Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
Allotropic
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
budak baik
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
meteorex
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
satudua
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
upp_pcm
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
izzati.abdullah
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
hasanbana
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
goLLacaSe
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
kokkunkap
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_lcapSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Voting_barSiri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
CalendarCalendar

 

 Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6)

Go down 
AuthorMessage
budak baik
Administrator
Administrator
budak baik


Number of posts : 75
Age : 35
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) Empty
PostSubject: Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6)   Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6) EmptySun Jun 13, 2010 7:51 pm

Wajahnya tidak memberikan riak suka di mataku...Matanya merah menyala bak besi dibakar panas..pandangannya menyorot kemarahan..

Apakan daya diri ini aku hanya mampu melihat dan terdiam tanpa kata-kata...Sudah lama aku mendengar pasalnya, baru kini bertemu rupa..Tidak dapat aku gambarkan dengan kata2 bagaimana rupanya yg sebenar..Hanya yang pernah melihatnya sahaja yang tahu kengerian wajahnya itu..Agak serupa dengan gambaran wajah-wajah pontianak yang sering dilakonkan di dalam filem mahupun drama..

Tapi yang ini adalah LANGSUIR...!!!

Setelah hampir 15 saat berlalu, dia kelihatan bergerak dari tempat asalnya ke kanan dan terus terbang menghilangkan diri beserta hilaian tawanya yang aku ingat sampai hari ni..Mungkin dia merasa takut untuk mengganggu aku kerana agak ramai orang bersama-samaku..

" Ko nampak tak apa yang aku nampak tadi..??" tanya aku kepada budak MC yang sedang berjalan di sebelah aku tadi..

" Apa yang ko nampak.." jawab dia..

" Xder apa2..."

Sahih dia tak nampak..pasal aku tengok dia relaks jer..dah tu siap tanya apa aku nampak pulak....Lepas jer aku nampak langsuir tu, aku dah rasa seriau semacam jer...habis bulu roma aku naik semua..terutama yang kat tengkuk nie..

Fuhh....!!! Mengeluh panjang aku..Banyak betul dugaan aku dalam menempuh liku2 kehidupan ini..x sangka aku diberikan suatu keistimewaan sebegini..Alhamdulillah..hanya syukur yang dapatku panjatkan...walaupun kadang2 mengeluh...

Perjalanan malam tu agak panjang bagi mereka yang tak tahu jalan..bagi aku x berapa nk jauh tapi terasa jugak penatnya..

Sampai shj di sekolah rendah kebangsaan bendang kering kami berhenti rehat dan diberikan taklimat sekali lagi...Aku pon duk relaks sambil menhirup udara segar malam..Perjalanan disambung semula selepas 30 minit berehat..perjalanan kami yang seterusnya mesti melalui jalan besar yang sangat panjang..Dan jalan besar ini akan membawa kami ke destinasi rehat yang seterusnya..

Pada peringkat awal semuanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah..Lampu jalan menerangi perjalanan kami...

Masalah mulai timbul apabila sampai di kawasan yang perlu kami bekerja keras sikit..jalan yang agak membukit sedikit..jalan pon dah senget nk kasi stabil..kawasan itu juga agak gelap dan lampu jalan hanya ada 1 dalam lingkungan setiap 2 kilometer..Lampu suluh sangat diperlukan masa itu..

kelangkangku sudah mulai melecet kerana perjalanan yang sangat panjang..pedih sudah mulai terasa dan peluh sudah mulai melenjunkan baju dan seluar aku..

Sedang asyik berjalan, aku ternampak lampu jalan yang agak tak berapa jauh dari kami..Aku bgtau yang lain bahawa kami akan berhenti berehat di situ sebentar...Sampai shj semua peserta yang berada dalam kumpulan aku terus cari tempat untuk duduk dan minum air..mcm2 kerenah mereka nie..ada yang bergambar, ada yang sempat lelap mata...bagi aku, keselamatan kami amatlah penting..

Apabila aku lihat sekeliling, barulah aku perasan tiada sebuah rumah pun di kawasan ini...hanya ada hutan dan kebun buah-buahan shj di kiri dan kanan...

Tiba-tiba aku terdengar suatu bunyi yang tak berapa nak asing bagi telinga semua manusia kat atas muka bumi tuhan nie...bunyik seperti orang menyapu sampah...Aku agak pelik dari mana datangnya bunyi itu..

Aku mengamati dan dapat mengecam bunyi itu datang dari arah seberang jalan..

tapi yang memelikkan aku, mana ada orang dekat sana...Aku menanyakan salah seorang dari kawanku samada dia mendengar apa yang aku dengari..Kali ni dia mendengarnya..

tanpa berfikir panjang, aku mengajak kawanku tadi untuk pergi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku...Dia mengiayakan walaupun agak takut..Aku bgtau dia supaya jgn takut, kuatkan semangat..

Dengan berbekalkan satu lampu suluh, kami bergerak kearah bunyi tadi..Perlahan-lahan kami mendekati....Sesampai dekat kawasan bunyi tu aku dan kawanku tadi tidak dapat melihat sebarang jejak orang mahupun penyapu..Aku menjadi pelik..seberang jalan ni ada longkang, tapi tiada sekeping daun pun yang ada dalam longkang nie..bersih jer aku tengok..barangkali ada JKR yang bersihkan...setelah memastikan tiada apa di situ, aku pun berpusing dan melangkah untuk kembali ke tempat kami berhenti tadi..selang 3 langkah, bunyi orang menyapu tadi kedengaran semula..

Tehenti langkah kami berdua..aku memandang kawanku dan kawanku memandang aku...kawanku buat muka seriau..Aku menoleh kebelakang, tiada apa2 kelihatan dan bunyi tadi sudah hilang...bulu roma tengkukku mula menegang..

tidak akan aku ambil risiko lagi selepas ini...Aku membuat keputusan untuk balik dan meneruskan perjalanan...pusing sahaja dari kawasan tu, bunyi itu datang lagi..kali ni aku dah xnak ambil tahu dah..aku terus menyuruh kumpulanku untuk bangun dan terus bergerak...Sesudah itu tiada lagi gangguan yang aku terima sepanjang perjalan yg seterusnya..Aku bersyukur kerana gangguan itu hanyalah sekadar begitu, tidak membabitkan perkara lain..seperti histeria dan lain-lain..

...............................

(18 tahun)

Kini aku telah diterima melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian swasta..Pengalaman lalu banyak mengajarku tentang erti kehidupan..Aku membawa segenap pengalaman ku ke IPTS ini..Mungkin pengalaman lalu dapat membantuku untuk meneruskan kehidupan di sini..

Disinilah kehidupan baruku bermula...disinilah aku mula berdialog dengan mkhluk alam ghaib bergelar JIN..

Segalanya bermula apabila aku dipanggil untuk membantu seorang pelajar perempuan atau lebih dikenali dengan panggilan muslimat yang di rasuk oleh jin..Suatu pengalaman baru bakal ditempuh..

Kali ini aku hanya menjadi pembantu kepada seorang ustaz luar yang didatangkan khas untuk membantu..hebat orang nyer..

Kisahnya bermula apabila jin ini ingin mencuba muslimat yang terkena ni...

Dalam bilik muslimat tu ada 4 orang yang tinggal...2 darinya telah pulang bercuti..lagi 2 orang tidak balik kerana ada tugsan yang pelu diselesaikan...Mula-mula jin tu tengok 2 orang muslimat ni dari jauh..Jin ni tengok budak muslimat ni sgt alim..selalu solat,baca Al-Quran dan berzikir...

Dia mengambil langkah untuk mencuba kedua-duanya...Samada betul2 kuat ataupun tidak..
Yang sorang ni dia tak berjaya, kerana memang sorang yang kuat semangat dan hebat..

Seorang lagi muslimat ni pulak, hebat dari segi amalan..Tapi lemah semangatnya..Jadi dia lar yang terkena..

" Bismillah...."

" Siapa kau haaa.....!!!!!" Jerit jin yang merasuk dalam tubuh muslimat itu..

" Ustaz Halim.."

" Apa kau mahu dari aku haa..??"

" Kenapa kau masuk kedalam badan budak perempuan ini...Apa sebabnya..???"

" hahahahahha....!!!!!!"

" Aku punya suka lar nak buat apa..kau sibuk kenapa.."

" Kamu telah mengganggu budak perempuan ini, dan kamu telah masuk ke dalam tubuhnya tanpa izin..Itu sebab aku tanya.."

Seterusnya jin itu bercerita sebab-sebab dia masuk kedalam badan budak perempuan ni..kerana hendak mencuba..itu sahaja alasannya..

Ustaz Halim cuba untuk berunding dengan jin tersebut supaya dia dapat keluar dengan cara baik dan tidak lagi mengganggu pelajar perempuan ini lagi..Perbualan di luaskan lagi skopnya supaya jin tersebut dapat memberikan kerjasama...Jadi ustaz Halim terpaksa melayan cakap jin tersebut..

" Ustaz ni orang mana yer..?"

" Saya orang selangor..Kamu tinggal kat mana pulak..??"

" Aku tinggal kat belakang asrama nie..kat kawasan semak belakang ni..aku tinggal dengan adik-beradik aku..Sekarang ni adik beradik aku tengah ganggu budak2 yang lain.."

" Kenapa tinggal disitu..Kan banyak lagi kawasan yang cantik dan menarik.."

" Ustaz nak tahu kenapa kami suka tinggal kat kawasan ni...? "

" Haa...kenapa..??"

" Pasal, budak perempuan kat asrama ni kebanyakannya pengotor...Buang sampah merata-rata..tak kira lar sampah apa pun..tapi yang paling aku suka tuala wanita lar..hahaa..."

Patutlah budak perempuan kat asrama ni selalu kena ganggu..pasal tidak menjaga kebersihan rupanya..

Ustaz Halim kembali cuba memujuk jin itu keluar dari badan budak perempuan tadi dengan mengajaknya pindah ke tempat lain..

" Kamu nak ikut ustaz pergi jalan-jalan tak..kamu tak payah duduk sini lagi..pindah tempat lain..mana kamu nak pergi, cakap jer.."

" Malas lar ustaz..saya sibuk ni.."

" Kamu masuk islam nak tak..??

" taknak lar ustaz..dulu saya islam, tapi dah keluar...islam penat lar ustaz..kena semayang, puasa lar..macam2..."

" Jom ustaz bawak kamu pergi tempat lain...Bukit bintang nak..??"

" Xnak lar ustaz..bising..!!"

" Ulu yam nak..??"

" lagi saya taknak..banyak jin islam kat situ..."

" Keluar lar..hari dah lewat nie.."

" Aku tengok ustaz pon dah letih, baik ustaz balik dulu..lagipun saya der meeting lepas ni ngan adik beradik saya...saya tengok kawan ustaz dah penat tunggu di bawah pokok kat luar tu...."

Boleh tahan jugak jin ni..dia boleh nampak sahabat ustaz yang ada duk kat bawah tue..

" selagi kamu tak keluar mana ustaz boleh balik.."

" macam ni lar ustaz...kita lawan lar..!!"

" Baik, kita lawan...!!"

" Jangan camtu ustaz..Aku ni kan perempuan, tak elok bergaduh.....Ustaz ni hebat ni, ada aura.." sambil tangan nyer melewati di hadapan ustaz..

takut jugak jin ni kt ustaz Halim..baru dia tau..hehehe..

" Kau boleh jangan banyak cakap tak...keluar jer lar..!!!" aku menengking jin tersebut..

" Kau diam boleh tak..!!!" sambil menunding jari ke arah aku..

Tak guna betul..sekali kena sound balik dengan jin..

" Kalo kamu degil sangat ustaz paksa keluar lar yer.."

" ok2 ustaz..aku keluar.."

" kalo dah keluar jangan masuk lagi lepas ni..paham.."

" Tak pasti lagi lar ustaz kan..tengok lar mcm mana.."

" jangan nak mengada-ngada..sekarang kamu keluar.."

" kejap yer..."

setelah 30 saat berlalu.....

" tak boleh keluar lar ustaz..."

" kamu jangan main2..masuk pandai keluar tak reti..kamu kat mana sekarang ni..ustaz tolak kamu keluar.." sambil menekan bahagian tertentu pada badan budak perempuan tadi..

" kejap2.."

" Arrgggghhhhh......!!!!!!!!!!!!!!!"

budak perempuan tadi menganga dan mengeluarkan bunyi yang aneh dari mulutnya..itu menunjukkan jin tadi mahu keluar...

Setelah jin itu keluar, ustaz memberikan budak perempuan itu minum segelas air putih yang sudah dibacakan ayat2 suci al-quran...

keesokan harinya aku didatangi seorang shbt yang mengetahui tentang kejadian semalam..

" Kau tahu yeop, tadi ayah budak perempuan yang ko tolong tu datang.."

" pastu apa jadi..."

" ayah dia ada satu anugerah dari Allah..Dia memang boleh nampak makhluk yang kita x boleh nampak dengan mata kasar....Aku dengar, ayah dia kejar jin yang ganggu anak dia semalam..tak cukup tanah jin tu lari...tapi x dapat tangkap pasal dia masuk dalam tanah.."

" Padan muka dia, baru dia tau..ingat terer sangat.."

Selepas dari kejadian itu aku semakin matang dalam menangani isu2 yang berkaitan dengan makhluk halus..aku tidak lagi cepat gementar dan rasa takut bila ada perkara2 sebegini berlaku..

....................................................

(19 tahun)

" Aku main last game ni...dah jam 3 pagi ni..esok ada kelas bro..."

" apa barang ko yeop, aku pon ade kelas gak esok..tapi relaks jer, x gelabah pon cam ko.."

" ko kelas petang..aku kelas 8.30 pagi..dah2 cepat.."

selepas selesai main kad poker bersama rakan2 yang berada di bilik tingkat 6 aku pon terus bangun dan ingin balik ke bilik..sambil menyarung selipar di kaki aku berkata pada rakanku..

