HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 177 on Mon Jul 26, 2010 8:41 pm
Latest topics
» Tahun 2 Perubatan
Tue Oct 30, 2012 11:42 pm by Hangen

» BERAS PCM... dapatkan dari Unit Ekonomi sekarang!~
Tue Jan 04, 2011 7:21 am by Nour El

» Promosi VOIP Super Duper Deal!!~
Tue Jan 04, 2011 6:59 am by Nour El

» AJK/Wakil Jualan Unit Ekonomi 10/11
Wed Dec 15, 2010 5:27 am by Castello

» Qillerk's VoIP~ just for you..<3
Wed Dec 15, 2010 1:10 am by Nour El

» aku ingin menangis
Mon Dec 13, 2010 1:07 am by hasanbana

» semangat belajar dan semangat juang
Fri Dec 10, 2010 9:52 pm by hasanbana

» Siri Aku Berkenalan Dengan Jin (Final)
Thu Nov 11, 2010 4:42 pm by budak baik

» Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Wed Nov 10, 2010 8:15 am by hambaAllah

» Senarai Barang-barang jualan Unit Ekonomi
Wed Nov 03, 2010 1:42 pm by mencari_maksud

Top posters
Nour El
 
Allotropic
 
budak baik
 
meteorex
 
satudua
 
upp_pcm
 
izzati.abdullah
 
hasanbana
 
goLLacaSe
 
kokkunkap
 
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
SunMonTueWedThuFriSat
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
CalendarCalendar

Share | 
 

 GAza: Peluang masih ada!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Allotropic
Developer
Developer


Number of posts : 78
Age : 28
Location : tanah ibunda.
Points : 7
Registration date : 2007-12-05

PostSubject: GAza: Peluang masih ada!!   Mon Jan 28, 2008 1:08 pm

Ketika lebih 2000 orang para aktivis politik dan juga ahli parlimen sayap kiri dari Israel bertumpu ke Gaza membawa bekalan perubatan, makanan dan juga barang-barang keperluan untuk rakyat Gaza, Husni Mubarak telah mengerahkan tenteranya untuk menangkap para demonstran di Kaherah. Para demonstran yang terdiri dari kalangan para aktivis politik tersebut telah keluar untuk membantah tindakan Israel menutup penyaluran minyak, bahan makanan dan juga bekalan ubatan ke Gaza. Kepungan yang disifatkan oleh pengarah UNRWA sebagai bakal menyaksikan krisis kemanusiaan yang akan membawa kepada malapetaka. Kepungan tersebut dikenakan di sempadan timur dan selatan Gaza yang bersempadan dengan Israel dan juga jalan laut ke Gaza. Sempadan Gaza-Mesir pula, rejim Zionis hanya menyerahkannya kepada Husni Mubarak untuk berkhidmat bagi pihak mereka.

Keadaan sempadan Gaza-Mesir (Rafah) telah menyebabkan Mubarak bertambah bingung. Selepas ianya diletupkan seraya membuka laluan kepada ratusan ribu rakyat Gaza untuk mendapatkan secebis kehidupan mereka. Mubarak terpaksa membiarkan lebih 350,000 penduduk Gaza memasuki Rafah sebelah Mesir untuk mendapatkan barang keperluan harian mereka seperti yang telah ditayangkan di semua kaca televisyen di serata dunia.

Tindakan Mubarak tersebut dilihat sebagai sesuatu di luar kerelaannya agar tidak disalahkan dunia jika beliau mengambil sikap yang keras. Malang sekali, keesokan hari pula, beliau telah mengarahkan agar tentera-tenteranya mengasari rakyat Palestin dan menutup segera sempadan tersebut. Peluru hidup telah dilepaskan dan mencederakan puluhan rakyat Gaza. Apabila gambar tentera Mesir mencederakan dan mengganasi rakyat Palestin tersebar ke seluruh dunia, beliau mengizinkan kembali sempadan itu dibuka.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Malangnya, sehingga kini, tiada lagi inisiatif yang seirus selain dari kutukan semata-mata dari rejim-rejim tersebut. Malah presiden PA yang didokongi rejim Zionis Israel, Mahmud Abbas pun sekadar mengutuk sahaja tindakan Israel tersebut.


Seperti kebanyakan diktator rejim-rejim lain di timur tengah, beliau tersepit di antara dua tekanan. Tekanan dari rakyat yang telah mula memprotes sikap rejim-rejim tersebut yang membisu dan menyepi, dan juga tekanan dari AS yang bersenjatakan ugutan untuk memutuskan bantuan kewangan kepada rejim-rejim berkenaan. Bak kata Dr Azzam Tamimi lewat wawancara beliau di rancangan Hard Talk di stesen televisyen BBC, bantuan 2 bilion tersebut bukanlah sampai kepada rakyat Mesir, tetapi diagih-agihkan dahulu oleh sang diktator dan konco-konco beliau.

Maka, jika bantuan tersebut dihentikan, merekalah yang paling merana, rakyat tidak akan terjejas. Pada hari Jumaat (25 Januari 2008) yang lalu, kesemua ibu kota negara-negara di timur tengah telah menyaksikan protes rakyat yang mendesak AS agar menghentikan sekatan ekonomi tersebut. Mereka juga mendesak agar para diktator mereka juga melakukan sesuatu. Stesen televisyen al-Jazeera (Arab) tidak cukup tangan untuk melaporkan kesemua demonstrasi tersebut.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Malangnya, sehingga kini, tiada lagi inisiatif yang seirus selain dari kutukan semata-mata dari rejim-rejim tersebut. Malah presiden PA yang didokongi rejim Zionis Israel, Mahmud Abbas pun sekadar mengutuk sahaja tindakan Israel tersebut. Lebih menarik, beliau dijadualkan untuk bertemu rakan karibnya, PM rejim Zionis, Ehud Olmert untuk membincangkan strategi untuk menghancurkan kerajaan pilihan rakyat Palestin di Gaza. Mungkin tahap kesedaran yang ada pada aktivis pertubuhan pro-kedamaian Yahudi (Gush Shalom), iaitu Uri Avnery lebih tinggi berbanding para diktator yang wujud itu. Persoalan lain yang timbul juga ialah kelesuan OIC. Para menteri luar negara-negara Islam hanya akan bertemu pada 3 Februari 2008, lebih tiga minggu selepas keadaan kemanusiaan di Gaza semakin meruncing. Pelawaan Iran yang bersikap pro-aktif tidak mendapat layanan. Persidangan itu hanya akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi. Setakat ini hanya kutukan dan gesaan sahaja yang kedengaran.


Jikalaulah para aktivis isu Palestin dari kalangan warga Israel boleh bangkit menghulurkan bantuan makanan ke sempadan Gaza, umat Islam boleh melakukan lebih daripada itu.


Tidak banyak yang dapat diharapkan melalui pertemuan menteri-menteri luar tersebut. Seperti kebiasaannya, peluang bertemu itu hanya akan menjadi peluang untuk mereka makan angin dan kemudiannya bertikam lidah. Hanya retorik tanpa tindakan. Resolusi-resolusi yang lepas pun hanya menjadi catatan tanpa apa-apa tindakan yang konkrit. Maka, apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat? Tidakkah mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih agresif dan melampaui sikap retorik semata-mata?

Sehingga kini, OIC masih lagi tidak mengiktiraf kerajaan pilihan rakyat di Gaza. Mereka juga tidak mengadakan apa-apa hubungan diplomatik dan hubungan dagang dengan Gaza. Apakah dengan kutukan-kutukan mereka, rejim Zionis akan segera tunduk?

[You must be registered and logged in to see this image.]

Jikalaulah para aktivis isu Palestin dari kalangan warga Israel boleh bangkit menghulurkan bantuan makanan ke sempadan Gaza, umat Islam boleh melakukan lebih daripada itu. Sementara sempadan Rafah (Gaza-Mesir) masih terbuka, eloklah tindakan segera untuk menghantarkan bantuan diusahakan. Selain dari bantuan minyak, bahan keperluan asasi dan ubat-ubatan yang boleh dihulurkan, negara-negara OIC juga boleh menghantar pemerhati mereka untuk memastikan agar tentera-tentera Mesir tidak mengasari rakyat Gaza yang melalui sempadan Rafah. Mereka juga boleh menghantar para pemerhati keselamatan untuk berada di Gaza agar pihak rejim Zionis tidak sewenang-wenang memasuki Gaza untuk membunuh rakyat seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Sudah sampai masanya juga untuk negara-negara OIC yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Zionis untuk memutuskannya. Bagi para doktor dan badan-badan sukarelawan, inilah masanya untuk mereka mengambil peluang ke sana dan menghulurkan bantuan.

_________________
[You must be registered and logged in to see this image.]
Sebarang Pertanyaan Mengenai hubung kait penjagaan gigi atau masalah jangkitan pada oral kaviti anda,boleh diajukan kepada saya.Selamat Maju Jaya.Jaga Gigi Anda dan jangan lupa berus Lidah anda.Salam
Back to top Go down
View user profile http://www.tersengih.blogspot.com
 
GAza: Peluang masih ada!!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Israeli Airstrikes Hit Hamas Sites in Gaza

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Karya atau Artikel anda .. :: Hantar disini...-
Jump to: