Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there are 19 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 19 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 248 on Sat Apr 10, 2021 10:59 am
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Mencegah pereputan gigi EmptyTue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Mencegah pereputan gigi EmptyTue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Mencegah pereputan gigi EmptyTue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Mencegah pereputan gigi EmptyWed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Mencegah pereputan gigi EmptyWed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mencegah pereputan gigi EmptyMon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Mencegah pereputan gigi EmptyFri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Mencegah pereputan gigi EmptyThu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Mencegah pereputan gigi EmptyWed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Mencegah pereputan gigi EmptyWed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
Allotropic
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
budak baik
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
meteorex
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
satudua
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
upp_pcm
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
izzati.abdullah
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
hasanbana
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
goLLacaSe
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
kokkunkap
Mencegah pereputan gigi Vote_lcapMencegah pereputan gigi Voting_barMencegah pereputan gigi Vote_rcap 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
CalendarCalendar

 

 Mencegah pereputan gigi

Go down 
AuthorMessage
budak baik
Administrator
Administrator
budak baik


Number of posts : 75
Age : 35
Location : dunia fana
Points : 27
Registration date : 2007-12-16

Mencegah pereputan gigi Empty
PostSubject: Mencegah pereputan gigi   Mencegah pereputan gigi EmptyMon Mar 10, 2008 9:51 am

Mencegah pereputan gigi Od_p_03
Dental Caries

PERKEMBANGAN pengetahuan mengenai kesihatan gigi telah menunjukkan bahawa gigi bukan sahaja penting untuk menggigit dan mengunyah malahan juga berkait rapat dengan kesihatan sistem badan yang lain.

Selain mampu memberi kesan kepada darah dan jantung, kesihatan gigi dan gusi juga penting dari segi penampilan.

Seseorang itu akan kelihatan lebih sihat dengan penampilan gigi dan gusi yang sihat selain mulut yang tidak berbau.

Penjagaan gigi untuk kekal sihat dan kuat melibatkan memberus dan memflos bagi membersihkan mulut selepas makan dan mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut.

Namun, alasan utama mengapa kita memberus gigi dan memflos adalah untuk menanggalkan plak, yang juga dikenali sebagai biofilm, iaitu lapisan nipis tidak berwarna pada permukaan gigi yang dihasilkan oleh longgokan bakteria di dalam mulut.
Mencegah pereputan gigi K_207_i_01

Plak ialah satu daripada punca utama pereputan gigi. Jika tidak dibuang, lapisan nipis ini akan menjadi semakin tebal dan bakteria di dalamnya akan mula mengeluarkan asid hasil metabolisme tanpa oksigen.

Memandangkan air liur yang bersifat alkali tidak dapat menembusi lapisan plak ini, asid yang dihasilkan itu tidak dapat dineutralkan dan akan merosakkan permukaan gigi yang dilitupi plak berkenaan.
Mencegah pereputan gigi K_207_i_03

Doktor gigi menggunakan perkataan ‘karies’ untuk menjelaskan keadaan gigi yang mereput.

Bila membincangkan masalah pereputan gigi, terdapat beberapa soalan yang sering timbul di kalangan orang ramai.

Bagaimana plak menyebabkan pereputan gigi?

Bakteria dalam plak bertindak balas dengan gula di dalam makanan untuk menghasilkan asid yang menyerang dan melemahkan enamel gigi (lapisan pelindung keras di permukaan atas gigi) seterusnya membuka laluan untuk kaviti terbentuk.
Mencegah pereputan gigi K_207_i_02

Apakah itu kaviti?

Kaviti ialah lubang di dalam gigi yang terbentuk akibat pereputan permukaan gigi atau karies. Terdapat tiga tempat berbeza di mana gigi boleh mengalami pereputan.

Pereputan pada permukaan yang digunakan untuk menggigit berlaku apabila plak terperangkap pada lekukan gigi.

Ini sering berlaku pada kanak-kanak kerana mereka sering terabai kawasan ini ketika memberus gigi.

Pereputan terjadi di antara gigi apabila plak dibiarkan terbentuk pada kawasan yang sukar dicapai ini.

Kawasan ini tidak boleh dicapai dengan berus gigi semata-mata dan plak akan terbentuk sekiranya tidak memflos atau tidak dibersihkan selalu.

Pereputan pada permukaan akar gigi berlaku sekiranya anda mengalami kemelesetan gusi atau penyusutan tulang, sering dikaitkan dengan penyakit gusi atau periodontitis.

Ia juga lebih ketara sewaktu peningkatan usia kerana gusi mulai menyusut.

Sekiranya plak dibiarkan terbentuk pada akar gigi yang terdedah dan tidak dilindungi enamel, kaviti akan cepat terbentuk.

Bagaimana saya boleh menghalang kaviti daripada terbentuk?

Anda boleh menghalang pembentukan kaviti sekiranya anda mengamalkan penjagaan gigi sempurna. Berikut adalah senarai semak perkara yang perlu dilakukan:

* Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut – sebaik-baiknya di waktu pagi dan sebelum tidur.

* Gunakan ubat gigi berflourida – flourida terbukti membantu menghalang kaviti.

* Bersihkan celah di antara gigi setiap hari untuk membuang plak di kawasan yang sukar dicapai berus gigi.

* Amalkan diet yang sihat dan elakkan daripada makan terlalu banyak makanan atau minuman manis.

* Kunjungi doktor gigi anda selalu – sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan untuk pembersihan gigi dan pemeriksaan.

* Doktor gigi menyarankan agar anda menukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan atau lebih awal sekiranya berus gigi kelihatan haus. Ini kerana kajian menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan lebih banyak plak daripada berus berusia tiga bulan*

Berapa kerap perlu saya kunjungi doktor gigi?

Anda perlu merancang untuk mengunjungi doktor gigi dua kali setahun untuk pemeriksaan. Memandangkan setiap pemeriksaan adalah berbeza dan doktor gigi anda perlu memeriksa gigi serta gusi anda untuk sebarang masalah.

Doktor gigi juga mungkin mengambil gambar sinar-X untuk memastikan tiada masalah tersembunyi.

Doktor gigi anda juga boleh membersihkan gigi anda secara profesional (juga dipanggil prophylaxis) untuk membuang plak yang keras (tartar) dari bahagian atas dan bawah garisan gusi.

Ini juga akan mengilatkan gigi anda dengan membuang plak dan kotoran yang melekat pada permukaan gigi.

Jangan lupa, doktor gigi anda juga boleh memberikan nasihat pakar mengenai cara memberus dan memflos. study study study
Back to top Go down
 
Mencegah pereputan gigi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Menanam Gigi??..implan??..for your beauti & repair teeth
» Jenis Klinik Gigi
» Kesihatan Gigi & Mulut
» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Adakah anda Bersedia :: Pergigian-
Jump to: