Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
Allotropic
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
budak baik
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
meteorex
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
satudua
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
upp_pcm
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
izzati.abdullah
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
hasanbana
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
goLLacaSe
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
kokkunkap
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
CalendarCalendar

 

 Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5)

Go down 
AuthorMessage
budak baik
Administrator
Administrator
budak baik


Number of posts : 75
Age : 35
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) Empty
PostSubject: Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5)   Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5) EmptyTue May 18, 2010 7:51 am

Tiba-tiba dia bangun dari pengsannya....matanya terpejam, tetapi hakikatnya dia sedar...

" Assalamualaikum...!!! "

" Waalaikumussalam..!!! "

Suaranya berubah...tidak seperti abang awi yg tadi..bahasa yg digunakan seakan-akan bunyi jawa...aku mula risau dengan keadaan yg sebegitu rupa..Aku hanya mampu mendiamkan diri dan tidak berani melakukan apa2..

" Mana budak yg nak berubat tu..? "

" Ni dia pak guru..nama dia Mohd Tasnim b. Mohd Halil.."

Mereka memanggilnya pak guru..lelaki yg berada di sisi abang awi tadi menjadi pentafsir/translator..jika tak,haram aku tak phm bahasa dia...

kemudian dia mengambil tanganku semula seperti apa yg abang awi buat padaku masa mula2 tadi..

Dia membacakan beberapa mentera yg aku sendiri tidak memahami akan bunyi sebutannya..Sekali lagi jariku diletakkan ke bibirnya dan disedut........

Setelah selesai menyedut, dia mendiamkan diri hampir 5 minit....

" Hmm...dah takder dah..benda tu dah keluar.."

Benda yg masuk dalam badan aku telah berjaya dikeluarkan oleh abang awi@pakguru..Kemudian dia berpesan agar aku tidak lagi bercakap besar..kerana disini bukan tempat aku..

Biasalah kalo orang lelaki kan..dia mesti nk tunjuk hebat depan perempuan..termasuklah aku yg masa tu suka menakut-nakutkan rakan2 perempuan dengan cerita-cerita hantu..

bila diorang takut, so aku akan nampak seperti seorang yg sangat berani dan macho..hahhaha..konon jer lar..Pastu dah kena macam ni baru ada akal..

sebelum pak guru meninggalkan badan abang awi, dia sempat berpesan sesuatu pada aku..
Dia kata ini yang pertama dan yang terakhir dia bantu..jika kena lagi dia x dapat tolong dah..Aku memahami kata-katanya, dan dia meniggalkan kami dengan ucapan Assalamualaikum..

Mungkin jin islam agaknya..

..............................

" Kringg..Kringg..!!!!!! "

" hallo.."

" Hah..!! ok2, kami datang sekarang..."

Cikgu zul mendapat panggilan dah seolah2 ada suatu kecemasan telah berlaku..Masa tu aku sedang berjalan2 dengan dia dan cekgu amin..tengok2 barangan yg boleh dibeli untuk di bawa balik sebagai kenang-kenangan..

" Dia dah mula.."

" Jom cepat..!!"

Cekgu Amin dan cekgu Zul segera berlari balik ke tapak kem sambil diikuti oleh aku..Aku agak pelik ngan perangai diorang, tadi elok jer..pastu lepas dapat satu panggilan diorang kelam kabut pulak...

Sekali lagi aku mendapati perkara pelik yg dilakukan oleh cekgu Zul..dia berhenti di sebuah titi kecil dan berjalan perlahan dan tiba-tiba mengundur..aku x paham apa yg dia buat..cekgu Amin hanya melihat shj..kemudian mereka berlari semula sehingga sampai ke tapak kem kami..

Aku tak dibenarkan masuk sekali...Aku hanya melihat dari luar kawasan tapak kem..Cekgu Hayati berada diluar..Aku mendapatkan dia..

" Kenapa ni Cekgu...??"

" Ini pasal kamu lar ni..!!"

Aik..!! kenapa tiba-tiba nak marah kat aku pulak..apa yg aku dah buat..Aku buat tak peduli jer lepas kena sound tu..Aku memandang ke arah kemah urusetia kami dan dapat melihat kelibat cekgu Amin sedang melakukan sesuatu..

Aku cuba mengamati apa yg dilakukannya..

" hah..!! "

" Cekgu Amin bersilat dalam keadaan duduk..!!!"bisik hatiku...

Perlakuan yg pertama kali aku lihat dalam seumur hiduku dilakukan oleh cikgu Amin...Aku kebingungan dalam hal ini..


..............................


Sejak dari perkara petang itu, kami semua dikehendaki membaca surah yasin setiap kali lepas solat subuh dan maghrib...Aku tidak mahu bertanyakan sebabnya, kerana aku pasti ada sesuatu yg terjadi dan aku sendiri memahaminya wlupun tidak secara keseluruhannya...

Aku melihat ada kelainan pada wajah cekgu Amin, agak pucat..dan dia selalu batuk..Aku tidak memanjangkan hasratku untuk bertanya kepadanya apakah yg berlaku..

" Tasnim, sini kejap.."cekgu Amin memanggiku..

Rupa-rupanya cekgu Amin tahu aku memerhatikan dia..Kemudian cekgu Amin membuka cerita tentang apa yg terjadi hari tu...

barulah aku memahami keadaan yg sebenarnya...Kawasan tapak kem yang kami terokai dan duduki sekarang ini adalah tapak kawasan sebuah kerajaan jin yg memang sudah lama menetap di situ..dan pokok yg aku togel dan bakar tu adalah tanda istana raja mereka..

Gementar hati aku bila cekgu Amin menceritakan perkara sebenar......

Jadi persetujuan telah dicapai..untuk mengelakkan berlaku kekacauan, kedua-dua belah pihak mesti membuat pagar supaya tidak akan berlaku lagi kerosakan diantara keduanya..jadi mereka buat pagar mereka dan kami buat pagar yassin..jika ada pokok yg kami tebang, maka ia hanya menjejaskan pokok itu sahaja..tidak kepada kerajaan jin itu..

Aku merasa insaf di atas perlakuanku..tidak aku sangka boleh jadi seperti ini..Inilah kuasa tuhan...


...................................


" Kamu budak perak kan..!!"

" Haah. kenapa nie..kelam kabut jer aku tengok.."

" Ada sorang budak kecik pakai baju negeri perak cedera parah kat bawah tue.."

Aku dan 2 orang rakanku terus berlari menuju ke tempat yg di katakan...Aku terpaksa menunggu di belakang kerana hendak menjaga pakaian dan tuala rakanku yg berdua tadi..Kami dalam perjalanan hendak mandi dekat air tejun tadi..terbantut hasrat kami..

Seorang rakanku mengangkat budak itu dan segera membawanya ke klinik kecemasan yg memang disediakan di situ..Kepala budak itu mengeluarkan darah yang banyak..Klinik tidak dapat berbuat apa-apa, lalu menghantarkannya ke hospital berdekatan..Cikgu Balqis mengikutnya ke hospital...

Aku pelik juga, tadi jika tak silap budak itu berada dekat tapak kem...masa kami nak turun tu dia ada bgtau nak ikut, tapi aku x bagi pasal malas nk jage die..so aku suruh dia ajak cekgu mana-mana utk teman dia pergi mandi air terjun..

Alih-alih, dia dah ada kat bawah dan dan cedera..

" Kita kena pulang awal...!!! " cikgu Amin mengumumkan sesuatu yg tidak sedap untuk didengar..

" Kenapa Cikgu..!!! " jerit seorang pelajar..

" Kita menghadapi sedikit masalah..harap semua faham.."

..............................................................


Budak yang cedera itu selamat, tetapi menerima 12 jahitan di dahi...Aku bertanya kepada dia, apa yang terjadi sebenarnya....

Dia menceritakan perkara sebenar kepadaku...Rupa-rupanya, setelah aku menyuruh dia mencari cikgu untuk menemankannya untuk mandi, ada seorang budak ygg tidak dikenali telah mengajaknya turun..

Dia yang merasa teruja terus turun tanpa memberitahu sesiapa pun..Tetapi menggunakan jalan yg berlainan dari jalan yg kami lalui...

Apabila sampai di kawasan air terjun, budak misteri yg mengajaknya tadi telah terjun tiruk kedalam air..kemudian menyuruh pula dia untuk terjun..Tanpa berfikir panjang dia terus terjun dan terhempas diatas batu yg berada di dalam air...

Lukanya berbentuk huruf V terbalik....


...................


" Kami tak nak pulang.......!!!!!!!!"

" Pu Yau..........!!!!!!!!!!!!! "

Para pelajar berteriakan membantah keputusan untuk pulang awal...termasuk lar pelajar2 yang berbangsa cina....Semua yg tidak memahami situasi bertegas untuk tidak mahu pulang..termasuklar aku yg tahu ni..tahu cuma tak memahami...

Tiba-tiba aku dan beberapa pelajar yg mengetuai kumpulan2 dalam daerah kuala kangsar dipanggil oleh cikgu Amin...

Mungkin ada perkara yang ingin di ceritakan kepada kami...tetapi tidak secara umum..

Semua yang dipanggil memasang telinga masing2 untuk mendengar apa perkara yg ingin disampaikan oleh cikgu amin..

" Cerita ini jgn sampai di ketahui oleh pelajar lain..Cikgu hanya percaya pada kamu sahaja untuk diceritakan..." pesan cikgu Amin

Setelah hampir 15 minit kami memasang telinga untuk mendengar cerita itu, barulah kami faham apa yg sebenarnya terjadi di sini....

Sungguh tidak aku sangka....Aku ingat perkara ini sudah selesai semasa perbincangan di antara cikgu amin dan pihak jin tempoh hari..

Sebaliknya yg berlaku...

Perbincangan yang terjadi sebenarnya hanya melibatkan 1 perkara...iaitu dendam...
Darah dibalas darah, nyawa dibalas nyawa..

Pihak Jin mengatakan bahawa, panglima2 mereka sudah banyak yg mati....Istana raja mereka sudah rosak...Yang cedera juga ramai...Jadi mereka nak pembalasan si atas perkara yang telah kami lakukan..

Terasa seperti ada sesuatu yang menyentap hati aku....Bagai nak gugur jantung dan berderau darah apabila mendengar pengakuan dari cikgu Amin...Inilah antara ujian yg terbesar dalam hidup aku pernah aku alami..Termenung jauh aku memikirkan apa akan terjadi selepas ini..Langkah apa yang patut diambil bagi menyelesaikan masalah yg terjadi..

Wajah cikgu Amin pucat adalah berpunca dari kejadian yg sama...Rupa-rupanya setiap malam cikgu Amin akan berlawan dengan panglima2 dari kerajaan jin...hampir 5 ekor setiap malam...cikgu Amin terpaksa mempertahankan hampir kesemua orang yang berada dalam perkhemahan kali ini...

Aku merasa agak kesal dengang perkara yang terjadi...Tidak Aku sangka ia kan jadi seburuk ini...

Darah sudah di dapati oleh mereka..Sekarang tinggal nyawa sahaja yg dikehendaki..

Cikgu Amin Memutuskan kami untuk pulang kerana beliau khuatir tentang perkara berkenaan..Biarlah kami berundur kerana kami telah masuk ke kawasan orang...

malam esok adalah malam jumaat..

Biasanya masyarakat lama akan berasa takut dengan kehadiran malam jumaat....Antara faktor yang dapat aku ketahui ialah kerana malam jumaat adalah malam terkuat bagi makhluk alam ghaib seperti jin dan syaitan...Aku tidak mengetahui kesahihannya..tetapi itulah yang di khabarkan oleh cikgu Amin...

Cikgu Amin mengatakan, jika beliau berlawan lagi pada malam esok akan memberikan suatu keputusan yang tidak diingini berlaku..Jika menang jadi arang, kalah jadi abu..Seolah-olahnya sebegitu..

Untuk tidak mengambil risiko, seluruh guru2 dan urusetia daerah kuala kangsar telah membuat keptusan untuk pulang pada besok pagi..

Semua pelajar yang tidak mengetahui tentang cerita ini masih lagi mengeluarkan kata2 yg agak kecewa, sedih dan merasakan satu kerugian untuk pulang awal...

" you takut setan apa..??"

Begitulah antara soalan2 yang aku terima dari peserta2 berbangsa cina..susah untuk aku menerangkan situasi yang berlaku kepada mereka..Kepercayaan yang berbeza membuatkan aku tidak mampu memahamkan mereka..Biarkanlah persoalan ini tiada jawapannya bagi mereka..

Yang penting semuanya selamat..

...........................


" Saya nak balik dah besok..."

" Yer ker..awalnya..??"

" Ada perkara yang x dapat nak dielakkan..jadi semua kena balik..Hope lepas ni kita dapat jumpa lagi.."

" InsyaAllah...Jika ada jodoh, jumper lar lagi kita.."

" Awak ada no fon tak..Alamat ker..boleh kita berhubung nanti.."

" Kejap lagi saya bagi yer.."

" ok.."

Sempat jugak aku bercerita pada dia tentang aku nak kena balik awal...Seorang peserta perempuan dari negeri perlis yang aku kenal masa tengah basuh pinggan...Agak cantik orangnya dan berkulit cerah..Aku terpikat juga agaknya pada dia, itu pasal mintak alamat dan no fon tu..

Malam melabuhkan tirainya dan pagi menyingkap keheningan yang sangat indah...

Semua peserta berkemas untuk pulang...segala peralatan atau benda yang kami gunakan selain dari milik persendirian hendaklah ditinggalkan..termasuklah buluh2 dan segala macam benda lain...kami kumpulkan setempat dalam keadaan yang sangat kemas dan teratur...

Cikgu Amin mengetuai bacaan doa agar semuanya selamat dan tidak akan memberi kesan sampingan setelah pulang..

Setelah semuanya selesai, kami beramai2 turun ke bawah bukit untuk mendapatkan bas..Sempat aku menjeling dan melambai tangan kepada si dia..walaupun aku kurang nampak kerana kehilangan spek mata, tetapi tetap nampak ke ayuan wajah si dia..

Kami bertolak lebih kurang jam 3 petang dan singgah di kolam air panas di baling untuk mandi dan mencuci badan..

Kami sampai ke kuala kangsar agak lewat kerana singgah di baling agak lama juga..lebih kurang jam 12 malam baru kami sampai dan aku dihantar oleh cikgu Din ke rumah..tiada siapa yang ambil aku..Ayahku tiada kereta, motor pun hanyalah untuk kegunaan dia ke masjid...keluargaku bukanlah dari golongan yg senang..sederhana sahaja..

......................

(16 tahun)

Seminggu selepas itu aku berjumpa dengan beberapa rakanku yang sama2 pergi ke jambori haritu...mereka mendapat berita bahawa semasa kami dalam perjalanan pulang tempoh hari, ada 5 ekor jin yang mengekori...

2 ekor mengekori van yang di pandu cikgu Din, 1 mengekori van yang di bawa ustaz dan 1 lagi mengekori bas..

Yang ikut bas ditewaskan oleh cikgu Amin...Yang ikut van juga ditewaskan dan meminta izin untuk pulang ke tempat asal..dan yang ikut van cikgu Din berjaya sampai ke kuala kangsar... 1 ikut cikgu Hayati dan 1 ikut cikgu Din....

Kemudian mereka berdua berubat dan Alhamdulillah berjaya dipulihkan dari gangguan jin2 tersebut..

Aku bersyukur kerana semua yg terlibat telah selamat dan tidak lagi menerima sebarang gangguan..Perkara ini menjadi 1 titik tolak dalam diri aku untuk menjadi seorang yang lebih matang dalam hari2 yang mendatang...Aku belajar dari kesilapan yang telah aku lakukan...

...................................................


2 minggu lagi kem ekspedisi akan berlangsung....Antara kem yang wajib di ikuti bagi mereka yang ingin mendapatkan gelaran pengakap diraja..

Peserta di kehendaki berjalan kaki sejauh 40 kilometer secara berkumpulan...

Kerana semangat untuk menjadi salah seorang yang bergelar pengakap diraja aku turut mengambil bahagian..

Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 hari itu memberikan pengalaman baru untuk aku...Berjalan kaki sejauh 40 kilometer secara berkumpulan dan di bantu hanya dengan 1 peta yang aku sendiri buat..sebab jalan yang akan kami lalui itu hanya aku seorang jer yang arif..pasal itu kampung aku..

Jadi kami berkumpul pada jam 9 malam untuk mendengar taklimat dari pihak urusetia...
Segala bekalan yang di perlukan hendaklah dibawa untuk kemudahan peserta...seperti lampu suluh, air dan first aid..

Lampu suluh hanya dibekalkan 2 sahaja untuk setiap kumpulan..ketua yang berjalan dihadapan sekali dan penolong yang berjalan dibelakang sekali di amanahkan untuk memegang lampu suluh..

Aku menjadi ketua bagi kumpulan 1 dan mengetuai seluruh peserta dalam perjalanan kali ini..

Terasa sangat teruja....

tepat jam 10 malam kami bertolak...aku memegang lampu suluh ditangan kanan dan memegang sebatang tongkat di tangan kiri..

setelah hampir 30 minit berjalan, kami telahpun hampir melepasi sempadan diantara kampung sayong lembah dengan kampung sayong tebing....

Di hujung sempadan antara 2 kampung ini ada satu selekoh ke kiri dan di situ ada sebatang lampu jalan...jadi agak terang perjalanan kami masa itu..Sampai sahaja di selekoh tersebut, kami dapat melihat rumah2 lama ala kampung di kampung sayong tebing ini...

Di kampung sayong tebing ini ada sebuah rumah orang yang agak kaya..hanya dia seorang sahaja yang mampu memasang penghawa dingin di rumahnya...Rumahnya betul2 yang pertama sekali apabila masuk ke kampung sayong tebing....

Aku bersembang sakan dengan rakan yang baru ku kenali yang bersekolah di kolej melayu...walaupun sekolah aku dan sekolah nya musuh tradisi, tetapi dalam berpengakap kami ditanamkan dengan sikap saling bantu membantu dan tidak mengamalkan sikap bermusuhan...

Sedang asyik bersembang...mataku melilau melihat keadaan sekeliling kawasan yang kami lalui..

Tiba-tiba aku ternampak sesusuk tubuh yang agak asing bagi diriku yang sedang singgah di atas atap rumah orang kaya kampung ni...

Pandanganku terpaku padanya....

terasa seperti masa terhenti buat seketika....

Mataku bertentangan dengannya....


Siapakah gerangan yang aku nampak itu...???

affraid affraid affraid


Nantikan sambungannya...
Back to top Go down
 
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (1)
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (3)
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (2)
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (4)
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: