isteri.. Empty
PostSubject: Re: Suami Mithali Idaman Isteri..   Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptySun Dec 16, 2007 2:22 pm

hm...pakat2 la jadi bakal suami yang mithali dahulu...tak kahwin lagi kan... bdk2 ni la... usaha jadi seorang yang soleh dahulu sebelum kahwin ni..nnt bila kahwin jadilah suami mithali... orang baik, akan dapat pasangan yang baik...tak gitu?? Elakkanlah hubungan2 haram sebelum kahwin..nnt rumah tangga yang dibina tak berkat, dan kalau camtu cmna nak bahagia..elaklah bnda2 haram ni..x payah couple2. kalau Allah dah tntukan 'dia' tu untuk kita, x prlu couple pun, 'dia' akan jadi milik kita.. InsyaAllah..tapi kalau 'dia' tu ditakdirkan bukan milik kita, couple lah lama mana pun, 'dia' takkan sekali2 jadi milik kita percayalah.... Ini qada' dan qadar. Beriman x dgn Qada' dan Qadar??? Gunalah akal yang tuhan bagi kpd kita tu utk fikir elok2... Jgn keistimewaan yang tuhan bg kat kita dan bukan makhluk lain tu menjadikan kita lagi teruk dari makhluk lain. Jangan sampai kita lagi teruk dari binatang2. Jgn kita lagi teruk dari b***, an****, L*m**, K**b**g dan lain2... budak2 ni la... mari pakat ubah diri... king queen

Cool Cool Cool
Back to top Go down
tuakah
Guest




Suami Mithali Idaman Isteri.. Empty
PostSubject: tanpa syarat?   Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyMon Dec 17, 2007 6:33 pm

point ke-26 tu... hmmm cinta tanpa syarat??? just nk timbulkan, boleh ke cintai manusia "biasa" ni tanpa syarat? sdgkan ada cinta lebih agung yg perlu didahului... mana pegi syarat2 syariat sbg contoh?

Neutral
Back to top Go down
tuakah
Guest




Suami Mithali Idaman Isteri.. Empty
PostSubject: kasih utama   Suami Mithali Idaman Isteri.. EmptyMon Dec 17, 2007 6:43 pm

jap, satu lg.. point 24....

hmmm rasa2 ramai lg manusia lain yg perlu didahului....

bg seorang suami, dia juga seorang anak... ibunya perlu didahului... even dalam ranking nafkah pon, kalau ibu td takde suami dan ayah atau atok, atau saudara lelaki, maka anak lelaki dia la yg kene tanggung...

ya, kasih kpd ibu patut lebih dari kasih kepada isteri,.. ramai org silap harini.. utamakan isteri lebih dari anak... tak ingatkan pada kisah HAJJAJ ???
Back to top Go down
Sponsored content





Suami Mithali Idaman Isteri.. Empty
PostSubject: Re: Suami Mithali Idaman Isteri..   Suami Mithali Idaman Isteri.. Empty

Back to top Go down
 
Suami Mithali Idaman Isteri..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cadangan supaya mengadakan pertandingan bait mithali dan bilik idaman
» vistana mithali '10 -"vistana mithali mencerminkn keperibadian mahasiswa"-
» Kau Isteri Ku....
» nak menang Vistana Mithali??haa..hias mcm ni ok?:DD

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: