.... Guest
| Subject: Adab menguap... Sun Dec 16, 2007 12:50 am | |
| adab menguap. yawn..... 1. Menahan menguap sekadar termampu. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta’ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillaah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan ‘Yarhamukallaah!’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap. Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya. 3. Makruh mengangkat suara ketika menguap. Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w. tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah. bunyi cam simple. tapi ade jugak yg xobserve these adabs. kann? tanak ngaku sudah. hehe |
|
subuhboy Guest
| Subject: aikk.. Sun Dec 16, 2007 7:04 am | |
| Salam.. masyaAllah nabi tak pernah menguap ke???.. kalau bersin,mmg tak boleh berbunyi ke..contohnya acuuuu! skit2 je..sbb rasanya tak ada orng bersin,tidak berbunyi.".cuba buat".. |
|
iqbalhakim Viewer
Number of posts : 26 Points : 1 Registration date : 2007-12-06
| Subject: Re: Adab menguap... Sun Dec 16, 2007 9:04 am | |
| salam.. alhamdulillah artikel yg menarik n bleh menambahkan ilmu. nampak simple jer kan menguap ni. tp perlu ade cara gak. oh alangkah indahnye islam ni. | |
|
goLLacaSe Team Member
Number of posts : 40 Age : 35 Location : egypt Points : 1 Registration date : 2007-12-10
| Subject: Re: Adab menguap... Sun Dec 16, 2007 1:46 pm | |
| sungguh tidak comey mereka yg menguap dgn mulut yg ternganga luas..baik lelaki mahupun perempuan.klu perempuan lebih2 lagi sgt x comey hayati adab Rasulullah SAW sesunguhnya baginda contoh terbaik sepanjang zaman! | |
|
izzati.abdullah Superb Member
Number of posts : 45 Age : 36 Location : mansoura,egypt Points : 1 Registration date : 2007-12-15
| Subject: Re: Adab menguap... Sun Dec 16, 2007 4:02 pm | |
| contohi adab n akhlaq rasulullah..krn nabi saw adalah sbaik2 contoh keperibadian.. | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Adab menguap... | |
| |
|