" korang taknak kirim salam ker kalo aku jumper aper2 kang.."

" cantik gak tu..ko kirim salam sayang aku kat dia.." jawab sorang rakanku..

jawapannya disambut dengan gelak tawa dari semua penghuni bilik tersebut...tidak ku sangka gurauanku itu membawa kepada suatu kejadian yang tidak diingini berlaku..

Pagi itu agak sunyi dan suram...tiada kedengaran suara mahasiswa bernyanyi sambil memetik gitar kapok..cuaca yang agak sejuk menambah keseraman pada malam itu..Aku tidak ambil kisah sangat pasal tu dan meneruskan niatku untuk kembali ke bilik..

langkah demi langkah ku atur menuju ke lif yang berada di hujung bangunan...sambil jari-jemari bermain dengan anak kunci dan kadang2 berlaga dan mengeluarkan bunyi yang agak jelas kedengarannya..tanganku segera menekan butang naik yang ada pada bahagian tepi dinding....

Kedengaran bunyi tali lif bergesel dengan takal menandakan lif sedang naik...

" Tingggg....!!!! "

Pintu lif terbuka dan aku segera masuk dan mataku meliar mencari sesuatu benda yang menarik yang ditampal dibahagian dalam lif ini..

sedang asyik membaca iklan-iklan yang di tampalkan, aku terdengar satu suara memanggil namaku...

" yeop...yeop.... ~~~ "

sayup2 kedengaran....aku segera menoleh kebelakang dan tidak dapat melihat kelibat seorang manusia pun di belakangku..tanganku segera menekan butang buka untuk memastikan siapa yang memanggilku...dalam fikiran dan benak hatiku menjangkakan rakan2 cuba menakut-nakutkan aku..

Aku sengaja berpusing dan mengahadap ke dalam lif semula dan cuba memerangkap mereka yang ingin mengenakan aku..

" yeop...yeop.... ~~~ "

kedengaran sekali lagi...Aku terus berpaling dan tengok tiada siapa di luar lif..Aku mengambil langkah untuk keluar dan tengok di kawasan yang berhampiran jika mereka ada menyorok...bilik ampaian di tuju kerana betul2 bertentangan dengan lif..lampu dibuka dan aku mencari jika ada sesiapa di situ..sangkaanku meleset sama sekali..

aku mula mengira keadaan sekeliling dan merasakan tidak logik jika seorang manusia melarikan diri dengan kadar kelajuan yang sangat pantas tanpa ada bunyi dan kesan..

tiba-tiba angin bertiup sayup membuatkan badanku terasa sejuk.....

bulu roma mula tegak berdiri..terutama di bahagian tengkuk...

Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada malam itu..aku mengambil langkah untuk masuk semula ke dalam lif dan menghadap bertentangan dengan pintu lif..

sambil pintu tertutup, tiada lagi kedengaran bunyi panggilan namaku..lega sedikit rasa hati...

" tingggg....!!!"

lif berhenti menandakan aras tingkat yang ditekan sudah sampai..aku tinggal di tingkat 4...aku melangkah keluar dari lif dan berjalan perlahan...

kedengaran bunyi pintu lif tertutup semula dan diselangi dengan panggilan tadi...

" yeop...yeop.... ~~~ "

" Ahhhh....lantak lar.." bisik hatiku..

sambil menguatkan hati, aku terus menuju ke bilik air untuk menunaikan hajat yang tertangguh...aku teringat kata2 orang tua-tua, jika kita di ganggu jgn terus masuk ke rumah..takut2 mengikut..jadi aku menggunakan alasan itu untuk tidak terus masuk kebilik aku..

Setelah selesai, aku membasuh muka di singki sambil melihat diriku di dalam cermin seraya berkata di dalam hati...

" kalo lar benda tu muncul kat dalam cermin ni, apa aku nak buat kan.."

Nasib menyebelahi aku, kerana benda tu x muncul pada cermin tu..

Aku terus ke bilik dan naik keatas katil dan menyelimutkan badanku yang agak kesejukan..sambil mataku dipejamkan, tetapi telingaku dapat menangkap bunyi orang berjalan di hadapan bilikku..dan kadang2 seperti orang bersembang dan ketawa..aku mengabaikannya dan membaca ayatul Qursi dan terus terlelap....


.............................................



" truutt..truutttt...!!! " tefon bimbitku berbunyi..

" Assalamualaikum....yeop tolong yeop.....!!!"


affraid affraid affraid

apa yang terjadi pula kali ni..nantikan sambungannya..
Back to top Go down
 
Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (6)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (2)
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (4)
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (5)
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (7)
» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (1)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: