aku mahu menangis
kerana aku ingin meleraikan segala bebanan yang terpikul pada bahuku
kerana ingin menghiburkan hatiku ini yang sangat terdesak
kerana ingin menghilangkan gundah gulana yang sarat dipikul
kerana sedih dengan diriku ini yang kerdil
kerana siapalah aku di hadapan Tuhan yang maha Esa
tapi mengapakah pula aku menangis
bukannya ada manusia yang akan simpati dengan tangisanku
bukannya ada manusia yang akan mengendahkan dengan tangisanku
bukannya ada manusia yang akan menghulurkan pertolongan dengan tangisanku
bukannya ada dan bukannya ada
moga ada yang akan 'mendengar' tangisanku ini
ku berharap