Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
Allotropic
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
budak baik
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
meteorex
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
satudua
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
upp_pcm
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
izzati.abdullah
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
hasanbana
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
goLLacaSe
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
kokkunkap
MUSYRIF OH MUSYRIF Vote_lcapMUSYRIF OH MUSYRIF Voting_barMUSYRIF OH MUSYRIF Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
SunMonTueWedThuFriSat
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      
CalendarCalendar

 

 MUSYRIF OH MUSYRIF

Go down 
AuthorMessage
helangmerah
Viewer
Viewer



Number of posts : 17
Location : Egypt
Points : 16
Registration date : 2007-12-23

MUSYRIF OH MUSYRIF Empty
PostSubject: MUSYRIF OH MUSYRIF   MUSYRIF OH MUSYRIF EmptyTue Jan 22, 2008 9:22 am

Oleh:Ust Salman bin Maskuri
Penasihat Unit Pembangunan Insan PCM

Isu musyrif adalah satu isu yang sering menimbulkan persoalan kepada para pelajar terutama pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke bumi Mesir.Pihak persatuan PERUBATAN sendiri telah menetapkan kepada ahli-ahli akhawat supaya tidak keluar pada waktu malam tanpa ditemani seorang musyrif.Namun pada waktu siang hari akhawat bebas untuk keluar ke mana sahaja tempat yang dihajati.
Jika ditinjau dari sudut agama maka tiada halangan yang menghalang perempuan daripada keluar dari tempat tinggalnya untuk memenuhi keperluan.Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud“Sesungguhnya Allah membenarkan kamu hai wanita untuk keluar bagi memenuhi keperluan”(Hr Ahmad).
Walaupun begitu Islam menegaskan bahawa tempat bagi seorang perempuan adalah di rumah jika tidak ada sebarang keperluan yang memerlukannya untuk keluar. Allah berfirman, “Dan hendaklah kamu hai wanita duduk menetap di rumah kamu”ayat 33 surah Al-Ahzab.
Namun demikian terdapat juga keadaan yang mana Islam tidak menggalakkan perempuan dari keluar dari tempat tinggalnya iaitu apabila boleh membahayakan keselamatannya atau membawa kepada maksiat.Ini jelas dari hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya diri perempuan itu adalah aurat(boleh membawa kepada fitnah).Apabila perempuan itu keluar maka syaitan akan mengawasi dan menghiasi dirinya(sehingga lelaki tertawan dan membuat maksiat)”hadis riwayat Tarmizi.
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang perempuan itu berupaya menarik perhatian lelaki dan menggodanya.Ini boleh mendedahkan perempuan tadi kepada bahaya gangguan seksual dan pelbagai lagi fitnah.Fitnah ini lebih banyak terjadi kepada pelajar-pelajar perempuan yang belajar di luar negara. Perkara ini disebabkan persepsi masyarakat tempatan yang menganggap pelajar-pelajar asing mudah dikacau dan diganggu kerana tiada yang dapat melindungi mereka.
Suasana di Mesir tidak menyokong keselamatan yang baik kepada pelajar-pelajar perempuan.Telah diketahui umum bahawa perbelanjaan kahwin di Mesir memerlukan belanja yang bukan sedikit sehingga menyebabkan ramai lelaki Mesir menangguhkan perkahwinan kerana terpaksa mencari kewangan yang mencukupi terlebih dahulu.Kesukaran untuk berkahwin menyebabkan segelintir dari mereka melempiaskan nafsu bukan melalui saluran yang halal seperti mencabul kehormatan,rogol,dan lain-lain.Tabloid hawadis sendiri mendedahkan banyak kes jenayah seperti gangguan seksual,rompokan,dan pembunuhan berlaku di Mesir dan kebanyakannya berlaku pada waktu malam.
Dalam Al-Quran ada dijelaskan tentang adanya kejahatan-kejahatan yang banyak pada waktu malam. Allah S.W.T berfirman, “Dan Aku berlindung dari kejahatan malam apabila ia berlabuh”surah Al-Falaq.Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda “Kalaulah manusia tahu tentang keburukan berjalan seorang diri, nescaya aku tidak akan dapat mengetahui adanya orang yang sanggup berjalan seorang diri pada waktu malam”.
Ini menunjukkan bahawa waktu malam adalah sangat berbahaya terutama kepada perempuan yang dijadikan Allah SWT kurang dari segi kekuatan fizikal berbanding lelaki.Kurangnya kekuatan fizikal memerlukan bantuan lelaki untuk melindungi dan membantu mereka. Dalam surah Al-Qasas ayat 23 dan 24 ada disebut kisah dua orang anak perempuan Nabi Syuib yang berusaha untuk mengambil air namun tidak berjaya kerana ramainya orang.Lalu datanglah Nabi Musa AS membantu mereka.Dalil ini menunjukkan bahawa bilangan perempuan yang ramai juga memerlukan bantuan lelaki dalam keadaan-keadaan tertentu
Sememangnya menjadi kewajipan bagi akhawat untuk tidak mendedahkan dirinya kepada bahaya. Firman Allah SWT “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”surah Al-Baqarah ayat 195.Nabi SAW juga bersabda “Janganlah melakukan perkara yang memudharatkan diri kamu dan diri orang lain.”riwayat Ibnu Majah.
Kes-kes pelajar perempuan Malaysia yang menerima ganguan seksual daripada orang Arab di Mesir ini bukanlah satu perkara yang dapat dirahsiakan lagi.Sebab itulah diwujudkan sistem musyrif di bumi Mesir ini iaitu untuk membantu dan melindungi keselamatan akhawat dari diganggu.Sesungguhnya akhawat yang keluar malam tanpa pantauan musyrif adalah mendedahkan diri kepada bahaya dan boleh membawa kepada kemudharatan.
Dalam Islam ada disebut satu istilah iaitu “sadduz zara’ie” yang mana ia menyekat dan menghalang semua perkara yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang dilarang. Seperti mana haramnya bercium bukan mahram kerana membawa kepada zina. Jadi perempuan yang keluar malam berseorangan tanpa musyrif juga boleh membawa kepada perkara-perkara yang dilarang iaitu mendedahkan diri kepada bahaya. Disebabkan faktor keselamatan inilah maka pihak persatuan PERUBATAN tidak membenarkan akhawat keluar pada waktu malam tanpa ditemani musyrif.
Kedatangan kita ke bumi Mansurah untuk menuntut ilmu perubatan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin sebelum pulang ke tanah air bergelar seorang doktor.Justeru adalah sangat penting untuk kita menjaga keselamatan diri supaya cita-cita dan harapan tinggi mak ayah tidak berkecai begitu sahaja disebabkan kelalaian dan kecuaian kita dalam menjaga keselamatan diri.Tiada salahnya kita berwaspada dan berhati-hati.Mencegah lebih baik dari merawat.

Unit Kebajikan PCM 07/08 Smile

[b]
Back to top Go down
 
MUSYRIF OH MUSYRIF
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Musyrif~
» Permasalahan musyrif
» etika musyrif
» Jadual Musyrif
» Komik: mUSYRIF

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: PCM 2009/2010 :: Kebajikan-
Jump to: