HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 Aurat Wanita Dera Lelaki...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ladyfirst2010



Number of posts : 3
Points : 9
Registration date : 2010-04-14

PostSubject: Aurat Wanita Dera Lelaki...   Wed Apr 14, 2010 4:41 pm

KOTA BHARU, 30 Okt - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata aurat kaum wanita yang terdedah secara meluas adalah suatu ‘penderaan emosi’ yang jarang dibincangkan dalam mana-mana perbincangan akademik.

Tambah beliau, perbincangan tentang penindasan tidak boleh dilihat daripada bentuk penderaan fizikal semata-mata.

“Lazimnya, kita selalu melihat kes penderaan kanak-kanak dan isteri dalam rumah tangga yang mudah kelihatan oleh mata, tapi penderaan emosi ke atas kaum lelaki tidak dilihat. “Solat tidak khusyuk malah tidur kita juga kerap terganggu. Jadi, inilah penderaan emosi ke atas kaum lelaki, tapi tidak ramai dibincangkan dalam bentuk intelektual,” kata beliau dalam persidangan Skima di sini anjuran pertubuhan NGO-NGO Muslim baru-baru ini.

Tambah beliau, melalui kuasa politik yang dicapai oleh PAS Kelantan, maka kerajaan di bawah pimpinannya berusaha menerapkan beberapa nilai Islam semampu mungkin.

“Dalam pelaksanan sistem Islam, Kerajaan Kelantan cukup menekan dalam segala aspek. bermula dari pembinaan infrastruktur sehinggalah kepada hal penjagaan aurat.

“Kita perlu faham bahawa kita berada di bumi Islam, makanya sistem Islam itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh,” kata beliau.

Menurut beliau, sikap enggan melaksanakan pemerintahan Islam bermula daripada sikap manusia pemimpin yang tidak reda, tidak rela atau berpuas hati menjadi seorang Muslim.
“Secara tidak sedar mereka sebenarnya memang tidak berpuas hati dengan hukum Allah. Mereka tak sedar nikmat bernafas, makan, minum dan mereka hidup di atas di bumi-Nya, tapi tidak mahu mengikut suruhan Allah.

“Ini menandakan mereka tidak reda dengan Allah, tapi mereka ingat selama ini mereka telah reda. Kalau mereka reda, ertinya mereka akan guna hukum-hukum Allah ini.

“Kita selalu menyebut, aku reda Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai ad-Deen dan Muhammad sebagai nabi dan rasul, tetapi sejauhmanakah penghayatan ke atas lafaz itu?” tambah beliau lagi.

Menurutnya, perbincangan mengenai aspek pemurnian dalam institusi kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, siasah dan sosial tidak terpisah dengan dosa, pahala, syurga, neraka dan alam akhirat.

“Kalau kita ingat ini semua, maka setiap langkah pentadbiran kita akan menjurus kepada keharmonian hidup bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

Nik Abdul Aziz sebelum itu tidak dapat memberi ucapan pada malam sebelumnya kerana sedikit keuzuran akibat ’salah bantal’. Beliau bagaimanapun akhirnya dapat bersama para peserta keesokannya bagi menggantikan ucapan beliau yang tertunda.

“Saya sebenarnya dah tiba semalam, minum bersama semua. Tetapi, kerana sakit akibat ’salah bantal’, akhirnya saya terpaksa minta diri untuk pulang. Jadi, saya mohon maaf.

“Ini pun penyakit kita juga. Suka salahkan orang lain. Kita sendiri yang salah letak bantal hingga leher sakit, tapi bantal pula yang dipersalahkan,” katanya diiringi ketawa hadirin. emotions - mks.
Back to top Go down
View user profile
Mr Somebody
Viewer
Viewer


Number of posts : 6
Points : 6
Registration date : 2010-04-04

PostSubject: Re: Aurat Wanita Dera Lelaki...   Sun Apr 25, 2010 9:50 am

hidup tok guru!!
Back to top Go down
View user profile
budak baik
Administrator
Administrator


Number of posts : 75
Age : 28
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

PostSubject: Re: Aurat Wanita Dera Lelaki...   Wed Apr 28, 2010 7:24 pm

setuju2.... lol!
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Aurat Wanita Dera Lelaki...   Today at 3:04 pm

Back to top Go down
 
Aurat Wanita Dera Lelaki...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: