Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
Allotropic
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
budak baik
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
meteorex
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
satudua
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
upp_pcm
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
izzati.abdullah
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
hasanbana
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
goLLacaSe
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
kokkunkap
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_lcapJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Voting_barJangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
CalendarCalendar

 

 Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot

Go down 
AuthorMessage
hasanbana
Team Member
Team Member



Number of posts : 41
Location : moonlight
Points : 78
Registration date : 2008-01-04

Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot Empty
PostSubject: Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot   Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot EmptySat Mar 27, 2010 8:37 pm

https://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/jangan-jadi-ulat-buku-berminda-robot/412655461082

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/814/89/

Tahniah kepada semua para pelajar kita yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Gambar-gambar kejayaan para pelajar di media mengingatkan kembali kita kepada kejayaan paling cemerlang yang dicapai oleh adik Nik Nur Madihah yang menempa sejarah pendidikan negara dengan pencapaian 20 A. 19 1A, dan 1 2A.

Bagi individu berlatarbelakangkan agama seperti saya, kejayaan ini lebih manis apabila datang dari seorang muslimah yang sempurna penutupan aurat dan bersekolah agama. Lebih manis lagi apabila ia lahir dari sebuah keluarga yang tidak berada dari sudut kebendaan, tidak pula dilimpahi kemudahan-kemudahan tambahan seperti tuisyen dan lainnya.

Inilah yang dinamakan dakwah bil hal, iaitu satu bentuk teladan dan ajakan kepada kebaikan melalui pencapaian dan teladan hasil kejayaan dan perlakuan diri, bukan melalui percakapan atau tulisan. Benar, hampir seluruh Malaysia menumpu kepada beliau, dan tabiat manusia khususnya orang Malaysia adalah ingin mengetahui ‘rahsia' kejayaannya. Lebih biasa kita dengar adalah cuba mendapatkan jalan pendek kepada kejayaan yang sama. Kasihan juga memikirkan minda sebahagian muslim yang inginkan kejayaan tetapi melalui rahsia tertentu, ayat Al-Quran tertentu, doa khusus dengan ‘power' tertentu dan lainnya, dengan harapan semua itu akan memberi satu kuasa luar biasa walaupun tanpa susah payah usaha, mereka cuba mengelak dari jalan sukar dan panjang. Ia adalah satu minda yang songsang kerana semua kejayaan melalui jalan pendek adalah tiada kukuh asasnya atau HAMPIR SEMUANYA diperolehi dengan jalan korup dan salah.

Apa yang lebih menarik pihak media massa dalam kisah adik Nik Madihah, bukan sekadar kejayaannya tetapi juga ketabahannya mengharungi pembelajaran dalam suasana serba kekurangan harta benda yang kerap dijadikan ukuran kebolehjayaan seseorang. Jelas, limpahan kebendaan bukanlah satu kewajiban untuk mencatat kejayaan cemerlang.


IBADAH DAN KEJAYAAN

Kenyataan Nik Nur Madihah yang berterus terang berkenaan kebiasaannya berpuasa Isnin Khamis turut memberikan impak positif kepada ibadah puasa yang adakalanya dilihat serong oleh manusia bertuhan aqal (mereka adalah kumpulan sekular), yang sering mendakwa puasa boleh membantutkan prestasi pelajaran dan kerja kerana keletihan dan tidak bermaya.

Tudung labuhnya tidak menutup mindanya dari cerdas sebagaimana anggapan dan tuduhan sebahagian wanita moden yang amat membenci pakaian Islam ini. Bibirnya tidak perlukan warnaan merah lipstick, matanya tidak perlukan eyeshadow warna abdomen langau yang kehijauan dan pipinya tidak perlukan blusher merah agar dilihat bijak. Semuanya natural. Beliau juga tidak perlukan skirt pendek bagi menampaknya kecekapan mindanya.

Mujurlah adik Nik tidak memaklumkan berkenaan ibadah solat malam dan tahajjudnya. Jika tidak tentunya bekas pemimpin dan pemimpin yang pernah ‘membantai' solat malam dengan hujjah ia memundurkan prestasi pelajar akan seolah-olah ditampar kiri kanan serta terkena jurus ‘flying kick' di perut.



CABARAN MENGEKAL KEJAYAAN

Erti kejayaan amat luas dan subjektif, sebagai umat Islam kita wajib melihatnya dari perspektif keagamaan terlebih dahulu sebelum tenggelam dengan takrifan dan definisi kejayaan dari kacamata kebendaan. Namun saya tidak ingin memanjangkan takrif dan erti tersebut di dalam artikel ini.

Apapun saya ingin merakamkan tahniah kepada adik Nik Nur Madihah dan para pelajar lain yang berjaya menempa kecemerlangan dalam peperiksaan SPM mereka.

Namun beringat-ingatlah, pengalaman saya mengambil SPM di awal tahun 1990 an, dan melihat kejayaan mereka yang cemerlang dalam peperiksaan SPM memperlihatkan satu gambaran dan analisa yang berbeza-beza.

Tidak sedikit pelajar yang menyapu bersih 1A dalam semua atau majoriti matapelajaran tetapi tewas dan jatuh terjelepok semasa kehidupan di universiti. Puncanya sangat pelbagai namun asasnya adalah akibat lemah jatidiri hingga ‘cair' dengan alam universiti yang lebih bebas berbanding sekolah. Satu alam yang menguji proses kebijaksanaan seseorang dalam menentukan hala tuju kehidupan dan ujian membuat banyak keputusan.

Ramai juga yang gagal, lalu kejayaan SPM mereka hanya tinggal sebagai satu kenangan manis. Selepas keluar dari univeristi mereka bukan lagi individu teladan dan kebanggaan agama dan negara, mereka hanya orang biasa, malah mungkin duduk pun sebaris dengan individu yang gagal di dalam SPM mereka.

Tanpa mengira lokasi universiti, sama ada di dalam atau luar negeri, pokok pangkal kelangsungan kejayaan adalah terletak pada hati dan diri sendiri. Ramai yang berbangga apabila dapat melanjutkan pelajaran ijazah pertama ke luar negara, namun pulangnya tidak seperti manusia. Rambut kusut masai lagak penyanyi rock, pakaiannya berkiblatkan barat, hati dan minda menggengam erat ideologi barat, percampuran bebas dianggap bertamadun, duduk serumah lelaki dan perempuan bujang dianggap 'bagus' serta jimat.

Bukanlah lelaki berambut panjang itu salah, ia terletak kepada niat dan pelbagai faktor lain (antaranya jimat budjet) namun point yang ingin saya tegaskan di sini adalah terdapat ramai yang penampilan luarannya sengaja diniat menyamai barat hasil kekagumannya kepada negara itu.

Lebih malang, dara dan terunanya sudah lama mengucapkan selamat tinggal. Akibat kelemasan dengan cara hidup masyarakat Barat, dirasakan cara hidup ini sebagai mulia dan terkehadapan. Kasihan melihat pelajar-pelajar cemerlang SPM seperti ini, mereka dibiayai oleh kerajaan Malaysia hasil wang masyarakat Malaysia atas kejayaan aqal mereka,

Namun rupanya aqal mereka HANYA BIJAK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN, tetapi tidak bijak menangani persoalan kehidupan realiti, tidak bijak membuat keputusan mungkin kerana tiadanya ‘silibus khusus yang dibocorkan oleh guru'. Kegagalan ini adalah hasil dari hati yang gersang dan kering dari panduan Ilahi.

MINDA ROBOT AKAN KARAT

Itu jika dilihat dari aspek kegamaan, namun bukan sekadar itu sahaja. Pengalaman saya mengendalikan banyak interview, demikian juga hasil maklumat dari rakan-rakan di industri kewangan di Malaysia, juga adik beradik saya yang kini banyak mengendalikan temuduga kerja di syarikat masing-masing. Dapat saya kumpulan kesimpulan bahawa, keputusan 3.5 hingga 4.0 CGPA di univeristi juga tidak menjamin kemampuan dan bakat graduan.

Saya telah pernah menuliskan sekelumit panduan semasa temuduga , satu proses ujian yang kerap mendedahkan kekeringan bakat dan minda calon, walaupun dahulunya ia seorang cemerlang SPM, juga top scorer di Universiti.

Bukanlah niat saya menghilangkan motivasi pelajar untuk mencapai keputusan mantap lagi cemerlang. Ia satu kewajiban dan tuntutan, tetapi aspek kecerlangannya perlu diluaskan lagi. Menjadi seorang mat atau minah buku di universiti adalah teknik mudah untuk menjadi graduan berminda robot, cepat pula tarikh expirednya.

Bijak-bijaklah mengatur urus pengajian di universiti, jangan menjadi ulat buku berminda robot yang amat mudah outdated dari dunia realiti, akhirnya menjadi computer buruk berharga murah.

Bagi menjadi minda manusia cemerlang, pelajar cemerlang wajib membuka minda dan terlibat dalam banyak masalah sama ada persatuan, dakwah dan aktviti di universiti. Semakin banyak dan pelbagai masalah yang menyerang semasa di universiti lalu dia mampu melepasinya, KIAN TINGGILAH antibodi diri.

Peratusan untuk menjadi seorang yang kebal, berpasak kukuh, berminda komputer yang sentiasa updated dan menjadi idaman setiap institusi dan syarikat akan semakin CERAH. Lebih dari itu, andalah cahaya baru buat kebangkitan agama dan pengemudian hala tuju masyarakat.

Saya bukan bercakap kosong, tetapi hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman. Sebenarnya telah ramai yang berjaya dan ramai juga yang saya kenali. Jalan mereka hampir serupa cuma belum dan tidak dibukukan untuk tatapan ramai.

Nasihat saya buat Nik Nur Madihah dan pelajar-pelajar lain yang mencatat kejayaan SPM, sama ada anda memilih UK, Jordan, Mesir, Malaysia atau di mana negara pun, jalan kejayaan masih jauh. Hempasan ombak cabaran dalam membuat keputusan masih belum melanda. Bersedialah, dan gariskan awal-awal hala tuju kejayaan diri. Beristisyarlah (bertanya dan bermesyuarat) dengan individu yang mempunyai hikmah dan pengalaman, sesungguhnya kejayaan melalui pengalaman itu suatu realiti, sedangkan kejayaan peperiksaan bertulis hanya teori.

Akhirnya, khas buat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, selamat datang ke dunia barumu. Awasilah ia dengan minda dan hati yang sedar. Segala jenis syaitan sedang menunggumu di kiri kanan, depan dan belakang. Kenalilah segera mana syaitan dan mana Malaikat. Semuanya sudah tercatat di dalam Al-Kitab dan Khazanah Nabi dan sahabat.

Zaharuddin Abd Rahman
Back to top Go down
http://www.mutiarapermata.blogspot.com
 
Jangan Jadi Ulat Buku Berminda Robot
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Design Cover Buku
» kenapa saya nak jadi doktor??
» 24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN
» Jangan sambut 1 Januari ... Kenapa??
» Mudahkan Pendekatan Islam, Jangan Eksklusifkannya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: PCM 2009/2010 :: Pembangunan Insan-
Jump to: