Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
Allotropic
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
budak baik
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
meteorex
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
satudua
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
upp_pcm
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
izzati.abdullah
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
hasanbana
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
goLLacaSe
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
kokkunkap
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_lcap10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Voting_bar10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
SunMonTueWedThuFriSat
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      
CalendarCalendar

 

 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Go down 
5 posters
AuthorMessage
budak baik
Administrator
Administrator
budak baik


Number of posts : 75
Age : 35
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty
PostSubject: 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyMon Dec 17, 2007 12:37 am

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"
"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang …"
"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."
"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."
"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."
"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"
"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital … Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"
"Kenal … abah …"
"Berapa orang ?"
"Empat …"
"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"
"Seorang saja … yang lain tidak tahu."
"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "
"Huuuuu … dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "
"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu … sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"
"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"
"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

"Hah! Padan muka si Saman tu … megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"
"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."
"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu …. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."
"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"
"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.…"
"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik … saya runsing sangat!"
"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia.
Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"
"Esok saya nak pergi jumpa bomoh … tentu bomoh tahu. …"
"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik …."
"Habis ?"
"Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah …bantu ibu bapa. Bantu
adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"
"Dunia sekarang memang kejam, puan … anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"
"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik …."
"Dia kerja apa di KL, tu?"
"Katanya pegawai eksekutif syarikat .…"
"Syarikat apa, puan?"
"Kalau tak silap syarikat import eksport … katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar … bosnya baik … selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."
"Oh?"

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"
"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"
"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"
"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video … tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"
"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"
"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"
"Dia tu bekerja, bukan?"
"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."
"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."
"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"
"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"
"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"
"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"
"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."
"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"
Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging b@b!!"
"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"
"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"
"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"
"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."
"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"
"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"
"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"
"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu…"
Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!
"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"
"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"
"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"
"Ah, ada yang parah nampaknya … satu lagi nampak okey .…"
"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"
"Bawa kawan saya keluar, dulu … saya okey. Saya boleh keluar sendiri."
"Mari kita angkat dia ramai-ramai … jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini…"
"Aaaarrrrgggg … aaarrrrgggg ….."
"Masni … Mas … Mas… mengucap … mengucap Mas .…"
"Aaarrrggg … aaarrrggg …."
"Mengucap Mas …ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah … Laaaa ilaaa haillallah .…"
"Laaaa … ilaaaa .…"
"Kata, Laaa ilaaa haillallah …Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .…"
"Laaa … ilaaa …."
"Massss … sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss… sebut Laaa ilaaa haillallah.…"
"Dia sudah tidak ada lagi dek …"
"Masss …sebut Laaa ilaaa haillallah …Masss …sebut …"
"Dia dah tak ada, dek… dah tak ada lagi !"
"Ah, Mas … Mas … mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss … Laaa ilaaa,
tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan … !"
"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"
"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)
"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan …" (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."
"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah …."
"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."
"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "
"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"
"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"
"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati


"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155) Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven [i][b]
Back to top Go down
tuakah
Guest




10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty
PostSubject: hakikat   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyMon Dec 17, 2007 7:31 pm

mungkin ada yg akan mengatakan artikel atau cerita ini karut, tkpon "melampau"

tapi, inilah hakikatnya... malah, tak keterlaluan kalau nk kata, artikel ni hanya sentuh surface... banyak lg yg lebih teruk sdg berlaku dalam masyarakat hadhari hari ini... Malaysiaku Gemilang KAH ?????????

p/s - terpaksaku dgr mp3 dalam KTM komuter akibat terlalu "geli" dan meluat, serta jijik mendengar perbualan dan melihat tingkah laku anak bangsaku.... -sigh-
Back to top Go down
Cik Hijau
Viewer
Viewer
Cik Hijau


Number of posts : 7
Age : 35
Points : 0
Registration date : 2007-12-18

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty
PostSubject: Re: 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyThu Dec 20, 2007 7:05 pm

Realitinya Malaysiaku tcinta semakin tercemar. Andainya kt yg mempunyai kesedaran pun tak mampu nak aplikasi sebetulnya syariat Islam. Mcm mana nak pulang dan mengadap masyarakat yg semakin tcemar dan rosak.

Org tegah maksiat pun dimasukkan dlm penjara, aih Malaysiaku...

Lemahnya kt apabila maksiat depan mata pun tak mampu nak tegah apatah lg di tanah air.
Back to top Go down
http://www.cikhijau.blogspot.com
iqbalhakim
Viewer
Viewer
iqbalhakim


Number of posts : 26
Points : 1
Registration date : 2007-12-06

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty
PostSubject: Re: 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptyFri Dec 21, 2007 1:40 am

ni bukan cerita rekaan..ni cerite reailiti kat mesia..so mulai skarang anda bleh la merencana sebuah perancagan untuk menghadapinya..stadi..stadi gak..masyarakat sekeliling tu..tanggungjawab kite

p/s -budak baik...bleh tolong gtau sape penulis cerpen ni...rasenye cerpen ni dr berita harian kan..
Back to top Go down
panglima islam
Team Member
Team Member
panglima islam


Number of posts : 36
Age : 36
Location : AlamSementara
Points : 0
Registration date : 2007-12-06

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty
PostSubject: Re: 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptySat Dec 29, 2007 11:23 am

Masanya untuk kita mengubah diri kita...
Kita perlu berubah...
Tapi dalam masa yang sama kita juga perlu mengubah...
Mengubah masyarakat kita...
Jangan tunggu sampai kita sempurna dulu (bilanya nak sempurna...)
Itu semua alasan...(aku ni bukannya baik sgt nak ubah org...)
Janganlah berALASAN...
Kalau rasa diri tak baik...usahalah untuk buat diri jadi baik...
Dan dalam masa yang sama(bukan bila dah betul baik-tak jahat langsung), usahalah untuk buat masyarakat jadi baik...

cheers bounce bounce bounce cheers
Back to top Go down
http://panglimaislam.blogspot.com
Nour El
Administrator
Administrator
Nour El


Number of posts : 106
Age : 34
Location : Ad-Daqhiliyyah, Mansoura, Egypt
Points : 13
Registration date : 2007-12-14

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty
PostSubject: Re: 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptySat Dec 29, 2007 11:57 am

membenci dengan hati adalah selemah2 iman...


Last edited by on Sat Dec 29, 2007 12:29 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://ningurlz.blogspot.com
Rahmat
Guest




10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty
PostSubject: Re: 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan EmptySat Dec 29, 2007 12:20 pm

Jangan pandai cakap(tulis) je..
Amal lebih penting...
Back to top Go down
Sponsored content





10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty
PostSubject: Re: 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Empty

Back to top Go down
 
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: