Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tiada Beza Antara Kita EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tiada Beza Antara Kita EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tiada Beza Antara Kita EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Tiada Beza Antara Kita EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Tiada Beza Antara Kita EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Tiada Beza Antara Kita EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Tiada Beza Antara Kita EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Tiada Beza Antara Kita EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Tiada Beza Antara Kita EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Tiada Beza Antara Kita EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
Allotropic
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
budak baik
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
meteorex
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
satudua
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
upp_pcm
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
izzati.abdullah
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
hasanbana
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
goLLacaSe
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
kokkunkap
Tiada Beza Antara Kita Vote_lcapTiada Beza Antara Kita Voting_barTiada Beza Antara Kita Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
CalendarCalendar

 

 Tiada Beza Antara Kita

Go down 
AuthorMessage
hasanbana
Team Member
Team Member



Number of posts : 41
Location : moonlight
Points : 78
Registration date : 2008-01-04

Tiada Beza Antara Kita Empty
PostSubject: Tiada Beza Antara Kita   Tiada Beza Antara Kita EmptyWed May 20, 2009 4:13 am

Tiada beza antara kita...
Belajar di perpustakaan.

Saya suka belajar di perpustakaan.Bukan kerana ada pelajar perempuan Mesir.Bukan juga kerana ada perempuan Malaysia.Tapi kerana suasananya.Ya.Saya sangat selesa dengan suasana belajar di situ.Suasana di situ saya kira yang kedua paling tenang di Mesir ni selepas masjid.

Saya mampu belajar Biochemistry empat jam tanpa henti di perpustakaan.Kalau mata saya terasa berat saya akan pesan air limau dan biskut lambada daripada ammu Abdul Majid.Seteguk saja saya minum air limau ammu terus saja mata saya jadi segar.

Kadang-kadang ada pelajar-pelajar arab yang buat bising.Tapi ammu cepat-cepat marah mereka supaya diam.Mereka diam kerana hormat pada ammu.Pernah juga saya lemah semangat untuk belajar.Tapi bila tengok pelajar-pelajar arab yang sangat tekun belajar sampai hancur-hancur buku, semangat saya segera pulih.

Tempat pelajar lelaki dan pelajar perempuan juga diasingkan.Jadi saya tidak perlu lagi runsing diperhatikan oleh pelajar perempuan.Perasan.

Belajar di rumah.

Saya juga suka belajar di rumah.Saya ada sebuah kerusi dan sebuah meja yang selesa untuk belajar.Saya akan pasang difayah kalau sejuk dan buka kipas kalau panas.Bila tekak terasa kering saya akan ke dapur untuk bancuh air kopi.

Tapi saya sangat payah untuk fokus pada buku semasa belajar di rumah.Ada saja benda yang saya nak buat.Kadang-kadang saya buka komputer kejap untuk hilangkan mengantuk.Akhirnya 2 episod Prison Break yang saya khatamkan.

Pernah juga saya belajar Anatomy atas katil.Dari pukul 8 pagi hingga pukul 9 pagi.Tiba-tiba saya rasa ada orang tepuk-tepuk kaki saya.Saya dengar suara ahli bait saya suruh ambil wudhu untuk solat Zohor.Saya tertidur rupanya.

Membina jambatan.

Saya ingin membina jambatan.Satu jambatan yang menghubungkan antara cerita di atas dengan suasana Islam yang sangat saya cita-citakan muncul di Mansurah.Di kalangan teman-teman warganegara Malaysia khususnya.

Suasana Islam.

Saya suka suasana Islam.Bukan kerana berkenan dengan akhawat yang pakai tudung labuh.Tapi kerana suasana Islam itu sesuai dengan fitrah manusia.Benar.Agama Islam ialah agama fitrah.Fitrah sukakan kebersihan,kasih sayang,hak kemanusiaan dan lain-lain.Semuanya ada dalam Islam.

Saya boleh mengamalkan ajaran Islam dalam semua sudut.Ibadat,akhlak,muamalat dan semua sekali.Kalau saya terasa dahagakan ilmu dan peringatan,saya boleh pergi ke kelas-kelas agama.Atau saya boleh panggil senior saya untuk buat smart circle.Tazkirah ialah air yang paling enak untuk menyegarkan iman saya.

Tapi suasana Islam juga tak terlepas daripada berlaku masalah sosial.Orang tak solat fardhu,lelaki dan perempuan berkhalwat dalam satu rumah,tak tutup aurat dan lain-lain.Namun semua masalah sosial ni takkan bertahan lama.Kerana akan ada teman-teman saya yang menjalankan kerja-kerja mencegah kemungkaran.

Kadang-kadang saya berasa malas untuk beramal dengan Islam.Tapi bila saya pandang kiri dan pandang kanan,saya akan nampak semua sahabat saya beribadat dengan penuh enak dan lazat.Baca quran,solat berjemaah di masjid,bangun malam berqiamullail,tolong orang-orang susah,berpersatuan,dan lain-lain.Saya semangat semula.

Saya juga payah nak jaga mata saya dari buat maksiat.Saya sangat mudah tergoda untuk melihat perempuan.Walaupun saya tahu melihat perempuan ialah panahan syaitan yang boleh membunuh iman saya.Tapi dalam suasana Islam ikhtilat dijaga dengan teliti.Lelaki dan perempuan cuba diasingkan seboleh-bolehnya daripada bercampur gaul dengan bebas.Jadi saya boleh jaga mata dan hati saya.

Suasana bukan Islam.

Tapi saya juga tiada masalah untuk hidup dalam suasana bukan Islam.Kadang-kala saya rasa hidup saya lebih bebas dan tidak dikongkong bila saya berada dalam suasana bukan Islam.

Betul tu.Hidup kami akan bebas.Itulah yang remaja seperti saya perlukan.Tapi saya juga runsing.Disebabkan terlalu bebas, saya pernah terserempak dengan ahli rumah saya dengan seorang perempuan.Mereka berdua-duaan dalam bilik.Saya tak tahu nak buat apa.Saya juga tiada teman-teman untuk mencegah kesalahan ni.Saudara Muaz pengarah unit hisbah pun saya tak tahu berapa nombor telefonnya.

Saya tegur?Saya mana reti nak tegur-tegur orang.Kerana saya tak pernah belajar apa itu nahi mungkar.Orang kata nahi mungkar ni kita boleh belajar dalam kelas-kelas agama.Lagipun mana ada kelas-kelas agama kat tempat saya.Smart circle pun saya tak ikuti.

Kadang-kadang saya rasa seperti mahu beramal dengan agama Islam.Saya mahu solat berjemaah di masjid.Saya ingin tahu bagaimana perasaaan ketika bangun munajat tengah malam.Saya juga ingin tolong orang-orang susah dengan berpersatuan.Dan saya juga ingin pakai pakaian yang tutup aurat.Tapi bila saya tengok kira kanan.Semua teman-teman saya ok je tak beramal dengan Islam.Mereka boleh hidup dengan riang ria lagi.Study pun ok je.Jadi saya tangguh dululah niat saya tu.


Jambatannya.

Ini jambatan yang ingin saya bina.

Saya mungkin seorang pelajar yang kurang motivasi untuk belajar.Sebab itu saya tidak mampu untuk menepis godaan-godaan yang datang semasa belajar di rumah.Tidak seperti teman-teman saya yang mendapat mumtaz atau jayyid jiddan.Mereka mampu belajar di mana-mana sahaja.Anytime and anywhere kata orang.Sebutkan sahaja.Di rumah,di dalam kenderaan,di kedai-kedai makan dan di mana-mana sahaja.

Sebab itu saya ke perpustakaan.Kerana orang seperti saya akan mendapat semangat bila tengok orang lain bersungguh-sungguh belajar.Saya mampu fokus kerana tiada godaan-godaan yang datang mengganggu.Saya mampu belajar berjam-jam di perpustakaan kerana suasana sangat kondusif untuk saya belajar.Juga kerana air limau yang sedap itu.

Begitu juga dengan suasana Islam yang saya idami.

Saya mungkin seorang muslim yang lemah iman.Jadi saya perlukan suasana Islam untuk membantu saya beramal dengan Islam.Sebagaimana saya perlukan suasana di perpustakaan untuk saya belajar dengan baik.Kerana saya tidak biasa dengan kehidupan Islam.Sebab saya bukan dari sekolah agama.Keluarga saya pula tak pernah paksa saya untuk ikut perintah agama.

Berbeza dengan teman-teman saya yang baik-baik.Mereka tahu bagaimana untuk beramal.Kerana mereka mungkin pernah melalui suasana seperti itu.Mungkin di sekolah agama.Atau mungkin juga keluarga mereka sangat menekankan agama.

Saya perlu kamu.

Kita memang saling memerlukan.Ini yang saya faham.Saya tak mahu mewujudkan sentimen.”aku ni jahat,engkau pula malaikat”.Air dan minyak mana boleh bercampur.

Saya tak mahu begitu.Sebaliknya saya perlukan sahabat-sahabat saya yang baik-baik.Kerana saya pernah dengar lagu Tombo Ati kumpulan Opick.Salah satu ubat hati ialah berkumpulan dengan orang-orang soleh.

Saya juga pernah dengar dari ustaz saya dulu.Dia bagitahu tanggungjawab orang yang tahu ialah memberitahu orang yang tak tahu.Tanggungjawab orang yang tak tahu pula mencari orang yang tahu untuk mengambil tahu daripadanya.

Saya sekarang ialah orang yang tak tahu.Jadi saya ingin mengambil tahu dari teman-teman saya yang tahu dan bersahabat dengan mereka.Saya juga ingin buat baik sebagaimana mereka buat.Saya harap mereka tidak pandang serong dan boleh terima saya.



Pembinaan.


Saya sangat mengimpikan suasana Islam ini.Juga dipanggil sebagai biah solehah oleh kebanyakan orang.Tapi jambatannya harus kita bina dulu.Tukang-tukangnya ialah saya dan teman-teman semua.

Apabila bertemu kita senyum dan beri salam,tanda berkubur perasaan hasad dan dengki.Kalau ada masa lapang pada hujung minggu kita saling ziarah dengan kasih sayang.Senior ataupun junior.Kita ramai-ramai hidupkan amalan solat berjemaah di masjid.Dan kalau ada berlaku maksiat,kita sama-sama tegur dengan penuh kasih sayang.

Mencegah kemungkaran inilah sebenarnya fokus saya.Kerana saya percaya mencegah yang mungkar ini bunyinya agak berat.Tetapi tidak mustahil jika banyak bahu yang memikulnya.

Supaya telinga kita tidak lagi mendengar kes pelajar lelaki masuk ke dalam rumah dan bilik pelajar perempuan tanpa sebab yang munasabah.Supaya tiada lagi teman-teman kita yang tidak solat fardhu sedangkan solat itulah yang membezakan kafir atau muslim.Juga supaya muslimah-muslimah kita faham bahawa aurat adalah mahkota berharga yang perlu mereka sembunyikan dengan cermat sekali.

Suasana membantu membentuk diri saya.Ini prinsip yang saya anuti.Semuanya telah kita punyai.Hanya tunggu waktu untuk kita bertukang sahaja.Upahnya nanti kita ambil di akhirat.InsyaAllah.

Ayuh teman,kita bergandingan.

Pilih masa.

Ini hanya sebuah perumpamaan.Kisah dan watak yang hanya diciptakan.Bukan saya dan bukan sesiapa.Namun tidak pula mustahil berlaku di sekeliling kita.

Pelik juga ya.Kenapa tulisan ini keluar waktu sekarang?Ketika peperiksaan sedang rancak.Ketika pelajar-pelajar semua sedang bertapa dia dalam bilik menghafal mantera untuk dijampi di dalam dewan peperiksaan nanti.

Saya mempunyai dua sebab.Hanya dua sebab sahaja.Tetapi sudah cukup untuk menggerakkan jari jemari saya untuk menulis.Walaupun di tengah-tengah kekalutan peperiksaan.Saya segan untuk teragak-agak.

Unit Hisbah mendapat laporan kes khalwat ketika exam sedang rancak.Itulah sebabnya.Maksiat yang saya kira mengambil kesempatan di kala pelajar-pelajar lain sedang sibuk dengan buku.Siapa dan dimana tidak perlu saya perincikan.Cukup teman-teman tahu bahawa maksiat itu berlaku dekat dengan kita di bumi Mansurah.Baru-baru ini sahaja.

Itu sebab yang pertama.Saya juga mempunyai sebab yang kedua.

Iaitu supaya teman-teman saya sanggup berkorban untuk mencegah kemungkaran jika berlaku di hadapan mata.Berkorban masa maksud saya.Bukan hanya membiarkan dengan rela.Walaupun hanya sekejap.Sebagaimana si pelaku maksiat tadi sanggup berkorban masa untuk buat maksiat di kala exam.

Bukan saya menanam benci teman-teman semua kepada si pelaku maksiat.Dia tetap seorang saudara seIslam yang harus kita cintai.Sebaliknya saya ingin menyuburkan perasaan benci dan jelek kepada maksiat yang dilakukan.Kerana benci maksiat dengan hati ialah perisai iman terakhir yang kita miliki selepas tangan dan lidah.Slogan yang kita selalu dengari ialah “remaja bencikan maksiat”.

Siapa ya?Di mana ya?Bukan ini tajuknya.

Sengaja saya biarkan sahabat-sahabat dalam keadan ingin tahu.Harapan saya supaya bercambah daripada perasaan ingin tahu itu sifat PEKA dengan keadaan adik-adik dan abang kakak kita di Mansurah ini.Bukan kita hanya lena dengan dunia kita sendiri sahaja.Semoga dengan sifat peka itu pula membuahkan sifat saling menyuruh kepada kebaikan dan saling mencegah kemungkaran.

Sengaja pula saya kepilkan kisah perpustakaan yang berjela-jela di atas.Supaya teman-teman semua faham kenapa kita sangat perlu kepada suasana Islam.Semoga dengan kefahaman itu pula mampu menggerakkan kita untuk berusaha.Usaha murni untuk membina suasana Islam yang kita idami.

Tulisan ini tanda protes hati saya dengan maksiat yang berlaku.

Izinkan saya menempel di dalam blog give n take sahabat saya ini ya.

Nabil.
Back to top Go down
http://www.mutiarapermata.blogspot.com
 
Tiada Beza Antara Kita
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Beza Otak Lelaki dan perempuan!!!
» Hijrah - Antara Kesahihan dan Kemasyhuran
» Apa nak buat jika gigi tiada?
» Nifsu Sya'ban : Fadhilatnya Sahih TETAPI tiada amalan khusus pada hari tersebut.
» jantung kita :D

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: PCM 2009/2010 :: Unit Hisbah-
Jump to: