HomeHome  ­GalleryGallery  ­CalendarCalendar  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­UsergroupsUsergroups  ­Log inLog in  
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit: 
:: I forgot my password
Who is Online ?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 31 on Tue Nov 10, 2009 4:05 pm
Latest topics
» Things you dont want to hear during surgery.. =D
Mon Nov 16, 2009 2:19 pm by Undercover

» Cadangan ; membuat program Bakti Siswa (BAKSIS)
Wed Nov 11, 2009 10:14 pm by amalin rahman

» Produk Jualan Unit Ekonomi 2008 2009 (Update : Iklan Tshirt)
Sun Nov 08, 2009 1:35 pm by Unit Ekonomi

» Terkini (Iklan Tshirt Ikhwah)
Sat Nov 07, 2009 2:34 am by Unit Ekonomi

» Pengumuman (Evoiz : STOP)
Wed Nov 04, 2009 12:05 am by Unit Ekonomi

» AJK/ Wakil Jualan Ekonomi
Tue Nov 03, 2009 11:07 pm by Unit Ekonomi

» Buying Runescape Gold (GP) or Runescape Items
Thu Oct 15, 2009 7:58 am by mollyholly

» Software chat new version
Sat Sep 26, 2009 9:05 am by Romie

» Tahun 3 pulok!
Tue Sep 01, 2009 8:02 pm by starry_heart

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
meteorex
 
budak baik
 
n.i.a.z
 
upp_pcm
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
panglima islam
 
Goku
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
November 2009
SunMonTueWedThuFriSat
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Allotropic
Developer
Developer


Number of posts: 77
Age: 21
Location: tanah ibunda.
Registration date: 2007-12-04

PostSubject: Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?   Fri Dec 05, 2008 10:23 am

Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?

Jawapan:

Nabi saw bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”



Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tersengih.blogspot.com
n.i.a.z
Team Member
Team Member


Number of posts: 44
Age: 22
Location: mansoura,egypt
Registration date: 2007-12-15

PostSubject: Re: Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?   Sun Dec 07, 2008 12:25 am

thnks for da sharing...

sharing is caring...

_________________
~cinta ilahi cinta hakiki,redha ilahi redha abadi~
Back to top Go down
View user profile http://drzaty.blogspot.com
yang hin
Guest



PostSubject: benar?   Mon Dec 08, 2008 12:44 am

merujuk statemnt ats mngtakan harus paki pendakap..klu nk betulkan kdudukan gigi
tapi di malaysia hkumnya haram slgi kdudukan gigi yg xbetul tu xberi@ mndtangkan mudharat spt sakit,sush nk mkn..mkna katanya boleh pakai pendkap gg untuk betulkan kdudukan gg jika ad mslah spt sush nk mkn,sakit(mudharat)
tapi kbykan zamn skrg ramai yg pakai pendakap gigi wlpon xdtg mudhrat...xniat kecntikan tp trend..ada juga niat untuk cantik..dan ada jga mgatakan doktor perlukan gigi yg cantik untuk merawat pesakit spy pesakit yakin dgn kita and 1st impression org tgk kita dr senyuma...jadi ap sbnarnya hkum pakai pendakap gg?
Back to top Go down
Allotropic
Developer
Developer


Number of posts: 77
Age: 21
Location: tanah ibunda.
Registration date: 2007-12-04

PostSubject: Re: Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?   Tue Dec 09, 2008 6:52 pm

yang hin wrote:
di malaysia hkumnya haram slgi kdudukan gigi yg xbetul tu xberi@ mndtangkan mudharat spt sakit,sush nk mkn..

mkna katanya boleh pakai pendkap gg untuk betulkan kdudukan gg jika ad mslah spt sush nk mkn,sakit(mudharat)
tapi kbykan zamn skrg ramai yg pakai pendakap gigi wlpon xdtg mudhrat...xniat kecntikan tp trend..ada juga niat untuk cantik..dan ada jga mgatakan doktor perlukan gigi yg cantik untuk merawat pesakit spy pesakit yakin dgn kita and 1st impression org tgk kita dr senyuma...jadi ap sbnarnya hkum pakai pendakap gg?


Salam..
terima kasih kpd saudara/ri kerana sudi bertanya.

nampaknya saudara memahami sebenarnya hukum untuk memakai braces ini,
iaitu apabila

1.Memudaratkan oral cavity.
2.Menyukarkan Pengunyahan.
3.berlakunya Lesion pada mana2 bahagian oral cavity.
dsb-nya.

anda boleh melihat kes ini.



Di Malaysia,
Persatuan Pergigian bersepakat dengan majlis mufti untuk membenarkan membuat pendakap gigi sekiranya tidak melibat isu trend atau kecantikan.maka seeloknya kita sebagai umat yang mengikuti sunnah nabi dan hukum syariat sepatutnya mematuhi garis panduan yg sudah ditetapkan.

Di Mesir kos rawatan dalam lingkungan LE 3000 atas dan bawah.
untuk atas/bawah shj: LE 2000
Back to top Go down
View user profile http://www.tersengih.blogspot.com
Luwoh
Guest



PostSubject: Hukum Tanam Gigi   Wed Dec 17, 2008 5:12 pm

Assalamualaikum..

Saya hendak berkongsi bacaan atau ilmu baru tentang fiqah perubatan..
Berkenaan hukum Tanam Gigi..Saya rasa perkara ini turut berkaitrapat dengan permasalahan memakai pendakap gigi..

Berikut adalah soalan dan ulasan ~




Soalan :

Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi
palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak
masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekiranya saya
meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua
anggota palsu kita perlu dibuka.



Dijawab oleh Ustazah Sakinah

Dibolehkan
menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang
baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi
tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses situ perlu
memandangkan gigi sentiasa digunakan.

Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan.
Kemudian
beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan
hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi
yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana
perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada
Rasulullah s.a.w.





Sumber - http://fiqhmedic.wordpress.com/

Sila Berkunjung ke Laman tersebut.. banyak isu2 fiqah medic yang menarik..sesuai dengan kita sebagai pelajar perubatan dan pergigian..

wassalam..

oleh

-luwoh-
Back to top Go down
 

Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Adakah anda Bersedia :: Pergigian-
Post new topic   Reply to topic