Who is online? | In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot None Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am |
Latest topics | » Tahun 2 PerubatanTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen » BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El » Promosi VOIP Super Duper Deal!!~Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El » AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello » Qillerk's VoIP~ just for you..<3Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El » aku ingin menangisMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana » semangat belajar dan semangat juang Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana » Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik » Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah » Senarai Barang-barang jualan Unit EkonomiWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud |
November 2024 | Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
---|
| | | | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | Calendar |
|
|
| Mengenal PAUL / PAULUS | |
| | Author | Message |
---|
kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Mengenal PAUL / PAULUS Sun Jan 13, 2008 9:01 pm | |
| * Paulus ialah tokoh penting dalam agama Kristian.
* Nama asalnya ialah 'Saul' , merupakan rasul bagi agama Kristian.
* 'Paul atau Paulus adalah gelarannya.
* dalam dalam buku 100 orang terkemuka di dunia meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepas * Nabi Muhammad SAW dan Jesus . * Jesus ialah Nabi Isa dalam Islam.
Biodata
* Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, * berguru dengan Gamaliel. * Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. * Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom. * Paulus mati pada 64 masihi , di zaman Kaisar Nero . []Kisah Rasul-Rasul]] * ( 22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). * Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.
1. Riwayat hidup Paulus diceritakan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. 2. Isi Kitab Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya. 3. Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas , seorang pengikut Paulus. 4. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas juga ditulis oleh Lukas. 5. Oleh itu, tidak hairan jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus.
Last edited by on Mon Jan 28, 2008 6:06 pm; edited 1 time in total | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Paulus memasukkan ajaran Philo Sun Jan 13, 2008 9:12 pm | |
| Paulus telah menyelit dan memasukkan fahaman dan ungkapan baru ke dalam gereja. Antaranya ialah : • Anak sulung Tuhan , • Pengantara antara Tuhan dan manusia , • Gembala yang baik, • Bayang-bayang Tuhan, • Roti kehidupan , • Yang suci , • Kurnia Tuhan kepada manusia selaku penebusan dosanya , • Imam Besar, • Tuhan yang kedua , • Pemberi air hidup yang kekal , • Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , • Tuhan satu yang bersifat tiga, • Yang anak itulah yang kedua daripada tiga-tiga yang suci. Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya . Philo ialah ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil. Paulus dikatakan murid Philo dan Plato , bukan murid Jesus. | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus Mon Jan 14, 2008 5:00 pm | |
| Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus
Paulus dikatakan banyak menulis surat kepada pelbagai pihak. • 14 surat-surat Paulus telah ditetapkan sebagai kanun . • 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul dijadikan kanun juga. • Oleh itu jadilah ajaran-ajaran yang bersumberkan Paulus menjadi ajaran-ajaran Kristian. • yang selanjutnya disebut ajaran-ajaran Jesus. | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Paulus menyelewengkan ajaran Jesus Mon Jan 14, 2008 5:17 pm | |
| Paulus menyelewengkan ajaran Jesus• Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan para pengikutnya. • Dia tidak belajar kepada Jesus sendiri. • Kemudian tiba-tiba dia mengaku bertaubat dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. • Paulus mendakwa berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik lalu bertaubat • Dan dilantik sebagai rasul. • Damsyik ialah ibu negara Syria kini. Akhirnya bagi orang Kristian , • Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. • (14) Empat belas surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru • Dan dianggap sebagai kanun dan kitab suci. Ramai pengkaji mendakwa Paulus sebagai penyeludup ke dalam agama Kristian • Dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, • Mengubah isi dan bentuk ajaran Kristian yang asli. • Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil bikinan Paulus , bukan ajaran Jesus!! St Barnabas dalam Injil Barnabas • mendakwa Paulus termasuk golongan sesat . • Dia melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al Masih sebagai anak Allah, • Menghapuskan bersunat yang diperintahkan oleh Allah untuk selama-lamanya • Dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 1-9 ; pasal 222:1-6). | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Paulus menzalimi pengikut Kristian Thu Jan 17, 2008 5:33 pm | |
| Paulus menzalimi pengikut Kristian • Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya. • Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian. • Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . • Jika ditemui lelaki dan perempuan berugama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah Rasul-Rasul 9:1-2) Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat • Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik untuk menangkap dan memenjara pengikut Kristian . • Ini kerana Paulus telah berjumpa dengan Jesus orang Nazaret berhampiran kota Damsyik. • Di sana, Ananias seorang pengamal kitab Taurat mencadangkan Paulus dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21). | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Paulus mengaku menjadi rasul Fri Jan 18, 2008 5:54 pm | |
| Paulus mengaku menjadi rasul!!! 1. Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengaku menjadi rasul Jesus. 2. Sedangkan Jesus tidak pernah diketahui orang telah melantik/mengangkat Paulus menjadi rasul. 3. Hanya Paulus menyatakan dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul. Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. • Selepas kejadian di atas, Paulus cuba hendak berkawan dengan murid-murid Jesus, • Tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya Paulus adalah murid Jesus. • Mereka tahu Paulus amat bencikan Jesus dan murid-muridnya. Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus. • Namun selepas itu St Barnabas berselisih pendapat dengan Paulus. (Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 ) Paulus mendakwa Injil yang diajarnya diterima langsung dari Jesus
1. Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara dengan Jesus. 2. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120) 3. Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya tidak diterima daripada rasul-rasul dan murid-murd Jesus. 4. Tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan Jesus tidak ada lagi di kalangan mereka. 5. Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi bukan Tuhan!!! | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain Sun Jan 20, 2008 6:35 am | |
| Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain • Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru lain. ( Galatia 1:6-9) . • Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil lain. Jesus pada Paulus sangat berbeza
• Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwayat Jesus yang berlainan daripada gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). • Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang daripada 'rasul-rasul yang utama'. • Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru lain yang turut mengajar tentang Injil. | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi Sun Jan 20, 2008 6:37 am | |
| Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi • Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi • Dan mereka mahu membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di dalam rumah sembahyang di Damsyik , • Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus itu Kristus. • Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. • Tetapi Paulus diselamatkan oleh murid-muridnya dan dibawa ke Jerusalem. • Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah. ( Kisah Rasul-Rasul 15:39). • Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak berbangsa Israel. Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang kafir
• Jesus hanya disuruh mengembangkan Kristian kepada bangsa bani Israel yang 'sesat' ( Injil Matius 15:24, ). • Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orang-orang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6). Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah 'ayat tambahan'.(ms 61) • Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orang-orang kafir ( Galatia 2:7-80). • Bani Israel yang menganut agama Yahudi mengamalkan amalan bersunat. • Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir. | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Paulus menghapuskan bersunat Mon Jan 21, 2008 7:18 pm | |
| Paulus menghapuskan bersunat• Amalan bersunat amat penting dalam agama Yahudi. • St Barnabas menyatakan Paulus telah menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya. • Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan sebagai perjanjian kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14). • Sesiapa yang tidak bersunat dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. • Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi Ibrahim hingga ke hari ini. • Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat . Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19). • Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 15). • Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan kekal hingga ke hari ini. ( Kol 2:11,12) [You must be registered and logged in to see this link.]Paulus menghalalkan daging yang najis
• St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6). • Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan seperti babi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14). Tetapi Paulus telah menghalalkan • babi , • bangkai • Dan lain-lain ketika menghantar surat kepada orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12) Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan dilarang makan dalam Perjanjian Lama. Manakala golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini. [You must be registered and logged in to see this link.] | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Paulus membatalkan Taurat Musa Wed Jan 23, 2008 7:17 pm | |
| Paulus membatalkan Taurat Musa • Jesus datang tidak hendak merombak hukum Taurat tetapi hendak menyempurnakannnya • Sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di dalam kerajaan syurga ( Injl Matius 5:17-19). Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7) • Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 : • Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . • Dan Taurat Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). • Taurat Allah diletakkan dalam peti perjanjian ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4). • Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . ( Ulangan 31:25,26). • Taurat Musa sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur 119:14, 165). | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Dosa Waris Thu Jan 24, 2008 9:01 pm | |
| Paulus mengajarkan dosa waris • Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwariskan kepada mereka dari Adam , • Kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18) .
Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan Jesus • Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan dosa manusia. ( Surat Paulus kepada Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani 9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4). Paulus mengajarkan Jesus sebagai pengantara Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ). Paulus mengajarkan Jesus bayangan Tuhan
• Paulus mengajarkan bahawa Jesus menjadi bayangan Tuhan dan ia terlebih dahulu dari segala makhluk dan ia menjadikan segala sesuatu di langit dan di bumi. ( Kolose 1:15-17). | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir Mon Jan 28, 2008 5:24 pm | |
| Ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir • Akhirnya ajaran Paulus berkembang di kalangan orang kafir, bukan di kalangan bangsa bani Israel. • Ini kerana Paulus telah bekerja sungguh-sungguh dan pergi jauh ke pedalaman dan luar daerah. • Paulus dikatakan telah berjalan kaki sejauh 7800 km - 9000 km. • Perjalanannya tanpa kapal terbang atau apa-apa kenderaan.
Paulus menghalalkan cara demi tujuan
• Paulus membenarkan seseorang menjadi Yahudi agar akhirnya orang Yahudi itu menjadi Kristian. • Jika dia berhadapan dengan Yahudi, dia akan menjadikan dirinya seperti orang Yahudi. • Jika dia berhadapan dengan orang yang mengamalkan hukum Taurat, dia akan berpura-pura mengamalkan hukum Taurat.. o "Maka segala sesuatu halal bagiku". ( I Korintus 9: 20-22 ; 6:12 ; Rum :7). o Paulus mengangap berdusta itu tidak salah jika dengan dusta itu kebenaran Allah melimpah kepada kemuliaan. Falsafah ini diamalkan oleh Machiavelli. Paulus mampu melakukan perkara pelik
• Paulus dianggap rasul kerana telah melakukan perkara pelik umpama mukjizat atau dianggap mukjizat.. • Tetapi Injil Matius sendiri menyatakan ada Kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dengan mengadakan perbuatan dan pertunjukan yang pelik-pelik. Perkara yang pelik-pelik tidak dapat dijadikan bukti akan kebenaran seseorang rasul. ( Injil Matius 24:24). • Perlu diingat Kisah Rasul-Rasul dikarang oleh Lukas iaitu seorang pengikut Paulus. • Lukas tidak melihat semua yang dilakukan oleh Paulus dan tidak mengikut perjalanan Paulus sejauh 7800 km itu. • Mungkin Paulus mereka-reka cerita akan kehebatannnya . • Yang pasti Lukas banyak mengunakan cerita-cerita lisan untuk tulisannya khususnya dari Paulus yang dikutinya hingga ke penjara. | |
| | | kokkunkap Team Member
Number of posts : 37 Points : 0 Registration date : 2007-12-08
| Subject: Paulus setanding Abdullah bin Sabak~Last chapter~ Mon Jan 28, 2008 5:32 pm | |
| ~Last chapter~ Paulus setanding Abdullah bin Sabak • Zaman Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin Sabak. • Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim. • Beliau seorang pendeta Yahudi . • Beliau turut menghidupkan api perang antara Ali Abi Talib dengan Muawiyah. • Abdulah bin Sabak memihak kepada Ali , membela Ali dan kaum kerabat Nabi Muhamad. • Dengan itu ramai orang tertarik kepadanya. Abdullah bin Sabak • akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu Tuhan. • Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi. • Setelah Muhamad wafat, roh itu pindah kepada Ali Abi Talib. • Kemudian pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi Imam. Ketika Abdullah bin Sabak dan pengikutnya bertemu Ali, • Beliau berkata 'Engkau Tuhan', 'Engkau Dia'. • Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk membakar mereka. • Tetapi mereka menyambut dengan 'Kini nampaklah kepada kami kebenaran bahawa dia Allah , kerana yang menghukum orang dengan Api hanya Allah'. Semasa Ali menjadi Khalifah , • pernah hendak menghukum mati ke atas Abdullah bin Sabak. • Tetapi ramai menghalang kerana jasanya membela keluarga Nabi Muhamad. • Jadi Abdullah diasingkan ke Madain . • Usaha Abdulah bin Sabak masih berterusan tapi berjaya dibendung . Rujukan * HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Agama : Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur , 1982, hlm 369 1. Dr S Van Der Linder , Tafsiran Rum , Badan penerbitan Kristian , Jakarta, 1960) 2. Khawaja Kmaludin, BA, LLB, Mata Aliran Kekristianan, 64-65 3. Drs M.E. Duyverman - Pembimbing ke Dalam Perjanjian Baru , Badan Penerbit Kristian, Jakarta, 1966, hlm 87 4. Drs M.E Duyverman, Pembimbing ke dalam Perjanjian Baru , Badan Penerbit Kristian , Jakarta, 1965) 5. Dr H Van Den Brick - Tafsiran Kisah Rasul-Rasul , Badan Penerbit Kristian, Jakarta, 1960, hlm 5 Terima Kasih kerana mengikuti artikel Mengenal Paulus..semoga memberi sedikit daripada sejuta ilmu yang ada di buih lautan..Moga berjumpa lagi di lain Artikel..insya-Allah. Jika ada yang tersilap. Ana memohon maaf dari jari yg tidak mengenal huruf,dari hati yang tidak mengenal kebenaran,mohon tongkat untuk dipimpin mata yang gelap gulita.... Salam. | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Mengenal PAUL / PAULUS | |
| |
| | | | Mengenal PAUL / PAULUS | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |