Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 27 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 27 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah Vote_lcapEdisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah Voting_barEdisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah Vote_rcap 
Allotropic

budak baik

meteorex

satudua

upp_pcm

izzati.abdullah

hasanbana

goLLacaSe

kokkunkap

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
March 2024
SunMonTueWedThuFriSat
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      
CalendarCalendar

 Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah

Go down 
AuthorMessage
Hijau Yang Damai
Viewer
Viewer

Number of posts : 33
Points : 0
Registration date : 2007-12-11

Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah Empty
PostSubject: Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah   Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah EmptyThu Nov 06, 2008 8:06 pm

Pilihanraya Di Lembah Mansurah
Sempena pilihanraya Parlimen Mansurah, bagi peti Undi persatuan PERUBATAN mesirMungkin artikel kali ini berguna untuk. mereka yang tergerak menjadi calon dan pengundi. Artikel ini dilontarkan disaat-saat manusia ingin melabuhkan punggung di atas kerusi tanggungjawab. Maka saya bukakan perincian serta faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh pimpinan baru dan pengundi untuk di ketengahkan dan di perkemaskan.

Tauladan kini

Kempen-kempen mulai bergema mengenai calon-calon yang mana perlu dimenangkan pada saat ini. Tetapi Tidak ada kedengaran Isu dan Aspek apakah yang perlu diperjuangkan oleh calon-calon pimpinan. Budaya mengangkat pemimpin tanpa mengetahui visi dan perjuangan calon adalah satu malapetaka. Untuk apa kita mengundi si Polan itu? Kenapa? Apa yang dia tahu tentang hasrat pengundi?

Jika di Kampus-kampus tempatan, kita ada kan hari manifesto, supaya pengundi dan calon mendapat peluang untuk mengenal hati budi dan buah kepala masing-masing.

Pemilihan calon haruslah juga perlu menilai kriteria sumbangan dan peranan yang perlu diberi oleh calon mereka dalam membaik pulih kelemahan yang ada. Jika benar anda sanggup memberi satu risiko amanah kepada calon,maka adakah anda sedar, tujuan dan sebab mengapa anda perlu menangkan calon tersebut?

Setelah calon itu menang, apa yang anda mahu dari calon itu lakukan? Maka disini, pemikiran kuno dan lapuk soal memilih pimpinan perlu diubah, perlu wujud satu budaya yang mana, calon yang bakal naik itu perlu mempunyai visi dan misi yang jelas bagi diri dia dan juga kepada pengundi bahkan para penyokongnya sendiri arif tentang hala tuju gerak perjalanannya nanti. Kesimpulannya, sang pengundi tahu apa yang calon mahu, dan calon tahu apa yang pengundi mahu. Perlu ada keseimbangan diantara perkongsian visi dan misi diantara kedua-dua belah pihak ini.

Kriteria Kini

Soal calon yang soleh dan terkenal dengan rekod 'bersih' menjadi faktor pemilihan memang dapat diterima untuk menjadi faktor pemilihan. Bahkan perkara seperti ini tidak menjadi masalah bagi pelajar perubatan mansurah untuk ketemu calon sebegitu. Namun bagi saya, soleh dalam kriteria pandangan pengundi tidak cukup jika pengundi tidak melampirkan bersama dasar pemilihan itu dari aspek Fiqhul Waqi'.

Fiqhul Waqi', iaitu memahami keadaan, situasi atau kondisi semasa dalam kelompok atau persekitaran disekitarnya, samada masyarakat mahupun individu. Dan ini bermula dengan kelompok pengundi dahulu.

Adakah para pengundi sedar dan maklum tentang kondisi dan khabaran masyarakat disekitar anda? Apakah masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli? Apakah perubahan yang perlu dilaksanakan? Apakah pelaksanaan yang perlu disemak semula ?

Maka perkara seperti ini memerlukan masyarakat yang mengambil tahu antara satu sama lain, dari istilah yang lebih santai ialah AMBIL PEDULI.

Kita harus peduli, baik dalam soal menegakkan hak Allah Subhanahu wa Taala, mahu pun pada menunaikan tuntutan hablun min al-naas. Apabila soal mengambil berat di antara satu sama lain itu merosot dalam amalan bermasyarakat, maka ia adalah petanda merosotnya ukhuwwah. Kemunduran ukhuwwah adalah tanda jelas pada merosotnya iman dalam kehidupan.

Apa yang hendak kita harapkan dari rakyat jika diri rakyat sendiri tidak jelas tentang masalah mereka. Kerana dari rakyat lahirnya pemimpin. Maka ia bermula dari rakyat iaitu pengundi. Apa yang kita harapkan dari seorang pengundi yang tidak ambil kesah tentang teman-temannya, jerih perih kawan-kawannya. Adakah pengundi yang sentiasa memikirkan keselesaan dirinya sahaja mampu menentukkan pemimpin yang mana berkualiti untuk dipilih?

Pandangan Tak Seberapa

Isu Utama pada tahun ini pastinya isu akademik, namun amat malang kiranya jika isu ini terlepas pandang untuk di suburkan dalam tempoh pemilihan calon ini. Kita berdepan dengan situasi sapu masalah di bawah tikar. Sepanjang pantauan yang dibuat, tidak ramai yang meletakkan isu ini sebagai isu masa depan persatuan.

Saya melihat, isu akademik merupakan satu beban yang perlu digalas untuk diperjuangkan oleh persatuan untuk sesi mendatang ini. Dan beban ini perlu diletak sendiri oleh ahli-ahli sendiri, dan bukan di kutip oleh pimpinan semata. Kita mahu kan satu desakan dari pengundi sendiri dalam konteks masalah ini.

Jika pada Pilihanraya tahun yang lalu, isu pokok adalah masalah disiplin dan sahsiah pelajar. Bahkan pimpinan yang lepas telah bertungkus lumus dalam menjayakan kondisi masyarakat berakhlak atau lebih sinonim dengan bia'h solehah. Maka tahun ini, kita perlu ada penambah baikkan. Kompenan baru yang perlu diberi perhatian ialah bia'h akademik cemerlang. "Muslim cemerlang dunia dan akhirat" .

Masalah merudumnya tahap akademik pelajar PERUBATAN Mansurah perlu dinilai dengan aspek yang luas dan kekuatan momentum faktor pengaruh. Perbincangan akademik banyak terhenti dengan masalah time management dan disiplin. Bagaimana dengan pengaruh luar, seperti wujudnya pengaruh-pengaruh dari Kelab berunsur politik iaitu NADI UMNO. Munculnya anasir ini mencentuskan ketidakpuasan banyak pihak, sudah tentunya ia menimbulkan sentimen politik, apa kata mereka yang menyokong PAS, DAP atau PKR?

Maka, unsur-unsur seperti ini melarikan titik fokus pelajar terhadap akademik terhadap sesuatu bentuk politik yang tidak sihat. Kenapa saya katakan tidak sihat? Nadi UMNO adalah kelab UMNO luar negara. Di Malaysia kerajaan kita mengenakan akta AUKU iaitu Akta Universiti, yang mana mengharamkan penglibatan pelajar dengan politik. Tetapi, tiba-tiba wujud kelab UMNO ditengah-tengah masyarakat mahasiswa, dalam pada masa yang sama parti-parti lain dilarang untuk terlibat secara aktif dan rasmi dalam arena mahasiswa. Maka wujud satu pertentangan dan ketidakpuasan seterusnya membuatkan pertelingkahan dikalangan sesama ahli dan pimpinan persatuan. Jika benar anda ingin hidup sebagai ahli Kelab Nadi UMNO, maka tunggulah dulu Kelab PAS atau PKR ditubuhkan barulah anda mampu berkayuh laju untuk hal itu. Tidak adil bertanding makan kalau mulut kawan disumbat kayu. Pesanan: jangan jadi manusia yang kacau.

Mesti menjadi satu cabang manifesto bagi pimpinan yang datang untuk menendang keluar pengaruh dajjal seperti ini yang boleh menimbulkan ketidakstabilan dalam struktur masyarakat ahli persatuan yang mana persatuan bersifat non partisan. Bara-bara api didalam jerami kering perlu dibuang, takut-takut dibiar lama-lama terbakar. Isu individu yang berbentuk peribadi ahli hanya dapat dibantu dalam bentuk kaunseling, namun isu dan faktor luaran perlu di ambil cakna oleh pihak persatuan sendiri. Perkara berbangkit seperti yang berkait dengan pihak pentadbiran universiti yang mempengaruhi fokus pelajar juga harus terus di "highlight" kan

Persatuan tidak perlu dibiarkan beku tanpa sebarang aktiviti atas alasan menjaga akademik, jadi disini memerlukkan kebijaksanaan dalam menetapkan hala tuju perjalanan pada sesi ini dan seterusnya membentuk program-program atau aktiviti persatuan yang selaras dengan matlamat.

Teduh sebentar.

Bagi mereka yang berpeluang untuk mengundi pada hari Jumaat (7 haribulan ini) maka timbang-timbanglah dahulu sebelum memangkah. Kenal dulu siapa calon anda. Jangan sampai anda tidak tahu siapa calon anda. Pilih mereka yang jelas di mata anda dan dekat di hati. Usahlah menangung risiko mengundi calon yang ghaib dari kenalan. Tuan tubuh entah dimana, inikan pula batang hidungnya. Jika tema tahun ini ialah kearah Masyarakat Cemerlang. Maka pilihlah calon-calon yang benar faham apa itu cemerlang dan bagaimana untuk dikongsi pada semua. Dan jangan terlepas dari membuang undi, mengundi adalah salah satu bentuk kemantangan jika kena pada caranya.

“He who says that democracy is disbelief, neither understand Islam nor democracy” -
Sheikh Yusuf al-Qaradhawi in the London newspaper al-Awsat, February 5, 1990

p/s:- Diharap, exco-exco yang 'luka' disebabkan keputusan peperiksaan yang lalu diberi peluang untuk rehat sebentar supaya diganti oleh mereka yang kaya dengan kecemerlangan untuk dikongsi pada semua.

dari blog: [You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
 
Edisi Khas DIkala Pilihanraya Ini: Keributan Di Lembah Mansurah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» khas buat MUSLIMAH..
» Jadual Mushrif Edisi Ke-2
» Wallpaper Kempen Ikhtilat sifar edisi Jordan
» Cinta 'Budget' Suci [Kempen Ikhtilat Sifar edisi Jordan]
» Apa kita boleh buat untuk hidupkan biah solehah kat Mansurah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: