Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
Allotropic
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
budak baik
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
meteorex
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
satudua
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
upp_pcm
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
izzati.abdullah
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
hasanbana
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
goLLacaSe
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
kokkunkap
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_lcapJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Voting_barJiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
May 2024
SunMonTueWedThuFriSat
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar

 

 Jiwa Da'ie,Otak Fiqh....

Go down 
AuthorMessage
QaLbunn
Guest




Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Empty
PostSubject: Jiwa Da'ie,Otak Fiqh....   Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyTue Dec 25, 2007 11:56 pm

[size=12]Semasa
hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa
yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah
soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh
rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang
keras.Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh
mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal
ini?


Kata
Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum
menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat,
manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.


Lantas
Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat
islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi
yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas
juga berbuat demikian".


Inilah
yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang
berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah
untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk
itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk
para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman
Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood".


Kita
perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam
pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan
mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas,
jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah
Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku
di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini
bukannya masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak
mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah,
tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.


Inilah
yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan
orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para ustaz yang
asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah..."


Seorang
Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang diseru,
sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang
dia bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One Utama
Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di
situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita
menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa
jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan
masyarakat?


Saya
selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah
10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah
20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah
Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in
wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God
doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"


Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela
anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan
jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan
memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah
al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap
gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum
dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya
ingat dan bentangkan dengan fasih!


Tetapi
saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan
kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan
kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih
dahulu".


"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang
bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana
lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti
itu?", saya menguji.


"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well,
kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi
sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada
tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita
yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin
saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti,
pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.


"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.

"Hmm,
awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak
nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi
saya.


"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi
kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan
hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang
kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya
jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk
ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau
sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan
ke?", saya bertanya kepadanya lagi.


"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

"Saya
rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada
sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan,
andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di
sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan
kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan
jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah
juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada
Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan
kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya
yang bernama..."


"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas
aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau
konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang
lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria
Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:


"Andainya
saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup
ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena
sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam
hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang,
maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung.
Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah
lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang,
tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak
setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan
kita bela
anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air
dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci
anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"


Alhamdulillah
dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan
kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya
sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih
dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang
berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya
mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum
memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya
hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami
terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum
secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"


Atas
nostalgia peristiwa Hasan al-Banna itu, marilah kita bersama-sama
mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN
TO BE UNDERSTOOD".
[/size]
Back to top Go down
nur iman
Viewer
Viewer
nur iman


Number of posts : 34
Points : 0
Registration date : 2007-12-10

Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... Empty
PostSubject: Re: Jiwa Da'ie,Otak Fiqh....   Jiwa Da'ie,Otak Fiqh.... EmptyWed Dec 26, 2007 9:17 pm

assalamu'alaikum..

alhmdulillah, syukran atas post yg menarik..

jiwa da'ie, otak fiqh.. actually, ana pernah baca artikel ni.kalu tk silap ambil dr blog saifulislam kan?
harap dapat sertakan sumber dari mana sesuatu artikel tu diambil..
bukan apa, kita perlu hormati hak penulis..takut penulis tu tk redha plak..ahsan jika dpt mnta kebenaran dlu dari penulis sebenar. klu tk mampu, cukuplah sekadar menulis dari mana sumber diambil..klu tk silap ana, dlm blog Ust Salman ada ceritakan tntg hal menukilkan karya org lain..(Fatwa Dr Wahbah Zuhaili; September 2007)

sebagai peringatan bersama..


Wallahu'alam..

~"Seek to understand,then to be understood"~
Back to top Go down
 
Jiwa Da'ie,Otak Fiqh....
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Beza Otak Lelaki dan perempuan!!!
» Memperkasa Hiburan Mendidik Jiwa [majalah I dis 07]

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Adakah anda Bersedia :: Agama-
Jump to: