Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Balik atau Merantau ? EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Balik atau Merantau ? EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Balik atau Merantau ? EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Balik atau Merantau ? EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Balik atau Merantau ? EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Balik atau Merantau ? EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Balik atau Merantau ? EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Balik atau Merantau ? EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Balik atau Merantau ? EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Balik atau Merantau ? EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
Allotropic
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
budak baik
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
meteorex
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
satudua
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
upp_pcm
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
izzati.abdullah
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
hasanbana
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
goLLacaSe
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
kokkunkap
Balik atau Merantau ? Vote_lcapBalik atau Merantau ? Voting_barBalik atau Merantau ? Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
SunMonTueWedThuFriSat
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      
CalendarCalendar

 

 Balik atau Merantau ?

Go down 
4 posters
AuthorMessage
hasanbana
Team Member
Team Member



Number of posts : 41
Location : moonlight
Points : 78
Registration date : 2008-01-04

Balik atau Merantau ? Empty
PostSubject: Balik atau Merantau ?   Balik atau Merantau ? EmptyTue Apr 28, 2009 6:16 am

oleh : Ust Zaharuddin

Sewaktu saya sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana di Jordan, ramai yang bertanya sama ada saya dan keluarga akan balik bercuti di Malaysia atau tidak, khususnya di hari raya. Biasanya, jawapan biasa saya adalah

"tidak"

Pastinya akan ditanya dengan soalan susulan,

"tidak balik langsung walau sekali?"

Jawapan saya adalah :

"ye, setakat tiga tahun, belum kuat keperluan untuk balik, sekiranya 10 tahun tu, mungkin ada lebih logik untuk balik sekali sekala"

"Tidak rindu ?" Tanya rakan saya lagi.

"rindu atau tidak, tugas menuntut ilmu memerlukan pengorbanan perasaan dan fizikal" jawab saya ringkas.

SEBAB-SEBAB LAIN

Jawapan saya untuk tidak balik bukan sahaja kerana tempoh 3 tahun yang saya rasakan pendek, malah dirasakan sebagai merugikan waktu dan kos juga. Kecuali jika ada keperluan penting seperti ahli keluarga yang sakit dan sepertinya, tatkala itu wajar untuk bertolak pulang.

Justeru, isteri dan anak-anak saya turut mengikut keputusan saya untuk berada di perantauan selama 3 tahun penuh semasa di Jordan. Selain itu, masalah kos juga menjadi sebab kuat untuk bertahan di Jordan.

Kini saya dan keluarga berada di United Kingdom pula, berdasarkan jadual asal, saya perlu menamatkan pembelajaran dalam tempoh 3 tahun. Sekali lagi, saya tidak berhasrat untuk pulang sama sekali. Jika ada kemampuan sekalipun, saya lebih cenderung untuk menambah ilmu dengan merantau di benua eropah, meraih ilmu tersirat dan tersurat dari alam ciptaan Allah swt.

PENTINGNYA PENGAJIAN LUAR NEGARA

Bagi saya, pengajian di luar negara dan berjauhan dengan ahli keluarga adalah perlu bagi seorang penuntut ilmu. Kita perlu belajar untuk berdikari dan sekali sekala mengurangkan ‘manja' dengan ahli keluarga di Malaysia. Cukup sekadar telefon bagi bertanya khabar dan berita. Bakinya adalah waktu menumpukan masa untuk ilmu dan pengajian. Wang biasiswa, pinjaman dan zakat yang dihulur bukan untuk kita memikirkan untuk pulang bercuti ke tanahair bermanja dengan keluarga, tetapi ia adalah suatu amanah untuk meraih sebanyak ilmu sebagai hadiah untuk masyarakat dan negara tercinta.

Ya, ia satu amanah dan jangan sekali menyalahgunakan ia dengan membeli sesuatu yang tiada faedah untuk kecerdasan minda dan kemantapan ilmu kita. Kelak nanti dipersoal oleh Allah swt, menyesal dahulu berguna, menyesal kemudian, azab pastinya.

Pengalaman untuk keluar dari kepompong pengajian, minda dan system pengajian Malaysia adalah perlu sebagai proses kematangan idea dan ilmu seseorang penuntut. Tidak saya nafikan ramai juga yang mampu berjaya dan cemerlang walau hanya menuntut di dalam negara; namun bagi mereka yang berpeluang ke luar Negara, peluang untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang terbuka amat luas, bagi mereka yang bijak memanfaatkannya.

Justeru itu, bagi penuntut yang mampu dan sedang mencari yang terbaik, amat disarankan mereka ke luar negara. Proses pembelajaran, merasai sistem pengajian di Negara asing, meneliti dan melihat gerak geri dan sikap manusia pelbagai bangsa, merasai perbezaan cuaca dan rupa fizikal sesebuah Negara dan ciptaan alam pasti akan mampu memberikan sesuatu yang berharga buat penuntut. Mutiara dari lisannya boleh sahaja menjadi lebih rencam dan mindanya lebih terkehadapan. Jika mereka bijak memanfaatkannya.

Imam Muhammad bin Idris as-Syafie turut berubah akibat perbezaan tahap ilmu di perantauan. Fatwanya di Baghdad berubah apabila berada di Mesir. Ulama kontempoarari yang hanya terperap di tanahair masing-masing tanpa dakwah keluar, amat berbeza fatwanya dengan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi seorang ulama antarabangsa dan berfatwa sambil menilai suasana dan manusia dari pelabagi Negara. Ilmu secara teori tidak sama dengan secara praktikal. Ini semua kesan dari ilmu dari perantauan yang tidak dapat dirasai oleh ilmuan yang tidak merantau.

MERANTAU DAN TEKNIK BELAJAR

Atas asbab itu, bagi penuntut Malaysia di luar negara, waktu cuti sepatutnya tidak menjadi masa untuk pulang ke kampung Malaysia, tetapi adalah waktu menuntut ilmu di Negara di sekeliling anda. Jangan pulang, kecuali dihambat hal penting atau arahan tanpa kompromi oleh ibu bapa.

Bagi penuntut ilmu Islam pula, secara peribadi saya amat kuat merasakan keperluan untuk mereka berada, menuntut dan merasai suasana pembelajaran sama ada rasmi atau tidak rasmi di negara Arab. Bercampur baur dengan bangsa arab dan mengenali rupa bentuk tanah arab adalah perlu bagi menajamkan pandangan terhadap ayat-ayat Al-Quran dan menjiwai kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Ia adakalanya mampu mendekatkan kita dengan maksud kalimah arab di dalam al-Quran, juga mengahmpirkan kita dengan suasana kehidupan Rasulullah s.a.w.

Kepada para pelajar ilmu Islam di Mesir, Jordan, Syria, Maghribi, Yaman, Mekkah, Madinah, Pakistan, Lubnan, United Kingdom, Australia, New Zealand dan lainnya. Jauhkan fikiran untuk menikmati percutian di kampung, gunakan peluang keberadaan kita di perantauan untuk meluaskan jangkauan ilmu, melangkau benua dan bangsa.

Dalam pada masa perantauan ilmu, jangan pula meninggi diri, kerana pertambahan ilmu hanya akan lebih mudah apabila kita merendahkan diri. Lagi rendahnya perasaan keegoaan diri seseorang, lebih banyak individu boleh menjadi guru, malah alam dan binatang turut berkelayakan menjadi guru kita. Hasilnya, ilmu akan bertambah dengan cukup hebat. Ketinggian ego seseorang hanya akan memperbodohkan dirinya, akibat sumber ilmu mereka yang akan menyempit dan amat terhad.

Ramai orang yang enggan membuka buku dan membaca tulisan seseorang individu kerana merasakan dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat luahan ilmu dari seorang yang ‘dianggap lebih rendah darinya. Akhirnya tersekatlah perkembangan ilmunya.

Ramai yang enggan mendengar ulasan kebaikan dari seorang individu lain hanya kerana merasa dirinya lebih mengetahui, akhirnya tersekatlah ilmunya. Dan begitulah tersekatnya ilmu si ego kerana keegoaannya.

Keegoaan sebenarnya akan menjadikan seseorang semakin ‘tidak pandai', lebih dari itu, akan menjadikan dirinya ‘ujub dan hebat pada matanya sendiri sahaja, namun ia kelihatan ‘bodoh' pada pandangan ramai. Ya Allah jauhi kami dari tergolong kumpulan ini.
Nabi s.a.w bersabda :

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ



Ertinya : harta tidak akan berkurangan kerana sedeqah, dan tidak akan Allah swt tambahi kepada seorang yang mengampunkan kecuali kemuliaan, dan TIADALAH seorang yang merendahkan dirinya kerana Allah kecuali akan ditinggikan kedudukan mereka oleh Allah swt. ( Riwayat Muslim dan at-Tirmidzi)



SAYA PULANG JUGA KE MALAYSIA

Hasrat saya untuk tidak balik ke Malaysia sepanjang tempoh pengajian PhD di United Kingdom ini, akhirnya kelihatan tipis untuk dipenuhi apabila saya diperlukan untuk pulang ke Malaysia atas dasar kerja dan program, bukan percutian dan berehat. Saya akan pulang ke Malaysia pada 30 April 2009 selama seminggu sehingga 7 Mei 2009.

Kemungkinan saya akan sekali lagi terpaksa pulang pada bulan Julai 2009 untuk menghadiri tiga buah sebuah persidangan, forum dan konferen kewangan dan perbankan Islam, selaku pembentang dan panel. Selain itu, bulan Ogos 2009 sekali lagi mungkin terpaksa pulang atas sebab yang hampir sama di atas.

Sehingga ini saya masih memikirkan, bagaimana untuk memaksimakan manfaat pulangnya saya ke Malaysia dalam ketiga-tiga bulan yang disebutkan di atas.

Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan saya dan melorongkan ruang untuk saya boleh memberi manfaat kepada ummah dan belajar ilmu sepulangan saya ke tanahair. Allahumma amen.

Sekian

sumber asal : http://www.zaharuddin.net/content/view/826/72/

P/S : Hakikatnya di mansurah ini ramai nak balik terutamanya di kalangan pelajar tahun satu. Untuk yang senior pula ramai kata nak stay mesir sebab da slalu balik. Stay kat mesir bukan stay tapi gi merantau atau jaulah negara lain. Memang bagus merantau tapi lihat diri sendiri, tujuan datang mesir ini nak blaja atau nak pergi berjalan?kalau merantau nk gi cari ilmu takpe gak. kita semua adalah penuntut ilmu bukan penuntut sijil MBBCh. Bukan nak ambil ilmu doktor sahaja di sini, tapi segala ilmu yang ada disini samada ilmu agama , bahasa arab dan lain - lain. Malulah kat diri sendiri bila balik malaysia nanti orang kampung soh cakap arab ,tak reti satu hapah, ammiah pon berbelit lidah nak cakap. Jadi, sama - samalah kita penuhkan cuti ini dengan perkara yang bermanfaat. Kepada yang dok berbalah kat forum tu ha, mai pakat gi klas agama dulu, penuhkan ilmu di dada dulu. Ni cakap takde poin langsung. Dok menyemarakkan lagi api perbalahan. Dohlah buang masa dah nk baco komen setiap orang. Madrasah Imam Nawawi InsyaAllah akan menghabiskan dua kitab ( al - azkar dan riyadus salihin ) sepanjang cuti ini. kalau tanak gi madrasah pon takper. Asalkan pergilah mencari ilmu. Kat cairo ke.lagi banyak.setiap rumah negeri ada pengajian dan program tertentu ketika musim cuti ini. nak dikatakan memang tak patutla balik malaysia setiap kali cuti. Dok mansurah memang la tak nampak pape.Cube la gi cairo cket. tengok dunia luar. Sekian saje nasihat / ngepek kali ini
Back to top Go down
http://www.mutiarapermata.blogspot.com
Jerung
Viewer
Viewer
Jerung


Number of posts : 14
Points : 2
Registration date : 2007-12-12

Balik atau Merantau ? Empty
PostSubject: Sayang Pokjak   Balik atau Merantau ? EmptyTue Apr 28, 2009 7:20 am

Terima kasih pokjak.. hakikatnya setiap perkara jika dilakukan dengan ikhlas dan berlandaskan syariat insya Allah akan diterima Allah sebagai amal ibadat. Kepada yang hendak merantau atau hendak menuntut ilmu silakan. Yang penting, natijah daripada tindakan kita itu. Jika dengan merantau iman dan amalnya bertambah silakan. Kalau dia hendak menuntut ilmu, lagi bagus.

Pada pendapat saya, merantau tidak salah. Sebab ayat dalam p/s macam kata merantau itu salah. Yang salah ialah "berfoya-foya".

Rujuk surah At-Taubah ayat 112.

Dan kepada menuntut ilmu, jgn jadikan ilmu anda sebagai pekasam di kepala. Ilmu menuntut kepada amal.

Bagaimana untuk beramal? Tepuk dada tanya iman... tanya pok jak boleh gak...
Back to top Go down
hasanbana
Team Member
Team Member



Number of posts : 41
Location : moonlight
Points : 78
Registration date : 2008-01-04

Balik atau Merantau ? Empty
PostSubject: Re: Balik atau Merantau ?   Balik atau Merantau ? EmptyTue Apr 28, 2009 7:51 pm

o0o..lupe nk tambah...merantau untuk mencari ilmu takper...betol2 wahai si jerung..harap2 si jerung pon meramaikan lagi madrasah kita..huhu..
Back to top Go down
http://www.mutiarapermata.blogspot.com
satudua
Sponsor & Source Member
Sponsor & Source Member
satudua


Number of posts : 58
Age : 43
Location : katil
Points : 71
Registration date : 2007-12-07

Balik atau Merantau ? Empty
PostSubject: Re: Balik atau Merantau ?   Balik atau Merantau ? EmptyWed Apr 29, 2009 11:56 am

Betul jak...kawe sokong..demo nasihat la kawe sokmo2...jgn biarkan kawe lalai..truskan usaha bro Very Happy
Back to top Go down
http://www.pcmansurah.blogspot.com
Jerung
Viewer
Viewer
Jerung


Number of posts : 14
Points : 2
Registration date : 2007-12-12

Balik atau Merantau ? Empty
PostSubject: Re: Balik atau Merantau ?   Balik atau Merantau ? EmptyWed Apr 29, 2009 9:54 pm

Makasih Jak...
Bukan Madrasah Imam Nawawi je kita ramai2kan... semua majlis ilmu dan segala kebaikan yang ada di Mesir ini kita ramaikan... Insya Allah...

jazakallahukhairan katheera..
Back to top Go down
hasanbana
Team Member
Team Member



Number of posts : 41
Location : moonlight
Points : 78
Registration date : 2008-01-04

Balik atau Merantau ? Empty
PostSubject: Re: Balik atau Merantau ?   Balik atau Merantau ? EmptyThu May 07, 2009 9:55 pm

kalu ade jadual utk madrasah kat mesir ni sebar2kan la...rasenye pengajian yg dibuat kat mansura ni dpm ngan pcm je..selain dari tu ngan syeikh arab..tu pon kalu paham dia ckp..yg dpm nyer tak penah lg nampak dak medik gi..gi pon klas tibb nabawi ust hafiz mazlan...tu pon cket..kalu klas agama yg dekat takle gi apatah lg yg jauh2 seperti cairo..oleh itu, konsisten dlu madrasah yg kita ada kerna byk membincangkan ttg hal2 dan mslh2 di sekitar mansura
Back to top Go down
http://www.mutiarapermata.blogspot.com
po'wear
Viewer
Viewer



Number of posts : 5
Points : 3
Registration date : 2007-12-18

Balik atau Merantau ? Empty
PostSubject: Re: Balik atau Merantau ?   Balik atau Merantau ? EmptyMon May 25, 2009 2:30 pm

pokjat yg hebat.

n pesanan aku kat sape2 yg nk menadah kitab time cuti ni, nk menuntut ilmu tu...kita kena nilai dulu sejauh mana tahap kita. jangan kita bahasa arab alif ba ta baru nk kenal, terus kita pergi cari shekh2 arab yg power2, bljr kitab tggi terus. maksud aku ambil ilmu tu ikut turutan yg betul, pastikan basic tu kita x tinggal. n utamakan ilmu fardu ain dari fardu kifayah.

sekian.
Back to top Go down
Sponsored content





Balik atau Merantau ? Empty
PostSubject: Re: Balik atau Merantau ?   Balik atau Merantau ? Empty

Back to top Go down
 
Balik atau Merantau ?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» True Muslim/ah:realiti atau angan2??

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: PCM 2009/2010 :: Pembangunan Insan-
Jump to: