HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 HUKUM MAKAN & MINUM BERDIRI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
FATHI
Guest



PostSubject: HUKUM MAKAN & MINUM BERDIRI   Thu Jul 03, 2008 11:50 pm

Salam wabarakat,

dibawah ana sertakan perbincangan dlm hal ini, artikel yg pernah ana terjemah dari bahasa arab ke melayu yg diambil dari forum Multaqa Ahli Hadith, ia adalah jawapan dari imam syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan:

Beberapa penilaian Hadis oleh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan: siri 1

Hadis makan dan minum sambil berdiri

Soalan telah ditanya kepada Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan:

Syaikh yg dihormati,

apakah pndangan anda tentang darjat hadis daripada Ibn Umar yg berbunyi:

" كنا نأكل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نمشي ونشرب ونحن قيام


[kami biasa makan pada masa Rasullallah SAW masih hidup, dan kami (makan) sambil berjalan, dan (kami) minum sambil kami berdiri]?




Jawab syaikh:

DARJAT HADIS:

Hadis ini terdapat cacat padanya. Ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibn Majah, dan Ibn Hibban (dalam Sahihnya). Semuanya adalah dari jalan sanad Hasf bin Ghiyasth daripada Ubaidullah bin Umar daripada Nafi' daripada Ibn Umar.

Jika dilihat pada zahirnya sanad hadis ini ianya Sahih, ia telah dinilai sahih oleh Abu Isa (at-Tirmizi) dan Ibn Hibban dan lain-lain (antaranya al-Arnaouth menilai Sahih dlm tahqiq sahih Ibn Hibban no. 5325 akan tetapi beliau menarik balik penilaian sahih ini kepada Dhaif dalam tahqiq Musnad Ahmad hadis no. 4765, 4833, 5874, dan al-Albani juga menilai Sahih dlm tahqiq sunan Tirmizi no. 1880 (saya tidak pasti adakah beliau ada menarik balik atau tidak pendapatnya ini)- tambahan penterjemah)

Akan tetapi (sebenarnya) ianya ada keraguan (dilihat/fi hi nadzar), adalah tidak tepat untuk kita menilai sesuatu hadis itu hanya berdasarkan zahir sanad sahaja (tanpa melihat ilal (kecacatan tersembunyi) padanya jika ada).

Telah berkata Abu Isa at-Tirmizi (Imam Tirmizi) dalam kitab "ilal"nya : "aku bertanya (sanad) hadis ini kepada Muhammad (iaitu Muhammad bin Ismail al-Bukhari @ Imam Bukhari yg merupakan guru Imam Tirmizi), jawab Muhammad "hadis ini dilihat/dikritik (هذا حديث فيه نظر)".

Dan berkata Imam Yahya ibn Main (salah seorang guru Imam Bukhari) rahimahullah: "tidak meriwayatkan seorangpun hadis ini kecuali Hasf dan aku tidak nampak kecuali Hasf telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkannya, aku lihat dia telah mendengar hadis Imran bin Hudayr dan dia tertukar (tersilap) dengan yang ini"


FIQH AL-HADIS: HUKUM MAKAN & MINUM BERDIRI

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang (زجر ) minum sambil berdiri (أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً)" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang

(نهى) rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri (نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يشرب الرجل قائماً) " beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.

Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansukh (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata: "aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri (سقيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من زمزم فشرب وهو قائم)" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata: "Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang-berdiri- (أتى عليّ رضي الله عنه على باب الرحبة فشرب قائماً فقال : إن ناساً يكره أحدهم أن يشرب وهو قائم وإني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم فعل كما رأيتموني فعلت)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.



Wallah-hu-a'lam (Allah lebih mengetahui)

Sumber: laman forum Multaqa Ahli Hadis di link

Terjemah bahasa Malaysia: Muhammad Fathi bin Ali (fathi_ali1427h@yahoo.com)
Back to top Go down
 
HUKUM MAKAN & MINUM BERDIRI
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Adakah anda Bersedia :: Agama-
Jump to: