HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 Katakan YA,

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
hasanbana
Team Member
Team Member


Number of posts : 41
Location : moonlight
Points : 78
Registration date : 2008-01-04

PostSubject: Katakan YA,   Sat Mar 27, 2010 8:41 pm

[You must be registered and logged in to see this link.]

Katakan YA,
Pada cabaran,
Pada kerajinan,
Pada amanah.
Perkataan ‘YA’ telah tertanam ke dalam diri kita sejak dari alam rahim lagi.
Jawapan ‘YA’ kita berikan kepada Allah ketika ditanya sanggupkah kau menjadi khalifah di bumi.
Rasul-rasul utusan Allah semuanya berkata ‘YA’ kepada amanah Allah; Nabi Hud berkata ‘YA’ walaupun ahli keluarganya tidak beriman. Nabi Ibrahim berkata ‘YA’ walaupun terpaksa dibakar hidup-hidup.
Nabi Yunus berkata ‘YA’, lalu mengatakan ‘TIDAK’ pada dugaan, akhirnya menyesal di dalam perut ikan Yu, lalu kembali mengatakan ‘YA’ pada arahan Allah. Bilal berkata ‘YA’ kepada iman walaupun hangus kulitnya dibakar. Nabi Muhammad berkata ‘YA’ walaupun ke Badar bersama bilangan tentera yang sedikit !
Lihat jawapan-jawapan positif yang diberikan oleh generasi terdahulu. Mereka memandang tinggi nilai amanah, lantas mengumpul daya usaha sehingga mampu menempuh segala cabaran.
Maka segala-galanya jelas bermula dalam minda. Akal yang sihat menerima input berbentuk amanah. Setelah menimbangkan baik buruk sesuatu amanah, akal mencipta keputusan untuk diarahkan kepada seluruh badan. Seluruh anggota yang berperanan seperti hamba akan melakukan segala keinginan akal dalam kerangka ketaatan demi kebaikan bersama. Marhalah ini digelar ‘MAHU’.

Apa pula bakal terjadi jika ‘TIDAK’ yang menjadi jawapan?
Sebaik sahaja akal terfikir untuk mengatakan ‘TIDAK’, akal rancak dan sibuk mencari seberapa banyak sebab dan alasan mengapa tubuh badan harus menolak amanah yang diberikan. Maka masa dan tenaga dibazirkan kepada perkara yang tidak produktif demi menyelamatkan diri daripada amanah.
Ingat, pada masa yang sama, orang yang mengatakan ‘YA’ sedang giat mengatur langkah mengumpul upaya. Setelah berjaya membina alasan untuk menolak amanah, akal akan berasa bangga kerana berjaya menyelamatkan badan daripada berusaha. Akhirnya badan diasuh untuk tenang dalam zon selesa.
Amanah apakah yang ingin kita ketengahkan di sini?
Hakikatnya, penuntut ilmu penghujungnya ialah mati. Namun, menuntut ilmu secara formal di Mesir dalam bidang perubatan peringkat ijazah menelan 6 tahun daripada umur kita. Oleh itu, mari kita kecilkan skop perbincangan kepada usaha memenuhi amanah dalam tempoh 6 tahun ini.
Amanah ini cukup besar kerana ia akan memaknakan tujuan hidup kita di dunia dan akhirat kelak. 6 tahun ini perlu dilalui dengan penuh hati-hati kerana baki 30 tahun lebih lagi umur dipengaruhi oleh tempoh ini.
Amanah ini khusus kepada kita, sepertimana amanah menanam padi bagi petani. Culas doktor dalam merawat, pesakit menjadi mangsa. Mogok petani turun ke sawah, kosong perut rakyat jelata.
Walau bagaimanapun, doktor dan petani bersama berkongsi tugas sebagai pembawa risalah Nabawiyah. Maka ini satu amanah tambahan bagi kita. Jika manusia mengenali kita sebagai doktor, kita di sisi Allah lebih hebat sehingga diangkat ke taraf ‘khalifah’. Amanah umum iaitu khalifah beriringan dengan amanah khusus iaitu doktor. Khalifah yang tinggi kedudukannya ini pula diimbangi dengan suntikan jiwa hamba agar dapat memerintah bumi sambil tunduk kepada Penciptanya.
Prinsip-prinsip untuk menjadi doktor termaktub dalam rujukan-rujukan antarabangsa seperti Davidson’s, Bailey and Love dan banyak lagi yang dituturkan oleh para pensyarah. Trek menjadi khalifah juga jelas. Quran dan Sunnah adalah ibunya, diajarkan secara lengkap oleh Nabi Muhammad, lalu disambung tugas baginda oleh para ulama. Marhalah ini pula membina ‘TAHU’.
Setelah kita faham bahawa kita menggalas amanah umum dan khusus, maka bersiaplah dari sekarang. Peringkat ini amat kritikal. Dalam kesibukan kita mengejar cita-cita menjadi doktor, jangan lupa satu sisi penting dalam jiwa yang perlu diasuh agar sedar dengan tugas sebagai khalifah. Bagaimana menghidupkan peranan ini ketika di bangku universiti? Marhalah ini mencetuskan ‘MAMPU’.
Cuba lihat diri kita. Adakah kita cenderung menjadi pemikir, atau cenderung melakukan gerak kerja atau selesa memberi ucapan umum? Bangunkan kemahiran tersebut mengikut kecenderungan anda ke tahap maksima. Kesemua kemahiran itu dibina melalui proses yang panjang dengan cara bergaul dengan manusia sekeliling, bergiat dalam persatuan, mengkaji bahan ilmiah, mengikuti kelas pengajian agama, membina rangkaian persahabatan dan banyak lagi.
Pendeknya, gunakan masa untuk membina kerajaan dalam diri. Kita mencari input untuk diri kita menggunakannya sebagai modal menghasilkan diri kita yang lebih baik untuk hari esok, daripada kita, untuk kita dan kerana Allah.
Kita memerlukan sumber malah sumber itu sudah jelas dan tersebut di atas. Jangan berlengah kerana 6 tahun tidak cukup untuk menjadikan kita yang terbaik, tetapi begitu signifikan dalam meletakkan kita di atas trek sebagai khalifah menuju Allah.
Halangan terbesar bagi cita-cita agung ini ialah nafsu. ‘Mahu’ dan ‘tahu’ melahirkan ‘mampu’ dan akan memerangi ‘nafsu’.

“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya, maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku”
(Al Fajr,ayat 27,28,29,30).

Dr. Husmar Isra’ Hussin
Graduan Universiti Ain Sham 2010
Back to top Go down
View user profile http://www.mutiarapermata.blogspot.com
 
Katakan YA,
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: PCM 2009/2010 :: Akademik-
Jump to: