Musim peperiksaan sudah pun bermula! Sekian kalinya, Unit Akademik PCM menganjurkan kempen Exam Fever Campaign bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2010. Dengan bertemakan 'You Reap What You Sow!', kami berharap agar dapat mencapai beberapa objektif yang disasarkan kepada semua mahasiswa/wi iaitu:
* Memberi motivasi secara berkala dan berterusan kepada pelajar
* Menghidupkan suasana budaya ilmu
* Mensasarkan sifar repeat year
* Menerapkan kempen biah solehah
Bagi memantapkan perjalanan kempen ini, kami mengadakan 6 kempen kecil yang lebih khusus dengan bertemakan:
* Support Each Other, Let’s Excel Together
* 7 Hours Of Study & Mumtaz is The Destiny
* In Unity We Pray, In Unity We Study!
* Beat The Stress By 3S's
* Sins Left, Aurah Covered, Ikhtilat Avoided & Lesson Memorized In One Go
* Focus On One Goal & Leave The Others Behind
Beberapa gerak kerja dirancang bagi menjayakan kempen ini seperti:
* Memberikan penanda buku secara percuma kepada semua mahasiswa/wi
* Mengedarkan stiker doa memulakan pembelajaran
* Menyebarkan kata-kata motivasi dan semangat melalui Yahoo! Messenger
* Menjalankan wawancara bersama mahasiswa/wi cemerlang untuk perkongsian teknik belajar
* Memaparkan jadual peperiksaan
* Menghasilkan wallpaper jadual dan motivasi
Semoga kempen ini berjalan dengan jayanya serta dapat membantu mahasiswa/wi perubatan dan pergigian untuk mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang akan datang.