Assalamualaikum...
Setelah sekian lama,akhirnya jemari ini kembali pada keyboard ini
Tiada apa yang ingin dicoretkan.
Tajuk
Yang Di Beri bertajuk Harapan merungkai seribu satu maksud bahkan
membawa rasa yang berbeza.. baik,sedih,duka,pedih, dan sebagainya.
Manusia dan harapan,teringat akan sepotong ayat dari Al-Quran
Allah s.w.t berfirman :
Sesungguhnya manusia itu dicipta bersifat keluh kesah dan kikir..(ayat 19..Surah Al-Maarij)Itulah
realitinya manusia, apabila mengharapkan sesuatu yang belum
tercapai,hatinya akan sentiasa resah,pendek kata tak senang duduk,
pelbagai
monolog terukir " Aku dah berusaha.. kenapa tak dapat lagi ni??!!" "aku
dah serahkan harapan ku padanya.. adakah dia akan tetap mengengam
harapan ku".. "adakah dia akan ingat padaku".
[
i]Manusiatidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka diamenjadi putus asa lagi putus harapan[/i].(ayat 49 Surah Fushsilat)Ketika ini.. syair-syair sedih mula kedengaran, ukiran wajah tidak seceria dahulu lagi..
Sesudah itu dia bermasam muka dan merengut(ayat 22:surah al-muddatstsir)
Ohhh..
alam ini sudah kelam baginya... Detik seterusnya membawa putus asa..
perasaan ingin melawan (resistance) terhadap remuknya hati ini... di
ganti dengan perasaan benci.. buruk sangka... seterusnya anggota badan
akan diarah untk melaksana... Mulut akan mencela.. tangan akan
menghentam apa yang ada...
Namun realiti manusia tidak lari dari MEMBERI harapan.. MENARUH harapan dan mungkin hilang harapan...
Manusia sering berkata..
jika tidak mahu melukai hati sesiapa, jangan cuba memberi harapan pada sesiapa.. Jika kamu tidak yakin akan harapan itu..Persoalannya..Adakah
benar manusia tidak akan derita tanpa harapan... dan adakah manusia
mempunyai kelebihan untuk menetapkan segalanya tanpa keizinan Allah
S.w.T sehingga setiap harapan menjadi kenyataan...
Bagi penulis,
jika saya menaruh harapan,,,saya akan berusaha untk menyatakan harapan
itu..baik dibibir ketika solat.. baik dihati.. atau pada pertuturan
manusia... mungkin harapan itu tidak munasabah pada kudrat kita.. tapi
jika itu yang diharapkan.. maka pintalah pada Allah.. untuk
diperkenankan JIKA ITU YANG TERBAIK UNTUK KITA... dan harapan itu juga
ada pada diri manusia.. luahkan jua padaNya dan barulah padanya...
Teringat sepatah kata2 dari ilmuan islam..(seingat saya Imam Al-Ghazali jika salah betulkan
),
Akutakut utk memberi tahu akn masalahku pada manusia, kerana dibimbangijika Allah menyerahkan masalah itu pada manusia utk diselesaikan danbukan olehNYA, maka tempat yang paling pertama untuk kita mengaduadalah Allah.. Mungkin harapan kita disalah tafsir pada
manusia.. tetapi semua itu Mustahil Bagi Allah Kerana Ia Maha
Mengetahui Lagi Maha Memahami.
harapan itu lahir dalam diri,
diatas pelbagai faktor, sama ada dari nafsu baik atau jahat,sama ada
dari naluri kemanusiaan.. Yang Pasti semua ini atas Penguasaan Allah..
Jika niat harapan itu lahir dari iman, maka Berusaha,bertawakal serta
bersabarlah.
Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh
kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku
Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. (ayat 12 surah Yusuf)
Hidup manusia sentiasa dalam risiko, harapan yang dibina atau
di beri mampu mengundang bahagia, bahkan harapan juga mampu mengudang
duka nestapa, tetapi kita tidak dapat lari dari semua ini..
kerana Jawapan yang diberi Hanya dua.. dan keputusan yang diberi jua tetap dua(berjaya atau gagal, Suka atau Duka)
Jika kita masih mempunyai hasrat dan harapan.. dan tetap menyimpan dan membiarkan ia terus membeku.
Jom kita kenang kembali.
adakah kita dapat memberi jaminan bahwa
esok masih ada bagi kita,atau peluang yang ada pada masa itu masih ada
pada masa yang akan datang.
Jangan takut untuk mengecewakan diri kita atau sesiapa.. yang hanya dapat dilkukan adalah berusaha dan Bertawakal...
tenang dan sabar,Sesungguhnya sabar itu cantik dan tetap bersangka baik pada sesiapa sahaja serta diri sendiri
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah)
memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima)
dan harapan (akan
dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang
berbuat baik. (ayat 7 surah Al-A'raaf)
akhirulkalam...
Jika wujud kesilapan atau kesalahan
diharapkn kita bersama beristigfar serta saya sentiasa megharapkan
teguran..kerana saya bukan manusia yang mempunyai ilmu yng cukup,
bahkan begitu naif padanya..dan dengan teguran itu, adalah suatu
pertolongan pada diri ini..
Untaian syair mengakhiri penulisan ini,dari Ali Bin Jabalah
Semoga kebahagiaan menjelma, semoga jiwa kita terubat dengan harapan.
Maka janganlah menyerah sebab jika kau menyerah,
kecemasan akan menyergap jiwa.
Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan adalah orang yang memiliki HARAPAN...
Hijau Yang Damai